Wednesday, August 11, 2010

Fenomena hari pertama puasa.

Kagum saya melihat tangan-tangan yang diangkat dengan penuh semangat.
"Nampaknya,semua anak murid teacher kelas 2K berpuasa. Bagus semua, very good", Sedikit kata-kata dariku agar menjadi motivasi buat mereka.

Ini part yang best hari ini.
Part yang tak bestnya ialah apabila menjejakkan kaki ke kelas, untuk 2 masa yang terakhir.

"Teacher, saya lapar laa..."
"Teacher, dahaga...."

Ada yang mengantuk, ada yang mulai lena tanpa saya sedari, ada pula yang entah kenapa hari terlebih aktif..Adoi, macam-macam..Tapi, ye la, nama pun bulan puasa.Mereka pula masih kecil, 8 tahun tapi bersemangat berlatih puasa.

Melihat keadaan yang sebegitu, saya ajak diorang nyanyi "lagu tema" kelas saya, supaya diorang buat pergerakan sket.

Kesimpulannya, classroom management hari ni memang teruk, tambah pula dengan guru pembimbing yang datang observe...Tengah fikir cara, mana mana nak atasi perkara ini daripada berulang lagi...

Friends, any suggestions?


*************************************
Layyinulharir:

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat..Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita..Apa yang pasti berbeza dengan Ramadhan Layyin kali ini adalah Ramadan disambut bersama-sama anak-anak murid Layyin..Tengok ni, kan dah kuar entri pertama cakap pasal anak-anak murid di bulan Ramadhan (^_^)

Thursday, August 5, 2010

Bila cikgu merajuk

Cerita masa kelas tadi:

"Ok class..What we have learnt during the last lesson?Yesterday we got test, the day before we solved the hidden words for our English week.Haaa..On Monday..What we have learnt on Monday?

"Ooooo...Hari yang cikgu merajuk tu ek", Kata Zulhilmi, sambil tersenyum comel. Dalam hati seriously rasa nak gelak, tapi senyum je la sambil tahan gelak..Ooo, ingat pun diorang ek...
"Ha'ah la..Hari yang kamu semua bising sangat tu masa kita belajar sains"

Cerita tentang hari Selasa, disebabkan excited sebab saya bawa bola ke kelas untuk mengajar topic "Push and pull", kelas jadi uncontrollable.Tambahan pula kepala yang tengah sakit. Saya kuatkan suara untuk dapatkan attention mereka, but I failed.Lastly, sebab rasa geram sangat, saya duduk je atas kerusi dan suruh mereka bercakap puas-puas. 10 minit masa berlalu, dan saya hanya mendiamkan diri dan terus keluar dari kelas tepat pukul 11. Bila tiba masa subjek English pukul 12 p.m, saya lebih banyak mengajar menggunakan "silent way"..

Ini namanya cubaan menggunakan "Riverse Psychology".Tapi kannn..Rasa hangin la jugak kan..Bila abes masa English, saya tanya, suka tak belajar macam hari ni. Ramai student perempuan yang jawab,"Takk..", sambil wat muka sedih..Tapi boleh pulak Aiman dengan rasa tak bersalah menjawab," Sukaaaa...Sebab tak belajar", adoii, Aiman ni.. Tak ke teacher Aiman ni rasa nak marah.Dah la Aiman suka sangat main masa teacher mengajar..Ish, ishh..Kamu ni Aiman..

"Kenapa kita datang ke sekolah?"
"Untuk belajar, menuntut ilmu!"
"Haa..Untuk belajar, untuk menuntut ilmu..Dan sebab Allah yang suruh setiap orang Islam untuk menuntut ilmu.Sape yang suruh?"
"Allah!!!"
"Sebab itu bila teacher mengajar, teacher saangat tak suka kalau ada yang main-main, yang sembang-sembang, yang tak bagi perhatian. Kalau kita tak give attentian, kita faham tak apa yang cikgu mengajar?"
"Tak!" Jawab mereka serentak sambil mengeleng-ngeleng kepala.
"Itu salah satu sebabnya. Ingat tak apa yang ustaz cakap dekat perhimpunan tadi? Kita mesti hormat dan taat kepada guru kita. Kalau cikgu kita suruh kita bagi perhatian masa belajar, tapi kita tak bagi perhatian, nanti Allah marah, nanti Allah tak sayang, sebab kita mesti ikut cakap cikgu untuk perkara-perkara yang baik. Bukan kena dengar cakap teacher je, cakap semua cikgu pun kena dengar, kena ikut..."
"Cikgu, nanti kalau kita buat dosa, nanti masuk neraka kan cikgu", Tambah Azad.

Panjang lebar sesi "brain wash". Buat lagi hal, kan semua pelajar Kelas 2 Kreatif dah kena membebel dengan teacher. Nasib kamu la ye..Bukan apa, tapi bagi saya apa-apa yang kita buat kita mesti bagitau apa rasional kita buat perkara tu. Kenapa kita marah, kenapa kita bagi punishment, barulah mereka faham sebabnya. Anak-anak yang masih kecil ni, bukannya mereka boleh berfikir macam orang dewasa. Pemikiran dan akhlak mereka perlu dibentuk dengan acuan Islam oleh insan-insan sekeliling mereka.

"Tadi Kak Shida dah marah diorang. Akak cakap, "Kenapa kamu semua ni bising sangat masa teacher Khatijah mengajar. Kesian la kat teacher, nanti kalau cikgu teacher Khatijah datang, dia tengok kamu semua bising, dia dapat markah sikit nanti"

Gara-gara ada my students yang mengadu dekat Kak Su, their former English teacher, dan Kak Shida, guru kelas diorang, akibatnya Kak Su dan Kak Shida tahu la pasal cerita saya merajuk.. Pakat tergelak sama-sama..

Hari Selasa, kena dengar nasihat a.k.a brain wash saya yang panjang lebar, hari rabu kena marah dengan teacher Su, hari Khamis kena pulak ceramah dengan teacher Shida. Rasa kesian la pulak dengan budak-budak ni, selalu kena marah.. Budak-budak, memang la diorang bising..Tapi tak mengapa, ada rasionalnya. Ada kala cikgu-cikgu kena berlembut, tapi pada masa yang sama mesti tegas. Lemah lembut juga bukan bererti tidak boleh marah langsung. Ada kalanya juga kena guna riverse psychology, mana tahu, mungkin berjaya mengurangkan karenah mereka :)

p/s: Marah bukan bererti benci..Marah sebab sangat sayang....




Thursday, July 22, 2010

Kanak-kanak mengingati janji



Bila bangun pagi tadi, baru teringat..Alamak, macam mana ni..Pagi ni kelas bermula pukul 7.40, memang tak sempat nak buat."Ok, memang tak sempat nak buat sekarang. Bagi kat diorang masa rehat , memang sempat InsyaAllah", saya berkira-kira di dalam hati.

Pada hari pertama saya memasuki kelas itu, selepas saya menerangkan peraturan-peraturan kelas yang saya ingin mereka patuhi , saya meminta semua anak-anak murid mengisi satu borang tentang diri dan latar belakang mereka. Selain itu, saya bertanya kepada Kak Shida, guru Kelas 2 Kreatif tentang murid-murid di dalam kelas tersebut. Bagi saya, mengetahui latar belakang anak-anak murid kita sangat penting kerana personaliti diri mereka sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh faktor keluarga seperti pendapatan keluarga, masalah perceraian ibu-bapa dan sebagainya.

Dah lama saya nak buat nama untuk setiap anak murid, dan nama itu akan diletakkan atas meja masing-masing, supaya mudah untuk mengingati nama mereka...Ermmm..Tapi sebab bertangguh, baru semalam dapat siapkan sebahagiannya. Untuk enam anak-anak murid lagi, tak siap lagi sebab mereka tak isi borang hari tu, dan tak tau nak tulis nama panggilan apa pada kad nama tu.Maka, saya menjanjikan nama tu hari ini.

"Teacher, mana nama kami?Kami tak dapat lagi.."Saya diserbu oleh Husam, Rafiq dan Fikri sebaik sahaja tiba di kelas. "Mintak maaf, teacher tak sempat nak buat. Nanti waktu rehat teacher bagi, ok"

Mereka pun berlalu, dengan sedikit muka hampa ..Dalam hati," Oh my God,I'm really sorry my dear" Rasa bersalah sungguh..Bila tiba waktu rehat, saya bergegas ke kelas 2 K, menunaikan janji.

"Eh, nama saya dah ada", kata Fikri, tersenyum dia.
Husam yang rupanya ala-ala Hitrik Rosyan pula tersenyum lebar menampakkan giginya.

"Semua dah ada nama", kata Puteri.

Semuanya kelihatan ceria.

Begitulah kanak-kanak...Mereka tidak akan pernah melupakan janji dan mereka sudah pandai menghargai sesuatu..."Kita kena kunci kelas ni bila balik..Nanti kelas lain datang, habis diorang cabut nama ni", bimbang sungguh bunyinya, takut rosak ye sayang..

[Cuma, teacher je yang sometimes terlupa..Tapi, tetap tunaikan janji kan, hee~


***************************************************

Anak-anak tersayang:

Fauzan, Ajmal, Intan syakirah, Intan Fatihah, Aisyah, Haikal, Ummi,
Syuhada, Shah, Aneesa, Fikri, Rafiq, Ameera, Husam, Azad, Iman, Nabil, Iqmal, Najwa, Puteri, Adilla, Marissha, Zulhilmi, Ikmal, Mukmin, Afriena, Hanisha, Adri, Aiman, Izzah, Haikal Aizat, Zodisha, Haziq, Jahirah, Fatah dan Weena

Luv u all ! (^_^)

Tuesday, July 20, 2010

Praktikum

Assalamualaikum..

Dah lama sungguh tak update blog..Memang banyak benda yang nak dicerita, cuma kena mencari mood dan masa je..

Perkembangan terbaru, teaching practice..Minggu ini dah masuk minggu kedua praktikum..Sebelum tu, Layyin nak cerita tentang minggu pertama praktikum..

Minggu pertama yang sangat mentensionkan..
Bukan tension kepada anak-anak murid yang suka buat bising itu. Tapi sebab masalah tempat tinggal. Kolej kediaman UM sangat jauh dari sekolah, tidak memungkinkan saya untuk tinggal di sana.Terpaksa menumpang di rumah Kak Long sebelum dapat cari rumah sewa..Serius, sangat-sangat tension..Rumah jauh dari sekolah, terpaksa susahkan kak long untuk hantar ke LRT pukul 6.40 pagi,terpaksa menghabiskan banyak duit untuk naik teksi ke sekolah...Dan ada beberapa perkara lagi yang tidak menyedapkan hati saya, yang tak perlu saya cerita di sini rasanya..Sehingga suatu pagi saya menjerit di dalam bilik, "Eiiii, geramnya!!", agak kuat sehingga dapat didengari ke luar bilik.."Ngah, jangan tension ngah", lembut suara Kak Long sedikit sebanyak legakan hati saya. Bayangkan..Semua kawan-kawan saya tidak ada masalah dengan tempat tinggal, tambahan pula ramai antara mereka yang ada kenderaan sendiri. Saya cuma seorang saja yang belum selesai..Minggu pertama yang penuh dengan tangisan..Tak tahan dah, menangis juga akhirnya untuk lepaskan perasaan..Layyin tak sabar...

Minggu kedua.
Alhamdulillah, dah ada rumah sewa..Setiap pagi datang ke sekolah dengan housemate, Kak Ima, cikgu di sekolah saya juga..

Jika difikir balik, sungguh rasa macam tak sabar...Allah uji sedikit saja pun..Sepatutnya kena bersyukur dapat sekolah yang guru-gurunya sangat baik, sangat mengambil berat dan sangat membantu..

Hate all those negative feelings..Shuh, go away!

Namun, yang pastinya, rasa sangat suka mengajar..Rasa sangat puas apabila mereka dapat apa yang diajar. Sangat seronok buat macam-macam aktiviti dalam kelas, walaupun sememangnya mereka kadang-kadang tidak dapat dikontrol bisingnya dan suka bergaduh. Rasa macam dah sayang sangat mereka, walaupun baru bersama tak sampai 10 jam. Cuma, rasa sangat penat buat lesson plan yang berjela tu je, huhu..Padahal bila dah jadi cikgu betul-betul nanti, tulis lesson plan sejengkal je...I can't wait for dat 'sejengkal' !

Azam semester ini: Teacher akan melakukan yang terbaik untuk anak-anak murid teacher, Kelas 2 Kreatif..[Dan pastinya akan melakukan yang terbaik untuk assignments juga=)]

TEACHER, SEMANGAT!
TAKBIR, ALLAHUAKBAR!

Wednesday, May 19, 2010

Jangan Menconteng Arang Ke Muka Mak Ayah !


Apabila balik ke kampung halaman, banyaklah cerita-cerita tentang hal semasa di kampung yang diceritakan oleh mak dan ayah. Salah satu perkara yang sangat membimbangkan saya adalah tentang pergaulan bebas dan kes perzinaan yang semakin menjadi-jadi.

Cerita 1

Seorang pelajar sekolah menengah, yang baru berumur 15 tahun disahkan hamil 3 bulan. Ini yang terpapar di akhbar bulan Mac yang lalu, bermakna sekarang kandungannya telah mencecah 5 bulan. Saya namakan pelajar ini sebagai A dan ayahnya sebagai B. Sebelum perkara ini berlaku, abang kepada si A sudah beberapa kali menceritakan perihal A kepada emaknya yang suka membonceng motor bersama seorang lelaki, yang berasal dari kampung berhampiran. Namun, emaknya bukan menyiasat kebenaran cerita tersebut, bahkan memarahi abangnya itu dan ingin memukulnya pula.

Sebelum itu, ada salah seorang daripada anak perempuannya yang juga suka membonceng motor dengan lelaki, tetapi sekarang telah selamat diijabkabulkan."Dulu kakak A tiada masalah bonceng motor dengan lelaki pun, takde apa-apa perkara yang elok pun berlaku. Sekarang pun dah kahwin", barangkali beginilah yang dilontarkan oleh mak A.

Apabila nasi telah menjadi bubur, tiada apa lagi yang boleh menukar bubur itu menjadi nasi. Riuh sehingga ke beberapa buah kampung, anak si B mengandung 3 bulan, anak luar nikah! Orang tidak sebut A yang melakukan perkara itu, tetapi nama ayahnya lah yang disebut-sebut. Malu!Malu si ayahnya, terpalit malu ke seluruh ahli keluarga.. Akibat pergaulan bebas, yang hanya bermula dengan membonceng motor, akhirnya membawa mereka ke kancah perzinaan yang dimurkai Allah. Menurut cerita, si B sekarang ini tinggal di rumah saudara-maranya di daerah yang lain, sementara menunggu kelahiran bayinya.


Cerita 2

Lagi kes mengandung anak luar nikah.

Setelah setahun-dua tinggal di rumah keluarga si lelaki, akhirnya perempuan itu mengandung, dan sekarang kandungannya telah mencecah lebih kurang 6 bulan. Saya namakan perempuan ini sebagai C. C tidak berani untuk pulang ke rumahnya, di daerah Besut, kerana pasti ayahnya akan memarahi dan mungkin pula akan memukulnya. Maka, si C terpaksa tinggal di rumah lelaki itu sementara menunggu kelahiran bayinya.

Lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk dengan C, sanggup untuk berkahwin dengan C, setelah mengetahui C disahkan mengandung.Saya namakan lelaki tersebut sebagai D. Namun, ayah C menetapkan mas kahwin sebanyak RM5,000 untuk mengahwini anaknya, walaupun mengetahui hakikat yang anaknya sedang mengusung bayi yang tidak sah taraf.Disebabkan mahar yang tinggi itu, C tidak dapat berkahwin dengan si C.

Orang tidak sebut nama C. Tetapi orang mencanang nama ayah si C. Malu ayahnya tak terkata sehingga sekarang berkurung di rumah, malu nak menghadapi wajah-wajah orang kampung yang mula mencemuhnya.

Cerita 3

Cerita 3 ini, yang ayah dah cerita tahun lepas dan masih berlaku lagi sehingga sekarang. Di kampung yang berhampiran dengan kampung saya, masih terdapat 2-3 buah rumah lagi yang mana ada perempuan yang tinggal dirumah tersebut. Perempuan yang bukan mahram, merupakan kekasih kepada lelaki dalam rumah itu. Yang menghairankannya,mereka bukan tinggal sehari dua, tapi berbulan-bulan, memakan tahun. Untuk apa tinggal di rumah lelaki? Tiada rumah sendirikah? Ada satu pasangan sahaja yang telah berkahwin, setelah hampir setahun perempuan itu tinggal di rumah lelaki.

Kata ayah lagi, pada zaman dahulu jika lelaki pergi ke rumah perempuan untuk berjumpa dengan perempuan itu, maka orang kampung akan beramai-rami memukul lelaki itu. Ini disaksikan sendiri oleh ayah ketika ayah muda-muda dulu. Habis berdarah-darah lelaki itu dipukul oleh orang kampung. Lelaki zaman dahulu sangat melindungi para wanita dari ancaman-ancaman dari lelaki-lelaki syaitan yang bertopengkan manusia.

"Ayah, macam pula dengan perempuan yang pergi ke rumah lelaki?", tanya saya yang semakin berminat mendengar cerita ayah.

"Kak Ngah, perempuan zaman dahulu sangat pemalu. Usah disebut tentang tinggal di rumah lelaki, apabila bertembung dengan lelaki pun mereka akan tersipu-sipu malu", terang ayah.

**************************************

Pembaca sekalian,

Cubalah kita bayangkan..
Ini adalah realiti yang berlaku di kawasan kampung saya, yang terletak di daerah Hulu Terengganu. Kawasan pedalaman adalah kawasan yang biasanya agak kurang terlibat dengan gejala sosial, namun sekarang tanggapan itu sudah tidak benar lagi. Buktinya, baca sahaja 3 cerita di atas, sudah cukup membuktikan betapa runcingnya masalah sosial remaja.Itu belum dikira bayi yang lahir,tidak cukup sembilan bulan jika dikira dari tarikh perkahwinan.Tidak perlu saya mencari-cari kes begini di kampung-kampung jiran, cukuplah mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku di sekeliling rumah saya, ya maksud saya rumah-rumah jiran. Astaghfirullah... Ini yang berlaku di kampung-kampung, bagaimana pula dengan bandar-bandar? Sudah pasti, lebih dasyat lagi saya kira..

Kenapa ya perkara sebegini boleh berlaku?

Di dalam satu kursus perkahwinan yang diadakan di kawasan saya, apabila ditanya kepada para peserta siapakah yang cukup solat 5 waktu, hanya 15 orang sahaja yang mengangkat tangan. 15 orang daripada 100 orang peserta!Itu belum ditanya tentang solat, belum ditanya tentang puasa, belum ditanya tentang pergaulan. Solat itu adalah tiang agama. Jika solat diringan-ringankan, tidak mustahil jika mereka sanggup melakukan perbuatan-perbuatan mungkar yang lain.Bukankah solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar? Inilah salah satu jawapan kepada kes-kes perzinaan yang berlaku . Selain itu, banyak lagi faktor-faktor yang lain seperti pengaruh media massa, pergaulan bebas, kurangnya cakna oleh ibu-bapa, hilangnya perasaan malu dan banyak lagi.

Jangan menconteng arang ke muka mak dan ayah!

Jika kita rasa kita memang tak kisah menanggung malu di dunia mengandung dan mengelek bayi tanpa ayah, jika kita rasa kita memang tak hirau hinaan dan cemuhan orang, jika kita memang gembira melihat wanita-wanita menderita atas perbuatan khianat kita, jika kita memang sanggup dibakar di neraka Allah, seandainya kita sanggup menghadapi semua itu sekalipun, namun ingatlah juga kepada mak dan ayah, janganlah menconteng arang ke muka mereka...Orang tidak menyebut nama kita, tetapi nama mak ayah kitalah yang akan dikaitkan dengan perbuatan busuk kita itu....

Namun, saya percaya, jika ditanya kepada sesiapa pun, pasti tiada siapa pun yang berani berkata, "Aku sanggup dibakar di neraka" yang bahang panasnya tidak terkira. Tapi, dalam kehidupan seharian, tidak pula kita berfikir panjang, adakah apa yang aku buat ini akan menjerumuskan aku ke neraka Allah, atau membantuku ke SyurgaNya.....

Saya tidak berkata kepada orang lain, malahan kepada diri saya sendiri juga yang sangat banyak melakukan dosa ini...

Allah tidak berkata jangan melakukan zina, tetapi Allah berpesan JAUHI ZINA..Semoga kita sama-sama beroleh pengajaran dari cerita-cerita saya ini, InsyaAllah...

Mula Belajar Menjahit

Seperti dalam perancangan, cuti ini sememangnya Layyin ingin belajar menjahit. Sebenarnya, sebelum ini Layyin pun pernah belajar menjahit untuk subjek ERT. Jadinya, kiranya dah ada la sedikit experience menjahit. Sekarang ini, Layyin nak belajar betul-betul dengan kak Chik sehingga sekurang-kurangnya boleh jahit baju kurung dan baju kurung riau sepanjang cuti ini, hopefully (^_^)


Ini alas dulang yang Layyin jahit semasa form 3 dulu. Daripada alas dulang ini, saya dapat belajar 5 jenis jahitan tangan iaitu jahitan jelujur, jahitan sembat, sembat susup , silang pangkah dan lilit ubi (kalo tak silap).

Selain itu, Layyin jugak belajar buat baju kurung, tapi baju je la, kain tak pernah try lagi..Walaupun buruk rupanya, tapi Layyin pakai je wat gi kelas, hehe..Bila dah dekat setahun pakai Layyin buang je la..


Ini plak antara apa yang Layyin sempat belajar setakat ni. Juz refresh balik apa yang dah belajar. Practice lagi menjahit supaya tak kekok bila nak jahit baju nanti..

Yang pastinya, Layyin tak sabar sebenarnya nak buat baju..Hehe..Nanti bila Layyin dah siap jahit baju, nanti Layyin tunjuk hasilnya ek=)
GO!GO!

Memasak

Cuti ini, seperti biasa bermulalah tugas-tugas di dapur.
Jom kita jenguk apa yang Layyin masak cuti ni (",)

Ni masakan yang wajib bila Layyin balik umah..Ikan Patin masak asam pedas tempoyak..Layyin saaangat suka!



Karipap oleh pembuat karipap yang da lama tak buat karipap. Nasib baik lepas dibaiki, ok gak rasa inti karipap tuh, huhu..Sebenarnya Layyin buat karipap ini untuk Kak Chik yang nak ke usrah.So, saja la Layyin buat karipap ni, lepas usrah boleh la diorang pakat2 makan..

Nasi Ayam.
Ni satu lagi yang Layyin dah lama tak buat..Alhamdulillah, boley gak wat kali ni..


Jagung manis. First time buat camgini kat umah..Selalunya rebus jagung cam biasa je. Besh!Lain kali kalu mak beli jagung lagi, nak wat cam ni la..

Puding jagung simple..Layyin juz guna bahan-bahan yang ada kat umah je..Layyin tak expert sebenarnya bab-bab puding ni, tapi Layyin memang sangat suka makan puding..Kena banyak practice lagi nih..Tengok atas puding tu, memang tak smooth langsung, huhu..

Telur masak berlada

Pucuk paku goreng
Ni lauk yang mudah sangat nak buat, budak skolah rendah pun leh buat..
Kawan-kawan biasa tak makan pucuk paku?Kat umah Layyin, kalu nak makan cari je kat belakang umah..Masa kecik2 dulu Layyin siap temankan mak cari pucuk paku tuk dijual.
Sedaap..samada goreng , buat kerabu or masak lemak cili padi..

Sotong goreng merah

Soto= sedap!

Da abes..huhu...Layyin terasa lapar plak tengok gambar2 nih...
Bye2!

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru serta sahabat-sahabat yang bakal bergelar guru, pendidik anak-anak bangsa.

Selamat Hari Guru juga buat diri sendiri yang bakal bergelar guru secara rasmi tidak lama lagi..(Setahun je lagi, tak lama dah kan?) Semoga menjadi mudarris, muallim, muaddib dan Murabbi yang unggul kelak ,InsyaAllah..Saya tidak mahu sekadar menjadi guru yang menyampaikan ilmu, tetapi saya mahu menjadi guru yang juga mendidik anak-anak murid menjadi insan yang beriman...

p/s: walaupun dah terlewat, Layyin nak gak wish..huhu..biasa la..bila bercuti di kampung ni, takleh la nak online 24 jam..

Thursday, May 6, 2010

Semoga Ukhuwah Sentiasa Bertaut


Bismillah..


Selepas menghadiri Kursus Pemantapan Nuqaba' di Maktab tersayang, Layyin ke rumah Kak Long. Tercapai juga hajat saya nak buat jamuan makan-makan untuk sahabat-sahabat, especially untuk sahabat-sahabat yang tak dapat tinggal di kolej untuk semester depan.

Dalam plan, ingat nak buat kek tuk kawan-kawan. Tapi kebetulan Kak Long ke kelas kek, then dia bawak balik 4 biji kek dan few cupcakes.. So, Kak Long sponsor sebijik yang paling besar..Ini dia rupanya:

Cantik kan! Actually, memang tak sabar nak belajar deco dengan Kak Long.


Sayonara~
Moga berjumpa lagi, InsyaAllah...

Sempat juga memasak makaroni dan puding kastard berkuah laici buat sahabat-sahabat..Hope kena la ye, dengan selera..


Buat Salina, Ija, Suria, Seha, Izy, Mas, Mardhiyah dan Farah,
terima kasih tau sebab sudi datang (^_^)



Harapanku, semoga ukhuwah kita sentiasa bertaut, InsyaAllah....
Biarlah jauh di mata, namun sentiasa dekat dihati,
dan sentiasa saling mengingati dalam rintih doa pada Ilahi...


Monday, May 3, 2010

Sedih....



Sedih..


Rasa sedih....

Rasa sedih sangat.....

Sepatutnya...

Aku bersyukur dengan setiap perpisahan...

Kerana pasti tiada pertemuan tanpa perpisahan....

But...Still...I feel sooo sad...

And I think I already have a good cry tonite...

Hope I won't cry anymore..

Kata orang, tangisan itu tanda kelemahan..

Tapi bagiku...tangisan itu bukan tanda kelemahan..

Kadang-kadang, tangisan itu bukan boleh ditahan-tahan..

Atau..

Bukan yang boleh dilakon-lakonkan..


Kadang-kadang tangisan boleh menjadi sumber kekuatan, melepaskan perasaan di jiwa dan menenangkan fikiran...

Melepaskan rasa sayang, ya mungkin juga...

Melepaskan rasa tak ingin berpisah, ya mungkin juga..

Menangislah jika rasa itu dapat melegakan hati..

Menangislah, andai diri terasa lemah, pohonlah dariNya yang maha Kuat lagi Maha Berkuasa.....

Allah...Berilah aku kekuatan..Aku tak tau la Ya Allah, kenapa rasa sedih sangat ni...

Aku tau Ya Allah..Sahabat-sahabat hanya pinjaman sementara...Sampai masa akan berpisah jua..

Tenangkanlah hati ini Ya Allah..

Aku sayang mereka...Berikanlah yang terbaik untuk mereka di dunia dan akhirat..

Moga Engkau merahmati persahabatan kami selama ini..

Dan kekalkan ukhuwah antara hati-hati ini...

Aku sayang mereka, keranaMu...



Thursday, April 29, 2010

Cuti yang hampir tiba


Seriously, dah lama tak jumpa adik-adik...Last day jumpa, semasa cuti bulan 11 dan bulan 12 tahun lepas.. Oh my God! tak perasan pun, rupanya dah dalam 4 bulan dah tak jumpa diorang..Balik hari tu ada program, yang saya sebenarnya terlupa cuti sekolah berbeza tarikh dengan cuti Universiti. Akibatnya, bila saya balik rumah, sume adik-adik dah takde..

"K.ngah bila nak balik?Lambatnya..."-tak tau la dah berapa kali k.chik ulang..

"K.ngah cepat la balik..Rindu nak makan masakan k.ngah ni!"-K.ngah tau ni ayat cover, sebenarnya adik-adik k.ngah rindukan k.ngah kan?..


"K.ngah, cepat la balik...Adik rindu ke k.ngah ni..."-sayu je nada adik..


"Adik nak pesan k.ngah beli pape tak bila k.ngah balik?" "Takd
e, adik cuma nak k.ngah balik dengan selamat je..."

Aduhai, adik-adikku ni..Makin la sedihnya saya..

Semalam, semasa kol adik-adik, alhamdulillah, sempat juga memberikan sedikit sebanyak kata-kata nasihat..Cuma, rasa teringin juga nak share dengan sahabat-sahabat pembacaku sekalian..Waktu tu, adik saya yang form 3 (kami juz panggil adik je) cerita tentang kawan-kawan yang tengah couple.. Dan biasa la kan ragam orang bercinta ni, mula la nak bermsg, kol, jumpa, pegang-pegang, berindu-rinduan, erm macam-macam la..

Kata saya kepada adik..

"
Adik, kita jangan terpengaruh dengan orang ye..Bukan k.ngah kata cinta tu salah, tapi bila kita bercinta ni, nanti akan membawa kita kepada banyak benda-benda yang tak elok. Ni bukan masa adik untuk bercinta, bila besar nanti, dan bila memang dah sampai masanya, boleh la nak bercinta, tapi tu pun ada caranya..Bukan dengan keluar dating , msg2 dan sebagainya"

Dan tiba-tiba terkeluar pula kata-kata ini dari saya,

" Dik, takpe kita takde kekasih macam orang lain pun..Kita kan ada Allah, Allah tu la kekasih kita yang sentiasa ada bersama kita..Bercintalah dengan Allah..Baca Al-Quran, itu surat cinta Allah kepada kita..mintalah apa-apa sahaja dari kekasih kita tu, Dia pasti akan tunaikan..Dan selalulah berjumpa Kekasih kita tu dalam solat"..

Setelah bercakap dengan adik, dengan pelbagai kata-kata nasihat yang saya cuba selitkan, saya sendiri merasakan sedang mentazkirahkan diri sendiri..Ya, betul tu...Apabila kita menasihati orang, sebenarnya kita juga sedang memperingati diri sendiri..Moga adikku beroleh manfaat, dan begitu juga dengan diriku..Moga terkesan dihati dan terkesan pula pada amalan..Amiin, ya Allah..

Cuti yang hampir ti
ba

Cuti dah hampir tiba..Dalam kepala, banyak benda yang nak dicover bila cuti nanti. Hopefully, cuti ni saya dapat manfaatkan sepenuhnya. InsyaAllah, saya nak buat satu jadual , yang lebih baik dari sebelum2 ni, dan akan cuba sebaik mungkin untuk patuhinya [Sebelum ni buat jadual je, tapi tak ikut pun, huhu..] InsyaAllah, nak banyakkan solat berjemaah bersama adik-adik, bagi tazkirah sambil bercerita dan sebagainya, banyakkan berdiskusi tentang masalah mereka and so on..Dan pastinya kena betulkan bacaan Al-Quran adik-adik sambil refresh balik tajwid-tajwid dalam Al-Quran tu. Saya harap saya dapat bertadarus dengan adik-adik setiap hari dan istiqamah. [Banyak ni yang saya kena improve dari cuti yang sebelum2 ni..]


(Image from: http://3.bp.blogspot.com/_EELWlS_z3Ys/Sshtk5AZmwI/AAAAAAAADr0/xpox3R09swo/s400/We_love_Islam_by_Marwa_Kishk.jpg)

Alhamdulillah, k.chik pula tengah bersemangat nak belajar memasak..Nanti boleh la saya ajar pape resepi yang k.chik nak belajar..Saya suka nak mengajar orang memasak, aish tapi adik-adik ni time rasa bersemangat je nak belajarnya..

Saya pula nak belajar menjahit dengan k.chik sebab k.chik pandai menjahit..Dah lama sangat ni niat nak belajar, cuma belum ada kesempatan lagi. Suka tengok jahitan k.chik, memang kemas..

Hopefully, banyak perkara yang akan kami belajar masa cuti nanti, moga bertambahlah ilmu dan kemahiran serta amalan.

Masa berkualiti bersama adik-adik

(Image from: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhdsqEtXFZ1sieXJmYMtIcZ0URyZTv2ebHwiTFKVAy8PyuezDpamVjTlVCfXSsWAewG9902T7OGDvMtyOI0-wKpVbKP8SEfR_4q3FoA2AOqSGW4V0Py_ivgAF40IrngUPEvoesCLxUqI8/s1600-r/sibling+header.jpg)

Kita bukan selalu berjumpa dengan adik-adik..Maka, bagi saya masa yang berkualiti bersama mereka itu sangat penting. Kita cuba lakukan yang terbaik dalam ruang waktu yang ada. Waktu itulah yang patut kita manfaatkan untuk mendengar luahan hati mereka, apa-apa masalah yang mereka ada dan juga memberi motivasi buat mereka. Harapnya dengan itu, dapat rapatkan lagi hubungan kita yang selalu terpisah. Dan ingatlah, bahawa dakwah yang paling utama itu adalah kepada keluarga kita. So, cubalah kita tunaikan tanggungjawab kita tu sebaik mungkin apabila bersama dengan keluarga. Dan antara perkara terpenting dalam dakwah itu bagi saya adalah dengan membina hubungan yang baik dengan orang yang ingin didakwah (Mad'u kita).

Last but not least,
saya memang nak jadikan cuti ni sebagai cuti yang terbaik. Mulakan dengan planning yang baik, kemudian buat apa yang dah di plan tu. InsyaAllah, I know u can do it.. Gud luck Layyin, all da best!


Buat adik-adik k.ngah,
InsyaAllah, panjang umur kita jumpa..Sabar ye sayang..



(Image from: http://s4.hubimg.com/u/1202899_f248.jpg)

K.ngah pun riiiinduuu adik-adik k.ngah; rindu k.Chik, rindu Napi dan rindu adik....

Ingat Allah selalu ye (^_^)

*****************************************
p/s: Erm, rasa best la menulis tentang perasaan di blog ni..Rasa terluah apa yang ada di hati dan juga rasa lagi jelas matlamat yang ingin dicapai, InsyaAllah=)


Facebook, kain dakwah yang tercorak luas


Artikel ini ditulis oleh Saudara Majdi Nadwan, http://ilasyahid.blogspot.com/.

Lepasan Darul Quran JAKIM dan kini menuntut di UIAM.

Kata orang,

Facebook itu satu keperluan.

Keperluan asas hidup ke-4, malah, selepas makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Saya tersenyum. Dalam kata, ada makna. Dalam bicara, ada benarnya. Memang, facebook memang seakan satu keperluan. Jika orang tak kata pun, keadaan sekarang yang menggambarkan begitu.

Lakaran kehidupan yang kita dapat lihat setiap hari.
Di rumah, di pejabat, di mahalah, ataupun ketika sedang belajar subjek computer di makmal.

Facebook, kain dakwah yang tercorak luas.

“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya” -Hadis Riwayat At-Tirmidzi, no 2687

Walau yahudi yang membuatnya, kita mukmin yang akan mengambil hikmahnya.

Facebook mempunyai sistem yang amat luas dan menarik. Dari sistem tagging, terus kepada group yang senantiasa bercambah dari saat ke tahun. Ataupun terus message yang boleh terus dibalas, dalam hanya sekilas tangan.

Ianya semakin mudah.

Dan dalam semua ini. Ia mencampakkan kita ke lembah komunikasi yang amat luas. Dan bila ada komunikasi, maka ada perhubungan. Dan bila ada hubungan, maka di situ ada, dakwah.


Sistem tagging yang menyentuh bahu.


(Image from: http://1.bp.blogspot.com/_5CTML0SeHwA/R-I-GsJy8BI/AAAAAAAAAAo/WD_ZnuhjgK4/S660/cat-smile.jpg)


Saya cuit bahu kamu. Tersenyum, dan berkata,

"Jom, kita berjalan bersama menuju Allah"
Dengan muka yang manis mesra.

Dan itulah sistem tagging. Bila kita mentag seseorang, pasti keluar notification padanya dan memberitahu.

"Anda telah di tag"
Kan itu menyentuh bahu? Apabila kamu tag seseorang melalui nota islamik, atau yang kamu lukis pada picture yang mengandungi mesej-mesej islami, mahupun ketika kamu invite seseorang ke dalam group perbincangan agama dan pemikiran.

Mereka akan rasa terpanggil untuk membaca. Malah, bila ditag, mereka merasakan bahawa mereka benar-benar special. Istimewa. Memang khusus untuk mereka, kerana itu mereka di tag.

Bukankah kamu sudah menyentuh bahu mereka?

Untuk kita juga, kerana kita juga adalah mad'u.


Sentuhlah hati mereka dengan nota kamu. Semoga hati kamu juga tersentuh.

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.

Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk" -125 surah al-Nahl.
Seandainya malu menyampaikan melalui lisan, sampaikanlah melalui tulisan.

Kamu tulis nota, kamu sampaikanlah. Kamu ada gambar cantik-cantik, kamu sebarkanlah. Agar semua dapat baca.

Tak ramai yang minat untuk membaca blog. Tak ramai yang tertarik untuk melayari laman yang mempunyai tulisan dan karangan yang panjang-panjang, yang seakan seperti karya ketika SPM dulu.

Dan kadang, mereka merasa malu dan segan untuk hadir ke situ. Mungkin mereka malu, maka kamu yang hadir kepada mereka. Tersenyum, dan sampaikanlah. :)

Semoga hati kita juga tersentuh.

"Saya tak pandai menulis"

Tak mengapa, kamu jadilah orang tengah. Ramai orang yang bekerja sebagai orang tengah sekarang, menjadi perantara yang selalunya untung membukit.

Saya juga nak untung membukit.

Bukit pahala. Walaupun kadang kita tak tulis, tapi kita menyampaikan. Kita orang tengah. Tak ramai yang baca blog, maka kita bawa blog kepada mereka.

Kita copy, kita paste.

Blog Ustaz Hasrizal, blog Hilal Aysraf, blog Ustaz Pahrol, blog Majdi Nadwan, dan semua blog yang ada. Kita letak link blog mereka.

Kita copy, kita paste, dan kita tag mereka pada tazkirah itu.
Gambar? Ya, samalah. Begitu juga caranya.

Mesej, status, pimpinlah ia dengan iman

"Dari lisan kepada islam. Pimpinlah ia terus ke Iman menuju Ihsan"
Bila kita tukar status, mesti terpampang di home facebook kan? Dan orang akan baca. Meskipun tidak di tag. Sekurang-kurangnya mereka akan membaca sepintas lalu. Mengerling sepintas mata.

Tak salah nak berkongsi status peribadi kita. Kan kita berukhuwwah?

Kita sharing. Sharing is caring. And caring is loving.
Cuma, selitkan selalu kata-kata hikmah. Madah pujian berindah akhlak. Peringatan berhias pengajaran.

Jika tak baca, mereka menjeling. Jika mereka komen, kan boleh sama-sama kongsi idea?

Saya gembira, moga ini saham saya.

"Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh.”-hadis Riwayat Muslim

Hidup kat dunia, kejap sangat. Macam tengok filem. Habis aksi, habislah filem. Atau macam lagu. Habis intonasi, habislah lagu. Yang seakan mimpi. Bila terjaga, habislah semua.

Pastikan setiap saat kita dalam dakwah. Mestikan setiap nafas kita dalam tabiyyah. Apa yang kita buat, kita nak semua dalam pahala.

Kita bermain, kita nak pahala. Kita berblog, kita nak pahala. Kita bertwitter, juga nak pahala. Apatah lagi facebook kan? Di situ, pasti, kita juga mahu pahala.
Saya gembira, saya suka. Saya rasa banyak yang saya dapat buat dalam facebook. Amat luas, amat besar.

Macam multi-level kan? Macam MLM. Bila seorang baca, dan yang lain sampaikan. Huh, boleh naik pangkat saya.

Moga ini saham akhirat saya.

Usaha, usaha!

Image from: http://mppusim0809.files.wordpress.com/2009/06/kartun.jpg

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya.

Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.

Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 2:148
Banyak sangat yang kamu boleh buat dalam facebook ni.

Tagging, status, event, forum, group, discussion. Ah! Terlalu banyak.
Dan InsyaAllah. Setiap kali orang baca, selagi mana kerana Allah. Setiap kali itulah kamu dapat pahala.
Jom, kita berlumba!

Kamu berusahalah. Jika kamu yang menang, saya tetap gembira :)
(Tapi saya tak akan mengaku kalah ~)



Wednesday, April 28, 2010

Tidur satu nikmat

Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Badan rasa sangat penat. Namun, mata masih tidak menun jukkan tanda-tanda ingin tidur. Jika saya tertidur dalam pukul 4 lebih, saya bimbang akan terlajak pula waktu subuh... So, decision, better bangun, and do something...

Ternyata, tidur juga satu nikmat..Satu nikmat yang mana kita kadang-kadang terlupa. Namun yang pasti, ada orang yang tak dapat tidur, penyakit insomnia contohnya. Atau, macam saya ni, dah 2 malam tak dapat tidur (baru 2 malam). Mungkin kerana Allah nak suruh saya bersyukur barangkali, sebab itu dia buat saya tak dapat tidur. Sebagaimana jika kita sakit, baru kita sedar nikmat sihat. Jika kita sibuk, baru sedar nikmat lapang...Begitulah manusia...Bila hilang rasa nikmat, baru timbul rasa nak hargai, rasa nak bersyukur dengan apa nikmat yang ada selama ni..


(Image from: http://funnybabyanimalphotos.blogspot.com/2008/08/sleeping-baby-pictures.html)


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk beristirehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) untuk mencari penghidupan (masa untuk mencari rezeki.)
- (An-Naba’: 9 – 11).

Terima kasih ya Allah kerana selama ini memberi aku kesempatan untuk tidur dengan lena..
Dan terima kasih juga ya Allah kerana tidak melenakan tidur aku dalam 2 hari ini, semoga aku lebih bersyukur dengan nikmat tidurku selama ini...Alhamdulillah~


Tuesday, April 27, 2010

Rindu usrah dan program..


Di saat aku rindu pada usrah, Allah bagi peluang untuk aku berusrah,

Di saat aku rindu kepada program-program, Allah bagi peluang untuk aku berprogram,
Baiknya Allah..

Bila tiba musim exam..

Semua persatuan2 dan organisasi2 menghentikan program. no more usrah, no more programme. Dan yang pasti, di surau kolej saya ni, memang jarang ada ceramahnya.. Gap yang lama, 2 minggu sebelum paper yang seterusnya (my last paper), sangat la membosankan saya..

Semalam...

Hanya kerana menegur seorang adik, membawaku ke usrah mereka. Sempat makan bersama, solat berjemaah dan berusrah..Alhmadulillah..

Esok..

Dalam perancangan, ingat nak menjenguk ke maktab kesayanganku, IPGM Ilmu Khas. Ada pertandingan Tilawah Al-Quran dan hafazan.

Lusa..

InsyaAllah, akan join adik2 PGPI (Persatuan Guru Pelatih Islam) di maktab untuk ke Program Pemantapan Nuqaba'. Berterima kasih sangat kepada adik2 yang sudi mengajak..

Tulat dan seterusnya..

Study!!

Kenapa tak balik kampung?

Bila gap lama ni, biasanya ramai kawan-kawan yang balik kampung. Selalu juga orang tanya, kenapa tak balik?Ermm...Saya bukan tak balik sebab saya tak sayang mak ayah.. Sebab sayang lah saya tak balik. Saya cuba berjimat, jika balik kampung, tambang saja dah RM100. Tak pe la, saya stay je kat kolej ni, makan pun ada disedia. Niat dihati memang tak nak susahkan mak ayah, cukup la duit elaun yang ada, tak nak lagi meminta-minta dari mereka yang dah banyak sangat memberi. Kawan, bukan sebab saya tak sayang family...Cuma, cara kita menunjukkan kasih sayang itu berbeza mengikut situasi...Menahan rasa rindu dihati, itu juga kukira satu pengorbanan, semuanya kerana sayang...


Monday, April 26, 2010

Selamat Hari Lahir, Aishah


[Entri khas buat sahabatku, Siti Aishah binti Alias]

Assalamualaikum, Aishah..

Ermm...tak tau nak guna ayat camne...Tapi kali ni nak guna ayat yang kita tak biasa guna bila kita bercakap bersama, hehe..So beware ye, sila jangan gelak, ok Shah!

Shah,
Rasa banyak benda yang aku nak cakap..Tapi, tak pasti apa yang ingin dicoret di sini..Dah lama kan kita bersahabat Shah...Dari umur kita 6 tahun, sampai la umur kita dah mencecah 23 tahun ni..Macam-macam benda yang kita harungi bersama..Harung sungai, harung pasir, harung semak-samun, sume benda la, hehe.. Ermm..Teringat-ingat lagi sume saat-saat tu, suka, duka, pahit, manis, sume ada....Banyak kan kita berkongsi rasa..Banyak sangat masa yang kita spend bersama kan Aishah..

Shah,
Di kesempatan ini, aku ingin memohon ribuan kemaafan...Andai selama persahabatan kita ni, aku banyak membuat kesilapan dan sebagainya..Cuma, andai boleh diputar waktu, kalau boleh aku ingin kembali ke waktu dulu, untuk menjadi sahabat yang lebih baik, lebih baik daripada aku di hari-hari semalam, yang aku rasa sangat banyak kekurangan dan kelemahan.Terima kasih Shah, kerana menerima aku seadanya...


Rasulullah pernah bersabda, jika kita sayangkan seseorang, kita perlu lafazkannya..Esok belum pasti ada untuk aku....Shah, I wanna say I luv you..Aku sayangkanmu kerana Allah..
[Nak tulis gak kat sini, sebab kalau nak cakap depan2 ngan Aishah memang takkan cakap, huhu..Sebab Aishah akan gelak dulu...kan?]


Dan terima kasih sangat sahabatku, kerana sentiasa bersamaku pada waktu senang dan susah. Menjadi pendengar setia untuk ceritaku yang tidak pernah ada titik noktahnya..


Shah,
Semoga dirimu sentiasa berada dalam redhaNya..Dan semoga kita sentiasa berada dalam perjuangan, perjuangan demi menegakkan agamanya, InsyaAllah..
Perjuangan kita masih terlalu panjang, moga diberikan kekuatan dan moga kita istiqamah..

Shah...
kita jadi sahabat sampai bila-bila ye, sampai kita kahwin dan ada anak sekali pun, sampai bila-bila...Jangan lupakan aku di sini...Dan harapanku, semoga kita bertemu di syurga...Aku ingin bertemu dengan sahabat sejatiku di syurga...Shah..kita sama-sama doa ye..

Last but not least, Selamat Hari Lahir sahabatku=)




( Original image from: http://www.allabouthappylife.com/wallpapers/valentines_day/1600/1600-love-wallpaper-dsc02850.j)

Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain ada 6 perkara:

1) Apabila engkau bertemu dengannnya ucapkanlah salam.
2) Apabila engkau mengundangmu, maka tunaikanlah
3) Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya
4) Apabila ia bersin, lalu mengucapkan "Alhamdulillah" maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah"
5)Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya
6) Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.

Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim.


assalamualaikum Pictures, Images and Photos
(Image from: http://media.photobucket.com/image/Assalamualaikum/sirloin_skipper/assalamualaikum12.gif)


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ;
"Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu"
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a)


Dari Abu Yusuf Abdullah bin Salam r.a., katanya; aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:, "Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat sunat Tahajud), nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera".
(Riwayat Al- Tarmizi)

Dipetik Dari: Majalah solusi, edisi ulang cetak.

P/S: Layyin pun sebenarnya baru sahaja cuba untuk membudayakan salam bila bertemu sahabat-sahabat. Sedang cuba untuk istiqamahkan, InsyaAllah~

Jom kawan-kawan, kita sama-sama sebarkan salam (^_^)

Anak-anak Muridku.


"CIKGU, CIKGU SIHAT" Begitulah bunyinya sms yang saya terima.(Semuanya huruf besar, k)

"Assalamualaikum..Alhamdulillah, cikgu sihat je. Ni sapa ni?"
"SAYA NASRUL"


Dalam hati saya berkata, ingat lagi upenya anak murid saya ni..Nasrullah ni saya penah mengajar semasa SEP (School Experience Programne) dulu. Actually, bukan mengajar sangat la, juz banyak ganti kelas je semasa SEP tu.Dah hampir setahun saya tak jumpa anak-anak murid saya ni, tapi alhamdulillah, ada lagi yang ingat. Terharu sebenarnya, huhu..

Dulu, ada la beberapa anak murid yang kol dan msg. Ada sorang anak murid saya tu cakap dengan comelnya, "Cikgu, kawan-kawan yang lain tu sebenarnya diorang nak kol cikgu, tapi diorang cakap diorang malu". Waktu tu sebenarnya tengah bimbang saya nak stay kat mana bila masuk UM ni, tak tau dapat kolej or tak. Tapi, bila dengar suara anak murid, rasa lega sikit hati...Begitulah, letaknya anak-anak muridku dihatiku..Menceriakan hari, menghilangkan gusar dihati~Chewah, kata-kata yang ala-ala jiwang drpku yg tak jiwang ini,hee~

Saya saya rindu untuk mendengar panggilan itu. Cikgu, teacher, ustazah, semua ada anak murid panggil. Ustazah?Oh, teacher bukan ajar Pendidikan Islam, tapi ajar Bahasa Inggeris ye=)

Ok lah..Sekarang, jom kita tengok wajah anak-anak murid saya ni semasa SOP (School orientation Programme) yang mana kitorang kena observe kanak-kanak pra-sekolah dan semasa SEP di SK Taman Midah 1. Banyak gambar2 semasa SEP Layyin terdelete.. Uwaaa...Siyes rasa cam nak nanges je..Akibatnya, takdelah gambar2 yang happening dan abes sume gambar2 saya ngan diorang..Ermm, xpelah, nak wat camne, sendiri careless..Meh tgk apa gambar2 yang ada:


Ni masa SOP kat SK Taman Midah 2, Cheras.

Tengah sibuk mewarna ye..

Main-main..Ni kat belakang pra-sekolah tu.

Cuba tengok 3 orang dekat belakang tu..OooO, tunjuk hero ek~

Mereka berdua yang sangat comel!

Gambar amik masa last day.
Anak-anak yang masih suci dari sebarang dosa...Erm..

Kat bawah ni, gambar2 masa SEP plak..


Nasrullah yang tengah angkat tangan tu. Tahun ni dah darjah 5.

Kat kelas 4E.. Baru lepas exam pertengahan tahun.
Kelas yang rasa students paling rapat dengan Layyin.
Seronok sangat diorang masa story-telling session.

Budak-budak memang suka bergambar^^
(Padahal cikgunya pun sama je, hihi)

Say Cheese (^_^)


Si comel~Sekarang dah darjah 3..Suka sembang dengan budak-budak ni, sementara sesi persekolahan petang belum bermula.

Tengah ajar reading skills.

Waduh, nakal2 nih...

Kolam tempat murid-murid suka bagi makan ikan-ikan bila tiba masa rehat or sementara tunggu kelas sesi petang. Sampai kekenyangan ikan tuh, huhu..Kat bahagian depan sket daripada kolam ni ada pondok, kat situ la saya suka sembang2 denagan students..Kita akan tergelak bila dengar citer budak-budak nih..Aish, macam2..


Masa last day, hari ke 14 SEP, ada 2 orang anak murid ni bagi hadiah dekat saya. Hadiah satu frame, yang saya tau diorang beli dari koperasi. Walaupun cuma satu hadiah yang kecil harganya, tapi besar nilainya kat cikgu, hadiah pertama dari anak murid. Bukan cikgu mengharapkan hadiah, tapi hadiah tu kira cam bermakna la kan.. Tak dapat nak snap picture, sebab charger kamera tak tau saya letak ke mana..

Mungkin ada di kalangan sahabat yang masih belum tahu, Layyin ni amik course apa sebenarnya kan. Saya amik course TESl untuk sekolah rendah, spesifiknya TEYL (Teaching English for young Learners). Minor pula, amik Science. Jadi, InsyaAllah, lepas grad pertengahan tahun depan Layyin akan mengajar budak-budak yang comel2 kat sekolah rendah tu, hopefully..


I'm Future Teacher, InsyaAllah (^_^)




Sup bagus untuk kesihatan

Assalamualaikum..

Click Me~ Hi! Pembaca apa khabar? sihat ke? Saya alhamdulillah, sihat2 je [Padahal orang tak tanya pun ek, hehe..] Cerita tentang kesihatan ni, musim2 exam camgini, jaga la ye kesihatan..Bukan apa, rumet saya hari tu, kena gastrik, 3 hari..Balik rumet saya yang sorang lagi, dia pulak batuk, demam..Hari ni pun still batuk2..Kesian rumet2ku ni..Terbaca plak blog orang lain, dia cerita tengok orang yang berdarah, baru lepas accident, datang amik exam..Huu, takut dengar...So, take care ye semua =)
Memandangkan entri sebelum2 ni macam siyes je, saya nak cite yang tak bape siyes pulak ye..Cerita dari sorang kawan (kita namakan S), masa tengah makan tengahari..

Camni ceritanya..

Satu hari mak dia buat sup ayam. Kemudian mak S suruh la S pegi kat dapur, masukkan rempah sup bunjut dalam sup tu. Cari punye cari, tak jumpa la plak kan rempahnya..

"Mak oh mak..mana sup bunjutnya? Tak jumpe pon..""Ada, kat dapur tu.. Carilah..Pastu, masukkan aje kat dalam sup tu"
"Aishh, mana lah ni...", kata S sambil meneruskan pencarian.
"Ha'ah, yang ni kot"Kata S setelah bertemu dengan apa yang dicari So, dia pun terus memasukkannya ke dalam sup tu tadi.

Tiba time merasa...


"Kenapa tak rasa macam sup pon" Kata S kehairanan. Maka, ditambah lagi dan lagi rempah tadi.

Emak S pun jenguklah ke dapur..Terkejut mak S.

"Kenapa kuah sup ni jadi warna kuning?! Letak apa ni S?"

Korang rasa S letak ape?Hee~Click Me~

Haha, rupernye S letak serbuk kunyit. Patut la bila rasa, memang takde langsung rasa supnyer...Malang sungguh nasib sup ayam tu, takde sape pon nak makan, sebab takut tengok sup ayam yang berwarna kuning tu, huhu..

Moral of the story:

Belajar2 la ye masak kat dapur. Biar boley kenal mana jenis2 rempah, mana serbuk kunyit, mana rempah sup bunjut..Jangan jadi macam kes ni. Kesian sup ayam tu jadi mangsa, kui3..Kalau kat umah sendiri boleh tahan lagi, tapi kalau korang wat camni kat umah calon mak mertua, huhu, naya la korang , abes direjectnye..
Hehe, takde la , saje je tuh, takot-takotkan korang..
Tapi selalu gak dengar orang kata kan, nak ikat hasben, kena ikat perutnya dulu..Kena masak shedap2 kat hasben..Betul ek camgitu?
Huhu, cop Layyin tak tau~

Erm, tapi saya memang tergelak dengar citer dia tadi..Adeih, kawan aku ni, macam-macam..

Apa kaitan dengan tajuk?


(Gambar dari: http://www.flickr.com/photos/25472651@N06/2481827575/ )

Macam takde kaitan je ek, hehe..Tapi, yang saya tahu, sup memang bagus untuk kesihatan, let say masa demam or kurang berselera ke...Tak kira la, sup sayur ke, sup ayam ke, sup kentang ke, or mihun sup ke....Tapi jangan makan sup ayam yang letak kunyit, nanti dalam perut kita jadi bertukar warna kuning, kih3..Sila jangan tertipu dengan myth budak2 kecik nih ^^

Ok, bye-bye~

p/s: Layyin suka makan sup=) Nampak cam shedap je kan sup kat atas tu, hehe..