Friday, April 2, 2010

weekend~

InsyaAllah, hari ni balik umah Kak Long. Esok my sis ada kursus, so kena jadi baby sitter tuk Naem, yang gambar kat bawah ni ha...


Bestnyer, rasa cam dah lama tak jumpe si budak kecik ni (padahal baru 2 minggu, hehe..) Kak Long minat bidang photography, so katanya before dapat baby sorang lagi, nak gi kursus photography mana yang sempat (tapi bila la ye kak Long nak pregnant lagi, huhu...cepat-cepat la kak long ye, hehe;p)

Tapi assigment banyak lagi nak kena pass up..Next week dah 14th week, the last week before study week n banyak la assignments yang kena hantar next week ni. So, kena la sambil2 jaga Naem, buat assignment,huhu..Naem jangan kacau mama ye bila mama wat assignment nanti;p

Alhamdulillah, tadi baru je habis usrah, ni update blog sementara tunggu satu lagi usrah, jap lagi.,InsyaAllah. Usrah tadi bincang pasal antara dosa-dosa yang dilakukan oleh wanita, terutamanya tentang tabarruj..Ermmm..rasa takut la plak, takut2 tergolong dalam kumpulan2 y disebutkan tu..Jauhkanlah YaAllah..

Antara ayat best yang Layyin ingat naqibah cakap ialah, "Kita nak nampak elegan depan manusia ke, nak nampak elegan di depan Allah? Kalau nak nampak elegan depan manusia dengan fesyen yang tak menutup aurat tu, tu just sementara je, walaupun kita rasa grand sungguh..." huhu, sila jawab...

Sekarang, Layyin nak share 2 ayat dari surah Al-Ahzab (ayat ke 32 dan 33) yang bermaksud:

32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

33. Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Banyak sebenarnyapengajaran yang boleh kita ambil dari ayat-ayat ini. Untuk penerangannya, maybe boley search sendiri or bertanya kepada yang lebih tahu...

Ok, I'm off to usrah now...Bye2 and assalamualaikum=)

p/s: Tak sabar nak gi umah kak long malam nih (^_^)

No comments: