Saturday, April 17, 2010

Perlembagaan Malaysia

Haishh, banyak yang nak kena hafal nih..Esok saya ada paper Hubungan Etnik, salah satu subjek wajib Universiti. Baca buku tu rasa cam study buku sejarah masa sekolah menengah dulu plak, penuh dengan fakta-fakta, bermula dari zaman penjajahan sehingga kepada Malaysia pada hari ini. Nasib baik Layyin ni suka Sejarah, kalu tidak, nyenyak dah kut tadi. Ok, juz nak share tentang konsep perlembagaan dan tentang perlembagaan kat Malaysia ni. Penting ye tuk kita semua ingat, i mean not juz for exam purpose, tapi sebab apa2 yang berlaku kat negara kita ni, Perlembagaan Persekutuan akan dirujuk (Note: Bukan Quran dan Hadith ye..) So, pasal perlembagaan ni, kita kena amik cakna gak la ye.InsyaAllah, kalu baca niat kerana Allah, InsyaAllah dapat pahala (^_^). Okes, Jom kita baca:


Konsep Perlembagaan

-Takrif Perlembagaan

--->Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

-Perlembagaan Persekutuan

---> Merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.Tiada institusi yang mengatasi Keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

-Perlembagaan memberi kuasa kepada

---> Parlimen (badan perundangan), badan eksekutif (temasuk kabinet dan semua jentera kerajaan yang lain) dan badan kehakiman.

-Kandungan Perlembagaan Malaysia

--->Mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.


Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

Unsur-unsur tradisi amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan.Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal perlembagaan. Menurut Mohd Salleh Abbas (1985), unsur-unsur tradisi ini meliputi:

i) Bahasa Kebangsaan
ii)Agama Persekutuan
iii) Kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
iv)Pemerintahan Beraja.

Kepentingan Unsur-unsur Tradisi:

Unsur-unsur ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada 1957. Unsur tradisi berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporannyang dibuat oleh Suruhanjaya Reid juga menekankan betapa pentingnya mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1957 (Abdul Aziz Bari, 2001).Unsur-unsur tradisi juga merupakan prasyarat san pemuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya unsur2 tradisi i ni sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dijadikan isu perbincangan awam.

Beberapa perkara yang disentuh dalam Perlembagaan Malaysia (yang berkaitan dengan hubungan Etnik) :

1) Perkara 3 (1) : Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

[Sebab inilah kerajaan ada kebebasan, kuasa dan keistimewaan tuk tubuh, selenggara, bantu penubuhan institusi Islam dan laksanakan ajaran Islam serta kuarkan belanja tuk tujuan itu. So, orang tak leh pertikai kenapa kerajaan banyak bantu tuk tubuhkan masjid dan sebagainya, tapi sangat sikit peruntukan tuk bina tempat ibadat agama laen]

2) Perkara 8 : Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan Istimewa Melayu dan seumpamanya.

3) Perkara 10 (4) : Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam, Orang Melayu, kewargenegaraan dan seumpamanya.

4) Perkara 150 (6a) : iaitu kedudukan agama Islam, adat Istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak, kewargenegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

5) Perkara 152 : Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.

6) Perkara 153 : Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

[Peruntukan lain: Perkara 86, Perkara 90 dan Perkara 8(5)]

7) Perkara 60 : Takrif orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak. Melayu ditakrifkan sebagai :

1) Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu
2) Menganuti Agama Islam.
3) Mengamalkan adat istiadat Melayu.


Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi hak kepada kaum bukan Bumiputera.


{Dipetik (dengan sedikit pengubahsuaian penyusunan ayat) dari Modul Hubungan Etnik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

**********Saya rasa akan ada je soklan dari bab 6 nih. Hafal Layyin, jangan tak hafal!
Ok lah, bubbye, saya kena sambung study nih, tapi before tu kita lunch dulu yer, tambah energy kata orang...

Doakan saya ye=)

No comments: