Monday, March 15, 2010

1 Malaysia 1 halal

Satu-satunya logo JAKIM yang diterima pakai buat masa sekarang ini. Jadi, jika ingin membeli apa-apa barang makanan atau makan di restoran/ hotel mana-mana, pastikan hanya logo ini, the one and the only logo halal yang ditampal.



Untuk mendapatkan sebarang maklumat tambahan mengenai syarikat/ hotel/ restoran yang mendapat sijil halal serta pelbagai maklumat lagi, jom kita sama-sama berkunjung ke laman web ini.



atau ke laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mendapatkan info-info yang berkaitan. Dah ada link kat situ, pembaca juz klik je, k=)

Sekarang ini, JAKIM sedang mempromosikan kempen 1 Malaysia, 1 halal. Saya kira ini cukup bagus supaya masyarakat kita khususnya umat Islam bersikap lebih prihatin terhadap apa-apa makanan yang kita makan dan hanya memilih makanan yang halalan Toyyiban sahaja.

Di sini, suka juga Layyin untuk berkongsi ilmu tentang bagaimana sesuatu makanan yang halal itu boleh menjadi syubhah/ haram secara ringkasnya. Dalam Islam, kita bukan sahaja mengambil kira bahan-bahan yang kita gunakan, tetapi telitinya Islam ini dalam menjaga kesucian makanan sehingga aspek lain juga diambil kira.Terdapat 4 kriteria yang digariskan:


1) Sumber:

-Pembiayaan
-Produk asasi (eg: daripada binatang dll)

-Ramuan-ramuan (eg: bahan campuran)


2) Cara Pemprosesan:

-Peralatan yang ada di tempat pemprosesan.
-Infrastruktur (eg: Jika ada bahan yang haram di tempat pemprosan bagaimana pengasingan di lakukan, sumber air yang digunakan dari sumber mana etc)

-bahan memproses (eg: pemangkin, pengawet, stabalizer-Bahan2 ini akan selalu mendatangkan keraguan kerana ada diantaranya berasal dari khinzir)


3) Logistik

-Pengangkutan (eg: container, lori, macam mana pengasingan bahan dibuat semasa barang diangkut etc)
-Penggudangan (eg: penyimpanan.Kebanyakan gudang disewa dari pihak ketiga,maka di dalam gudang tersebut perlulah diteliti terhadap jenis barang-barang yang disimpan di dalamnya supaya tidak bercampur dengan barang haram.
-Peruncitan (eg: kedai, supermarket)


4) Persembahan produk

-Di Lokasi
-Dibungkus dengan betul (eg: plastik pembalut tiada campuran dengan bahan yang tidak halal.

(Info daripada perbentangan kertas kerja,"Syubhah dalam Produk Pengguna"yang Layyin hadiri semasa program Ekspo Halal'10 oleh Encik Zulkefli Mohammad, S/U penerangan PPIM)


Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanya perkara-perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui. Orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhat itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara-perkara yang syubhat itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang haram, laksana seorang pengembala yang sedang menggembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu,” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Click Me~
Something for us to ponder:

Just only a few percent of Muslim involved in food industry. Therefore, the question is, do WE as a muslim should showing the way of how halal food should be prepared to non muslim , or WE as a muslim should leading the way??


No comments: