"K.ngah cepat la balik..Rindu nak makan masakan k.ngah ni!"-K.ngah tau ni ayat cover, sebenarnya adik-adik k.ngah rindukan k.ngah kan?..
"K.ngah, cepat la balik...Adik rindu ke k.ngah ni..."-sayu je nada adik..
"Adik nak pesan k.ngah beli pape tak bila k.ngah balik?" "Takde, adik cuma nak k.ngah balik dengan selamat je..."
Aduhai, adik-adikku ni..Makin la sedihnya saya..
"Adik, kita jangan terpengaruh dengan orang ye..Bukan k.ngah kata cinta tu salah, tapi bila kita bercinta ni, nanti akan membawa kita kepada banyak benda-benda yang tak elok. Ni bukan masa adik untuk bercinta, bila besar nanti, dan bila memang dah sampai masanya, boleh la nak bercinta, tapi tu pun ada caranya..Bukan dengan keluar dating , msg2 dan sebagainya"
Dan tiba-tiba terkeluar pula kata-kata ini dari saya,
" Dik, takpe kita takde kekasih macam orang lain pun..Kita kan ada Allah, Allah tu la kekasih kita yang sentiasa ada bersama kita..Bercintalah dengan Allah..Baca Al-Quran, itu surat cinta Allah kepada kita..mintalah apa-apa sahaja dari kekasih kita tu, Dia pasti akan tunaikan..Dan selalulah berjumpa Kekasih kita tu dalam solat"..
Setelah bercakap dengan adik, dengan pelbagai kata-kata nasihat yang saya cuba selitkan, saya sendiri merasakan sedang mentazkirahkan diri sendiri..Ya, betul tu...Apabila kita menasihati orang, sebenarnya kita juga sedang memperingati diri sendiri..Moga adikku beroleh manfaat, dan begitu juga dengan diriku..Moga terkesan dihati dan terkesan pula pada amalan..Amiin, ya Allah..
Cuti yang hampir tiba
Hopefully, banyak perkara yang akan kami belajar masa cuti nanti, moga bertambahlah ilmu dan kemahiran serta amalan.
(Image from: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhdsqEtXFZ1sieXJmYMtIcZ0URyZTv2ebHwiTFKVAy8PyuezDpamVjTlVCfXSsWAewG9902T7OGDvMtyOI0-wKpVbKP8SEfR_4q3FoA2AOqSGW4V0Py_ivgAF40IrngUPEvoesCLxUqI8/s1600-r/sibling+header.jpg)
Kita bukan selalu berjumpa dengan adik-adik..Maka, bagi saya masa yang berkualiti bersama mereka itu sangat penting. Kita cuba lakukan yang terbaik dalam ruang waktu yang ada. Waktu itulah yang patut kita manfaatkan untuk mendengar luahan hati mereka, apa-apa masalah yang mereka ada dan juga memberi motivasi buat mereka. Harapnya dengan itu, dapat rapatkan lagi hubungan kita yang selalu terpisah. Dan ingatlah, bahawa dakwah yang paling utama itu adalah kepada keluarga kita. So, cubalah kita tunaikan tanggungjawab kita tu sebaik mungkin apabila bersama dengan keluarga. Dan antara perkara terpenting dalam dakwah itu bagi saya adalah dengan membina hubungan yang baik dengan orang yang ingin didakwah (Mad'u kita).
saya memang nak jadikan cuti ni sebagai cuti yang terbaik. Mulakan dengan planning yang baik, kemudian buat apa yang dah di plan tu. InsyaAllah, I know u can do it.. Gud luck Layyin, all da best!
InsyaAllah, panjang umur kita jumpa..Sabar ye sayang..
K.ngah pun riiiinduuu adik-adik k.ngah; rindu k.Chik, rindu Napi dan rindu adik....
Ingat Allah selalu ye (^_^)