Tuesday, December 29, 2009

Sibuk...

Ada orang yang sibuk menuntut ilmu

Ada orang yang sibuk mencari populariti

Ada orang yang sibuk gossip sana sini

Ada orang yang sibuk berdisko dari tengah malam sampai pagi

Ada orang yang sibuk mengumpul harta kekayaan

Ada orang sibuk membuka syarikat cawangan

Ada orang yang sibuk menambah isteri cawangan

Ada orang yang sibuk berjuang di jalan Allah

Ada orang yang sibuk memberi ceramah di masjid-masjid

Ada orang yang sibuk memberi nasihat kepada sahabat-sahabat

Ada orang yang sibuk shopping daripada pagi sampai petang.

Ada orang yang sibuk berkepit dengan kekasih hati

Ada orang yang sibuk membuat assignments sepanjang hari

Ada orang yang sibuk melayan kerenah anak-anak

Ada orang yang sibuk bermain Friendster, MySpace dan Facebook.

Ada bermacam-macam jenis sibuk. Ada yang menyebabkan kita agak sibuk, sangat sibuk atau teramat sibuk. Ya,kadang-kadang kita memang tidak boleh lari dari sibuk. Namun,sibuk itu ada kategorinya pula..Ada sibuk yang membawa kepada keuntungan, ada sibuk yang membawa kepada kerugian ,ada sibuk yang membawa kepada kebaikan, ada sibuk yang membawa kepada keburukan dan beberapa kategori sibuk lain lagi..

Oleh sebab kategori sibuk itu banyak, maka kita perlu bertanya kepada diri kita,sibuk kita itu jenis apa dan tergolong dalam kategori mana. Maka, di situlah kita boleh menilai adakah sibuk kita itu sibuk yang patut kita menyibukkan diri kita..Ataupun sibuk yang tidak perlu tetapi kita sengaja menyibukkan diri kita.

Namun, walau sesibuk manapun kita, selapang manapun kita, janganlah kita lupa matlamat hidup kita.Kita bukanlah diciptakan sia-sia oleh Allah agar kita sibukkan diri kita dengan apa-apa sahaja perkara yang kita suka.

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (al-Mukminun: 115)

Sebaliknya Allah telah mengingatkan kepada kita bahawa setiap perbuatan kita akan disoal dan dipertanggungjawabkan.

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.” (al-Isra’: 36)

Sama-samalah kita sentiasa mengingatkan diri kita tentang 2 matlamat penciptaan kita di dunia ini iaitu untuk beribadah kepada Allah dan sebagai khalifah di alam yang fana ini…Firman Allah s.w.t:

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahkuKu, Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan.Sesungguhnya Allah ,Dialah Maha Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh .” (adz-Dzariyat: 56-58)

Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadi orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikanMu?” Dia berfirman, “Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. ” (al-Baqarah: 30 )

Maka, dalam kesibukan kita dengan urusan dunia,janganlah kita lupa akhirat sana..Janganlah sibukkan diri kita dengan perkara yang boleh menjerumuskan kita ke neraka..kerana… neraka itu bukan tempat yang bahagia..kerana neraka itu penuh dengan derita dan sengsara.. kerana kita pasti tidak sanggup berada di sana…kerana neraka pasti bukan pilihan kita…

Jom sibukkan diri dengan perkara yang menguntungkan nasib kita di sana=)

No comments: