Thursday, July 22, 2010

Kanak-kanak mengingati janji



Bila bangun pagi tadi, baru teringat..Alamak, macam mana ni..Pagi ni kelas bermula pukul 7.40, memang tak sempat nak buat."Ok, memang tak sempat nak buat sekarang. Bagi kat diorang masa rehat , memang sempat InsyaAllah", saya berkira-kira di dalam hati.

Pada hari pertama saya memasuki kelas itu, selepas saya menerangkan peraturan-peraturan kelas yang saya ingin mereka patuhi , saya meminta semua anak-anak murid mengisi satu borang tentang diri dan latar belakang mereka. Selain itu, saya bertanya kepada Kak Shida, guru Kelas 2 Kreatif tentang murid-murid di dalam kelas tersebut. Bagi saya, mengetahui latar belakang anak-anak murid kita sangat penting kerana personaliti diri mereka sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh faktor keluarga seperti pendapatan keluarga, masalah perceraian ibu-bapa dan sebagainya.

Dah lama saya nak buat nama untuk setiap anak murid, dan nama itu akan diletakkan atas meja masing-masing, supaya mudah untuk mengingati nama mereka...Ermmm..Tapi sebab bertangguh, baru semalam dapat siapkan sebahagiannya. Untuk enam anak-anak murid lagi, tak siap lagi sebab mereka tak isi borang hari tu, dan tak tau nak tulis nama panggilan apa pada kad nama tu.Maka, saya menjanjikan nama tu hari ini.

"Teacher, mana nama kami?Kami tak dapat lagi.."Saya diserbu oleh Husam, Rafiq dan Fikri sebaik sahaja tiba di kelas. "Mintak maaf, teacher tak sempat nak buat. Nanti waktu rehat teacher bagi, ok"

Mereka pun berlalu, dengan sedikit muka hampa ..Dalam hati," Oh my God,I'm really sorry my dear" Rasa bersalah sungguh..Bila tiba waktu rehat, saya bergegas ke kelas 2 K, menunaikan janji.

"Eh, nama saya dah ada", kata Fikri, tersenyum dia.
Husam yang rupanya ala-ala Hitrik Rosyan pula tersenyum lebar menampakkan giginya.

"Semua dah ada nama", kata Puteri.

Semuanya kelihatan ceria.

Begitulah kanak-kanak...Mereka tidak akan pernah melupakan janji dan mereka sudah pandai menghargai sesuatu..."Kita kena kunci kelas ni bila balik..Nanti kelas lain datang, habis diorang cabut nama ni", bimbang sungguh bunyinya, takut rosak ye sayang..

[Cuma, teacher je yang sometimes terlupa..Tapi, tetap tunaikan janji kan, hee~


***************************************************

Anak-anak tersayang:

Fauzan, Ajmal, Intan syakirah, Intan Fatihah, Aisyah, Haikal, Ummi,
Syuhada, Shah, Aneesa, Fikri, Rafiq, Ameera, Husam, Azad, Iman, Nabil, Iqmal, Najwa, Puteri, Adilla, Marissha, Zulhilmi, Ikmal, Mukmin, Afriena, Hanisha, Adri, Aiman, Izzah, Haikal Aizat, Zodisha, Haziq, Jahirah, Fatah dan Weena

Luv u all ! (^_^)

Tuesday, July 20, 2010

Praktikum

Assalamualaikum..

Dah lama sungguh tak update blog..Memang banyak benda yang nak dicerita, cuma kena mencari mood dan masa je..

Perkembangan terbaru, teaching practice..Minggu ini dah masuk minggu kedua praktikum..Sebelum tu, Layyin nak cerita tentang minggu pertama praktikum..

Minggu pertama yang sangat mentensionkan..
Bukan tension kepada anak-anak murid yang suka buat bising itu. Tapi sebab masalah tempat tinggal. Kolej kediaman UM sangat jauh dari sekolah, tidak memungkinkan saya untuk tinggal di sana.Terpaksa menumpang di rumah Kak Long sebelum dapat cari rumah sewa..Serius, sangat-sangat tension..Rumah jauh dari sekolah, terpaksa susahkan kak long untuk hantar ke LRT pukul 6.40 pagi,terpaksa menghabiskan banyak duit untuk naik teksi ke sekolah...Dan ada beberapa perkara lagi yang tidak menyedapkan hati saya, yang tak perlu saya cerita di sini rasanya..Sehingga suatu pagi saya menjerit di dalam bilik, "Eiiii, geramnya!!", agak kuat sehingga dapat didengari ke luar bilik.."Ngah, jangan tension ngah", lembut suara Kak Long sedikit sebanyak legakan hati saya. Bayangkan..Semua kawan-kawan saya tidak ada masalah dengan tempat tinggal, tambahan pula ramai antara mereka yang ada kenderaan sendiri. Saya cuma seorang saja yang belum selesai..Minggu pertama yang penuh dengan tangisan..Tak tahan dah, menangis juga akhirnya untuk lepaskan perasaan..Layyin tak sabar...

Minggu kedua.
Alhamdulillah, dah ada rumah sewa..Setiap pagi datang ke sekolah dengan housemate, Kak Ima, cikgu di sekolah saya juga..

Jika difikir balik, sungguh rasa macam tak sabar...Allah uji sedikit saja pun..Sepatutnya kena bersyukur dapat sekolah yang guru-gurunya sangat baik, sangat mengambil berat dan sangat membantu..

Hate all those negative feelings..Shuh, go away!

Namun, yang pastinya, rasa sangat suka mengajar..Rasa sangat puas apabila mereka dapat apa yang diajar. Sangat seronok buat macam-macam aktiviti dalam kelas, walaupun sememangnya mereka kadang-kadang tidak dapat dikontrol bisingnya dan suka bergaduh. Rasa macam dah sayang sangat mereka, walaupun baru bersama tak sampai 10 jam. Cuma, rasa sangat penat buat lesson plan yang berjela tu je, huhu..Padahal bila dah jadi cikgu betul-betul nanti, tulis lesson plan sejengkal je...I can't wait for dat 'sejengkal' !

Azam semester ini: Teacher akan melakukan yang terbaik untuk anak-anak murid teacher, Kelas 2 Kreatif..[Dan pastinya akan melakukan yang terbaik untuk assignments juga=)]

TEACHER, SEMANGAT!
TAKBIR, ALLAHUAKBAR!

Wednesday, May 19, 2010

Jangan Menconteng Arang Ke Muka Mak Ayah !


Apabila balik ke kampung halaman, banyaklah cerita-cerita tentang hal semasa di kampung yang diceritakan oleh mak dan ayah. Salah satu perkara yang sangat membimbangkan saya adalah tentang pergaulan bebas dan kes perzinaan yang semakin menjadi-jadi.

Cerita 1

Seorang pelajar sekolah menengah, yang baru berumur 15 tahun disahkan hamil 3 bulan. Ini yang terpapar di akhbar bulan Mac yang lalu, bermakna sekarang kandungannya telah mencecah 5 bulan. Saya namakan pelajar ini sebagai A dan ayahnya sebagai B. Sebelum perkara ini berlaku, abang kepada si A sudah beberapa kali menceritakan perihal A kepada emaknya yang suka membonceng motor bersama seorang lelaki, yang berasal dari kampung berhampiran. Namun, emaknya bukan menyiasat kebenaran cerita tersebut, bahkan memarahi abangnya itu dan ingin memukulnya pula.

Sebelum itu, ada salah seorang daripada anak perempuannya yang juga suka membonceng motor dengan lelaki, tetapi sekarang telah selamat diijabkabulkan."Dulu kakak A tiada masalah bonceng motor dengan lelaki pun, takde apa-apa perkara yang elok pun berlaku. Sekarang pun dah kahwin", barangkali beginilah yang dilontarkan oleh mak A.

