Monday, April 26, 2010

Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain ada 6 perkara:

1) Apabila engkau bertemu dengannnya ucapkanlah salam.
2) Apabila engkau mengundangmu, maka tunaikanlah
3) Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya
4) Apabila ia bersin, lalu mengucapkan "Alhamdulillah" maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah"
5)Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya
6) Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.

Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim.


assalamualaikum Pictures, Images and Photos
(Image from: http://media.photobucket.com/image/Assalamualaikum/sirloin_skipper/assalamualaikum12.gif)


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ;
"Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu"
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a)


Dari Abu Yusuf Abdullah bin Salam r.a., katanya; aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:, "Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat sunat Tahajud), nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera".
(Riwayat Al- Tarmizi)

Dipetik Dari: Majalah solusi, edisi ulang cetak.

P/S: Layyin pun sebenarnya baru sahaja cuba untuk membudayakan salam bila bertemu sahabat-sahabat. Sedang cuba untuk istiqamahkan, InsyaAllah~

Jom kawan-kawan, kita sama-sama sebarkan salam (^_^)

No comments: