Thursday, March 11, 2010

Gerai Biro Ekonomi Balai Islam (Sempena IZS,6-7 Mac)

Assalamualaikum...

Pembaca apa khabar? harapnya pembaca sentiasa sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah hendaknya.Sebagaimana dalam post lepas, Layyin cakap nak cerita pasal gerai kitorang kan..So, kali ni Layyin share apa yang Layyin buat k..Stay tuned;p

Menu istimewa kami kali ni, nasi tomato untuk hari Sabtu dan nasi kerabu untuk hari Ahad.Banyak juga yang kami masak ni, nasi kerabu bajet tuk 70 orang dan nasi kerabu untuk 140 orang, sebab kami bukan sahaja buat promosi di kolej kami, tapi juga di kolej kediaman ke 3 & 4 (kolej diorang depan kolej kami je). Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat Layyin rakamkan:

Iklan kami.Puas hati melihat iklan yang Layyin buat sendiri menggunakan gambar yang Layyin masak dan hias sendiri. Juga Layyin gunakan fcaebook sebagai medium iklan.



Gembira dan lega bila dah nampak dalca tu jadi merah, baru nampak cantik.N thanx juga kepada cik Ani yang bagi pinjam apron, katanya supaya tudung tak kotor. Jadilah Layyin mak cik dewan muda, hehe...


Big Boss kami ( pengerusi Balai Islam) yang turut turun padang, tolong kacau-kacau..
Thanx boss!


Cik Ani yang banyak tolong.Terima kasih cik Ani=).Cik Ani segan kami nak amik gambar, tu siap tutup muka ngan periuk lagi..Haha, kelakar la cik Ani ni kan..

Kesihatan pelanggan jadi keutamaan: Kami tak guna polisterin.Polisterin boleh jadi penyebab kanser etc..

Set Lengkap Nasi Tomato kami=)
Amacam, terasa lapar tak bila tengok gambar nih? ;p


Layyin cakap kat adik-adik, kita mesti amik gambar nasi yang menarik bewarna biru nih, hehe..


Mak Cik sham yang tengah buat kuih gulung..Tergelak mak cik sham bila kami kata nak amik gambar..Ermm, mudah kan nampak mak cik guna alat tu, kalu kat umah, kita terpaksa la
kukus kan..Mak cik Sham selalu masak nasi tomato, Layyin tanya tips-tips dengan mak cik Sham ni.



Dekat tempat jualan..Sibuk menyiapkan tempahan pelanggan, tapi berehat sebentar sambil bergambar ;p



Ros, sibuk nampaknya ye, membungkus nasi tuk pelanggan, hehe..Thanx ye Ros,
n thanx juga sebab teman akak beli barang tuk nasi kerabu..



Nasi kerabu wif ayam goreng berempah yang Layyin beli.Nyummy-nyummy!Jemput makan;p




Bersama-sama adik-adik balai Islam =)

Ok, da abes gambar. Ada something yang Layyin nak share ni...Ermmm, apabila sebut tentang jualan makanan, maka bagi Layyin ia agak 'berat' sebenarnya..Berat dari segi makanan tersebut akan jadi darah daging pelanggan kita.Maka, kita sebagai penjual inilah yang perlu menitik beratkan beberapa aspek, supaya apabila Allah tanya kita tentang makanan yang kita jual tu, kita terlepas dari terkena apa-apa 'tuduhan'.

Bagi Layyin, ini antara aspek-aspek yang Layyin titikberatkan:

1) Halal

Layyin cuba pastikan apa-apa barang yang kami gunakan adalah halal.Contohnya ayam.Alhamdulillah, kami minta tolong Pak Cik Ramli (p.cik ada kedai kat kolej dan seorang caterer gak). Untuk gerai sebelum ni, Layyin tanya p.cik, kat mana nak dapat ayam yang lebih diyakini halalnya.Then, p.cik yang tolong kami belikan ayam, kat tempat yang dia hari-hari beli tuk catering p.cik..Layyin rasa lebih yakin dengan ayam yang pak cik belikan tu.

Contoh laennya lagi ialah sosej.Semasa bukak gerai kat maktab dulu lagi ( dulu Layyin belajar di IPGM Ilmu Khas), Layyin make sure sosej tu memang dapat sijil halal.Layyin selalu beli keluaran 'Ayam Pertiwi" sebab bila Layyin sms barkod, memang dia dapat sijil halal.Harganya pun murah je, biasa layyin beli RM 1.99.Jika menggunakan telur pula, basuhlah telur tu bersih-bersih, supaya bebas dari najis ayam yang boleh menyebabkan makanan tu jatuh haram.


2) Bersih.

Jika kita tengok cara penyediaan restoran, gerai or kedai, sometimes kita akan dapati cara mereka sediakan makanan tu sangat ala kadar dari segi penjagaan kebersihannya. Basuh bahan-bahan makanan lebih kurang je, tangan yang tak dibasuh dengan bersih, peralatan makanan dan tempat penyediaan makanan tak bersih.

Apabila tak bersih, maka mudahlah bakteria/ mikroorganism berbahaya membiak.Banyak keracunan makanan yang berlaku disebabkan oleh faktor kebersihan yang diabaikan.Antara mikroorganisme yang menyebabkan pencemaran makanan ialah bakteria seperti 'Salmonella', 'E.Coli' (terutamanya EO157:H7 yang menyebabkan pendarahan usus), 'Vibrio cholerae', 'Listeria monocytogens' (menyebabkan listeriosis - pendarahan usus) dan kumpulan bakteria 'Campylobacter'(http://www.bernama.com.my/bernama/v3/printable.php?id=359148)

Maka, sebagai penyedia makanan, kita memang perlu make sure bersih makanan, diri kita (pakaian etc), peralatan dan tempat.Sebagai contoh, untuk nasi kerabu kami ada gunakan kubis.Mungkin pembaca belum tahu, dalam kubis tu kadang-kadang kita akan terjumpa cacing.Jika di rumah, Layyin memang akan ceraikan kelopak demi kelopak untuk make sure sayur tu bila dah masak takde perisa tambahan.Tapi, bila nak buka gerai ni, susah sket nak potong jika kita ceraikan satu-persatu.Alternatifnya,selepas dipotong, kami rendam dengan air garam supaya dapat bunuh bakteria, singkirkan racun-racun dan menghilangkan kotoran-kotoran (bendasing akan terapung).Sememangnye untuk apa-apa sayur-sayuran, lebih baik kita rendamkan dalam air garam, terutamanyayang dimakan mentah seperti kubis (jika dibuat coleslaw), salad, tomato, timun etc)

Untuk minuman yang kami jual, Layyin pastikan air tersebut direbus terlebih dahulu.Bukan apa, tapi kalau juz ambil air dari water cooler, memang gerenti penuh kuman.Meh Layyin cerita sket pasal air water cooler nih..Teringat masa duk maktab dulu, ramai yang tak sihat sebab minum air water cooler, nak bawa heater, tu barang 'haram' (Tapi Layyin bawak je, tapi kena pandai2 cover la,huhu..) Maka, ramai la yang pergi hospital sebab demam, sakit tekak dan sebagainya, then doktor cakap sebab air tercemar. Semasa buat foundation di maktab, Layyin minum air water cooler juga. Mula2 ok, then mulalah demam n etc..So, Layyin memang dah tak minum air water cooler, minum je dalam 2 minggu, terus demam..Therefore, jauhi air dari water cooler ye!

Untuk makanan seperti daging dan ayam pula, bahan seperti ini perlu dimasak dengan sempurna untuk memastikan kuman semua dah mati. Jika tidak, ia akan mudah dicemari.Owh ye, satu lagi Layyin nak pesan, jangan suka makan telur separuh masak or telur mentah sebab dari pembacaan Layyin telur cam gini berkemungkinan besar mengandungi pelbagai kuman, bakteria mahupun virus.

Selain itu, kebersihan diri penyedia makanan juga amatlah penting.Make sure pakaian kita bersih dan kuku bersih.Apabila keluar daripada tandas, gunakan sabun antibakteria untuk menyingkirkan kuman.Banyak kes keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria dari najis ( kalo tak silap bakteria e.coli kut), gara-gara tangan tidak dibersih dengan betul sebelum menyediakan makanan.kotor dan bahaya kan?!

3) Berkat.

Mulakan dengan bismillah, iringi dengan zikir/ bacaan quran dan akhiri dengan alhamdulillah.Ini yang selalu Layyin amalkan kat rumah.If masak banyak2 macam ni, kita pun tengah rush, tak ingat bab2 zikir tu...Tapi sekadar ucap bismillah dan selawat tu, InsyaAllah Layyin tak lupa..Then, bismillah tu Layyin baca kuat sket, supaya adik2 laen yang tolong masak tu dengar, so if diorang terlupa nak baca, hopefully boley ingatkan...

Satu lagi adalah doa...Bila buka gerai or buat kenduri, jangan kita lupa untuk mendoakan keberkatan makanan yang akan dimakan oleh ramai orang tu..Dari makanan itulah yang akan bertukar menjadi darah dan seterusnya tumbuh menjadi daging..Apa salahnya kan, kita doakan pelanggan-pelanggan kita...

4) Gunakan bahan-bahan yang segar, minimumkan bahan pewarna, perasa dan pengawet.

Layyin sangat tidak suka jika beli makanan di luar, kemudian lepas habis makan, bahan perasa (eg ajinomoto) masih kuat terasa di lidah..Nampak sangat la penjual seronok letak banyak2 bahan perasa.Jika di rumah, Layyin tak letak ajino kecuali dalam sup or asam pedas (yang kuah based on air)..Tapi, kalu mak Layyin ada terpaksa la letak juga sket (even dalam sayur goreng) sebab bagi mak kurang sedap kalau tak letak.Jika nak letak, boleh nak letak tapi jangan letak banyak sangat, berbahaya.Memang kita nak makanan tu rasa sedap dan pelanggan suka makan makanan kita, tapi jangan lupa kita juga bertanggungjawab kepada pelanggan kita.Boley je kita masak sedap, tapi minimisekan penggunaan bahan perasa.Mungkin bley ganti dengan sedikit gula..

Bila guna bahan yang segar,ini akan memberi sedikit jaminan untuk memastikan makanan tidak tercemar, dan sedap.Dari segi bahan pengawet pula, contohnya ialah menggunakan cili kering instead of using cili boh yang dah siap tu.Sebabnya, cili boh yang dah siap tu, memang mengandungi banyak bahan pengawet yang sangat berbahaya (eg: asid borik), yang menyebabkan dia boleh tahan sehingga 6 bulan lamanya.Jika kita dedahkan cili kering yang dah dikisar kepada suhu bilik, gerenti 3 hari dah berkulat.

Cara nak guna cili kering mudah je: gunting/ potong cili kering kecil2.Ramas dalam air supaya biji dan kotoran hilang.Rebus/ rendam dalam air panas sehingga lembut, then blendkan (jangan blend terlalu halus, nanti kurang best.Jika di rumah, memang Layyin tak guna cili boh.
Lagipun, sememangnya jika kita guna cili kering, rasa masakan jadi lagi sedap tau ^^

Untuk nasi kerabu, Layyin letak juga pewarna sebab nasi kerabu standardnya warnanya biru. Jika di rumah, Layyin memang guna nasi putih je, tak bahaya. Atau alternatifnya, jika ada bunga telang, masukkan je bunga tu yang akan bagi warna biru semulajadi.Tapi kat kampung Layyin pun takde bunga ni...

5) Kepuasan pelanggan.

Pernah tak pembaca rasa kecewa bila beli makanan gara-gara rasa makanan tersebut tak seperti yang diexpect?Huhu, rasa cam sakit hati gak kan bila kita rasa teringin sangat nak makan makanan tu, last2 rasanya sekadar bley bagi gred C je..Jadi, aplikasinya, bila kita menjual makanan, pastikan apa yang kita masak tu memang sedap, dan apabila pelanggan makan, insyaAllah dia akan rasa puas hati.Layyin akan rasa puas hati apabila pelanggan Layyin puas hati.

Tentang harga pula, letakkan harga yang reasonable yang mampu dibeli oleh pelanggan, bersesuaian dengan kualiti. Jangan pula terlalu mahal (kesian kat pelanggan), jangan pula terlalu murah sebab kita perlu ambil kira harga semua aspek , termasuk kos bahan-bahan, kos pengangkutan, masa persiapan yang kita perlukan, tenaga kerja dan sebagainya.

Andai ada adik2 balai Islam yang membaca post ni, harap adik-adik faham bagaimana cara akak tetapkan harga, bukan meletakkan harga mahal, tapi harga yang bersesuain dan mendapat keuntungan yang memadai dengan usaha dan modal yang kita keluarkan. Dan kita kena ikut juga harga pasaran di tempat yang kita jual tu, bukan harga dekat kampung kita ek ;p.Kalo ikut harga adik-adik nak letak tu, akak rasa kita akan rugi, huhu. So, harap faham cara akak berniaga ye (",).

Di samping tu, greet pelanggan kita dengan senyuman. Bukankah senyum tu satu sedekah?Bila kita senyum, kita sebenarnya dah menggembirakan hati orang laen. Bila kita menggembirakan hati orang laen, kita sebenarnya dah menggembirakan hati kita sendiri.Satu lagi yang Layyin nak pesan, ringankanlah memberi ucapan terima kasih kepada pelanggan selepas diorang membeli, atau if diorang datang jenguk je pun. Ini juga antara petua nak tarik hati pelanggan ;p

Alhamdulillah daripada feedback daripada pelanggan, semuanya berpuas hati dengan rasa nasi tomato dan nasi kerabu tu..Kat sini, Layyin cuma nak 'mengabadikan' antara komen2 dari pelanggan kami:

  • Macam mana akak buat nasi kerabu tu? sedap sangat..Sampai en.Azlan pun puji..
  • Akak, nasi kerabu sedap, nasi tomato laaagi sedap..--> Layyin tak kenal pun adik ni, tiba-tiba dia tegur Layyin dengan excitednya, alhamdulillah, drp jual beli, kita boleh eratkan ukhuwah sebenarnya.
  • Akak, tolong simpankan untuk kami 2 bungkus nasi kerabu..Masa jual hari tu kami tak sempat nak beli, sedih sangat..Ramai sangat orang yang cakap sedap---> Ni antara adik2 yang tempah dengan Layyin..Dengan adik2 balai yang Layyin, banyak dapat tempahan, diorang takut tak sempat macam hari tu,huhu..
  • Pandai akak masak, dalca tu sedap sangat. Biasanya kalau saya makan nasi sikit pun tak berapa nak habis, yang ni licin saya makan.
  • Akak, saya berebut dengan adik saya makan...Sedaaaap sangat.Bila nak bukak gerai lagi? nak makan lagi ^^
  • Nasi tomato sedap, saya makan sampai nak vomit---> haha, siapa yang bagi komen camni ek..kalu ye pun sedap sangat, janganlah makan sampi nak vomit dik oii, hehe..
  • Akak, nak resepi..sedap la akak..
Ni Layyin kira sebagai sedikit motivasi bagi Layyin, nauzubillah dari sbarang rasa riya' dan sebagainya..Baru je tadi, still ada adik-adik yang tanya bila lagi nak buka gerai..Hoho, ada masa, ada kesempatan, insyaAllah ye dik..

Owh, dah banyak ye yang Layyin dah tulis. Jika sebelum ni, Layyin ni cuma memperingat 5 perkara yang Layyin nyatakan tadi kepada diri Layyin, dan praktikkannya, tapi sekarang Layyin dah terjemahkannya pula ke dalam perkataan.. Alhamdulillah, moga Layyin lebih ingat dan tak lupa tuk amalkan, dan semoga pembaca juga dapat sesuatu daripada apa yang Layyin kongsikan pada kali ini.

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih akak ucapakan buat MT program dan semua ahli balai Islam yang membantu biro ekonomi menjayakan gerai kali ini.Tak lupa juga kepada Pak Cik Ramli yang tolong belikan ayam dan memberi sokongan buat kami.Terima kasih kepada mak cik-mak cik dewan makan yang sedikit sebanyak memberikan tunjuk ajar dan tips untuk memasak dalam kuantiti yang banyak ni.Terima kasih kepada pembuat banner.Terima kasih kepada mak ayah yang sentiasa berikan sokongan jika Layyin buat sesuatu untuk kerja Islam, terima kasih untuk mak yang doakan supaya Allah mudahkn urusan Layyin...Dan terima kasih buat buat pelanggan2 yang memberikan sokongan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan jualan kali ini, jazakallah~

Sekarang, Layyin rasa lebih yakin untuk masak dalam kuantiti yang banyak macam ni. Jika dulu, Layyin hanya masak untuk keluarga dan kawan-kawan, tapi kali ni, Layyin dah boleh gunakan sedikit sebanyak kelebihan yang Layyin ada untuk Islam ( yang dah lama Layyin terfikir macam mana Layyin nak gunakannya). Rasa macam tak percaya boleh masak sebanyak ni, dengan bantuan adik-adik balai yang lain. Kata kak Long Layyin , Kak Ngah (Layyin) dah boley jadi caterer ni, hehe..Thanx long for your endless support!Luv u;p

Ok, cukuplah ni, kita jupe lagi untuk post yang seterusnya..Jaga diri bebaik ye (",).

Assalamualaikum dan bye-bye..




2 comments:

Norry said...

Ngah, betul sume tu ngah. Makanan adalah benda yang menjadi darah-daging, penyediaan kena betul agar menjadi darah daing yang baik seterusnya menghasilkan hati yang bersih. Semoga terus success

Layyinul Harir said...

Setuju ngan kak Long..Jika kita makan benda yang kotor/haram maka kotorlah hati kita yg jadi raja kepada seluruh anggota kita ni.Kita kena berhati-hati bila memasak dan berhati-hati juga bila kita jadi pembeli makanan..

Ngah teringat ke hadis Rasulullah y brbunyi,

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)