
InsyaAllah, weekend ni Layyin akan ada jaulah (jalan-jalan) ke negeri Kelantan bersama kumpulan-kumpulan usrah yang lain. Antaranya, kami akan singgah di Pasar Siti Khadijah. Layyin dah plan nak beli buah mempelam ni, kat KL ni mahal sket, hehe, nyummy nyummy...

Alih-alih, rupanya kan, muslimin tadi tu kait mempelam jugak..heh, nak jugak dia ek..Naseb baek ada gak tinggalkan untuk kami, hehe..Pastu, mempelam tu, kami cicah je dengan garam dan picit cili padi dalamnya.Maka, agak terpegun la orang dalam dorm Layyin tu, tengok kawan mereka yang berdua ni nampak makan dengan penuh semangatnya, ye la mempelam tu kan masam....Beware ye dengan orang macam kami;p
Aishah, ingat lagi kenangan ni? Layyin rasa nak gelak pun ada bila teringat...Hehe..
Wah....panjangnya cerita pasal mempelam ek...
Kekuasaan Allah yang menciptakan
Ini sebenarnya kekuasaan Allah yang menciptakan pelbagai jenis buah dengan pelbagai jenis, pelbagai rasa, bermacam-macam saiz dengan 1001 khasiat yang terkandung di dalamnya. Jika kita tengok buah mempelam pun sebagai contoh, terdapat macam-macam jenis mempelam ; ada yang kecil, ada yang besar, ada yang manis, ada yang masam, ada yang warna hijau., ada yang warna oren dan ada yang warna kuning, macam-macam variasi ...Hebatnya Allah kan??Kita tidak akan mampu untuk mencipta walaupun sebiji buah mempelam menyamai buah mempelam yang Allah ciptakan ini....Subhanallah....Alhamdulillah....Allahuakbar.....
Mari kita sama-sama hayati Firman Allah yang bermaksud:
Mari kita sama-sama hayati Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka."
(Ali Imran: 190&191)
Terima kasih ya Allah, kerana menciptakan buah mempelam, dan membolehkan pula aku untuk menikmati dan merasai kesedapan rasanya...Alhamdulillah...
p/s: Mango : I luv u sooo much!
No comments:
Post a Comment