Monday, January 11, 2010

Sejarah Islam

1.1.2010.Tarikh yang pasti tidak akan kulupakan, kusingkap kembali sejarah silam . Walaupun cerita ini mungkin sudah luput ditelan waktu, namun masih segar dalam ingatanku…(chewah ,ala-ala jiwang la plak ek..huhu..)

Alhamdulillah…Pada hari pertama tahun 2010, saya menyertai satu program yang dinamakan ISK (Ini Sejarah Kita)Apa yang dibincangkan ialah mengenai sejarah Islam semenjak nabi Adam , zaman Rasulullah, S.A.W., Khulafa’ Ar-Rasyidin, zaman pemerintahan khalifah-zaman bani Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniah.

Memang banyak perkara yang saya pelajari selama program 2 hari ini.Juga terdapat beberapa konsep yang saya tidak fahami, telah diterangkan semasa muqaddimahnya (yang amatlah panjang, namun saya tidak dapat menafikan pentingnya). Semuanya itu membuatkan saya berfikir, berfikir dengan hati…

Antaranya ialah:

1)Berfikir dengan hati vs berfikir dengan akal.

Jika saya ingin menerangkan tentang ini, saya rasa sangatlah panjang..Cukuplah saya ‘precise’kan penerangannya beserta ayat Allah dari surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud;

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”.

Sebagai contoh, Bagaimana orang yang membaca novel atau menonton movie boleh menangis atau ketawa terbahak-bahak? Adakah mereka memahaminya dengan hati atau akal?

Akal hanyalah sebagai satu alat untuk menerima dan berfikir berdasarkan ilmu-ilmu kita yang terdahulu (prior knowledge) dan pengalaman.Manakala, hati kita yang menentukan kefahaman, yang menentukan dan menggerakkan diri kita samada akan melakukan sesuatu atau tidak.

Contoh lagi: Allah menceritakan tentang rahsia alam dari sudut sains dalam Al-Quran.Jika kita hanya memahami dengan akal, jika cuma dapat mengetahui tentang fakta.Tetapi, jika kita memahami dengan hati, kita akan dapat merasai kebesaran Allah di sebalik ciptaan dan aturan Allah itu, lantas menjadikan kita orang yang lebih bertambah imannya….

Hati-“Its power is beyond the power of mind!”

* Sedang khusyuk mendengar dengan telinga, melihat dengan mata dan memahami dengan hati, InsyaAllah..

2)Sains sosial vs sains tulen

Seorang jiran bertanya,“Anak awak ambil course apa?” jawab si emak (dengan sedikit rasa bangga), “ Anak saya ambil medic” .. “Wah..hebatnya anak awak,jadi doktor la nanti ye”..

Gini la kan lebih kurang dialognya..Apa yang saya nak

sampaikan ialah, betapa orang merasa 'impress' terhadap orang-orang yang ambil bidang medic ni, bidang yang paling tip top

la kiranya..Ya, saya tidak nafikan kepentingan mereka..

Namun, soalannya,adakah kita mengenepikan kepentingan bidang sains sosial? Yang seringkali dianggap sebagai bidang untuk mereka yang kurang berjaya dan tidak layak untuk mengambil sains tulen?

Cuba kita fikir-fikirkan..Sememangnya kita melihat sebuah negara itu sebagai negara yang maju dengan perkembangan sains dan teknologinya..Namun, bagaimana dengan akhlaknya?Allah telah menetapkan Sains sosial itu sebagai matlamat dan sains tulen itu hanyalah sebagai alat untuk mencapai matlamat.Sains sosial itulah sebenarnya yang membentuk manusia,membina jiwa manusia..

Allah memberi keizinan kepada manusia untuk menggunakan akal untuk sains tulen (cara untuk capai matlamat) tetapi tidak untuk sains sosial (matlamat).Sebagai contoh,undang-undang ciptaan manusia tidak dapat menyelesaikan masalah dan jenayah, kerana Allah sebagai pencipta manusia telah menetapkan undang-undang yang sesuai sebagai penyelesaian terhadap permasalahan manusia tersebut.

3) Belajar vs dakwah


Kita seringkali sibuk dengan belajar/ bekerja..Bagaimana pula dengan dakwah? Ada yang berkata , belajar itu yang utama, namun dakwah bukan no.2..

Dakwah itu sebenarnya misi utama kita.Tidak kira apapun yang kita lakukan, jadikan ia sebagai “tool” dakwah..Dakwah sentiasa….Sentiasa dakwah..

*Kak Kimah yang sanggup mencurah ilmu kepada kami, sambil mendukung sikecilnya…Thanx a lot Kak Kimah!

4)Mencipta sejarah vs menjadi sejarah.

Inginkah kita ditanya oleh cucu-cicit kita, “ Nek, betul ke masa tahun 2010 dulu, waktu tu Islam sedang jatuh, akhlak sangatlah runtuh?”

Choose either; create history, or become history…

*Tunjang untuk mencipta sejarah gemilang

*We choose to create history, InsyaAllah

5) Kenapa sejarah menjadi subjek yang boring? Dan adakah mereka berjuang kerana agama atau bangsa?

Pernahkah pembaca-pembaca merasakan boring sewaktu belajar sejarah?Ermm...Mungkin ramai akan mengatakan Ya..Bacalah di sini atau di sini, mungkin ini jawapannya…

Mungkin membaca sesuatu yang membicarakan tentang sejarah yang boring, akan memboringkan anda, but I tell you what, its really worth reading!

Sejarah yang diajar kepada kita lebih kepada fakta semata, bukan apa yang mereka rasa, apa yang mereka buat atau macam

mana mereka lalui dan menyelesaikan masalah tersebut..

Masih ingat lagi tentang sejarah yang kita belajar sewaktu lower secondary school?Tentang perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong etc..Apa yang selalu diterangkan dalam buku teks ialah mereka berjuang demi bangsa Melayu..Tapi, faktanya ialah mereka berjuang tidak lain tidak bukan adalah semata-mata kerana Allah, Jihad di jalannya..Allahuakbar..

Sungguhlah kita selalu dikelirukan dengan fakta-fakta sejarah yang dimanipulasikan….

p/s: saya suka sejarah, tapi tidak suka cikgu yang mengajar dengan cara yang sangat boring dan menyimpang entah ke mana..huhu…

6) Kota A Famosa dibina dari runtuhan masjid dan bangunan yang lain..


Maka…rasanya tidak perlulah kita bergambar sambil tersenyum girang di hadapan A Famosa ,yang menjadi lambang penjajahan Portugis ke atas Tanah Melayu,yang antara tujuan utamanya adalah untuk agama mereka.

Boleh membaca dengan lebih lanjut di sini

p/s: Saya hampir-hampir terlupa fakta ini..

7) Tokoh-tokoh Islam yang unggul: Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalifah Umar Ibnu Aziz, Khalifah Harun Ar Rasyid,Salahuddin Al-Ayyub etc..

p/s: sewaktu cuti hari tu, adik saya baru je bercerita tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh..Alhamdulillah,boleh saya kaitkan sedikit sebanyak..Thanx bro..

8)Kata-kata Ibnu Khaldun ,bahawa sejarah adalah sesuatu yang berulang-ulang.

Islam menjadi maju dan berkembang selama 600 tahun,iaitu bermula dari Mekah sehingga mencapai kemuncak kegemilangan Islam pada zaman Abbasiyah awal..Dan mulai runtuh pada zaman Abbasiyah akhir (pada 1255) sehingga tamatnya sistem khilafah di tangan Kamal Attartuk (1924), juga dalam masa 600 tahun.

Maka, di zaman manakah kita sekarang?Adakah di zaman kegemilangan Islam, atau ketika Islam mulai berkembang seperti di mekah atau Islam yang sedang jatuh?Di manakah kita di dalam timeline tersebut…Fikir-fikirkan..

Rasanya, cukuplah setakat ini..Terima kasih buat Sofwah yang mengajak akak ke program ni, I luv it..Terima kasih juga kepada anda yang sedang membaca ini..Semoga mendapat sesuatu dari entri saya ..Sekiranya terdapat sebarang teguran membina, atau ingin menambah apa-apa yang telah saya perkatakan, seperti biasa saya sangatlah mengalu-alukan..

Sekian..

3 comments:

sarahzarawi said...

salam kak..mcm best je pgrm ni.. aah se lg, ad satu gmbr 2 mcm akk yg pnah jd penolong kp kt tj kn?yg pakai spek tudung purple kot..

Layyinulharir said...

wslm...alhmdulillah, bg akak best la, byk doh benda y akak dh lupa n y xclear..g prgram ni, refresh blik..

ha'ah, y tu kak Noor Fakhriyyah, puan Nor=) dia br je kawin bln 12 br ni, kt UM gak skg..

sarahzarawi said...

aah,kak fakhriyyah..knl2..ad gk dgr kwn sy,hazirah yg bgtau akk tu dh kawen..