Wednesday, June 8, 2011

A day in the office

Sedar tak sedar cuma tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum pre-employment program ini berakhir. sekejap je masa berlalu...

Antara aktiviti hari ni: A simulation day in the office

Kitorang kononnya bekerja kat dalam office. So, kena settlekan beberapa tasks. Memang pulun wat kerja, kejar deadline, kununnya.


Yang lucunya, buat penat wat semua task tu, padahal bukan semua tu urusan kami sebenarnya. Contoh, untuk bayar perkhidmatan, ni mestilah bahagian finance kan. Kami bahagian operasi tak uruskan kewangan. Ni siap tepon customer (tepon trainer), cakap duit dah bank in dan reka draf bank. Dah la tak bape ingat draf bank camner. Adeiih...Tertipu upernye, maknanya tak betul2 faham dan fikir apa yang patut dibuat tuk task tu.

Aplikasi di tempat kerja:

contoh y mudah, ada orang suruh kita tandatangan something, kita jangan sign selagi kita tau sign untuk apa, dan adakah kita ada kuasa/authority/the right person atau perlu tuk sign. Jangan pula kita tiba2 menyibuk tuk sign, berlagak cam boss plak, huhu..

Satu lagi tugasan penting yang kami kena buat adalah untuk buat schedule dan budget tuk melayan 4 tetamu dari New York yang datang ke company kami selama seminggu. Budget tuk semua sekali RM5,000

Penat gak nak plan apa yang nak dibuat dalam masa 7 hari tu. Bajet pun satu hal. RM5,000 mana cukup kan? Hotel lagi, kena bawak pegi sightseeing lagi, makan lagi..Susah gak nak pikir tu...

Tapi, kami cuma cakap tak cukup duit yang diperuntukkan tu masa tengah bincang dalam department . Takde seorang pun yang pergi bincang dengan boss bahawa bajet tu seem tak cukup je, and if possible hope dia bley naikkan lagi budget tu. If tak, takkan kita nak bagi layanan yang tak elok tuk guests just kerana nak save budget.

Haha..gelak je la kitorang...bukan main bincang, last skali conclusionnya ialah kita mesti berani untuk berbincang dengan boss [Takde pun setiap grup kena bentang budget or schedule seperti dalam imaginasiku..huhu..]

Apa yang Layyin dapat dari aktiviti ni:

-Mesti kena tahu position dan skop tugas. tak perlu nak buat keje yang kita sepatutnya tak involve.
-Berani berbincang
-Perlu ada kemahiran komunikasi
-Bley cope dengan pressure
-Plan well

Ada sorang kawan cakap dgn nada brgurau, "Keje kat pejabat banyak macam ni ke? kalu camni nak balik menoreh getah je la" ;p

Layyinulharir: Best gak aktiviti hari ni, new experience. Tapi tak suka la keje2 pejabat ni. Saya suka jadi cikgu atau berniaga je (setakat ni la).. hehe, peace (^_^)

Kolej Kediaman ketiga,
Universiti Malaya,
9 June 2011
2.12 a.m

No comments: