Saturday, January 16, 2010

Dermalah Darah, bayangkanlah orang-orang yang tersayang

Alhamdulillah, Layyin gembira hari ni..Sebab Layyin bley derma darah, for the second time..Dah lama nak derma, tapi tu la, tidur tak cukup la, masa tak sesuai la, xleh nak derma, aishhh…

Layyin sebenarnya mudah nak pengsan kalu hilang darah, mula-mula akan jadi cam pening-pening camtu..Ingat lagi hari tu, masa tangan Layyin luka, then, muka jadi pucat dah sket, padahal darah keluar takde banyak sangat pun, and Layyin bukan orang yang takut tengok darah tau…

Cerita pasal tengahari tadi

Lepas 350 ml darah darah Layyin dah siap diambil, rehat la kejap kan atas katil dia tu..Time tu, nurse dah tinggikan bahagian kaki, supaya darah turun ke bahagian atas badan, sebab Layyin cakap Layyin rasa pening..(Kalu orang pengsan or nak pengsan, baringkan orang tu, dan tinggikan bahagian kaki) .Waktu tu muka dah jadi pucat, kata Dila, kawan Layyin kat sebelah. Dalam 10 minit camtu kut, then kitorang bangun la, gi makan. Masa tu, Layyin jadi pucat balik, memang pening, so mintak la rehat semula atas katil tu..Waktu tu, diorang sebenarnya tengah kemas barang2 dah, Layyin dan Dila antara orang yang last derma darah..Alhamdulillah, lepas rehat kat atas katil sambil minum 100 plus, doctor cek nadi, Layyin pun dah rasa ok..Pastu, balik je la kat kolej semula, sambung rehat…Dalam perjalanan tu, Dila tanya Layyin, kenapa Layyin still nak derma darah walaupun tau layyin mudah nak pengsan if derma darah…Kenapa orang lain yang sihat, suka bagi alasan takut nak derma darah...Ermmm..Pasal nilah yang Layyin nak cite sebenarnya…k, keep reading ya….

Dermalah Darah, bayangkanlah orang-orang yang tersayang

Sekarang, bayangkan orang-orang yang anda sayangi, mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak…Suatu hari, mereka terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan kehilangan darah yang banyak..Namun, ketika sedang menerima rawatan, mereka tidak dapat diselamatkan kerana bekalan darah di hospital itu tidak mencukupi...

Click Me

Apa perasaan pembaca?

Itulah sebenarnya yang mendorong Layyin untuk menderma darah.Layyin berharap dengan darah Layyin itu, dapatlah ia membantu sedikit sebanyak untuk menyelamatkan nyawa, sebagai satu usaha, atas izin Allah, InsyaAllah…

Click Me Layyin dapat rasai satu kepuasan bila menderma darah..

Saya takutlah nak derma darah!

Ramai kawan-kawan lain yang tidak mahu menderma darah kerana takut.Layyin pun takut juga,takut tgk jarum, jarum dia besar sangat tau! Tapi, masa first time je Layyin tengok jarum ( sebab nak tau), second time ni Layyin tengok kat tempat lain…Huhu…Tapi, tak sakit sangat pun…kalu takut derma darah sebab rasa sakit, camne nak gi berperang nih?? Ermmm…

Ada jugak sebab takut jadi gemuk lepas derma darah..InsyaAllah,takdenye..Sebenarnya, yang tu sebab dia makan banyak, pastu dia gemuk, pastu, dia kata dia jadi gemuk sebab derma darah...hehe...

Camni la…rasa takut tu maybe ada..Cuma bagi Layyin, motivasi untuk menderma ialah dengan membayangkan orang-orang yang tersayang. Dan juga mengingatkan diri Layyin bahawa kita perlu menghulurkan bantuan kepada orang lain yang dalam kesusahan. Ingatilah sabda Rasulullah yang berbunyi:

“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu, sehingga dia mengasihani saudaranya sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri”-Riwayat muslim.

Inilah kuasa kasih sayang, kita akan sanggup melakukan pengorbanan buat saudara kita sendiri ,dan antara pengorbanan kecil yang kita boleh buat ialah dengan menderma darah...

Jika kita ikhlas membantu orang lain, InsyaAllah Allah akan mendatangkan orang lain untuk membantu kita apabila tiba saat-saat kita memerlukan pertolongan..

Si mulia, penderma organ.

Insaf saya mebaca cerita ini dan juga selepas membaca artikel ini …Di manakah kekuatan Ahmad Khariri al-Hadi, yang sanggup bersusah-payah demi menderma secebis hati buat insan lain untuk meneruskan hidup?Sangat kecillah nilai darah yang kita dermakan, andai ingin dibandingkan….

Layyin sememangnya terfikir tentang pendermaan organ ini, maksud Layyin, bila Allah dah tarik nyawa yang Allah pinjamkan ini..kerana..Layyin memikirkan bahawa betapa ramainya orang lain yang sedang queue untuk dapatkan organ..But, let I re-think about it..about my family , what part that I want to donate and when I want to sign up…InsyaAllah, niat tu dah ada…Semoga itu dapat menjadi penyelamatku di sana…

Pembaca masih takut?

Takut lagi ke nak derma darah? Kesian kat orang-orang yang tengah sakit dan perlukan darah tu…Allah sayang kepada orang yang berani, pemurah, mempunyai belas kasihan kepada orang lain, menyayangi saudara sendiri dan suka menolong orang...

Pesan Layyin, Dermalah Darah, bayangkanlah orang-orang yang tersayang…..



Thursday, January 14, 2010

Secret Sign-Unsur Masonic di AJL?

(Dipetik dari http://holywar-efairy.blogspot.com/)
Layyinulharir: Blog yang Layyin nyatakan di atas sangat menarik kerana banyak mendedahkan tentang perkara yang Layyin tak tahu selama ni...Di blog tu juga, terdapat banyak pautan lain yang dapat membuka mata, minda dan hati kita, InsyaAllah..So, now, sama-sama kita baca, fikirkan dan fahamkan..Faham dengan hati, bukan dengan akal..


Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi


Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.


Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.
3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.


Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.

Checkered Floor!

Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya.


Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

Di Ibu Pejabat CIA


Di Lodge Freemason


Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan
lantai hitam putih.

Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyak keraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda boleh Klik Sini! Di rumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini.

Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!



Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.

2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!



Rihanna dan Unfinished Pyramid


Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!


All Seeing Eye di AJL


Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.

The All Seeing Eye Around Us


Adakah semua ini kebetulan yang besar? Checkered Floor, All Seeing Eye, Unfinished Pyramid, Joachim and Boaz. Kami tinggalkan persoalan besar ini kepada anda untuk menilainya.

We Just Only Show You The Door But You The One That Will Choose It.


Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata

Fikirkan semula




My Facebook Status


Assalamualaikum…
Bismillah..
Segala puja dan puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam…


Layyin terasa sayang dengan semua status yang pernah Layyin tulis dekat Facebook..Huhu..tentang FB lagih, layannzz je la ek..Semalam Layyin menjejaki saat mula Layyin join FB nih (30 Julai,09) until now..Copy paste sume status y Layyin rs bermanfaat, untuk ingatan diri Layyin sendiri..Bukan apa, takut kalu Allah tanya balik, seronok je post, diri sendiri x buat..Astaghfirullah...Semoga Allah permudahkan Layyin untuk amalkan sume tuh...

Kalau y bullet tu, tu y komen2 nye k..Banyak bahasa sms, layyin nak biarkan camtu je la ye..Here it goes:

(Muqaddimah)- Thanx to my motivators and supporters!
Total Likes:45 friends like 143 of your posts -(until 7 January)
1st:Fiera Comey likes 21 posts
2nd:Mimi Sya likes 15 posts
3rd:Illina Ishak likes 13 posts
4th:Kyouya Ootori likes 8 posts
5th:Shakira Raha likes 6 posts

Facebook Status Award for Top 7:

1) Ermm...dok kisah la kita ni comey ke,hensem ke, hodoh ke, kaya ke, miskin ke,gemuk ke, kurus ke, tinggi ke,pendek ke,ada jawatan tinggi ke, jd datuk datin ke kita....whatever la...tp Allah nilai satu je, iaitulah "TAQWA"
  • btol tu….kite jgn duk sombong ngn ape yg kite ade.. huhu...sume tu hok Allah belaka, even kita ni pun kpunyaan Allah juge...
  • Ya Allah, jauhknlah kita dr sifat sombong tu, y sbbkn iblis kluar dr syurga y pnuh nkmat...
  • btul2...kdg2 bila kita fikir2 blik...look can be deceptive...ALLAH tak nilai seseorang tu dari pakaian, rupe, harta tpi yg penting hati..mak sye ckp :)
  • btollll tu ili....asalkan buat yg Allah suruh.....yg len tu...ape orng kate...xsoh duk kire...
  • huhu,stuju kwn2 ku...carilah redha Allah walaupun perit, janganlah mencari redha orang ramai yang Allah tidak suka walaupun orang ramai suka...
  • Dunia kita pegang, akhirat kita junjung
  • ~JADILAH INSAN KECINTAAN TUHAN :-)

2) Allah turunkan musibah ke atas seseorang untuk : 1- mengangkat darjatnya atau 2- sebagai kaffarah penghapus dosanya atau 3- untuk menghinanya.
  • knp nk kna hina?
  • maybe sbb org tu xbuat apa y Allah suh n tinggl apa y Allah larang...cth: kaum nabi lut y amlkn homosks,akhirnya Allah trnkn musibah kpd mrk.."Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya...
  • cth lg :surah al-A'raf ayat 163-166. cite ttg org yahudi y dismpah jd monyet sbb tangkap ikan pd hr sabtu.166: Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil endah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang HINA".

3) cuba kita bygkn kita mkn nasi dlm pinggn y brkulat,busuk n lalat dh btelur dlm tuh n pakai bju y brbulan2 xberbasuh...huhu..mesti kita x sanggup...tp kdg2 tu...kita biar je hati kita ni kotor, bkarat, bbulan2 xdicuci.....sbb hati tu kita xnmpk kotornye....

4) I've learned that... it doesn't meant they don't love you, just because they doesn't show their love to you in the way you want them to do......

5) “Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)

6) "Wlaupun aku slalu lupa kpdNya.. nmun Dia x prnh lupa mngurniakn rezeki buatku..wlaupn aku slalu mlakukn dosa kpdNya,nmn aku msih mmpu mnghirup udara ciptaanNya..mskipn aku slalu mlakukn mksiat kpdNya,krn sift ArRahman ArRahimNya,aku msih dberikn pluang utk brnaFas hingga saat ini..betapa...Betapanya aku tidak Bersyukur kpdMu..ats segala nikmt kurniaanmu..smpai masa..kpd Engkau jua kutadahkn tgn,mohon prtolongan.."

7) Exam duniaku dah selesai hari ni, alhmdulillah...exam akhirat masih menanti....exam y ni lg tough sbb xtau bila tarikh exam, kena wat persediaan je byk2 dr skrg...exam akhirat y sume orang akn psti mnyesal....
  • "Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang2 y brdosa itu mnunndukkn kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), "Ya tuhan kami,kami telah melihat n kami tlh mndengar, mk kmbalikanlah kami( ke dunia ) kami akn mngrjakn amal soleh, sesungguhnya kami adalah org2 y yakin"-As-sajadah ayt 12.
  • sama cam exam...lps abis exam br nyesal sbb dok study molek..tp xleh nk ubah pape dah la...stkt tu je usaha...huhu...

Status yang i think quite good for me tapi tak menang award gak:

(tahun ni bley masuk bertanding lagi ye=p)
1) Andalusia=Sepanyol, Granada=Ibu Kota Sepanyol...
  • Konstatinapel: nama lama kota Istanbul di Turki-from wiki
  • Sabda Rasulullah , “Konstatinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang merupakan sebaik-baik pemimpin, tenteranya adalah sebaik-baik tentera, dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat”.Konstatinopel akhirnya ditawan oleh Sultan Muhammad Al Fateh

2) Is it right to do the experiment on animals (e.g dog n mouse), then we use the result to understand human?! We are special creature, makhluk terbaik dat God created-kepeningan sedikit membaca behaviorist learning theory....

3)"Hai awan,pergilah ke mana sahaja engkau ingin pergi,tetapi hasilnya tetap kembali kepada aku juga"-Khalifah Harun Ar-Rasyid

4) Marilah kita fikir sblum kita tido- bagaimana unta diciptakan,langit bagaimana ditinggikan,gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan dan bumi bagaimana ia dihamparkan..Subhanallah...Maha Suci Engkau y mnciptakan segala sesuatu..Engkaulah y maha Hebat lg Maha Bijaksana..

5) Spatutnya memarahi diriku sndiri y dh byk lupa sejarah...camne bley lupa ttg tentera mongul y serang china....Aishhh....kes berat sungguh nih...
  • Nk tambah lg mission y dibuat ms 1 Muharram,sy nak hafal blik sume sjarah2 Islam dulu...n nk faham dgn hati..n tunjukkan faham itu dgn prbuatan...InsyaAllah..
  • merasakan sgt sibuk dgn blajar,dgn sume assgmt y ada...sbk blajar ilmu2 y lain,put aside psl ilmu2 y kita wajib tau...sdgkan ada ms nk tgk movie, ada ms nk sembang2, ada ms nk tido n mkn byk2...tp xde ms nk bc sejarah dulu2,kununnye...
6) "Sebaik-baik kamu sekalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya." -bila blik umah, jom kita dgr bacaan adik2 kita, tegur y mana patut...(tp jgn kita plak y xsentuh quran,hehe...kes naya tuh..)

7) "Kebaikan dan pahala itu ialah cantik akhlak manakala keburukan dan dosa itu ialah sesuatu yang tidak tenang pada hatimu dan kamu membenci manusia melihatnya"

8) "Ketahuilah sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosak jualah keseluruhan jasad.Ketahuilah ia adalah hati"

9) "hati kita psti tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan" Redha Allah SWT ada pada keredhaan Ibu bapa.Sabda Rasulullah SAW :Maksudnya : “Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibu bapa”. [Riwayat At-Tabrani] Ya Allah...bntulah aku untk sentiasa mndpt redha ibu-bapaku....agar aku mperoleh redhamu...amiin...
  • marilah kita sama2 wat baek ke mak ayah kita...smentara mrk msih ada.....ungkapknlah kata2 ksih syg smntara mrk msih mampu mndengr ungkapan itu.....

10) Tertanya2,ape kutub sittah ni sbnrnye...lps tanya cik google,ni upenye kutub sittah: Kutub Sittah ertinya buku-buku yang enam.Kitab-kitab yang secara rasmi di iktiraf sebagai Kutub Sittah ialah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan Tirmizi, Sunan Nasai’e dan Sunan Ibn Majah. Kesemua kitab ini merupa...kan kitab yang mengumpulkan hadith Rasulullah saw....

11) Petua imam syafie,Empat perkara menajamkan fikiran: 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan golongan ulama

12) kadang2........ wat jahat tu mmg rs best,tp best sekjp je............pstu, abis...

13) "Seawal-awal taqwa ialah kesedaran." Kesedaran itulah yg membawa tuannya menaiki satu demi satu anak tangga kemuliaan.by Syeikh Ahmad Hafizohullah

14) Walaupun ngan sstgah org kita rs cam dia ssh sket nk rapat ngn kita, tp kalu kita tnjuk y kita syg kt dia, care kt dia, wat baek ngn dia...prcyalah, y one day org tu akn ckp syg kt kita n rindu kt kita bila kita dh xde dkt dgn dia..believe it! what u giv u get back...love others, u will be loved ! (n I'm hepy now ...)
  • Allah tu adlh smber segala rs cinta n kasih syg..pohonlah kpd Allah agr kita dpt knci untk mmbuka hati insan laen..bykkn bc doa rabitoh,agr Allah eratkn rs kasih syg antr kita n org2 y kita syg...Doa rabitoh itulah y ikhwanul Muslimin amalkn shgga Allah satukn hati2 mrk, brsatu dlm prjuangn y suci.....(correct me if i'm wrong...)

15) Berscience di tgh2 mlm : The effective use of technology in the science classroom depends on the teacher …. technology does not replace the science teacher-Sir Fauzi..

16) (TITAS) Sir Francis Bacon-pgang aliran imperalisme, sumber ilmu pgetahuan lbih diprcayai hanya mlalui ujian n pngalamn..William James n John Dewey-aliran pragmatisme, terap dlm bdg pendidikan n saran penddkn spy bsifat prblem solving..

17) salam..kwn2, tau x sape periwayat 3 hadis ni?kalu tau, tlg komen ek....tq2...Sabda Rasulullah: 1) "Seorang mukmin bg mukmin y lain adalh sprti bangunan y sbhgiannya mperkuatkn sbhagian y lain" 2)"Orang Muslim adalh saudara bg muslim y lain,ia tidak mnzaliminya dan x jg mbiarkannya." 3)"Perbandingan bg org2 y berman dlm kasih syg mrk, belas kasihan ssama mrk,adalh sprti bdn y satu; apabila mana2 anggota bdn mngadukan hal, mk sluruh bdn akn mnaggungnya dgn brjaga mlm dan merasai demam"

18) "What men should know, what women don't know~ talk by SYEIKH HUSSEIN YEE..Basically,we got 7 rights dat Allah give to us : 1) d right to live. 2) d right 2 be honoured 3) d right to be paid 4) d right to choose job (dat fit us ) 5) d right 2 seek knowledge 6) d right to own property 7) d right to choose.....
  • As women, its totally true dat we should say poligamy is allowed since its stated in Quran...if we not accept it,its juz d same as we not accept what Allah says...But, d thing is, for men,they should know our right...misundrstanding happens bcoz men did not undrstand about women right, they tk it 4 granted, dats why most women nowadays did not ... See Moreaccept d idea of poligamy,they totally reject it,since most of d time, there is no fairness here n there...
  • but, dis not mean dat I like poligamy..its just dat we should change our mind twds dis matter....(dis is one of d issue dat arise..)
  • i agree..thts why, men need to learn more bout their responsibility towrds women.....not just treating the women as their property rather a person who share the whole life with him
  • yeah,dats right...learn how to walk bf they run..lelaki adlah pakaian kpd wanita n vice versa...Why Allah says clothes?
1)its protects us frm dust, sun and cold.. 2)its protects us to any blemish on our body..its means, wife n hsband should cover each other weaknesses/ keaiban.. 3)4 beauty purpose.. n dis means dat we should keep each other secret dats other people dunno...... See More (n now I know, why Allah said, we're garment to each others...) Wallau a'lam...

19) Ziya Gokalp (1875-1924)= Bapa nasionalisme Turki....Blandskan pmikiran sekular, dia anggp agama sbgai suatu kprcayaan or ritual smata2...

20) TITAS lg : Institusi Bayt Al-Hikmah dtubuhkn ms pmrinthn Harun Al-Rasyid..Jd pst pntrjmahn krya2 Yunani n Parsi k bhs Arab,pusat pmbelajaran n penulisn.....

21) TITAS-Antr karya Ibn Khaldun :Kitab Al-I'bar(Muqaddimah), Lubab Al-Muhassal, Syifa' As-Sail,Syarh Al-Burdah...

22) "Hai jiwa y tenang,kembalilah kpd thnmu dgn hati y puas lg diRedhaiNya.Maka msuklah k dlm jemaah hmba2ku,N msuklah kdlm syurgaKu "-Surah Al-Fajr,ay t27-30...

23) New knowledge for me-Kitab Ayyuhal Walad adalah kitab y dikarang oleh Imam Al-Ghazali yg beliau tulis kpd salah seorang anak muridnya, yg menulis surat kepadanya memohon nasihat. Lalu beliau jawab, maka terhasillah kitab ni...
  • hurmmm~nama die dekat2 tarbiatul aulaad~
  • tp tarbiatul aulad tu kitab y laen kan soleh...tarbiyatul aulad fi Islam kitab karangan Dr.Abdullah Nasih Ulwan..(hehe,ni pun br tanye cik Google~~)

24) (For someone y tgh ditest skg...)Allah uji sesuai dgn kmampuan kita....wlaupun kita rasa cam xmampu je...Moga dpermudhkan sglanya untkmu.....smg dgn ujian tuh,jd lg kuat, lg brtambh iman kpdNya...

25) Communities of practice are groups of people who share a concern or a passion for something they do and learn how to do it better as they interact regularly. (Wenger circa 2007)

26) is writing an entry about my ideal classroom...hope I can get my dream classroom where my pupils will feel safe,exciting,maximizing my pupil's learning and they feel eager to learn...I luv to hv nature's elements in my classroom-plants,fish n hamster...I luv it n i think my pupils will luv it too=)

27) Innalillahi wainna ilaihi Raji'un...Smg Allah mnmptkannya di kal.org2 y soleh...{mbuatkan aku tmenung seketika....apa y akn blaku andai saat ini aku dipanggil Ilahi.......Astaghfirullah....}

28) "Selalu...Kita lupa kpd Allah bila Allah beri kenikmatan dan kesenangan...Sedangkan kenikmatan dan kesenangan itu juga mrupakan suatu ujian....."

29) Renungn buat diriku n kwn2 muslim y laen: "Sesungguhnya org2 y beriman itu adalah mereka y apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kpd mrk ayt2Nya,btmbahlah iman mrk(krnnya),dan kpd Tuhanlah mrk btawakkal.(Iaitu )org y mndirikn solat dan y menafkahkn sbhgian drp rezeki y Kami brikan kpd mrk"-Surah al-Anfal ayt 2 & 3.

30) "Hai orang-orang yAng BerimAn, mintalAh pertolOngan (kpd Allah) dgn sAbar dan solAt, sesungguhnyA Allah besertA orang2 y sAbar" -Surah Al-Baqarah, ayt 153

Sekian sahaja,Semoga beroleh manfaat juga.. wassalam..

Wednesday, January 13, 2010

Dakwah Dan Facebook

Assalamualaikum…
Bismillah..
Segala puja dan puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam…

“Apa perasaan pembaca sekiranya pembaca bercakap sesuatu yang dirasakan penting kepada orang ramai, tapi apa yang diberitahu itu seolah-olah tidak diendahkan..Bukan mereka tidak mendengar, tapi…mungkin mereka malas nak layan…mungkin mereka tidak merasakan apa yang disampaikan itu sebagai perkara yang penting..just ignoring…”

Ermmm…Sebenarnya…ada sesuatu yang terbuku di hati saya yang saya belum ceritakan kepada sesiapa…Sebelum itu, izinkan saya membahasakan diri saya sebagai “Layyin” (Lemah-lembut), Layyinulharir (selembut sutera) panjang sangat plak kan..lemah lembut pada perlakuan, namun Layyin nak jadi orang y tegas pendirian…

Tak tau dari mana Layyin harus mulakan…Layyin sebenarnya nak cerita tentang Facebook…As what we all know, sekarang ni adalah fenomena FB, kebanyakan remaja mesti ada FB..Jika masuk aje kelas yang ada computer depan mata, mesti 90% bukak FB..Dulu, Layyin tak tau pun apa tu FB, selepas join dalam akhir bulan Julai yang lepas, baru Layyin faham apa FB ni sebenarnya..Bagi Layyin, FB ini bukan semata-mata tempat untuk membuang masa atau menghilangkan boring, sepertimana yang sesetengah orang sangkakan..FB ini menjadi tempat untuk kita jalinkan ukhuwah dengan kawan-kawan (terutamanya yang dah lama kita tak jumpa), berkongsi ilmu, bertanya kawan2 jika ada apa2 yang tidak faham utk assignment/ task, dan juga menjadi platform untuk dakwah…

Sebenarnya…Kadang-kadang Layyin terasa sedih…Layyin selalu juga post something yang bersifat ilmiah di wall Layyin..Namun, biasanya tiada siapa pun nak komen,or even nak like, juz a few of them who gave responses…Padahal….Jika orang lain post something yang entah pape, ramai la pulak yang response..Sedangkan pada Layyin, kadang2 komen2 itu seolah2 perbualan kosong sahaja, dan apa yang di post tu pun entah pape, tidak memberi manfaat, apatah lagi untuk mencambahkan ilmu…Sekarang ni Layyin ada dalam 300 friends,( for me, it’s a lot!) and about 50 people online each night..But…..yeah, u know what I meant…Ya, Jeles juga melihat post kawan2 FB yang belajar di Mesir,mereka berjaya menjadikan FB sebagai tempat diskusi ilmu…alangkah bagusnya begitu…

Andai kata Layyin post something tentang konsert yang akan diadakan, let say, or pasal AJL, or pasal gossip artis terkini, or mengumpat pasal lecturer yang ramai kawan2 Layyin tak suka, mungkin ramai kan yang akan komen….Kenapa ek?Maybe the answer is because it’s something that interest them…

Tapi….Layyin fikir balik…Kenapa Layyin harus rasa sedih…Ya, Layyin harus akui,bahawa diskusi tentang agama bukanlah yang disukai remaja zaman sekarang..Layyin telah berusaha untuk share something dengan kawan2..Ya, itu satu usaha Layyin ( yang amatlah kecil)…Ikhlaskan kerana Allah, bukan untuk melihat respons drastic dari sesiapa…Bagus untuk mendengar pendapat orang lain, namun Layyin harus akui bahawa Layyin hanya mampu menyampaikan, yang memberi hidayah itu Allah, bukan Layyin…Dan sesungguhnya Allah juga tidak melihat pada hasil, tapi usaha, itu yang penting…

Cuma…Ya, Layyin rasa sedih juga sebenarnya…sedih apabila memikirkan tentang kawan2 Layyin..Untuk course Layyin, kami belajar selama 6 tahun, tp dalam 6 tahun itu hanya satu semester sahaja yang kami diajar dengan subjek Pendidikan Islam.Bayangkan jika kami tidak berusaha untuk mencari ilmu agama sendiri di luar kuliah, apa yang ada pada kami, TESLian yang bakal mendidik anak-anak bangsa?? Ramai kawan-kawan Layyin yang suka shopping sana-sini,makan-makan sana-sini, makan angin ke situ ke mari, Ya memang tak ada pun salahnya…Namun jika ada program agama, berapa ramai yang berminat?Bukanlah Layyin ingin mengatakan bahawa Layyin ni baik sangat dan mereka semua tidak baik,tak, bukan begitu…Cuma Layyin cakap secara overall apa yang Layyin dapat lihat apa yang di depan mata Layyin..Layyin hanya mampu berdoa untuk mereka…

Masihkah kau ingat? Rasulullah ketika menyebarkan Islam, pernah dikatakan gila, ahli sihir dan pernah dilemparkan najis ketika Baginda sedang solat…Ketika berdakwah di Taif, Baginda dilempar dengan batu sehingga berdarah-darah dan patah gigi Baginda..Ya Rasulullah, sungguh besar pengorbananmu dan kesabaranmu …Nabi Nuh pula berdakwah tanpa henti, tanpa sedikit pun rasa putus asa selama hampir 1000 tahun, walaupun ditentang hebat oleh kaumnya dan keluarga sendiri…Sehingga Allah merakamkan kisahnya dalam surah Hud ayat 25-49…Seingat Layyin, tidak ada lagi orang yang pernah kata Layyin ni gila, ahli sihir, dilempar batu mahupun najis, sepanjang Layyin sign up FB ni….Layyin...so what?

Mungkin juga cara Layyin yang tak kena..Apa yang Layyin perasan ialah, sometimes,kawan-kawan FB Layyin ni lebih suka kepada ayat y tidak nampak terlalu formal, cthnya seperti ayat yang kita ambil sebijik dari Al-Quran atau Hadis (walaupun itu yang bagusnya).Sebagai Contoh:

“Cuba kita bygkn kita mkn nasi dlm pinggn y brkulat,busuk n lalat dh btelur dlm tuh n pakai bju y brbulan2 xberbasuh...huhu..mesti kita x sanggup...tp kdg2 tu...kita biar je hati kita ni kotor, bkarat, bbulan2 xdicuci.....sbb hati tu kita xnmpk kotornye....” –Post Layyin ni, ada 7 yang Like.

Berbanding dengan ayat ini,

"Ketahuilah sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosak jualah keseluruhan jasad.Ketahuilah ia adalah hati"-Post ni tiada sebarang response..

Ya, ini kelemahan Layyin sendiri..Layyin tak pandai nak buat ayat, dengan cara yang dapat menarik minat orang (namun masih berjaya mencapai maksud yang ingin disampaikan)..Jadi,Layyin cuma buat apa yang Layyin mampu buat..Biarlah…Sekurang-kurangnya, mesti kawan-kawan Layyin membaca status Layyin, cuma mereka tidak response…Setiap kali kita bercakap seruan dakwah, cakap itu sebenarnya sampai. Post Layyin bukan hanya untuk kawan-kawan, tapi untuk ingatan diri Layyin sendiri, tu sangat penting…Layyin, SO WHY U FEEL SAD? Tiada sebab untuk Layyin rasa sedih…Itu Cuma bisikan syaitan dan iblis laknatullah dan nafsu yang degil…

Susahnya Layyin nak ungkapkan apa yang ada di dalam hati Layyin dengan perkataan..Tak tau la sampai ke tidak apa yang sebenarnya Layyin nak sampaikan..Terima kasih kepada pembaca yang sudi mendengar luahan hati Layyin..Tajuk kemain, tapi cakapnye entah ke mana,huhu..Maaf ye, Layyin cakap melalut-lalut..

Doakan Layyin supaya jadi kuat, sabar dan tidak mudah berputus asa…Perjuangan bukanlah untuk orang yang lemah dan manja…Lemah lembut pada tingkah laku, tegas pada pendirian…

Aja-aja Fighting!