Saturday, March 27, 2010

Mari Mengukur Tahap Solat


Setiap hari kita solat. Tanda kehambaan pada Allah PEMILIK kita. 5 waktu sehari...dari takbiratul ihram hingga salam. Agak-agak solat kita dah bagus ke belum.?Cuba tanya diri anda sendiri. Solat ni ada peringkat-peringkatnya. Mari kita baca dan check kat mana solat kita:

Peringkat 1: SOLAT IKUT-IKUTAN

Individu yang peringkat solatnya "ikut-ikutan" ini, solat secara zahir sahaja, bacaan masih tak betul, tapi tak belajar solat dengan betul sama ada secara formal atau tidak formal. Pendek kata orang yang begini tak ada ilmu berkenaan solat.

Peringkat 2: SOLAT IKUT MOOD

Orang yang solat, tahu ilmu solat, tapi tak boleh melawan nafsu akan tarikan dunia. Kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Kalau mood baik = solat. Kalau sibuk, penat = tak solat lah.

Peringkat 3: SOLAT YANG LALAI

Orang yang solat, fasih bacaanya tapi tidak khusyuk, sebab tak faham apa yang dia baca dalam solat. Kenapa jadi tak faham tu, sebab dia main hafal je. Fikiran dia banyak menerewang pada perkara lain.

Peringkat 4: SOLAT AWAM

Golongan ke 4 ni, solat cukup 5 waktu, tepat ilmunya, dia faham apa yang dia baca dalam solat, tapi dia tak hayati apa yang dia faham tu. Fikiran masih duk ingat perkara duniawi sebab tak menghayati apa yang difahami.

Peringkat 5: SOLAT ORANG LALAI

Golongan ini suka main "tarik tali" masa solat. sekejap khusyuk sekejap tak. Bila teringat sesuatu dalam solatnya maka dia terbawa-bawa dengan hal tersebut. Tapi bila teringat pada Allah semula maka dia sedar semula dan cuba bawa hati dan fikirannya untuk menghayati kalimat dan bacaan dalam solat.

Peringkat 6: SOLAT ORANG SOLEH

Individu pada peringkat ini tepat ilmunya, faham setiap bacaan dalam solat. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling, pekerjaannya atau hartanya. Walaupun ada masalah hatinya masih dapat memuja Allah dalam solatnya.

Peringkat 7: SOLAT GOLONGAN MUQARRABIN
Pada peringkat ini bukan sahaja faham, tapi dia turut menghayati setiap bacaan dan pergerakannya dalam solatnya. Hatinya langsung tidak teringat pada dunia. Pemujaan terhadap Allah dirasai sepanjang dia solat.

Peringkat 8: SOLAT GOLONGAN SIDDIQIN

Peringkat ini adalah peringkat solat yang paling tinggi. Ibadah solat bukan sahaja mempengaruhinya dalam solat malah diluar solat. Kalau ada masalah, dia langsung solat, sebab dia yakin solat adalah penyelesai kepada segala masalah. Mereka ini adalah golongan yang merasai kelazatan bersolat. Makin solat makin lazat. Mereka melepaskan rindu pada Allah dengan solat. Hati mereka hanya pada Allah.

Ok, sekarang kita dah baca peringkat-peringkat solat. Maka, bagaimana dengan solat kita?Pada peringkat mana agaknya. Mari kita sama-sama check....

SUMBER :
Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni: Rahsia & Keajaiban Cinta Allah S.W.T

No comments: