Assalamualaikum=)
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, semalam selesai satu lagi assignment/projek untuk sem ni, iaitu Hari Keusahawanan (APK). Banyak perkara yang dipelajari sepanjang gerai selama 2 hari ini. Antaranya:
Belajar bahawa segalanya adalah tarbiyah. Segala suka duka, pahit manis, semuanya adalah didikan buat diri ini.
Alhamdulilah, rasa sangat seronok semalam. Layyin dapat jumpa ramai kawan-kawan dan adik-adik yang dah lama tak jupe,walaupun sebenarnya semuanya dalam UM je pun. Jumpe kawan-kawan dari sekolah menengah (yang dah lama tak berselisih bahu, walaupun sebenarnya tinggal di kolej depan kolej Layyin je).Selain itu, Layyin jumpa beberapa orang yang Layyin berkenalan sewaktu menghadiri program, ingat lagi tak yang Layyin cerita pasal pertandingan deco cake tu? Haa, Layyin jupe balik 2 orang adik ni yang kitorang bertaaruf semasa join pertandingan tu. Jupa juga adik yang masuk pertandingan tilawah sama-sama hari tu. Even, ada adik-adik yang di dalam kolej Layyin sendiri yang Layyin baru dapat tau nama mereka, selama ni selalu nampak muka je. Dan ada la sorang adik ni kan, dah lama nak tau siapa la empunya tuan yang namanya selalu disebut-sebut kerana hebatnya dalam perjuangan menegakkan kebenaran, alhamdulillah, dah dapat kenal sebab dia datang singgah kat gerai.
Alhamdulilah, seronok menghubungkan silaturrahim dan memulakan perkenalan.Sebelum lupa nama mereka, ingat balik: Na, Dayah, Amzar, Iza dan yang laen dah terlupa [cepat sungguh lupanya, ish...] Dan bila jumpa semula di kolej, ada antara mereka yang menegur Layyin, tanya macam mana bisnes. Layyin kira ini sesuatu yang sangat baik.
Sememangnya melalui urusan jual beli, kita dapat eratkan ukhuwah. Apa pentingnya ukhuwah? Pentingnya ukhuwah untuk dakwah iaitu kembali kepada matlamat asal kita dan penting untuk membuatkan kita rasa seronok dalam hidup ni...kan kan..
Sebenarnya, layyin daripada sekolah rendah start berniaga, berniaga kecil-kecilan. Menjaja sayur mak ke sekeliling kampung, mengutip kulat sisir untuk dijual, mengutip buah perah (pembaca kenal tak?Susah nak dapat sekarang..), menjual lukisan, menjual jeruk jambu....ni semua cerita masa sekolah rendah, mungkin ada masa Layyin cerita panjang-panjang lagi tuk share pengalaman berniaga masa kecik-kecik, tambah duit poket, huhu, xde ganti sweet experience tu.. Masa sekolah menengah, tak berniaga sebab memang tak dibenarkan. Bila masuk maktab dan Univesiti, Layyin pernah berniaga habbatussauda, kain dan makanan. Selain itu, diamanahkan juga untuk menjadi biro ekonomi persatuan. Jadi, memang dah acap kali buka gerai dan untuk jualan yang ongoing tu memang ada la. Maka, bagi Layyin, berniaga tu memang penat, jika kita berniaga kecil-kecilan begini, bukan berniaga secara professional. Namun, bagi kawan-kawan Layyin, jika dilihat dari apa yang mereka luahkan di Facebook, menunjukkan bahawa mereka merasakan mereka dapat kenal penat dan lelah peniaga daripada APK ini.
Alhamdulillah...kadang-kadang, kita ni sesuka hati je kan nak dapatkan harga yang murah-murah. Kita kena tau penat dan lelah peniaga tu, dan memasak banyak-banyak semestinya sangat memenatkan. Kadang-kadang orang tak faham, maksud layyin contohnya bila biro ekonomi buka gerai. Bila ianya suatu yang memenatkan, ia memerlukan tenaga kerja yang banyak, agar dapat ringankan kerja. Jika kita berada di situasi biro ekonomi tersebut, apa perasaan kita jika orang2 yang ditugaskan untuk turun membantu, tidak hulurkan bantuan yang sepatutnya. InsyaAllah, harapnya selama ini semuanya diniatkan keranaNya, namun alangkah baiknya jika semua dapat memahami dan sama-sama hulurkan bantuan...
Untuk diri Layyin, InsyaAllah dah merasai sedikit sebanyak penat lelah berniaga, mungkin bagi kawan-kawan yang belum biasa, ini antara pengajaran penting buat mereka saya kira.
Ini antara 3 point penting Layyin kira. Settle k...
Banyak sungguh gerai-gerainya..Customer? Hehe, macam lagi ramai penjual je..Pastu, sebab penat menjual, penjual plak la yang jadi customer...
Sekitar gerai kami...Menu special hari pertama, nasi lemak ayam goreng berempah + roti jala. Hari kedua, kami jual nasi kukus ayam goreng berempah + roti jala + roti sosej stim..Yang laennya, ada juga jual One Drop Perfume, Tupperware, shawl, ABM n etc...
Roti jala sedap (^_^) Nak kena berguru ngan Farah n Ekin nih...Belajar menjala, hehe...
Last but not least, terima kasih dan congrat buat semua kawan-kawan sebab kita sama-sama telah menjayakan projek kita ni. Terima kasih buat adik-adik yang sudi menjenguk gerai, semata-mata ingin memberi sokongan, walaupun tidak membeli apa-apa.Terima kasih buat semua customer, especially yang datang membeli untuk support akak, akak terharu sebenarnya...Thanx!Thanx everyone!
Ok, Layyin terpaksa berundur dulu, banyak benda yang perlu disettlekan nih..Ada satu cerita tertunggak, tentang Jaulah (jalan-jalan) ke Kelantan pada weekend baru2 ni..InsyaAllah, ada masa nak juga Layyin cerita dan buat sedikit refleksi. Ok la ye, bye, bye...Assalamualaikum....
~~Oh my assigments, I'm coming darling !!

1) Tarbiyah

2) Mengeratkan ukhuwah.

3) Mengetahui penat dan lelah berniaga.

Semalam adalah hari yang seronok, sebab niat telah diperbetulkan hanya kerana Allah dan saya sememangnya setkan dalam hati saya, Layyin nak jadikan hari ini hari yang seronok tanpa perlunya disaluti pelbagai perasaan negatif dan mazmumah. Jika itu yang kita niatkan, maka itulah yang kita dapat.Enjoy the day!
Juz to share wif u a few pictures of the sweet moment:
Banyak sungguh gerai-gerainya..Customer? Hehe, macam lagi ramai penjual je..Pastu, sebab penat menjual, penjual plak la yang jadi customer...
Sekitar gerai kami...Menu special hari pertama, nasi lemak ayam goreng berempah + roti jala. Hari kedua, kami jual nasi kukus ayam goreng berempah + roti jala + roti sosej stim..Yang laennya, ada juga jual One Drop Perfume, Tupperware, shawl, ABM n etc...
Roti jala sedap (^_^) Nak kena berguru ngan Farah n Ekin nih...Belajar menjala, hehe...
During our second day..Luv dis picture ^^
(",)
Senyum orang tu ek dapat makan nasi kerabu, hehe...
Jadi Promoter...Menahan bahang mentari yang sangat la panas...
Memang sah, hari ni muka Layyin jadi lebih fair n lovely daripada biasa, huhu...nak cucumber!
Huhu, ni baru panas dunia Cik Layyin oi..
(",)
Senyum orang tu ek dapat makan nasi kerabu, hehe...
Jadi Promoter...Menahan bahang mentari yang sangat la panas...
Memang sah, hari ni muka Layyin jadi lebih fair n lovely daripada biasa, huhu...nak cucumber!
Huhu, ni baru panas dunia Cik Layyin oi..
Last but not least, terima kasih dan congrat buat semua kawan-kawan sebab kita sama-sama telah menjayakan projek kita ni. Terima kasih buat adik-adik yang sudi menjenguk gerai, semata-mata ingin memberi sokongan, walaupun tidak membeli apa-apa.Terima kasih buat semua customer, especially yang datang membeli untuk support akak, akak terharu sebenarnya...Thanx!Thanx everyone!
Ok, Layyin terpaksa berundur dulu, banyak benda yang perlu disettlekan nih..Ada satu cerita tertunggak, tentang Jaulah (jalan-jalan) ke Kelantan pada weekend baru2 ni..InsyaAllah, ada masa nak juga Layyin cerita dan buat sedikit refleksi. Ok la ye, bye, bye...Assalamualaikum....
~~Oh my assigments, I'm coming darling !!
No comments:
Post a Comment