Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan:)


Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud:
Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, N
asai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

If u fail to plan, you are planning to fail.
Dah siap planning untuk bulan Ramadhan? Dah tulis elok-elok atas kertas, ke just ada dalam fikiran? Jika belum,. cepat-cepat la kita kita tulis 'proper and detail plan' untuk projek besar Ramadhan. Semoga ibadah lebih tersusun dan kita lebih jelas dengan apa yang kita ingin capai.

Salam Ramadhan buat semua :)

Tuesday, June 7, 2011

Isteri umpama bidadari syurga


Assalamualaikum and hi!

Pernah dengar tentang Kelab Isteri Taat? Dah baca artikel tentang kelab ni semalam?
Jom baca dulu kat link ni:

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layanmacampelacur_/Article

"Mungkin ada yang akan menilai artikel ini dari sudut positifnya dengan nilai hiperbola iaitu 'pelacur kelas pertama'. Namun, saya merasakan ianya salah pada maksud, mahupun nilai perbandingan seorang isteri yang mempunyai darjat yang jauh lebih tinggi dari pelacur. Nauzubillah.."

"Menjadi isteri ibarat bidadari syurga jauh lebih baik daripada menjadi isteri ibarat pelacur kelas pertama.. Macam mana nak jadi seperti bidadari syurga?Jadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan. cari rujukan dalam buku, memang banyak... macam mana nak jadi pelacur kelas pertama? astagfirullah, jangan sesekali mencari mana-mana rujukan.. "

(Mengolah sedikit kata-kata dari sahabat saya, Haifa Aniqah dan Shahrizul Ayuni. kredit buat mereka. I totally agree.)



***********************

After he shared with the class about this issue,then I just give my own opinion where I disagree with the suggestion of being like"first class prostitute"

After that,

He said: Everyone have their opinion. And the person who said this is a very knowledgeable person in religion, right? (He refer to dr.Rohaya). So, sometimes there is no right or wrong answers. People have their own opinion. It just opinion.

My heart said: Yes, in certain things, there is no wrong or right answers. For example, if someone said that the clothes is beautiful, he is right. But, if another person said that the same clothes is ugly, he is also right.

But,
If we ask a drug addict, , "Do you think that to be a drug addict is good?"
Maybe he might answer," Yes, it nothing bad to be a drug addict. It is not a wrong thing to do."
Do we still want to say that the answer given by the drug addict is correct because it is all just about opinion?

Or,
If we ask a muslimah who is not wearing hijab," Do you think it is ok not to wear hijab?"
"Yes, it's up to ourselves whether we want to wear it or not. It is not wrong not to wear hijab. For me, to be fashionable and up-to-date with fashion is more important"-Is this sound right?

Or,
" I'm enjoy killing people. It such an enjoyable moment to see people in pain"-gosh!

What say u?

As a conclusion, opinion can be either right or wrong, both are acceptable. But in certain aspects (which seems like just an opinion) it still can be totally wrong or totally right since we as a muslim have our own guidelines in order to judge things whether it is right or wrong. Therefore, our opinion must be always based on the views of Islam.

(But he is not a muslim. So, its ok for him to think in that way) But I hope the listener won't be nod their head while listened to this (",) InsyaAllah..


Layyinulharir: Semalam terasa nak kongsi perkara ini di blog, namun saya batalkan hasrat tu. Tapi, bila dalam kelas tadi trainer saya cerita tentang isu ni, saya rasa semangat plak nak share something kat alam maya ni.

Kolej Kediaman Ketiga
Universiti Malaya
8/06/11
12.20 A.M

Saturday, June 4, 2011

Salam Rejab


Assalamualaikum (",)
Dalam kesibukan, hari ini dah masuk hari kedua bulan Rejab..Bermakna, dalam 2 bulan saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Jom, kita bersihkan hati, mantapkan ibadah, kuatkan 'stamina' dan insyaAllah semoga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik.
"Allahumma Bariklana Fi Rajab wa Sya'ban, Wa ballighna Ramadhan" riwayat al-Tirmizi, maksudnya, Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab & Sya'ban dan panjangkanla usia kami kepada Ramadhan, dan berdoalah dengan membaca ayat ke 8 Surah ali Imran agar berterusan semangat beribadah daripada sekarang hingga bila-bila.

Monday, May 30, 2011

Indahnya sifat sabar

Sabar itu istana Iman. Begitulah kata-kata pujangga. Hakikatnya, antara ratusan sifat-sifat terpuji (mahmudah) sabar boleh dianggap sebagai penghulunya. Ini jelas apabila Al-Quran sendiri mengulang-ulang kalimah ini tidak kurang dari 70 kali.

Rabi'ah al-Adawiyyah pernah diriwayatkan berkata : Yang bermaksud :

"Sabar itu tidak tertanggung melainkan dengan kesabaran jua".

Secara istilahnya, sabar bererti ‘menahan diri atas perkara-perkara yang tidak disukai, demi mencari keredhaan Allah'. Yakni, walaupun sesuatu perbuatan itu tidak kita gemari, bersedekah umpamanya, kita tetap bertahan melakukannya demi keredhaan Allah. Firman Allah (S.W.T) dalam surah Ar-Ra'd ayat : 22 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang bersabar kerana mengharapkan keredhaannya Tuhannya".

Secara mudahnya, sabar sering diertikan dengan ketenangan hati, tidak panik ataupun berkeluh-kesah dalam menghadapi apa jua situasi.

Kebaikan sifat sabar ialah :-

1) Sifat sabar dinisbahkan oleh Allah dengan sifat rasul-rasul Ulul Azmi sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Ahqaf ayat 35 yang bermaksud:

" Bersabarlah sebagaimana rasul-rasulnya Ulul Azmi bersabar"

Ulul Azmi adalah lima rasul yang amat cekal menghadapi cabaran dan tentangan umat mereka dalam menjalankan dakwah. Mereka ialah Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Isa, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh a.s

2) Sabar membezakan antara manusia dan makhluk lain. Allah mencipta binatang punya nafsu semata-mata. Ia tidak dilengkapkan dengan akal, juga tidak dihiasi dengan sifat-sifat terpuji. Manakala para Malaikat pula diciptakan Allah suci dari hawa nafsu. Mereka asyik beribadah kepada Allah tanpa memerlukan sifat sabar sebagai perisai. Sedangkan kejadian kita manusia, pada awalnya hanya nafsu memerintah, sewaktu akal masih putik. Kita hanya tahu menangis bila kelaparan atau kesakitan. Sedikit demi sedikit akal mula membesar seiring tumbesaran jasmani. Kemudiannya kita dilatih bersabar sedikit demi sedikit. Hinggalah kita baligh dan wajib mematuhi syariatnya.

Namun terdapat juga tersalah tanggap tentang konsep sabar. Antara salah konsep masyarakat kita dalam mengertikan sifat sabar ialah :-

a) Kompromi . sabar dan kompromi adalah dua kalimah berlainan makna, walaupun kita perlu bersabar untuk berkompromi. Ada perkara yang kita tidak boleh berkompromi terutamanya bila melibatkan maruah diri, bangsa dan agama.

b) Menyerah. Seringkali kedengaran oleh kita melafazkan :

"Apa nak buat, bersabar sahajalah".

Perlu ditegaskan, sabar bukannya tewas atau kalah. Malah setiap muslim perlu mengambil tindakan penyelesaian yang sewajarnya sekiranya menghadapi masalah.

c) Tidak berusaha. Bersabar atas kemiskinan ataupun kecacatan diri bukan bererti menerima bulat-bulat keadaan yang berlaku. Allah menyeru agar manusia berusaha sedaya upaya baru kemudiannya berserah kepada Allah. Firman-Nya dalam Surah Ar-Ra'd ayat :11 yang bermakusd :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka sendiri mengubahnya".

d) Sabar hanya waktu susah. Mungkin pelik bagi sesetengah orang jika dikatakan kita juga perlu bersabar pada waktu senang. Ini mungkin kerana sifat sabar kerap dikaitkan dengan kesusahan dan penderitaan. Padahal, yang lebih sukar adalah sabar sewaktu senang untuk membendung sifat-sifat tercela di dalam diri seperti bakhil, bongkak dan sombong agar kita menjadi hamba yang bersyukur.

e) Pasif. Memberi maksud sabar sebagai tunggu dan lihat juga tidak tepat. Sepatutnya orang yang sabar adalah pro-aktif, yang mampu bertindak selangkah ke hadapan dari orang lain. Ini kerana hatinya yang tenang yang memungkinkannya berfikir dengan waras.

Kerana kekurangan ilmu dan praktis, sabar kerap dianggap sebagai matlamat atau penyelesaian. Sedangkan sebenarnya sifat sabar adalah wadah atau perisai ampuh yang mesti digunakan untuk mencapai matlamat hidup dunia dan akhirat.

(Dipetik dari: http://www.jais.gov.my)

Layyinulharir:

Teringat tentang teguran seorang sahabat saya..masa tu, solat tarawih kat surau.Saya merungut sebab rasa panas sangat+ surau tu sesak dgn jemaah. Tersentak dalam hati bila dia bagi nasihat supaya tak merungut bila buat ibadah, betapanya saya tak sabar untuk hal yang sekecil itupun....Terima kasih atas teguranmu, ingat sampai hari ni walau dah 2,3 tahun dah berlalu..

Macam mana nak latih sabar? Mungkin boleh dimulakan dengan mengurangkan segala rungutan walaupun untuk benda yang kita rasa sangat kecil sekalipun..

Start it now! =)

Friday, May 20, 2011

Wanita Terbaik


Al-Khawarizmi seorang ahli matematik Islam apabila ditanya tentang wanita terbaik, beliau menjawab:

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia daripada keluarga baik-baik, tambah lagi 0=1000

Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa daripada wanita tersebut kecuali "0"

Layyinulharir: Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, May 19, 2010

Jangan Menconteng Arang Ke Muka Mak Ayah !


Apabila balik ke kampung halaman, banyaklah cerita-cerita tentang hal semasa di kampung yang diceritakan oleh mak dan ayah. Salah satu perkara yang sangat membimbangkan saya adalah tentang pergaulan bebas dan kes perzinaan yang semakin menjadi-jadi.

Cerita 1

Seorang pelajar sekolah menengah, yang baru berumur 15 tahun disahkan hamil 3 bulan. Ini yang terpapar di akhbar bulan Mac yang lalu, bermakna sekarang kandungannya telah mencecah 5 bulan. Saya namakan pelajar ini sebagai A dan ayahnya sebagai B. Sebelum perkara ini berlaku, abang kepada si A sudah beberapa kali menceritakan perihal A kepada emaknya yang suka membonceng motor bersama seorang lelaki, yang berasal dari kampung berhampiran. Namun, emaknya bukan menyiasat kebenaran cerita tersebut, bahkan memarahi abangnya itu dan ingin memukulnya pula.

Sebelum itu, ada salah seorang daripada anak perempuannya yang juga suka membonceng motor dengan lelaki, tetapi sekarang telah selamat diijabkabulkan."Dulu kakak A tiada masalah bonceng motor dengan lelaki pun, takde apa-apa perkara yang elok pun berlaku. Sekarang pun dah kahwin", barangkali beginilah yang dilontarkan oleh mak A.

Apabila nasi telah menjadi bubur, tiada apa lagi yang boleh menukar bubur itu menjadi nasi. Riuh sehingga ke beberapa buah kampung, anak si B mengandung 3 bulan, anak luar nikah! Orang tidak sebut A yang melakukan perkara itu, tetapi nama ayahnya lah yang disebut-sebut. Malu!Malu si ayahnya, terpalit malu ke seluruh ahli keluarga.. Akibat pergaulan bebas, yang hanya bermula dengan membonceng motor, akhirnya membawa mereka ke kancah perzinaan yang dimurkai Allah. Menurut cerita, si B sekarang ini tinggal di rumah saudara-maranya di daerah yang lain, sementara menunggu kelahiran bayinya.


Cerita 2

Lagi kes mengandung anak luar nikah.

Setelah setahun-dua tinggal di rumah keluarga si lelaki, akhirnya perempuan itu mengandung, dan sekarang kandungannya telah mencecah lebih kurang 6 bulan. Saya namakan perempuan ini sebagai C. C tidak berani untuk pulang ke rumahnya, di daerah Besut, kerana pasti ayahnya akan memarahi dan mungkin pula akan memukulnya. Maka, si C terpaksa tinggal di rumah lelaki itu sementara menunggu kelahiran bayinya.

Lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk dengan C, sanggup untuk berkahwin dengan C, setelah mengetahui C disahkan mengandung.Saya namakan lelaki tersebut sebagai D. Namun, ayah C menetapkan mas kahwin sebanyak RM5,000 untuk mengahwini anaknya, walaupun mengetahui hakikat yang anaknya sedang mengusung bayi yang tidak sah taraf.Disebabkan mahar yang tinggi itu, C tidak dapat berkahwin dengan si C.

Orang tidak sebut nama C. Tetapi orang mencanang nama ayah si C. Malu ayahnya tak terkata sehingga sekarang berkurung di rumah, malu nak menghadapi wajah-wajah orang kampung yang mula mencemuhnya.

Cerita 3

Cerita 3 ini, yang ayah dah cerita tahun lepas dan masih berlaku lagi sehingga sekarang. Di kampung yang berhampiran dengan kampung saya, masih terdapat 2-3 buah rumah lagi yang mana ada perempuan yang tinggal dirumah tersebut. Perempuan yang bukan mahram, merupakan kekasih kepada lelaki dalam rumah itu. Yang menghairankannya,mereka bukan tinggal sehari dua, tapi berbulan-bulan, memakan tahun. Untuk apa tinggal di rumah lelaki? Tiada rumah sendirikah? Ada satu pasangan sahaja yang telah berkahwin, setelah hampir setahun perempuan itu tinggal di rumah lelaki.

Kata ayah lagi, pada zaman dahulu jika lelaki pergi ke rumah perempuan untuk berjumpa dengan perempuan itu, maka orang kampung akan beramai-rami memukul lelaki itu. Ini disaksikan sendiri oleh ayah ketika ayah muda-muda dulu. Habis berdarah-darah lelaki itu dipukul oleh orang kampung. Lelaki zaman dahulu sangat melindungi para wanita dari ancaman-ancaman dari lelaki-lelaki syaitan yang bertopengkan manusia.

"Ayah, macam pula dengan perempuan yang pergi ke rumah lelaki?", tanya saya yang semakin berminat mendengar cerita ayah.

"Kak Ngah, perempuan zaman dahulu sangat pemalu. Usah disebut tentang tinggal di rumah lelaki, apabila bertembung dengan lelaki pun mereka akan tersipu-sipu malu", terang ayah.

**************************************

Pembaca sekalian,

Cubalah kita bayangkan..
Ini adalah realiti yang berlaku di kawasan kampung saya, yang terletak di daerah Hulu Terengganu. Kawasan pedalaman adalah kawasan yang biasanya agak kurang terlibat dengan gejala sosial, namun sekarang tanggapan itu sudah tidak benar lagi. Buktinya, baca sahaja 3 cerita di atas, sudah cukup membuktikan betapa runcingnya masalah sosial remaja.Itu belum dikira bayi yang lahir,tidak cukup sembilan bulan jika dikira dari tarikh perkahwinan.Tidak perlu saya mencari-cari kes begini di kampung-kampung jiran, cukuplah mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku di sekeliling rumah saya, ya maksud saya rumah-rumah jiran. Astaghfirullah... Ini yang berlaku di kampung-kampung, bagaimana pula dengan bandar-bandar? Sudah pasti, lebih dasyat lagi saya kira..

Kenapa ya perkara sebegini boleh berlaku?

Di dalam satu kursus perkahwinan yang diadakan di kawasan saya, apabila ditanya kepada para peserta siapakah yang cukup solat 5 waktu, hanya 15 orang sahaja yang mengangkat tangan. 15 orang daripada 100 orang peserta!Itu belum ditanya tentang solat, belum ditanya tentang puasa, belum ditanya tentang pergaulan. Solat itu adalah tiang agama. Jika solat diringan-ringankan, tidak mustahil jika mereka sanggup melakukan perbuatan-perbuatan mungkar yang lain.Bukankah solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar? Inilah salah satu jawapan kepada kes-kes perzinaan yang berlaku . Selain itu, banyak lagi faktor-faktor yang lain seperti pengaruh media massa, pergaulan bebas, kurangnya cakna oleh ibu-bapa, hilangnya perasaan malu dan banyak lagi.

Jangan menconteng arang ke muka mak dan ayah!

Jika kita rasa kita memang tak kisah menanggung malu di dunia mengandung dan mengelek bayi tanpa ayah, jika kita rasa kita memang tak hirau hinaan dan cemuhan orang, jika kita memang gembira melihat wanita-wanita menderita atas perbuatan khianat kita, jika kita memang sanggup dibakar di neraka Allah, seandainya kita sanggup menghadapi semua itu sekalipun, namun ingatlah juga kepada mak dan ayah, janganlah menconteng arang ke muka mereka...Orang tidak menyebut nama kita, tetapi nama mak ayah kitalah yang akan dikaitkan dengan perbuatan busuk kita itu....

Namun, saya percaya, jika ditanya kepada sesiapa pun, pasti tiada siapa pun yang berani berkata, "Aku sanggup dibakar di neraka" yang bahang panasnya tidak terkira. Tapi, dalam kehidupan seharian, tidak pula kita berfikir panjang, adakah apa yang aku buat ini akan menjerumuskan aku ke neraka Allah, atau membantuku ke SyurgaNya.....

Saya tidak berkata kepada orang lain, malahan kepada diri saya sendiri juga yang sangat banyak melakukan dosa ini...

Allah tidak berkata jangan melakukan zina, tetapi Allah berpesan JAUHI ZINA..Semoga kita sama-sama beroleh pengajaran dari cerita-cerita saya ini, InsyaAllah...

Thursday, April 29, 2010

Facebook, kain dakwah yang tercorak luas


Artikel ini ditulis oleh Saudara Majdi Nadwan, http://ilasyahid.blogspot.com/.

Lepasan Darul Quran JAKIM dan kini menuntut di UIAM.

Kata orang,

Facebook itu satu keperluan.

Keperluan asas hidup ke-4, malah, selepas makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Saya tersenyum. Dalam kata, ada makna. Dalam bicara, ada benarnya. Memang, facebook memang seakan satu keperluan. Jika orang tak kata pun, keadaan sekarang yang menggambarkan begitu.

Lakaran kehidupan yang kita dapat lihat setiap hari.
Di rumah, di pejabat, di mahalah, ataupun ketika sedang belajar subjek computer di makmal.

Facebook, kain dakwah yang tercorak luas.

“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya” -Hadis Riwayat At-Tirmidzi, no 2687

Walau yahudi yang membuatnya, kita mukmin yang akan mengambil hikmahnya.

Facebook mempunyai sistem yang amat luas dan menarik. Dari sistem tagging, terus kepada group yang senantiasa bercambah dari saat ke tahun. Ataupun terus message yang boleh terus dibalas, dalam hanya sekilas tangan.

Ianya semakin mudah.

Dan dalam semua ini. Ia mencampakkan kita ke lembah komunikasi yang amat luas. Dan bila ada komunikasi, maka ada perhubungan. Dan bila ada hubungan, maka di situ ada, dakwah.


Sistem tagging yang menyentuh bahu.


(Image from: http://1.bp.blogspot.com/_5CTML0SeHwA/R-I-GsJy8BI/AAAAAAAAAAo/WD_ZnuhjgK4/S660/cat-smile.jpg)


Saya cuit bahu kamu. Tersenyum, dan berkata,

"Jom, kita berjalan bersama menuju Allah"
Dengan muka yang manis mesra.

Dan itulah sistem tagging. Bila kita mentag seseorang, pasti keluar notification padanya dan memberitahu.

"Anda telah di tag"
Kan itu menyentuh bahu? Apabila kamu tag seseorang melalui nota islamik, atau yang kamu lukis pada picture yang mengandungi mesej-mesej islami, mahupun ketika kamu invite seseorang ke dalam group perbincangan agama dan pemikiran.

Mereka akan rasa terpanggil untuk membaca. Malah, bila ditag, mereka merasakan bahawa mereka benar-benar special. Istimewa. Memang khusus untuk mereka, kerana itu mereka di tag.

Bukankah kamu sudah menyentuh bahu mereka?

Untuk kita juga, kerana kita juga adalah mad'u.


Sentuhlah hati mereka dengan nota kamu. Semoga hati kamu juga tersentuh.

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.

Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk" -125 surah al-Nahl.
Seandainya malu menyampaikan melalui lisan, sampaikanlah melalui tulisan.

Kamu tulis nota, kamu sampaikanlah. Kamu ada gambar cantik-cantik, kamu sebarkanlah. Agar semua dapat baca.

Tak ramai yang minat untuk membaca blog. Tak ramai yang tertarik untuk melayari laman yang mempunyai tulisan dan karangan yang panjang-panjang, yang seakan seperti karya ketika SPM dulu.

Dan kadang, mereka merasa malu dan segan untuk hadir ke situ. Mungkin mereka malu, maka kamu yang hadir kepada mereka. Tersenyum, dan sampaikanlah. :)

Semoga hati kita juga tersentuh.

"Saya tak pandai menulis"

Tak mengapa, kamu jadilah orang tengah. Ramai orang yang bekerja sebagai orang tengah sekarang, menjadi perantara yang selalunya untung membukit.

Saya juga nak untung membukit.

Bukit pahala. Walaupun kadang kita tak tulis, tapi kita menyampaikan. Kita orang tengah. Tak ramai yang baca blog, maka kita bawa blog kepada mereka.

Kita copy, kita paste.

Blog Ustaz Hasrizal, blog Hilal Aysraf, blog Ustaz Pahrol, blog Majdi Nadwan, dan semua blog yang ada. Kita letak link blog mereka.

Kita copy, kita paste, dan kita tag mereka pada tazkirah itu.
Gambar? Ya, samalah. Begitu juga caranya.

Mesej, status, pimpinlah ia dengan iman

"Dari lisan kepada islam. Pimpinlah ia terus ke Iman menuju Ihsan"
Bila kita tukar status, mesti terpampang di home facebook kan? Dan orang akan baca. Meskipun tidak di tag. Sekurang-kurangnya mereka akan membaca sepintas lalu. Mengerling sepintas mata.

Tak salah nak berkongsi status peribadi kita. Kan kita berukhuwwah?

Kita sharing. Sharing is caring. And caring is loving.
Cuma, selitkan selalu kata-kata hikmah. Madah pujian berindah akhlak. Peringatan berhias pengajaran.

Jika tak baca, mereka menjeling. Jika mereka komen, kan boleh sama-sama kongsi idea?

Saya gembira, moga ini saham saya.

"Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh.”-hadis Riwayat Muslim

Hidup kat dunia, kejap sangat. Macam tengok filem. Habis aksi, habislah filem. Atau macam lagu. Habis intonasi, habislah lagu. Yang seakan mimpi. Bila terjaga, habislah semua.

Pastikan setiap saat kita dalam dakwah. Mestikan setiap nafas kita dalam tabiyyah. Apa yang kita buat, kita nak semua dalam pahala.

Kita bermain, kita nak pahala. Kita berblog, kita nak pahala. Kita bertwitter, juga nak pahala. Apatah lagi facebook kan? Di situ, pasti, kita juga mahu pahala.
Saya gembira, saya suka. Saya rasa banyak yang saya dapat buat dalam facebook. Amat luas, amat besar.

Macam multi-level kan? Macam MLM. Bila seorang baca, dan yang lain sampaikan. Huh, boleh naik pangkat saya.

Moga ini saham akhirat saya.

Usaha, usaha!

Image from: http://mppusim0809.files.wordpress.com/2009/06/kartun.jpg

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya.

Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.

Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 2:148
Banyak sangat yang kamu boleh buat dalam facebook ni.

Tagging, status, event, forum, group, discussion. Ah! Terlalu banyak.
Dan InsyaAllah. Setiap kali orang baca, selagi mana kerana Allah. Setiap kali itulah kamu dapat pahala.
Jom, kita berlumba!

Kamu berusahalah. Jika kamu yang menang, saya tetap gembira :)
(Tapi saya tak akan mengaku kalah ~)



Wednesday, April 28, 2010

Tidur satu nikmat

Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Badan rasa sangat penat. Namun, mata masih tidak menun jukkan tanda-tanda ingin tidur. Jika saya tertidur dalam pukul 4 lebih, saya bimbang akan terlajak pula waktu subuh... So, decision, better bangun, and do something...

Ternyata, tidur juga satu nikmat..Satu nikmat yang mana kita kadang-kadang terlupa. Namun yang pasti, ada orang yang tak dapat tidur, penyakit insomnia contohnya. Atau, macam saya ni, dah 2 malam tak dapat tidur (baru 2 malam). Mungkin kerana Allah nak suruh saya bersyukur barangkali, sebab itu dia buat saya tak dapat tidur. Sebagaimana jika kita sakit, baru kita sedar nikmat sihat. Jika kita sibuk, baru sedar nikmat lapang...Begitulah manusia...Bila hilang rasa nikmat, baru timbul rasa nak hargai, rasa nak bersyukur dengan apa nikmat yang ada selama ni..


(Image from: http://funnybabyanimalphotos.blogspot.com/2008/08/sleeping-baby-pictures.html)


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk beristirehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) untuk mencari penghidupan (masa untuk mencari rezeki.)
- (An-Naba’: 9 – 11).

Terima kasih ya Allah kerana selama ini memberi aku kesempatan untuk tidur dengan lena..
Dan terima kasih juga ya Allah kerana tidak melenakan tidur aku dalam 2 hari ini, semoga aku lebih bersyukur dengan nikmat tidurku selama ini...Alhamdulillah~


Monday, April 26, 2010

Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain ada 6 perkara:

1) Apabila engkau bertemu dengannnya ucapkanlah salam.
2) Apabila engkau mengundangmu, maka tunaikanlah
3) Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya
4) Apabila ia bersin, lalu mengucapkan "Alhamdulillah" maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah"
5)Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya
6) Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.

Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim.


assalamualaikum Pictures, Images and Photos
(Image from: http://media.photobucket.com/image/Assalamualaikum/sirloin_skipper/assalamualaikum12.gif)


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ;
"Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu"
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a)


Dari Abu Yusuf Abdullah bin Salam r.a., katanya; aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:, "Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat sunat Tahajud), nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera".
(Riwayat Al- Tarmizi)

Dipetik Dari: Majalah solusi, edisi ulang cetak.

P/S: Layyin pun sebenarnya baru sahaja cuba untuk membudayakan salam bila bertemu sahabat-sahabat. Sedang cuba untuk istiqamahkan, InsyaAllah~

Jom kawan-kawan, kita sama-sama sebarkan salam (^_^)

Thursday, April 22, 2010

Di mana ye silapnya??

Remaja mangsa rogol menderita

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.

Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.

Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.

Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.

"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.


Bacaan selanjutnya di Utusan Malaysia.

************************************************************

Allahurabbi..Mereka ini baru berusia 14 tahun...Masih jauh perjalanan hidup yang mungkin bakal ditempuh. Bagaimana masa depan mereka nanti? Dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar lain yang melakukan perbuatan terkutuk itu? Di mana letaknya akhlak mereka? Di mana letaknya Allah di hati mereka?

Terlalu banyak masalah sosial yang kita hadapi dalam dunia sekarang ini, kita kecilkan skop di Malaysia. Di mana ye silapnya??Di mana silapnya sehingga rogol itu mula menjadi kebiasaan jika dikaitkan dengan remaja, walaupun masih di bangku sekolah? Di mana silapnya andai pembuangan bayi itu seolah-olah bertukar menjadi satu budaya masyarakat? Di mana silapnya sehingga pergaulan antara lelaki dan perempuan seolah-olah tiada batasan?

Indah terangkum falsafah pendidikan negara;

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Namun persoalannya, adakah tercapai semua matlamat itu?

Tercapaikah jika sekolah tempat mereka menuntut ilmu itu menjadi tempat mereka melakukan maksiat dan memuaskan nafsu? Saya kira, falsafah pendidikan negara masih belum tercapai, melainkan melahirkan lebih ramai manusia yang bersampah..Tinggi inteleknya, tapi makin rendah rohaninya...

Lihat sahaja gambar-gambar di bawah...Apalah salah mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa...Hilangnya rasa belas kasihan dek hati yang kelam dari nur iman....


Sedih kan tengok gambar-gambar ni..Tapi inilah realiti yang kita hadapi saban hari..

Mungkin ada orang yang akan menuding jari kepada ibu-bapa. Memang ibu-bapa memainkan peranan besar dalam mencorak akhlak anak-anak. Namun, kita juga harus ingat, ibu-bapa itu juga pernah memasuki era persekolahan, menghabiskan banyak masa untuk belajar di sekolah rendah , menengah dan peringkat IPT. Mereka juga pernah diasuh oleh guru-guru di sekolah dan sekolah itu sendiri seolah-olah menjadi rumah kedua mereka. Jesteru, Institusi pendidikan itu sangat penting dalam pembentukan akhlak masyarakat. Peranan guru itu saya kira cukup besar dalam mendidik anak-anak bangsa, mendidik mereka mengenal Allah dan rasulnya.


Maka, di mana ye silapnya sistem pendidikan kita? Atau... di mana silapnya guru-guru kita?

Apabila terbaca berita ni tadi, satu perkara utama yang saya terfikir adalah bagaimana aku sebagai seorang bakal guru perlu mendidik anak-anak ini, supaya mereka akan menjauhi perkara-perkara yang Allah benci, dan taat kepada suruhanNya..

Allahurabbi...Bersediakah aku untuk itu? Bagaimana aku perlu memainkan peranan sebagai pendidik nanti??

Mungkin pembaca boleh membantu saya merungkai persoalan ini....Syukran andai ada sebarang perkongsian dari pembaca sekalian...


Tuesday, April 20, 2010

Soo sweet!

Sweet n nice kan gambar ni...Layyin ditag kat gambar ni tadi...



Tak nak cakap banyak, cuma pesan Layyin, jangan tiru aksi ni ye,

jika belum sah kawen lagi, hehe...
Bahaya tau kawan-kawan!Nanti Allah marah~~
Kalo dah kawen, ye silakan,InsyaAllah dapat pahala (^_^)

Thursday, April 15, 2010

Sharing is caring, jangan kedekut ilmu!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini Allah masih lagi bagi peluang untuk kita meneruskan hidup kita seperti hari-hari sebelum ini. Semoga hari ini adalah lebih baik dari hari-hari semalam, InsyaAllah, mudah-mudahan..

Kali ni Layyin nak share tentang something yang berkisar tentang "sharing ilmu". Ok, let's read:

Antara input dan output.

Ramai di antara kita yang suka menambah ilmu dan banyak pula ilmunya.Maka, itu semua menjadi input kepada kita. Tapi, sejauh mana output yang kita buat daripada input yang kita ada itu?"Uh, saya bukannya orang yang banyak ilmu. Camne nak share dengan orang laen?", maybe ada sesetengah dari kita yang fikir macam ni sekarang kan?

Sabda Rasulullah dalam satu hadis,


"Sampaikan dariku walau satu ayat"(Hadis riwayat Bukhari) .

Takkan la selama kita hidup ni, satu ayat pun kita tak tau..Mesti la dah banyak yang kita tau kan? Sekali dengar ceramah, entah berapa ratus ayat yang kita dengar. Dalam sehari, berapa banyak ilmu kita yang bertambah kan. Namun, sejauh mana kita rasa nak share ilmu kita dengan orang laen, supaya orang laen juga beroleh manfaat dari ilmu tersebut?


Ok, berhenti membaca sekejap ye.Apa kata kita ambil masa satu minit, satu minit je tuk muhasabah.. Tanya pada diri sendiri soklan-soklan ni:

1) Sejauh mana selama hidup aku ni, aku rasa nak share apa yang aku tau dengan orang laen? either share dgn kawan-kawan or keluarga aku or sesape je la..

2) Sejauh mana selama hidup aku ni aku dah sharing ilmu dengan orang laen?Banyak lagi tak apa-apa yang aku tau, tapi aku simpan je tuk diri aku sediri?

3) Sejauh mana usaha aku selama ni untuk share ilmu dengan orang lain?Adakah aku dah bersungguh-sungguh? or aku buat time aku rasa nak buat je, time aku rasa malas nak share, aku diam je la...


Ermmm....Bila pikir-pikir, macam tak banyak je kan sharing2 ilmu yang kita buat, nak dibandingkan dengan apa ilmu yang kita tau selama ni. Bak kata orang, sharing is caring. Tak baek kita kedekut ilmu tau!

Mudahnya nak share ilmu....

"Susah la nak share ilmu, saya bukannya reti nak bagi ceramah kat orang ni.." Haish, dah kalu rasa memang tak reti, tak yah la bagi ceramah kat orang, tak semestinya nak share mesti kena bagi ceramah kat surau or kat masjid. Banyak cara sebenarnya kita boleh sharing ni, dari cara yang very simple and easy, just take a few seconds, sehingga la ke cara yang more complicated. Jom kita tengok camne caranya:

1) Sembang-sembang ngan kawan:

Haa, yang ni tak yah guna modal pape, modal air liur je la kan, hehe..Citer je kat kawan-kawan, kat rumet kita, adik-adik kita apa ilmu yang kita dapat. Kalu boley jadikan cam sesi diskusi, tu lagi bagus, cuma kita kena pandai la camne nak tarik minat pendengar kita tu kan...


2) Call n sms kawan:


Zaman canggih ni, rata-rata semua budak U ada henpon, even budak yang kat sekolah rendah pun dah pandai guna henpon. Haaa, guna je la henpon tu, boley kol family or kawan, citer apa kita dapat, or msg je, jimat sket ek. Tak rugi kuar duit sket, janji pahala dapat, siyes berbaloi-baloi!


3) Facebook:

Kenal tak facebook?Ye la, betul la tu, yang kita boley tulis status, boley chat, boley buat link, boley buat notes, boley upload gambar, boley bagi msg, boley wat group,boley tag orang, pendek kata banyak benda yang kita boley buat dengan facebook nih.. Tahniah la tuk anda sebab kenal FB, memang anda terbukti tak ketinggalan zaman nih, hehe..So, ape cer? Dah guna betul-betul FB tuk share ilmu?Kalu belum tu, cepat-cepat la guna peluang yang ada ye.

Add la FB saya, boley kita sharing kat sana, hehe --->Promote2~

4) Blog:

Apa-apa je yang kita nak tulis, kita boley tulis kat blog ni. Bayangkan, kalu kita tulis kat blog ni, sedunia boley tengok tau! Unless la kalu korang wat private, huhu..Best blogging ni, boley express apa sahaja dalam pemikiran kita, boley share apa sahaja ilmu yang bermanfaat yang kita nak share dengan orang laen. Then, carilah ramai kawan-kawan blogger, supaya nanti ada la yang nak follow blog kita kan, berkawan la dengan blogger2 yang laen, baru best. Tambah pulak kalu kita linkkan kat FB, insyaAllah, nanti lagi ramai orang yang jenguk blog kita.

Saya tengah usaha nak improve lagi blog kesayangan saya ni...Okes, aja-aja Fighting!

5) Email:

Jika ada artikel yang menarik, yang bermanfaat, atau yang kita nukilkan sendiri, kita boley je email kat kawan-kawan. Sekali email, boley email kat ramai kawan-kawan, maka ramai la kawan-kawan kita yang dapat gak ilmu yang kita dapat tu. Maka, tersebar la ilmu kita tu, siyes untung.


6) Ceramah:

Yang ni, bukan semua orang boley buat, Tapi, walau camne pun, kita boley practice sebenarnya," regular practice will make perfect".Kalu kita langsung tak cuba, sampai bila nak pandai, ye dak?


Erm, banyak kan cara yang kita boleh guna, ni baru juz sebut sket, kalu nak tulis semua cara yang ada, panjang la plak, boley buat berentry2. Kalu time exam skg ni plak, boley la kita share ilmu tentang pelajaran ngan kawan-kawan kita. Bila kita terang kat orang laen, kita pun akan jadi lebih faham, InsyaAllah, mudah la nak jawab exam nanti.Namun, jangan pula kita lupa tuk top-up ilmu ye. Tanpa input yang baik, macam mana nak bagi output pula. Jika tidak menerima terlebih dahulu, bagaimana ingin memberi?

Btw, bila nak start share ilmu? Eh, sekarang la, nak tunggu bila lagi. Share kan ilmu yang kita dapat dari entry ni kepada kawan-kawan yang laen. Share kan ilmu anda dengan bagi komen/ cetusan pendapat yang bernas lagi bermanfaat kat entry saya ni. Komen pembaca-pembaca sekalian sangat-sangat dialu-alukan, saya dahului dengan jazakallah=)

Last but not least, saya nak share satu lagi hadis drp Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

“Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya”
(HR Abu Hurairah)

Rujukan: http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/tuntutan-dakwah-ilal-khair.html

Wednesday, April 14, 2010

Persediaan sebelum berkahwin

Bismillah..

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian....Segala puja dan puji yang infiniti bagi Allah, Tuhan yang mencipta, mengurus dan mentadbir sekalian alam, satu-satunya tuhan yang wajib disembah oleh sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

[Ini adalah entri yang terpanjang saya rasa. Jadi, jika pembaca membaca entri ini, diharap dapat membaca cerita Layyin ni dari awal sehingga akhir, untuk mengelakkan salah faham dan sebagainya, okeh^^]

Apabila usia semakin dewasa ni (InsyaAllah, 28 September ini Layyin akan berusia 23 tahun), maka ramailah adik-adik mahupun sahabat yang bertanya soalan seumpama ini:

"Akak, bila nak kahwin?""Akak dah ada calon?"
"Akak, bila nak makan nasi minyak?Jangan lupa jemput tau!"
"Akak dah lulus nak kahwin nih...Bila akak nak kawin ?"

Ya, saya perlu mengakui yang saya telah semakin dewasa dari hari ke hari(walaupun kadang-kadang merasakan macam masih kanak-kanak je lagi;p). Apabila makin dewasa ni, banyak perkara yang kita fikir, tak macam masa budak-budak dulu, tak perlu nak pikir banyak-banyak. Antaranya, tentang pelajaran, kerjaya, masa depan, dan pastinya juga tentang perkahwinan.....

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin (few months ago, dah lama dah), kerajaan bercadang mewajibkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan, especially guru-guru baru yang masih bujang akan berkemungkinan besar di hantar ke Sabah dan Sarawak..Layyin InsyaAllah akan grad pada pertengahan tahun depan, dan dalam bulan 7 akan memulakan kerjaya sebagai seorang teacher.Oh, Layyin akan dihantar ke Sabah dan Sarawak la ye???! kalau masih bujang, huhu...

Ada beberapa perkara yang Layyin fikirkan semasa mendengar berita ini dulu .Jika difikir tentang diri Layyin sendiri, Layyin sebenarnya tak kisah untuk mengajar di sana, cari pengalaman.Cuma janganlah dihantar ke tempat yang sangat pedalaman, sehingga berjam2 untuk sampai ke sekolah.Jika terpaksa menghadapi sedikit kesusahan dan suasana kemiskinan, tu takpe la sebab Layyin pun duduk kat kampung juga, suka suasana kampung yang lebih tenang...Yang kedua tentang mak ayah..Kalu boleh, mak ayah macam nak sangat Layyin mengajar dekat-dekat je..Ye la, Kak Long sekarang ni tinggal kat KL dengan keluarga, of course la mak ayah kurang seronok kan bila anak tinggal berjauhan, apatah lagi adik-adik Layyin yang semuanya tinggal di hostel masing-masing.Namun, Layyin tahu, bukan mudah untuk dapat posting ke negeri sendiri..Jika fikir tentang keluarga, Layyin kalau boleh nak sangat meluangkan seberapa banyak masa bersama keluarga dan menjadikan setiap masa bersama itu sebagai masa yang berkualiti. Sebab Layyin fikir bila dah kawen nanti, mesti masa bersama keluarga adalah sangat limited kerana kita akan lebih menumpukan kepada keluarga sendiri pula...

Bila cerita dekat mak dulu, pasal kena posting Sabah Sarawak tu, selamber je kan mak jawab, "Kalau macam tu, kak ngah kahwin cepat2 la" Pastu mak gelak-gelak, dia cakap separuh brgurau la kan, tapi nampak macam senang je kalu nak dapat lampu hijau ni kan, hehehe, peace ;p

Click Me~

Juz little thought in my mind....

Now, I want to think about the future...Apa yang saya fikirkan ialah, jika Layyin mengajar di sana, at least 3-5 tahun.3 tahun dari sekarang, umur Layyin dah 27 tahun.27 tahun bagi perempuan, bagi Layyin adalah sangat lambat dah untuk kahwin. Umur yang sesuai bagi pendapat Layyin adalah around 24-26.So, katakan pula kalau kahwin masa mengajar di sana, dan suami berada di tempat laen, maka terpaksa berpisah dengan suami. Tempat isteri adalah di sisi suami. Bak kata nasihat dari seorang senior yang dah kahwin, kalau boley jangan la berjauhan dengan suami. Sekiranya menjadi seorang isteri juga, sudah pasti sebolehnya kita mahu berbakti sebaik mungkin kepada suami, memberikan segala-galanya hanya yang terbaik. Menjaga makan minum dan pakainya, memberikan sokongan dalam setiap apa yang dilakukan dan sebagainya...So, penyelesaiannya, kahwin je la before isi borang posting! Wah, cakap memang la senang kan, huhu, sesenang si Kak Chik (adik Layyin) yang usulkan kat Layyin..



Best kan tengok orang kawen...Click Me~

Hehe, ye ke best?

Untuk berkahwin, bukanlah sesenang dan seseronok yang mungkin seperti sesetengah daripada kita anggap. Banyak persediaan yang perlu dilakukan, baik dari segi ilmu agama , amal ibadat, ilmu rumah tangga, persediaan mental, persediaan fizikal, persediaan emosi, semua ni mesti ada. Bila dah berkahwin, banyak pula tanggungjawab yang perlu digalas. Bagi Layyin, Layyin tidak bimbang tentang jodoh, bukanlah bermakna langsung tak ambil kisah ye, tapi maksud Layyin, Layyin percaya bahawa jodoh itu ketentuan dan rezeki dari Allah, bukankah Allah pemilik segala rasa rasa kasih sayang dan cinta?! Dah ada someone special yang Allah dah tetapkan untuk kita. Teringat kepada seorang kawan Layyin dahulu, menurut apa yang Layyin dengar, dia menangis di dalam kelas sebab katanya tiada sesiapa pun yang minat kat dia..Camgitu plak jadinya ek, huhu... Tak perlu la menangis kawan, kalau juz kita tengok kawan-kawan kita yang lain couple, tapi kita tak couple. Laen la kata, kalu umur dah 30 tapi tak kawen-kawen lagi, ye dak?

Namun, bagi Layyin, apa yang Layyin bimbangkan adalah diri Layyin sendiri.....Aku inginkan suami yang soleh, yang memiliki ilmu agama yang banyak, yang beriman dan bertaqwa dan sebagainya, the list will go on and on ..Tanya pula pada diri sendiri, adakah aku telah memiliki semua ciri-ciri itu?...Kata Allah, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.Selalu bila orang tanya Layyin bila nak kahwin, selalu Layyin akan jawab calon masih belum ada. Ada calon atau tiada calon, tu persoalan yang lain, saya tak bimbang tentang itu, tetapi saya lebih bimbang tentang persedian....YeEss! Preparation to become a wife!

Maka, di sini saya ingin menyenaraikan beberapa perkara sebagai persediaan yang perlu dan mesti saya buat sebelum berkahwin. Selama ini , saya cuma mengingatkan diri sendiri, tanpa dicatatkan di mana-mana, tapi hari ini Layyin ingin tulis di sini, moga2 diri ini lebih ingat......

1) Meningkatkan ilmu dan kefahaman dalam agama.

Click Me~


Dalam hidup ini, ilmu dan kefahamanlah yang akan memandu hidup kita. Tanpa ilmu, jadilah kita orang yang jahil, yang tidak tau mana yang betul, mana yang salah. Mana yang patut buat , mana yang patut ditinggalkan.Dengan ilmu inilah juga kita akan tahu apa peranan-peranan kita, dan hak-hak kita sebagai isteri dan ibu. Selain itu, pentingnya ilmu juga sebagai persiapan untuk mendidik anak-anak kelak.Bagaimana kita mahu memberi dan memahamkan andai kita sendiri tiada apa untuk diberi dan tiada apa yang difahami?

2) Menambahkan amalan untuk menjadi insan yang benar-benar layak dikatakan
beriman dan bertaqwa.

Allahu, susahnya....Jika ilmu dan faham sahaja belum cukup. Mesti diterjemahkan pula dalam amalan seharian, bermula dari bangun tidur, sehinggalah tidur semula. I must be full time muslimah. Full time as an excellent muslimah!
Ya, Mujahadah.....Mujahadah.....

3) Berdoa.

Click Me~


Mintalah apa-apa sahaja ciri-ciri suami yang kita ingin minta kepada Allah.Moga-moga Allah perkenankan permintaan kita itu. Namun, janganlah bila selepas berkahwin, kita expect suami kita tu 100% macam apa yang kita nak.Percayalah...Apa yang Allah bagi, itulah yang terbaik buat kita..Tutuplah sebelah mata akan kelemahannya, kerana dia juga insan biasa seperti kita yang tidak sempurna, dan hargailah pula segala kelebihannya.
He means for you and he is the best for you...

4) Banyak membaca dan mempelajari ilmu-ilmu tentang rumah-tangga.

InsyaAllah, harapnya dengan lebih banyak membaca dan belajar, dengan itu dapat membuatkan kita lebih bersedia, bersikap lebih matang dan rasional untuk menghadapi apa-apa masalah yang akan timbul. Selain itu, berlatihlah untuk menguruskan rumah agar kita tahu apa yang perlu kita buat apabila ada rumah sendiri nanti.Antara ilmu laen yang penting saya rasa, ialah tentang perbezaan antara lelaki dan wanita.. Kadang-kadang, disebabkan ketidakfahaman tentang perbezaan inilah yang akan bawa kepada keretakan rumah tangga.

5)Membuang sikap mazmumah yang ada dalam diri.

Ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak. Maka, sangatlah perlu sebagai ibu untuk menunjukkan akhlak Islam yang terbaik kepada anak-anak."Values are caught, not necessarily being taught"

6) Banyak bertanya pengalaman-pengalaman orang yang telah berkahwin dan mempelajari bagaimana mereka melayari baitul muslim.

Sangat seronok sebenarnya bila kita mendengar sendiri pengalaman-pengalaman mereka yang dah berkahwin, or membaca. Masa di maktab dulu, ada seorang kakak ni yang dah kahwin, ada kursus untuk yang JQAF tu, dan dia ditempatkan sebilik dengan Layyin.Alhamdulillah, dapat la juga sedikit sebanyak ilmu daripada dia, suka dengar cerita dari akak tu.. Antaranya, kita mestilah bertolak ansur dan pandai menjaga hati suami. Cubalah untuk memberi ketaatan yang tidak berbelah bahagi, selagi mana suami kita tidak menyuruh kita membelakangkan Allah dan Rasul.Layyin doakan semoga mereka bahagia hingga ke syurga...


7) Disiplin dan pengurusan masa.

Layyin merasakan Layyin sangat-sangat perlu melatih diri untuk jadi lebih berdisiplin dan lebih pandai mengurus masa. Jika saya sebelum berkahwin ni, sudah merasakan susah untuk mengurus masa, apatah lagi bila dah berkahwin nanti..Bayangkan ye, bila dah kahwin, kita bukan sahaja uruskan diri kita, tetapi juga suami. Jika dah ada anak, dengan anak-anaknya lagi. Tengah-tengah malam mungkin kena bangun buatkan susu dan tukar lampin baby..Mungkin juga perlu memasak dan iron baju sambil dukung baby, let say waktu tu baby tak nak dengan ayah dia..So, Sememangnya kita perlu menjadi orang yang berdisiplin dan pandai mengurus masa agar semuanya tidak terabai nanti.


Akhir kata......

Layyin rasa Layyin bukanlah layak untuk bercakap semua ini, dengan ilmu dan amalan yang tidak seberapa, macam mana nak cakap soal kahwin...Namun, cukuplah andai coretan hati di sini dapat mengingatkan diri sendiri, To write what I think I should do, To do what I think I must do..Kepada pembaca, janganlah dihiraukan siapa saya, tetapi ambillah apa-apa yang baik, jika ada...

Ya, saya mesti impove diri ke arah yang lebih baik.Untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan seorang ibu yang cemerlang, persediaanya bukan boleh dibuat dalam masa yang singkat, sebulan dua....Tapi, tarbiyah diri itu mengambil masa kerana kita bukan boleh berubah secara drastik dalam ruang waktu yang limited....

Doakan agar saya menjadi seorang muslimah yang benar-benar menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya, dan dikurniakan pula seorang suami yang soleh buat menemani perjalanan hidup ini...Moga aku dapat menjadi sayap kiri perjuangannya...Dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, sebagai penerus perjuangan di bumi Allah ini....Moga Allah mengurniakan jodoh yang paling sesuai untukku, pada masa dan ketika yang Allah rasa paling sesuai . Dan mohon doakan juga agar Layyin posting ke tempat yang paling sesuai untuk Layyin. Tidak kisahlah di mana pun, andai tempat itu baik untuk islamku, dakwahku, diriku, keluargaku dan anak-anak muridku, ya aku sedia mencurah bakti di situ, insyaAllah.....amiin...

Pembaca, jom kita sama-sama baca doa=)

"Rabbana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun.
Waja'alna lil muttaqi naimaama"


Click Me~Dah baca doa tuk dapat isteri/ suami soleh dan zuriat yang soleh solehah? Ok, moga bertemu lagi di entri saya yang seterusnya ye..Bye-bye=)

Saturday, March 27, 2010

Mari Mengukur Tahap Solat


Setiap hari kita solat. Tanda kehambaan pada Allah PEMILIK kita. 5 waktu sehari...dari takbiratul ihram hingga salam. Agak-agak solat kita dah bagus ke belum.?Cuba tanya diri anda sendiri. Solat ni ada peringkat-peringkatnya. Mari kita baca dan check kat mana solat kita:

Peringkat 1: SOLAT IKUT-IKUTAN

Individu yang peringkat solatnya "ikut-ikutan" ini, solat secara zahir sahaja, bacaan masih tak betul, tapi tak belajar solat dengan betul sama ada secara formal atau tidak formal. Pendek kata orang yang begini tak ada ilmu berkenaan solat.

Peringkat 2: SOLAT IKUT MOOD

Orang yang solat, tahu ilmu solat, tapi tak boleh melawan nafsu akan tarikan dunia. Kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Kalau mood baik = solat. Kalau sibuk, penat = tak solat lah.

Peringkat 3: SOLAT YANG LALAI

Orang yang solat, fasih bacaanya tapi tidak khusyuk, sebab tak faham apa yang dia baca dalam solat. Kenapa jadi tak faham tu, sebab dia main hafal je. Fikiran dia banyak menerewang pada perkara lain.

Peringkat 4: SOLAT AWAM

Golongan ke 4 ni, solat cukup 5 waktu, tepat ilmunya, dia faham apa yang dia baca dalam solat, tapi dia tak hayati apa yang dia faham tu. Fikiran masih duk ingat perkara duniawi sebab tak menghayati apa yang difahami.

Peringkat 5: SOLAT ORANG LALAI

Golongan ini suka main "tarik tali" masa solat. sekejap khusyuk sekejap tak. Bila teringat sesuatu dalam solatnya maka dia terbawa-bawa dengan hal tersebut. Tapi bila teringat pada Allah semula maka dia sedar semula dan cuba bawa hati dan fikirannya untuk menghayati kalimat dan bacaan dalam solat.

Peringkat 6: SOLAT ORANG SOLEH

Individu pada peringkat ini tepat ilmunya, faham setiap bacaan dalam solat. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling, pekerjaannya atau hartanya. Walaupun ada masalah hatinya masih dapat memuja Allah dalam solatnya.

Peringkat 7: SOLAT GOLONGAN MUQARRABIN
Pada peringkat ini bukan sahaja faham, tapi dia turut menghayati setiap bacaan dan pergerakannya dalam solatnya. Hatinya langsung tidak teringat pada dunia. Pemujaan terhadap Allah dirasai sepanjang dia solat.

Peringkat 8: SOLAT GOLONGAN SIDDIQIN

Peringkat ini adalah peringkat solat yang paling tinggi. Ibadah solat bukan sahaja mempengaruhinya dalam solat malah diluar solat. Kalau ada masalah, dia langsung solat, sebab dia yakin solat adalah penyelesai kepada segala masalah. Mereka ini adalah golongan yang merasai kelazatan bersolat. Makin solat makin lazat. Mereka melepaskan rindu pada Allah dengan solat. Hati mereka hanya pada Allah.

Ok, sekarang kita dah baca peringkat-peringkat solat. Maka, bagaimana dengan solat kita?Pada peringkat mana agaknya. Mari kita sama-sama check....

SUMBER :
Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni: Rahsia & Keajaiban Cinta Allah S.W.T

Tuesday, March 23, 2010

Tarbiyah hari ini

Hari ni adalah hari yang tak best. Entah la... banyak la benda-benda yang tak disukai berlaku..Hari ni kami buka gerai, antara requirement untuk subjek kami, Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) . So, banyak la benda2-benda yang tak menyedapkan hati..Antaranya ialah pada awal pagi tu saya dah menyusahkan Pak Cik Ramli ( Layyin dah penah citer pasal p.cik sebelum ni), kemudian, ada sorang kawan ni sesuka hati je marah saya (masalahnya dia selalu buat macam tu bukan saja kat saya tapi kat orang laen juga, tanpa sebab yang munasabah, dan buat saya rasa malu ngan orang laen yang dengar), kurang suka dengan gerai sebab ramai sangat ahli group (27 orang kot) dan terdapatlah bermacam-macam ragam manusia yang perlu dihadapi dengan pelbagai pendapat dan kata-kata dan saya tak suka banyak sangat kepala macam tu..Dan tidak memahami kenapa perlu perpecahan dalam cohort kami, sedangkan kita kan dah lama berkawan..bukankah kita sayang antara satu sama lain?Atas sebab yang sangat kecil saya kira, dan tidak wajar walaupun untuk bermasam muka..

Ok, ada lagi ni perkara yang tak suka pasal hari nih..nasi kerabu yang Layyin beli takde budu, jadi Layyin memang simpan dulu nasi tu nak bawak balik kolej sebab dalam bilik ada budu.Dan beli la juga ayam goreng berempah..Tup2, terlupa la plak nak bawak balik, bila kol kawan-kawan yang still ada kat gerai, diorang cakap tak jupe pun nasi tu...Huhu, siapa la yang buang nasi tu ye, maybe tersilap ingat sampah kut sebab dalam plastik..Sangat frustrated sebab teringin nak makan nasi kerabu, perut pun dah lapar sangat , penat, cafe tak buka waktu tu dan dah tak larat nak pegi kolej laen untuk beli makanan, dan membazirlah duit RM5 beli nasi kerabu tu..So, tido la tuk hilangkan semua rasa dan perasaan tu.Then, terbangun plak kul 7 lebih. Terlewat pula ke usrah, kul 8 sebab nak makan dan bersihkan diri lagi. Pastu, macam mana la Layyin boley terlupa hari ni ada kelas kokurikulum, kelas web mastering? Kelas untuk hari ini dan esok dapat pengecualian kuliah, except tuk kelas kokurikulum la kan..Kepala pula mulalah berdenyut-denyut sebab tido lepas asar...

WOooOW!

Banyaknye ye benda yang tak suka telah dilistkan. Macam yang Layyin cakap td, hari ni ada usrah, untuk ganti yang minggu lepas. Oh ye, sebelum Layyin teruskan cerita, mungkin ada antara pembaca yang baru dengar perkataan usrah. Usrah ni bermaksud keluarga dari perkataan arab. Boleh juga kalau nak bagi nama study circle or smart circle. Actually usrah bukan tertumpu kepada halaqoh (duduk berkumpulan) untuk membincangkan hal2 keagamaan sahaja malahan lebih dari itu. Kita boleh pergi main bersama, study bersama gi picnic bersama dan masalah-masalah yang ada pun boleh dikongsi bersama.


Ok, we go back to the story k..So, Layyin mengadu kepada naqibah (ketua di dalam usrah), tentang hari ini yang tidak disukai, which it suppose to be a fun day..Tentang rasa tak puas hati, rasa sakit hati, rasa frustrated, sume tu...Nak tau apa kata naqibah Layyin?

Sambil tersenyum, dia bertanya, apa niat Layyin pagi ni sebelum ke gerai? Ada tak apa-apa yang tak kena pada mula awal pagi? Katanya lagi, dulu sahabatnya yang merujuk kepada Hari APK ni (sewaktu diorang ambil subjek ni dulu) , berkata, "Inilah Tarbiyah hari ini".




Rupa-rupanya....

Allahu rabbi...Lemahnya aku ni..

Rupa-rupanyanya...inilah yang dinamakan tarbiyah. Segala apa yang kita lalui mesti ada sesuatu yang Allah ingin ajar kita...Cumanya..Kitalah yang perlu berfikir apakah tarbiyah yang kita pelajari dari incident tersebut.

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu situasi yang menyebabkan kita rasa tak puas hati, sakit hati, frustrated dan sebagainya, saat itulah sebenarnya kita diuji, diuji samada kita dapat mempraktikkan ilmu yang kita pelajari selama ini, diuji samada kita mampu bersabar dan bersyukur atau tidak, di situlah penanda arasnya....Setiap perkara yang kita lalui itu, adalah tarbiyah (didikan) buat diri kita agar kita menjadi orang yang lebih beriman dan bertaqwa kepadanya. Alangkah indahnya jika kita menganggap segalanya adalah tarbiyah, kerana dengan itu sahaja kita akan melaluinya dengan perasaan sabar, redha, syukur , berlapang dada dan segala rasa positif yang lain....Tidak berguna andai kita pergi usrah setiap minggu, selalu menghadiri pelbagai program dan tamrin, namun bila berada dalam medan sebenar kehidupan, kita tak mampu nak aplikasikan semua tu..Mungkin ini yang boleh kita kategorikan sebagai "wasteless" ---> ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon yang tidak berbuah....

Semuanya terjawab di sini....

Alhamdulillah....Rasanya semua perkara yang berserabut dalam hati ni, terungkai semasa usrah tadi. Kita perlu sentiasa perbetulkan niat kita, mempraktikkan ilmu yang kita ada, mengangkap segala yang berlaku sebagai satu tarbiyah dari Allah, menerima kenyataan bahawa setiap manusia adalah berbeza pendapat dan perangainya, banyakkan bersabar, banyakkan berlapang dada, baiki hubungan dengan Allah, baiki hubungan dengan manusia dan tingkatkan kualiti serta kuantiti ibadah...

Jika ada kawan yang marah kita, ingatlah bagaimana cara Rasulullah menghadapi orang yang bukan setakat menghina , mengejek dan memfitnah baginda, malahan menyakiti baginda dengan batu, tali dan sebagainya..Jika kita berada dalam kumpulan yang besar, banyakkan bersabar kena sememangnya manusia memang tidak sama. Jika kita berkawan, banyakkan tolak ansur, maafkanlah kesalahan kawan kita atas dasar kasih sayang kita kepadanya kerana Allah. Jika kita kehilangan sesuatu, bersabarlah, mungkin itu memang bukan rezeki untuk kita....

Sesi usrah hari ini yang lebih kepada muhasabah benar-benar telah membuatkan Layyin lebih banyak bermuhasabah....Usrah kembali menenangkan hati Layyin. Hari ni bukan lagi hari yang tak best, tapi hari ni adalah hari yang best kerana banyak yang telah dipelajari dan diperingati buat diriku yang selalu lupa dan lalai ini...

Allahu Rabbi....Thank you Allah, Alhamdulillah...Thanx naqibahku dan ahli usrah yang lain..


Inilah tarbiyah hari ini, dan akan ku kenang hari ini dalam tarbiyah hidupku.....

Astaghfirullah....Ya Allah...Pimpinlah daku ke jalanMu......





Tuesday, March 16, 2010

Perintah menutup aurat = Tanda kasih sayang Allah.

Belgium court says Muslim teacher can wear headscarf in class

A Muslim mathematics teacher in a municipal school in Belgium won her legal battle to wear a veil in class.
Tuesday, 16 March 2010 21:24

A Muslim mathematics teacher in a municipal school in Belgium won her legal battle to wear a veil in class on Thursday.

The teacher more than two years came to class with his head covered, but in September last year, school authorities suddenly decided to deny her this.

But following a court decision to allow a teacher to teach while wearing a headscarf, Francophone parties are pushing for a general ban on religious symbols in schools.

The first attempt to repeal the discriminatory decision of the teacher was not a success – a court in Charleroi took the side of the school, recalling a decree on the “neutrality” of the state school system.

France, whose five million Muslims make up Europe's largest Islamic minority, banned Muslim headscarves in state schools in 2004 and a recent proposal for a burqa ban has sparked outcry in the Muslim world.

Agencies
From : world bulletin

************************************************************
Alhamdulillah..Mahkamah Belgium, pada 16 Mac telah membenarkan guru wanita Islam pakai tudung dalam kelas. Guru matematik itu telah menang dalam kesnya. Allahuakbar!

Bandingkan pula situasi kita di Malaysia...Kita bebas untuk memakai tudung dan menutup aurat, tapi lihatlah di sekeliling kita, berapa ramai yang menghargai kebebasan itu?Di Belgium, muslimah sanggup ke mahkamah untuk pakai tudung, pertahan kehormatannya.....

Adakah kita rasa sangat terbeban dengan suruhan menutup aurat itu?Allah tidak akan rugi apa-apa pun jika kita tidak menutup aurat. Menutup aurat itu bukanlah hanya kerana kita kena tutup tetapi sebenarnya kita memang perlu tutup....Kena dan perlu, berbeza.

Kereta canggih

Ada seorang lelaki, En.Abdullah namanya. En.Abdullah telah berjaya mencipta sebuah kereta yang tercanggih, yang bukan sahaja boleh bergerak di atas darat, malah boleh berfungsi untuk terbang dan bergerak di atas air. Pemilik kereta boleh mengubah warna kereta pada bila-bila masa mengikut citarasa masing-masing, tekan sahaja butang yang ada di dalam kereta itu. Kereta ini tak perlu driver, automatic drive.Then, yang bestnyer lagi, dalam tu ada robot yang boleh memasak makanan untuk kita. Pembaca nak makan apa? Kue teow kungfu, tom yam, ayam BBQ, nasi goreng USA, chicken chop, dan banyak lagi list menu yang boleh di masak oleh robot tersebut menggunakan mesin memasak makanan yang canggih. Itu antara keistimewaan kereta ini, beserta banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain.

Sememangnya kereta ini mendapat sambutan yang hangat sekarang. Penjagaan dan cara pemanduan kereta ini berbeza dengan penjagaan dan pemanduan kereta lain, kerana fungsinya dan jenisnya berbeza. Agaknya la kan, apa akan jadi ,kalau ada seorang pembeli membeli kereta ini, dan tanpa melihat manual cara untuk memandu dan menjaga kereta tersebut, menggunakan kereta itu?

KeBOOooOmM!!! Accident might happen dan mungkin meragut nyawa si pembeli itu tadi...

Nak ikut saranan orang yang mencipta kereta tersebut, atau ikut kata hati pembeli kereta itu sendiri untuk membawa dan menjaga kereta tersebut? Siapa yang lebih tau tentang segala komponen, fungsi dan cara penjagaan kereta itu?Pembeli kereta atau pencipta kereta??

Pasti, Pencipta itu lebih Mengetahui.......

Ya....Begitulah juga kisahnya dengan kita...Mungkin kadang-kadang ada antara kita yang terfikir begini tatkala mendengar perintah dan larangan Allah,

"Kenapa la aku kena buat semua ni?", "Eh, menyusahkan je la, rimas la pakai tudung ni, panasnya..." , " Kenapa tak suruh buat macam ni? Kalau buat macam ni, bukan ke lebih baik?".

Sedangkan pada masa yang sama kita lupa...Lupa siapa pencipta kita...Adakah kita yang mencipta diri kita sendiri? Sudah tentu jawapannya tidak..Allahlah yang menciptakan kita....

Maka, adakah kita yang lebih mengetahui yang mana yang terbaik untuk kita, atau Allah sebagai pencipta yang lebih tahu yang mana terbaik untuk kita sebagai ciptaannya?

Sahabat-sahabat pembaca sekalian...

Menutup aurat adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan, yang bukanlah untuk menyusahkan kita, tetapi ketahuilah bahawa Allah menyuruh kita menutup aurat kerana Allah sayangkan kita, Allah telah memberi manual terbaik bagaimana cara kita kena dan perlu berpakaian. Terlalu banyak hikmah menutup aurat jika kita kaji dalam manual rujukan utama kita, Al-Quran dan As-Sunnah....Cuma, kitalah sebenarnya yang menentukan samada kita inginkan yang terbaik untuk kita, sebagaimana yang disarankan oleh pencipta kita, atau..... kita ingin mengikut cara kita sendiri yang kita anggap itulah sebagai cara yang terbaik....


.
Fikir-fikirkan....dan selamat beramal (",)