Thursday, April 22, 2010

Di mana ye silapnya??

Remaja mangsa rogol menderita

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.

Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.

Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.

Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.

"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.


Bacaan selanjutnya di Utusan Malaysia.

************************************************************

Allahurabbi..Mereka ini baru berusia 14 tahun...Masih jauh perjalanan hidup yang mungkin bakal ditempuh. Bagaimana masa depan mereka nanti? Dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar lain yang melakukan perbuatan terkutuk itu? Di mana letaknya akhlak mereka? Di mana letaknya Allah di hati mereka?

Terlalu banyak masalah sosial yang kita hadapi dalam dunia sekarang ini, kita kecilkan skop di Malaysia. Di mana ye silapnya??Di mana silapnya sehingga rogol itu mula menjadi kebiasaan jika dikaitkan dengan remaja, walaupun masih di bangku sekolah? Di mana silapnya andai pembuangan bayi itu seolah-olah bertukar menjadi satu budaya masyarakat? Di mana silapnya sehingga pergaulan antara lelaki dan perempuan seolah-olah tiada batasan?

Indah terangkum falsafah pendidikan negara;

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Namun persoalannya, adakah tercapai semua matlamat itu?

Tercapaikah jika sekolah tempat mereka menuntut ilmu itu menjadi tempat mereka melakukan maksiat dan memuaskan nafsu? Saya kira, falsafah pendidikan negara masih belum tercapai, melainkan melahirkan lebih ramai manusia yang bersampah..Tinggi inteleknya, tapi makin rendah rohaninya...

Lihat sahaja gambar-gambar di bawah...Apalah salah mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa...Hilangnya rasa belas kasihan dek hati yang kelam dari nur iman....


Sedih kan tengok gambar-gambar ni..Tapi inilah realiti yang kita hadapi saban hari..

Mungkin ada orang yang akan menuding jari kepada ibu-bapa. Memang ibu-bapa memainkan peranan besar dalam mencorak akhlak anak-anak. Namun, kita juga harus ingat, ibu-bapa itu juga pernah memasuki era persekolahan, menghabiskan banyak masa untuk belajar di sekolah rendah , menengah dan peringkat IPT. Mereka juga pernah diasuh oleh guru-guru di sekolah dan sekolah itu sendiri seolah-olah menjadi rumah kedua mereka. Jesteru, Institusi pendidikan itu sangat penting dalam pembentukan akhlak masyarakat. Peranan guru itu saya kira cukup besar dalam mendidik anak-anak bangsa, mendidik mereka mengenal Allah dan rasulnya.


Maka, di mana ye silapnya sistem pendidikan kita? Atau... di mana silapnya guru-guru kita?

Apabila terbaca berita ni tadi, satu perkara utama yang saya terfikir adalah bagaimana aku sebagai seorang bakal guru perlu mendidik anak-anak ini, supaya mereka akan menjauhi perkara-perkara yang Allah benci, dan taat kepada suruhanNya..

Allahurabbi...Bersediakah aku untuk itu? Bagaimana aku perlu memainkan peranan sebagai pendidik nanti??

Mungkin pembaca boleh membantu saya merungkai persoalan ini....Syukran andai ada sebarang perkongsian dari pembaca sekalian...


No comments: