Saturday, January 16, 2010

Dermalah Darah, bayangkanlah orang-orang yang tersayang

Alhamdulillah, Layyin gembira hari ni..Sebab Layyin bley derma darah, for the second time..Dah lama nak derma, tapi tu la, tidur tak cukup la, masa tak sesuai la, xleh nak derma, aishhh…

Layyin sebenarnya mudah nak pengsan kalu hilang darah, mula-mula akan jadi cam pening-pening camtu..Ingat lagi hari tu, masa tangan Layyin luka, then, muka jadi pucat dah sket, padahal darah keluar takde banyak sangat pun, and Layyin bukan orang yang takut tengok darah tau…

Cerita pasal tengahari tadi

Lepas 350 ml darah darah Layyin dah siap diambil, rehat la kejap kan atas katil dia tu..Time tu, nurse dah tinggikan bahagian kaki, supaya darah turun ke bahagian atas badan, sebab Layyin cakap Layyin rasa pening..(Kalu orang pengsan or nak pengsan, baringkan orang tu, dan tinggikan bahagian kaki) .Waktu tu muka dah jadi pucat, kata Dila, kawan Layyin kat sebelah. Dalam 10 minit camtu kut, then kitorang bangun la, gi makan. Masa tu, Layyin jadi pucat balik, memang pening, so mintak la rehat semula atas katil tu..Waktu tu, diorang sebenarnya tengah kemas barang2 dah, Layyin dan Dila antara orang yang last derma darah..Alhamdulillah, lepas rehat kat atas katil sambil minum 100 plus, doctor cek nadi, Layyin pun dah rasa ok..Pastu, balik je la kat kolej semula, sambung rehat…Dalam perjalanan tu, Dila tanya Layyin, kenapa Layyin still nak derma darah walaupun tau layyin mudah nak pengsan if derma darah…Kenapa orang lain yang sihat, suka bagi alasan takut nak derma darah...Ermmm..Pasal nilah yang Layyin nak cite sebenarnya…k, keep reading ya….

Dermalah Darah, bayangkanlah orang-orang yang tersayang

Sekarang, bayangkan orang-orang yang anda sayangi, mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak…Suatu hari, mereka terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan kehilangan darah yang banyak..Namun, ketika sedang menerima rawatan, mereka tidak dapat diselamatkan kerana bekalan darah di hospital itu tidak mencukupi...

Click Me

Apa perasaan pembaca?

Itulah sebenarnya yang mendorong Layyin untuk menderma darah.Layyin berharap dengan darah Layyin itu, dapatlah ia membantu sedikit sebanyak untuk menyelamatkan nyawa, sebagai satu usaha, atas izin Allah, InsyaAllah…

Click Me Layyin dapat rasai satu kepuasan bila menderma darah..

Saya takutlah nak derma darah!

Ramai kawan-kawan lain yang tidak mahu menderma darah kerana takut.Layyin pun takut juga,takut tgk jarum, jarum dia besar sangat tau! Tapi, masa first time je Layyin tengok jarum ( sebab nak tau), second time ni Layyin tengok kat tempat lain…Huhu…Tapi, tak sakit sangat pun…kalu takut derma darah sebab rasa sakit, camne nak gi berperang nih?? Ermmm…

Ada jugak sebab takut jadi gemuk lepas derma darah..InsyaAllah,takdenye..Sebenarnya, yang tu sebab dia makan banyak, pastu dia gemuk, pastu, dia kata dia jadi gemuk sebab derma darah...hehe...

Camni la…rasa takut tu maybe ada..Cuma bagi Layyin, motivasi untuk menderma ialah dengan membayangkan orang-orang yang tersayang. Dan juga mengingatkan diri Layyin bahawa kita perlu menghulurkan bantuan kepada orang lain yang dalam kesusahan. Ingatilah sabda Rasulullah yang berbunyi:

“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu, sehingga dia mengasihani saudaranya sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri”-Riwayat muslim.

Inilah kuasa kasih sayang, kita akan sanggup melakukan pengorbanan buat saudara kita sendiri ,dan antara pengorbanan kecil yang kita boleh buat ialah dengan menderma darah...

Jika kita ikhlas membantu orang lain, InsyaAllah Allah akan mendatangkan orang lain untuk membantu kita apabila tiba saat-saat kita memerlukan pertolongan..

Si mulia, penderma organ.

Insaf saya mebaca cerita ini dan juga selepas membaca artikel ini …Di manakah kekuatan Ahmad Khariri al-Hadi, yang sanggup bersusah-payah demi menderma secebis hati buat insan lain untuk meneruskan hidup?Sangat kecillah nilai darah yang kita dermakan, andai ingin dibandingkan….

Layyin sememangnya terfikir tentang pendermaan organ ini, maksud Layyin, bila Allah dah tarik nyawa yang Allah pinjamkan ini..kerana..Layyin memikirkan bahawa betapa ramainya orang lain yang sedang queue untuk dapatkan organ..But, let I re-think about it..about my family , what part that I want to donate and when I want to sign up…InsyaAllah, niat tu dah ada…Semoga itu dapat menjadi penyelamatku di sana…

Pembaca masih takut?

Takut lagi ke nak derma darah? Kesian kat orang-orang yang tengah sakit dan perlukan darah tu…Allah sayang kepada orang yang berani, pemurah, mempunyai belas kasihan kepada orang lain, menyayangi saudara sendiri dan suka menolong orang...

Pesan Layyin, Dermalah Darah, bayangkanlah orang-orang yang tersayang…..



No comments: