Tuesday, March 2, 2010

Matlamat Hidup Manusia

Apabila ditanya kepada pelajar,"Apa priority kamu sekarang?", maka ramailah yang akan menjawab, "Belajar!"...Itulah jawapan kebanyakan dari kita..

Jawapan itu tidak salah, namun bagi Layyin ianya kurang tepat...Eh, kenapa ek??Haaa, kalu pembaca nak tau kenapa, jom baca entri ni sampai habis, k..

Alhamdulillah, pada 26 dan 27 Februari lalu, Layyin join satu Daurah yang bertajuk
"Ini Peranan Kita".

Bersama teman-teman dari UM yang mengikuti daurah ini.

Daurah ini merupakan sambungan dari daurah yang Layyin sertai pada 1 Januari lalu yang bertajuk "Ini Sejarah kita". Sekiranya Layyin ingin ceritakan satu persatu apa yang Layyin dapat semasa program ni, rasanya mestilah panjang berjela-jela...maka, cukuplah jika Layyin pick up beberapa point penting,k...Antaranya :

1) 2 matlamat penciptaan manusia :

1-Beribadah kepada Allah.Dalam surah Az-Zariyat ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud,"Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu"

2- Sebagai khalifah iaitu untuk menjalankan dakwah..Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud, " ....Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi..."yang merujuk kepada penciptaan nabi Adam a.s yan.g ingin diangkat oleh Allah sebagai khalifah..

Maka, saya kira kita telah mendapat jawapan untuk soalan apa priority kita sekarang...Belajar hanyalah salah satu dari cabang ibadah (jika diniatkan kerana Allah dan dengan cara yang betul menurut syarak), maka bagaimana pula dengan ibadah2 yang laen dan juga dakwah?

Jika kita kata belajar adalah priority, Layyin bagi satu contoh...Andai kita belajar di luar negara, yang masa lecturenya kadang2 melanggar waktu solat, let say dari pukul 12 p.m-5 p.m..Andai kita kata, belajar no.1, maka tak perlulah kita berhenti untuk solat sebab solat bukan priority utama..Ermm, nampak kan apa yg Layyin cuba sampaikan?

2) Kita perlu faham matlamat penciptaan kita..

Supaya, kita tidak menjadi seperti bola yang ditendang ke situ ke sini kerana tiada golnya.Begitulah kita dalam hidup ini.Mesti ada arah tujuan yang pasti supaya kita tau apa yang perlu kita buat.Faham sahaja tidak cukup, tapi perlu tahu cara untuk mencapai matlamat tersebut dan berusaha sedaya-upaya untuk mencapai matlamat tersebut.

3) Apabila kita mengatakan bahawa matlamat hidup kita adalah untuk beribadah dan untuk dakwah, maka segala-gala apa yang kita lakukan mestilah menuju kepada matlamat itu.Sebagai contoh, bila kita makan.Kita makan untuk mendapatkan tenaga, tenaga untuk bantu kita beribadah, maka sampai la tujuan kita kan...

makan--> tenaga --> ibadah

Kemudian, KD (nama panggilan kpd penceramah hr tu) pun buat contoh laen...Dia tulis camni:

Tengok citer Korea--> .......................-->..................... Kemudian dia tanya, pernah tak korang terfikir setiap apa yang korang buat ni, sampai tak kat akhirat? Huhu...Camne nak jawab gamaknye... Adushhh, terkena weh, huhu..
. Click Me~
k, n
ampak cam dah insaf sket tuh, hehe, kita proceed ke point seterusnya plak ek..

4) Dakwah no.1, tapi belajar juga akan jadi no.1 bilamana kita menjadikan belajar itu sebagai satu ibadah dan as a tool for dakwah.

Dunia hari ini memandang orang yang memiliki pangkat, harta dan kelulusan.Maka, di sinilah belajar tadi berperanan sebagai alat untuk dakwah..Dengan adanya kelulusan, orang akan memandang tinggi kepada kita..Bukanlah orang pandang tinggi itu menjadi penting, tetapi apabila orang memandang kita, orang akan mudah mendengar apa-apa yang dikatakan oleh kita, lantas mempermudah usaha dakwah kita, insyaAllah..Ini cuma salah satu contoh bagaimana belajar menjadi alat kepada dakwah.

5) Individu Muslim--> Baitul Muslim -->Masyarakat Muslim-->Daulah Islam --> Kerajaan Islam --> Empayar Islam --> Ustaziyatul Alam.


Ermm...Apa ye kita panggil ni?lupa...Tapi insyaAllah, Layyin harap Layyin faham (Jika salah mohon diperbetulkan)..Daripada individu muslim itu akan membentuk Baitul muslim, baitul-baitul muslim akan membentuk masyarakat muslim dan seterusnya...Maka, untuk pembinaan sesebuah masyarakat yang unggul itu (kita lihat pada skop yang lebih kecil iaitu masyarakat), kita terlebih dahulu perlu mempunyai individu2 yang hebat, dan individu2 yg hebat ini akan membentuk Baitul Muslim yang hebat seterusnya membina masyarakat yang unggul.. Maka, begitulah aplikasinya dengan dakwah..Kita betulkan diri kita, kemudian kita betulkan keluarga kita, insyaAllah akan terbentuklah masyarakat muslim.


Namun, seringkali kita dengar ungkapan bahawa "Aku masih banyak kekurangan..Tak cukup ilmu...Saya tak layak" dan sebagainya, selalu kan...

Beginilah ye...Kalau kita ingin tunggu kita sempurna, percayalah, bahawa kita tidak akan sempurna, kita memang ada kekurangan masing2.. Jika kita nak tunggu cukup ilmu, baru nak buat dakwah, cuba kita specifiedkan waktu bilakah ilmu kita akan cukup; 10 tahun lagi, 30 tahun lagi, 50 tahun lagi or 100 tahun lagi?? Sabda Rasulullah, "sampaikan dariku walau 1 ayat" dan Layyin pasti mestilah lebih dari 1 ayat y kita tahu tentang Islam, bukan?..Sampaikan apa yang kita tau, dan apa yang telah kita sendiri amalkan..

Kata bro.Shah Kirit, ibaratnya begini:
"Kita ingin menjadi pemain bola sepak antarabangsa.Kita pun sibuk membaca pelbagai buku teori macam mana nak main bola sepak.Tapi tak penah turun padang.Bila agaknya kita akan pandai? Turun padang dulu, berlatih, insyaAllah lama2 kita akan pandai.."

If you want to do dakwah ( which compulsory for us to do), juz do it..Regular practice will make perfect..Don't wait juz because u want to be perfect first..Never..k..

6) Kata-kata bahawa "seimbangkan dunia akhirat" adalah tidak tepat sebenarnya..Kenapa ek? Click Me~


"Jika kita perhatikan dan fahamkan kata-k
ata tersebut, ia seolah-olah mengkategorikan apa-apa yang kita buat ini dalam kategori dunia dan akhirat..Rujuk semula point no.3.Jika segala apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah dan telah automaticallynya menjadi ibadah,dan segala yang kita buat atas nama usaha dakwah, maka tidak akan timbul lagi urusan dunia, bukankah begitu?Bagi orang yang beriman, apa-apa yang mereka buat adalah untuk akhirat semata...

7) Dalam dunia ledakan teknologi ini, cukup banyak tool dan resources yang kita boleh gunakan untuk misi dakwah kita..Sebagai contoh, Facebook, blog, twitter, frenster, myspace, tagged dan sebagainya..Gunakan semua peluang yang ada ini untuk mencapai matlamat utama kita; ibadah dan khalifah..

Oh ya, Layyin baru sahaja terbaca blog sahabat Layyin yang membicarakan serba sedikit tentang point ini, yang agak bagus Layyin kira.. Jom kita baca=)

8) Ciri-ciri da'ei : Iman yang mendalam, kefahaman dan bergantung kepada Allah..

Kerja dakwah ini bukanlah kerja yang mudah...Andai ia kerja yang mudah, Rasulullah tidak akan sesekali dituduh sebagai orang gila, dilempar dengan najis , dilontar dengan batu sehingga patah gigi baginda....Astaghfirullah...sungguh jauhlah pengorbanan Rasulullah dan para sahabat andai ingin dibandingkan dengan diri kita ini...

Namun...terkadang, ada juga keluhan yang keluar dari bibir kita, insan yang lemah ini, dek kerana usaha dakwah yang kelihatan seperti sia-sia..Sama-samalah kita muhasabah..Adakah kita sudah berdoa untuk mad'u (orang yang didakwah) kita itu? Janganlah kita mengharapkan perubahan drastik..Kerana mungkin hari ini, hatinya belum terbuka untuk berubah.. bagaimana untuk 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, who knows...Mungkin kata-kata kita juga yang akan dikutip sebagai titik menuju perubahan..

Kesimpulan:
Alhamdulillah...Thank u Allah sebab memberi aku ingat kenapa sebenarnya Engkau mencipta diriku ini...

Cukuplah rasanya sedikit perkongsian ilmu buat kali ini...Harap-harap beroleh sedikit sebanyak manfaat dan dikira sebagai satu ibadah buat Layyin dan buat pembaca sekalian, InsyaAllah..


2 comments:

Fir Firdausi (Bro Fir) said...

salam kak jaa

hehe..ada link di situ..allah allahu

teringat ayat 4 surah saff

doa dan ingatan dr bumi kangaroo wangi
:)

Layyinulharir said...

wslm..hehe..kita link2 la sket kat blog y bgus,kan..Da baca belum?hehe..

k.jaa nak pegang kangroo!