Apabila nasi telah menjadi bubur, tiada apa lagi yang boleh menukar bubur itu menjadi nasi. Riuh sehingga ke beberapa buah kampung, anak si B mengandung 3 bulan, anak luar nikah! Orang tidak sebut A yang melakukan perkara itu, tetapi nama ayahnya lah yang disebut-sebut. Malu!Malu si ayahnya, terpalit malu ke seluruh ahli keluarga.. Akibat pergaulan bebas, yang hanya bermula dengan membonceng motor, akhirnya membawa mereka ke kancah perzinaan yang dimurkai Allah. Menurut cerita, si B sekarang ini tinggal di rumah saudara-maranya di daerah yang lain, sementara menunggu kelahiran bayinya.


Cerita 2

Lagi kes mengandung anak luar nikah.

Setelah setahun-dua tinggal di rumah keluarga si lelaki, akhirnya perempuan itu mengandung, dan sekarang kandungannya telah mencecah lebih kurang 6 bulan. Saya namakan perempuan ini sebagai C. C tidak berani untuk pulang ke rumahnya, di daerah Besut, kerana pasti ayahnya akan memarahi dan mungkin pula akan memukulnya. Maka, si C terpaksa tinggal di rumah lelaki itu sementara menunggu kelahiran bayinya.

Lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk dengan C, sanggup untuk berkahwin dengan C, setelah mengetahui C disahkan mengandung.Saya namakan lelaki tersebut sebagai D. Namun, ayah C menetapkan mas kahwin sebanyak RM5,000 untuk mengahwini anaknya, walaupun mengetahui hakikat yang anaknya sedang mengusung bayi yang tidak sah taraf.Disebabkan mahar yang tinggi itu, C tidak dapat berkahwin dengan si C.

Orang tidak sebut nama C. Tetapi orang mencanang nama ayah si C. Malu ayahnya tak terkata sehingga sekarang berkurung di rumah, malu nak menghadapi wajah-wajah orang kampung yang mula mencemuhnya.

Cerita 3

Cerita 3 ini, yang ayah dah cerita tahun lepas dan masih berlaku lagi sehingga sekarang. Di kampung yang berhampiran dengan kampung saya, masih terdapat 2-3 buah rumah lagi yang mana ada perempuan yang tinggal dirumah tersebut. Perempuan yang bukan mahram, merupakan kekasih kepada lelaki dalam rumah itu. Yang menghairankannya,mereka bukan tinggal sehari dua, tapi berbulan-bulan, memakan tahun. Untuk apa tinggal di rumah lelaki? Tiada rumah sendirikah? Ada satu pasangan sahaja yang telah berkahwin, setelah hampir setahun perempuan itu tinggal di rumah lelaki.

Kata ayah lagi, pada zaman dahulu jika lelaki pergi ke rumah perempuan untuk berjumpa dengan perempuan itu, maka orang kampung akan beramai-rami memukul lelaki itu. Ini disaksikan sendiri oleh ayah ketika ayah muda-muda dulu. Habis berdarah-darah lelaki itu dipukul oleh orang kampung. Lelaki zaman dahulu sangat melindungi para wanita dari ancaman-ancaman dari lelaki-lelaki syaitan yang bertopengkan manusia.

"Ayah, macam pula dengan perempuan yang pergi ke rumah lelaki?", tanya saya yang semakin berminat mendengar cerita ayah.

"Kak Ngah, perempuan zaman dahulu sangat pemalu. Usah disebut tentang tinggal di rumah lelaki, apabila bertembung dengan lelaki pun mereka akan tersipu-sipu malu", terang ayah.

**************************************

Pembaca sekalian,

Cubalah kita bayangkan..
Ini adalah realiti yang berlaku di kawasan kampung saya, yang terletak di daerah Hulu Terengganu. Kawasan pedalaman adalah kawasan yang biasanya agak kurang terlibat dengan gejala sosial, namun sekarang tanggapan itu sudah tidak benar lagi. Buktinya, baca sahaja 3 cerita di atas, sudah cukup membuktikan betapa runcingnya masalah sosial remaja.Itu belum dikira bayi yang lahir,tidak cukup sembilan bulan jika dikira dari tarikh perkahwinan.Tidak perlu saya mencari-cari kes begini di kampung-kampung jiran, cukuplah mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku di sekeliling rumah saya, ya maksud saya rumah-rumah jiran. Astaghfirullah... Ini yang berlaku di kampung-kampung, bagaimana pula dengan bandar-bandar? Sudah pasti, lebih dasyat lagi saya kira..

Kenapa ya perkara sebegini boleh berlaku?

Di dalam satu kursus perkahwinan yang diadakan di kawasan saya, apabila ditanya kepada para peserta siapakah yang cukup solat 5 waktu, hanya 15 orang sahaja yang mengangkat tangan. 15 orang daripada 100 orang peserta!Itu belum ditanya tentang solat, belum ditanya tentang puasa, belum ditanya tentang pergaulan. Solat itu adalah tiang agama. Jika solat diringan-ringankan, tidak mustahil jika mereka sanggup melakukan perbuatan-perbuatan mungkar yang lain.Bukankah solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar? Inilah salah satu jawapan kepada kes-kes perzinaan yang berlaku . Selain itu, banyak lagi faktor-faktor yang lain seperti pengaruh media massa, pergaulan bebas, kurangnya cakna oleh ibu-bapa, hilangnya perasaan malu dan banyak lagi.

Jangan menconteng arang ke muka mak dan ayah!

Jika kita rasa kita memang tak kisah menanggung malu di dunia mengandung dan mengelek bayi tanpa ayah, jika kita rasa kita memang tak hirau hinaan dan cemuhan orang, jika kita memang gembira melihat wanita-wanita menderita atas perbuatan khianat kita, jika kita memang sanggup dibakar di neraka Allah, seandainya kita sanggup menghadapi semua itu sekalipun, namun ingatlah juga kepada mak dan ayah, janganlah menconteng arang ke muka mereka...Orang tidak menyebut nama kita, tetapi nama mak ayah kitalah yang akan dikaitkan dengan perbuatan busuk kita itu....

Namun, saya percaya, jika ditanya kepada sesiapa pun, pasti tiada siapa pun yang berani berkata, "Aku sanggup dibakar di neraka" yang bahang panasnya tidak terkira. Tapi, dalam kehidupan seharian, tidak pula kita berfikir panjang, adakah apa yang aku buat ini akan menjerumuskan aku ke neraka Allah, atau membantuku ke SyurgaNya.....

Saya tidak berkata kepada orang lain, malahan kepada diri saya sendiri juga yang sangat banyak melakukan dosa ini...

Allah tidak berkata jangan melakukan zina, tetapi Allah berpesan JAUHI ZINA..Semoga kita sama-sama beroleh pengajaran dari cerita-cerita saya ini, InsyaAllah...

Mula Belajar Menjahit

Seperti dalam perancangan, cuti ini sememangnya Layyin ingin belajar menjahit. Sebenarnya, sebelum ini Layyin pun pernah belajar menjahit untuk subjek ERT. Jadinya, kiranya dah ada la sedikit experience menjahit. Sekarang ini, Layyin nak belajar betul-betul dengan kak Chik sehingga sekurang-kurangnya boleh jahit baju kurung dan baju kurung riau sepanjang cuti ini, hopefully (^_^)


Ini alas dulang yang Layyin jahit semasa form 3 dulu. Daripada alas dulang ini, saya dapat belajar 5 jenis jahitan tangan iaitu jahitan jelujur, jahitan sembat, sembat susup , silang pangkah dan lilit ubi (kalo tak silap).

Selain itu, Layyin jugak belajar buat baju kurung, tapi baju je la, kain tak pernah try lagi..Walaupun buruk rupanya, tapi Layyin pakai je wat gi kelas, hehe..Bila dah dekat setahun pakai Layyin buang je la..


Ini plak antara apa yang Layyin sempat belajar setakat ni. Juz refresh balik apa yang dah belajar. Practice lagi menjahit supaya tak kekok bila nak jahit baju nanti..

Yang pastinya, Layyin tak sabar sebenarnya nak buat baju..Hehe..Nanti bila Layyin dah siap jahit baju, nanti Layyin tunjuk hasilnya ek=)
GO!GO!

Memasak

Cuti ini, seperti biasa bermulalah tugas-tugas di dapur.
Jom kita jenguk apa yang Layyin masak cuti ni (",)

Ni masakan yang wajib bila Layyin balik umah..Ikan Patin masak asam pedas tempoyak..Layyin saaangat suka!



Karipap oleh pembuat karipap yang da lama tak buat karipap. Nasib baik lepas dibaiki, ok gak rasa inti karipap tuh, huhu..Sebenarnya Layyin buat karipap ini untuk Kak Chik yang nak ke usrah.So, saja la Layyin buat karipap ni, lepas usrah boleh la diorang pakat2 makan..

Nasi Ayam.
Ni satu lagi yang Layyin dah lama tak buat..Alhamdulillah, boley gak wat kali ni..


Jagung manis. First time buat camgini kat umah..Selalunya rebus jagung cam biasa je. Besh!Lain kali kalu mak beli jagung lagi, nak wat cam ni la..

Puding jagung simple..Layyin juz guna bahan-bahan yang ada kat umah je..Layyin tak expert sebenarnya bab-bab puding ni, tapi Layyin memang sangat suka makan puding..Kena banyak practice lagi nih..Tengok atas puding tu, memang tak smooth langsung, huhu..

Telur masak berlada

Pucuk paku goreng
Ni lauk yang mudah sangat nak buat, budak skolah rendah pun leh buat..
Kawan-kawan biasa tak makan pucuk paku?Kat umah Layyin, kalu nak makan cari je kat belakang umah..Masa kecik2 dulu Layyin siap temankan mak cari pucuk paku tuk dijual.
Sedaap..samada goreng , buat kerabu or masak lemak cili padi..

Sotong goreng merah

Soto= sedap!

Da abes..huhu...Layyin terasa lapar plak tengok gambar2 nih...
Bye2!

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru serta sahabat-sahabat yang bakal bergelar guru, pendidik anak-anak bangsa.

Selamat Hari Guru juga buat diri sendiri yang bakal bergelar guru secara rasmi tidak lama lagi..(Setahun je lagi, tak lama dah kan?) Semoga menjadi mudarris, muallim, muaddib dan Murabbi yang unggul kelak ,InsyaAllah..Saya tidak mahu sekadar menjadi guru yang menyampaikan ilmu, tetapi saya mahu menjadi guru yang juga mendidik anak-anak murid menjadi insan yang beriman...

p/s: walaupun dah terlewat, Layyin nak gak wish..huhu..biasa la..bila bercuti di kampung ni, takleh la nak online 24 jam..

Thursday, May 6, 2010

Semoga Ukhuwah Sentiasa Bertaut


Bismillah..


Selepas menghadiri Kursus Pemantapan Nuqaba' di Maktab tersayang, Layyin ke rumah Kak Long. Tercapai juga hajat saya nak buat jamuan makan-makan untuk sahabat-sahabat, especially untuk sahabat-sahabat yang tak dapat tinggal di kolej untuk semester depan.

Dalam plan, ingat nak buat kek tuk kawan-kawan. Tapi kebetulan Kak Long ke kelas kek, then dia bawak balik 4 biji kek dan few cupcakes.. So, Kak Long sponsor sebijik yang paling besar..Ini dia rupanya:

Cantik kan! Actually, memang tak sabar nak belajar deco dengan Kak Long.


Sayonara~
Moga berjumpa lagi, InsyaAllah...

Sempat juga memasak makaroni dan puding kastard berkuah laici buat sahabat-sahabat..Hope kena la ye, dengan selera..


Buat Salina, Ija, Suria, Seha, Izy, Mas, Mardhiyah dan Farah,
terima kasih tau sebab sudi datang (^_^)



Harapanku, semoga ukhuwah kita sentiasa bertaut, InsyaAllah....
Biarlah jauh di mata, namun sentiasa dekat dihati,
dan sentiasa saling mengingati dalam rintih doa pada Ilahi...