Friday, March 12, 2010

Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis..

Assalamualaikum..

Terasa ingin juga mencoret sesuatu di sini, walaupun himpitan waktu mungkin kurang mengizinkan. Ada cerita yang ingin Layyin kongsikan di sini, sekarang sudah menjadi agak suam, esok mungkin dah jadi sejuk..Maka, sebelum bertukar menjadi sejuk itu, ada baiknya Layyin bercerita sekarang.

Kolej kediaman sekarang masih sunyi walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.17 malam. Sebahagian besar masih belum pulang dari MAZ , our college annual dinner. Tahun ini, dinner diadakan di Hotel ******.(ermm, mungkin tak perlu mention kot nama sebenarnya..)

Sedikit pertikaian timbul apabila ada pihak pelajar yang menghubungi pihak JAKIM,untuk mengesahkan sijil halal bagi hotel tersebut. Maka, dari situ JAKIM menjelaskan bahawa hotel tersebut sememangnya tidak pernah mendapat sijil halal tapi pernah memohon (tapi juz datang berkursus sekali sahaja). Kata pihak MAZ (AJK) juga, pihak hotel sedang memohon untuk mendapat sijil halal.(Dan perlu kita ketahui bukan mudah pula untuk mendapat sijil halal, banyak prosedurnya ye)

Ada segelintir pelajar-pelajar ini (merangkap kawan-kawan Layyin juga) membuat satu tindakan yang Layyin rasa agak berani: mengedarkan satu risalah kecil yg tertulis antaranya, hotel ******, halal atau tidak halal (satu logo dipangkah dan satu logo lg tidak dipangkah), sekadar untuk membuatkan pelajar yang lain berfikir, beserta satu hadis. Tambahan pula, pada malam tersebut akan ada taklimat pasal MAZ, dan pelajar boleh bertanya apa-apa sahaja kepada pihak penganjur. Langsung tiada niat di hati mereka ingin menjatuhkan imej sesetengah pihak, ataupun untuk mensabotaj, atau melawan mana-mana pihak..Mereka cuma sekadar untuk membuatkan orang berfikir dan ringankan mulut untuk bertanya, supaya kita sama-sama dapat menjawab bila Allah tanya nanti, supaya yang menjadi darah daging warga Za'aba ini adalah yang 100% halal, kerana rasa tanggungjawab sebagai saudara semuslim itu mereka cuba sampaikan....Ya, itu sahaja, tidak lebih dari itu..

Pada malam itu, taklimat ditangguhkan. Dan pembahagian nombor meja dan kerusi dijalankan pada malam seterusnya. Apa yang ingin diceritakan di sini ialah tentang kisah kawan-kawan Layyin tadi. Di dalam dewan itu, mereka dengan bilangan yang sangat kecil itu, dihina, dimarahi , diejek dan digelak-gelakkan kerana perbuatan mereka . Dan, JKP Balai Islam pula yang dituduh buat semua ni, sedangkan ini dibuat oleh sekumpulan pelajar yang laen.Menerusi penjelasan yang diberikan, kriteria pemilihan hotel adalah berdasarkan yang dekat (mungkin supaya jimat duit minyak), murah dan boleh memuatkan ramai orang ( around 800 people). Ya, sememangnya AJK MAZ telah bersusah-payah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk semua warga kolej, terima kasih saya ucapkan. Namun, alangkah baiknya jika kriteria HALAL itu kita letakkan sebagai kriteria no.1 dan yang paling penting daripada kriteria-kriteria lain.

Terasa peritnya hati bila mendengar sahabat-sahabat diperlakukan sedemikian......Apakah salah mereka yang ingin menyelamatkan kita semua dari makan benda yang haram?

Ramai adik-adik yang pergi dengan alasan mereka yakin. Dik, yakin dengan apakah? Akak tidak faham apa yang diyakinkan. Atau memaksa diri untuk yakin, agar tidak 'burn' kan duit RM110 yang pasti ditolak dari akaun? Kertas yang ditampal di setiap blog itu hanyalah surat dari JAKIM supaya membuat bayaran sebanyak RM400 untuk proses dapatkan sijil halal tu, tapi langsung tidak dinyatakan di situ, sememangnya hotel itu mendapat sijil halal. Maka, bermakna hotel itu tidak dipantau. Kita tidak tau gelas dan pinggan mangkuk yang kita gunakan itu benar2 bersih, atau pernah diisi atau dituang dengan benda-benda yang haram.Standard la kan, hotel-hotel menyediakan arak dan pig. Adik-adikku, andai ada terbaca tulisan akak ini, untuk akan datang sama-samalah kita berhati-hati dalam perihal makanan ini..Kata Allah, setiap daging yang haram itu, api nerakalah yang lebih layak baginya....Nauzubillah...

{Astaghfirullah....Oh..sungguh aku masih kurang cakna makan dan minumku..Dah beberapa kali pergi dinner di hotel, tapi sebelum ni tak pernah terfikir halal haramnya..Ya Allah...mohon ampun atas lupanya aku..}

Dari sudut pandangan Layyin, masalah yang timbul ini menyebabkan banyak perpecahan di kalangan warga Za'aba. Antara pihak atasan & MAZ dengan sekumpulan pelajar tadi & Balai Islam, sesama pelajar sendiri dan etc. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini pada masa yang akan datang, supaya tidak berulang lagi? Bagaimana supaya kita semua dapat bersatu hati dan suara,dan pada masa yang sama, kita menyokong yang halal dan menolak yang haram 100%? Andai terus diajukan kepada pihak atasan atau pihak yang bertanggungjawab, mungkinkah mereka akan mendengar dan mengambil tindakan sewajarnya atau.....Ya, penyelesaian harus kita ketemukan...

Ekoran dari peristiwa ini juga, 6 pelajar menerima surat 'cinta' dari pihak kolej. Dan pastinya semester depan, mereka mungkin tiada harapan lagi untuk tinggal di kolej. Mereka juga sememangnya pun dah plan untuk tinggal di luar. Sebelum buat semua tu, mereka dah berfikir akibat perbuatan mereka itu, alternatif laen yang ada dan sebagainya...

Sekadar berkongsi rasa di hati...

Sememangnya....sememangnya Layyin terasa agak sedih sebab Layyin akan kehilangan sahabat-sahabat yang Layyin rasa cukup baik. Ada di antara mereka itu yang sememangnya Layyin jadikan rujukan bila tak tau nak buat apa-apa or bila ada masalah...Haifa, antara orang pertama yang Layyin ajak berbual-bual bila mula-mula masuk kolej, kat surau waktu tu, Layyin masih ingat lagi...Dan dia juga jiran Layyin, betul-betul kat depan bilik je. Bila terasa down, dia antara pemberi semangat n me'rationalise'kan Layyin, walaupun dia lagi muda pada Layyin, tapi kata-katanya sangat berguna. Bila Layyin mintak maaf sebab tak menyumbang apa-apa dalam hal ini (kerana faktor kesihatan n etc) , dia menenangkan Layyin dengan berkata,"Takpe la, akak bahagian masak-masak, cari duit, kami buat bahagian ni, kira fair la kan" sambil tersenyum, terasa lega sikit hati Layyin mendengar kata-katanya yang lemah-lembut itu..Nasihat naqibah saya, nanti saya kena bersedia la bila haifa dah takde (sebab saya mention yang saya selalu rujuk haifa bila ada pape..)..Owh, rupe-rupenye Layyin dah cukup rasa sayang dekat Haifa ni, walaupun belum cukup setahun kenal dia..Kehadiran Haifa akak sangat rasai tau, nanti akak nak selalu kacau bilik sape ek, hehe ;p

Ermm...rasa macam nak menangis pun ada bila tengah menulis ni...Namun, Layyin percaya, yang ini juga satu tarbiyah buat diri Layyin. Pergantungan yang sebenarnya hanya pada Allah. Sahabat itu hanya pinjaman agar lebih menguatkan kita..Andai Allah jauhkan dari kita, mungkin dia ingin menjadikan kita lebih kuat...betul kan pembaca sekalian?

Siapakah yang akan menguatkanku selepas ini? Yang boleh aku berkongsi rasa dengannya...Yang boleh memberikan aku nasihat yang berguna pada saat aku sangat memerlukannya....Dan juga yang boleh aku selalu kacau-kacau dia di biliknya;p. Ermm,Layyin, jangan sedih ye, InsyaAllah, nanti Allah gantikan..

Akhir kata...

Layyin tidak tahu macam ingin meringkaskan cerita di atas yang cukup panjang dan banyak pula kronologinya, cerita di atas sekadar ringkasan yang cukup ringkas sahaja.Silalah berkunjung ke blog naqibah saya, sofwah yang mengulas tentang insiden yang sama dan perkara yang berlaku semasa usrah kami dan juga ke blog sahabat saya, Haifa untuk mendengar apa katanya.


Buat sahabat-sahabatku,
Bersabarlah, Allah pasti bersama kamu..
Bersabarlah, sesungguhnya perjuangan itu pahit, kerna syurga itu manis...
Ku akan sentiasa mendoakan kalian.

Buat diri Layyin dan pembaca yang disayangi Allah sekalian, suka Layyin ingatkan kita dengan satu hadith Rasulullah yang berbunyi “Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”Riwayat at-Tarmizi.

For us to ponder.....

"Tidak kan miskin jika membela Islam.. Tidak hina meriba kebenaran yang mulia.. Usah gentar jika kau beriman.."

2 comments:

Norry said...

Coklat yang long buat tu bahan2nya halal, insyaallah, boleh luaskan lagi produk tu

Layyinul Harir said...

Alhamdulillah, kita pilih y halal2 je=)
Long, bkn luaskan produk, luaskan pasaran;p hehe...nanti bila ngah free, tau la camne nak wat promotion, sibuk ngan assgment skg..