Friday, March 12, 2010

Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis..

Assalamualaikum..

Terasa ingin juga mencoret sesuatu di sini, walaupun himpitan waktu mungkin kurang mengizinkan. Ada cerita yang ingin Layyin kongsikan di sini, sekarang sudah menjadi agak suam, esok mungkin dah jadi sejuk..Maka, sebelum bertukar menjadi sejuk itu, ada baiknya Layyin bercerita sekarang.

Kolej kediaman sekarang masih sunyi walaupun jam dah menunjukkan pukul 12.17 malam. Sebahagian besar masih belum pulang dari MAZ , our college annual dinner. Tahun ini, dinner diadakan di Hotel ******.(ermm, mungkin tak perlu mention kot nama sebenarnya..)

Sedikit pertikaian timbul apabila ada pihak pelajar yang menghubungi pihak JAKIM,untuk mengesahkan sijil halal bagi hotel tersebut. Maka, dari situ JAKIM menjelaskan bahawa hotel tersebut sememangnya tidak pernah mendapat sijil halal tapi pernah memohon (tapi juz datang berkursus sekali sahaja). Kata pihak MAZ (AJK) juga, pihak hotel sedang memohon untuk mendapat sijil halal.(Dan perlu kita ketahui bukan mudah pula untuk mendapat sijil halal, banyak prosedurnya ye)

Ada segelintir pelajar-pelajar ini (merangkap kawan-kawan Layyin juga) membuat satu tindakan yang Layyin rasa agak berani: mengedarkan satu risalah kecil yg tertulis antaranya, hotel ******, halal atau tidak halal (satu logo dipangkah dan satu logo lg tidak dipangkah), sekadar untuk membuatkan pelajar yang lain berfikir, beserta satu hadis. Tambahan pula, pada malam tersebut akan ada taklimat pasal MAZ, dan pelajar boleh bertanya apa-apa sahaja kepada pihak penganjur. Langsung tiada niat di hati mereka ingin menjatuhkan imej sesetengah pihak, ataupun untuk mensabotaj, atau melawan mana-mana pihak..Mereka cuma sekadar untuk membuatkan orang berfikir dan ringankan mulut untuk bertanya, supaya kita sama-sama dapat menjawab bila Allah tanya nanti, supaya yang menjadi darah daging warga Za'aba ini adalah yang 100% halal, kerana rasa tanggungjawab sebagai saudara semuslim itu mereka cuba sampaikan....Ya, itu sahaja, tidak lebih dari itu..

Pada malam itu, taklimat ditangguhkan. Dan pembahagian nombor meja dan kerusi dijalankan pada malam seterusnya. Apa yang ingin diceritakan di sini ialah tentang kisah kawan-kawan Layyin tadi. Di dalam dewan itu, mereka dengan bilangan yang sangat kecil itu, dihina, dimarahi , diejek dan digelak-gelakkan kerana perbuatan mereka . Dan, JKP Balai Islam pula yang dituduh buat semua ni, sedangkan ini dibuat oleh sekumpulan pelajar yang laen.Menerusi penjelasan yang diberikan, kriteria pemilihan hotel adalah berdasarkan yang dekat (mungkin supaya jimat duit minyak), murah dan boleh memuatkan ramai orang ( around 800 people). Ya, sememangnya AJK MAZ telah bersusah-payah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk semua warga kolej, terima kasih saya ucapkan. Namun, alangkah baiknya jika kriteria HALAL itu kita letakkan sebagai kriteria no.1 dan yang paling penting daripada kriteria-kriteria lain.

Terasa peritnya hati bila mendengar sahabat-sahabat diperlakukan sedemikian......Apakah salah mereka yang ingin menyelamatkan kita semua dari makan benda yang haram?

Ramai adik-adik yang pergi dengan alasan mereka yakin. Dik, yakin dengan apakah? Akak tidak faham apa yang diyakinkan. Atau memaksa diri untuk yakin, agar tidak 'burn' kan duit RM110 yang pasti ditolak dari akaun? Kertas yang ditampal di setiap blog itu hanyalah surat dari JAKIM supaya membuat bayaran sebanyak RM400 untuk proses dapatkan sijil halal tu, tapi langsung tidak dinyatakan di situ, sememangnya hotel itu mendapat sijil halal. Maka, bermakna hotel itu tidak dipantau. Kita tidak tau gelas dan pinggan mangkuk yang kita gunakan itu benar2 bersih, atau pernah diisi atau dituang dengan benda-benda yang haram.Standard la kan, hotel-hotel menyediakan arak dan pig. Adik-adikku, andai ada terbaca tulisan akak ini, untuk akan datang sama-samalah kita berhati-hati dalam perihal makanan ini..Kata Allah, setiap daging yang haram itu, api nerakalah yang lebih layak baginya....Nauzubillah...

{Astaghfirullah....Oh..sungguh aku masih kurang cakna makan dan minumku..Dah beberapa kali pergi dinner di hotel, tapi sebelum ni tak pernah terfikir halal haramnya..Ya Allah...mohon ampun atas lupanya aku..}

Dari sudut pandangan Layyin, masalah yang timbul ini menyebabkan banyak perpecahan di kalangan warga Za'aba. Antara pihak atasan & MAZ dengan sekumpulan pelajar tadi & Balai Islam, sesama pelajar sendiri dan etc. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini pada masa yang akan datang, supaya tidak berulang lagi? Bagaimana supaya kita semua dapat bersatu hati dan suara,dan pada masa yang sama, kita menyokong yang halal dan menolak yang haram 100%? Andai terus diajukan kepada pihak atasan atau pihak yang bertanggungjawab, mungkinkah mereka akan mendengar dan mengambil tindakan sewajarnya atau.....Ya, penyelesaian harus kita ketemukan...

Ekoran dari peristiwa ini juga, 6 pelajar menerima surat 'cinta' dari pihak kolej. Dan pastinya semester depan, mereka mungkin tiada harapan lagi untuk tinggal di kolej. Mereka juga sememangnya pun dah plan untuk tinggal di luar. Sebelum buat semua tu, mereka dah berfikir akibat perbuatan mereka itu, alternatif laen yang ada dan sebagainya...

Sekadar berkongsi rasa di hati...

Sememangnya....sememangnya Layyin terasa agak sedih sebab Layyin akan kehilangan sahabat-sahabat yang Layyin rasa cukup baik. Ada di antara mereka itu yang sememangnya Layyin jadikan rujukan bila tak tau nak buat apa-apa or bila ada masalah...Haifa, antara orang pertama yang Layyin ajak berbual-bual bila mula-mula masuk kolej, kat surau waktu tu, Layyin masih ingat lagi...Dan dia juga jiran Layyin, betul-betul kat depan bilik je. Bila terasa down, dia antara pemberi semangat n me'rationalise'kan Layyin, walaupun dia lagi muda pada Layyin, tapi kata-katanya sangat berguna. Bila Layyin mintak maaf sebab tak menyumbang apa-apa dalam hal ini (kerana faktor kesihatan n etc) , dia menenangkan Layyin dengan berkata,"Takpe la, akak bahagian masak-masak, cari duit, kami buat bahagian ni, kira fair la kan" sambil tersenyum, terasa lega sikit hati Layyin mendengar kata-katanya yang lemah-lembut itu..Nasihat naqibah saya, nanti saya kena bersedia la bila haifa dah takde (sebab saya mention yang saya selalu rujuk haifa bila ada pape..)..Owh, rupe-rupenye Layyin dah cukup rasa sayang dekat Haifa ni, walaupun belum cukup setahun kenal dia..Kehadiran Haifa akak sangat rasai tau, nanti akak nak selalu kacau bilik sape ek, hehe ;p

Ermm...rasa macam nak menangis pun ada bila tengah menulis ni...Namun, Layyin percaya, yang ini juga satu tarbiyah buat diri Layyin. Pergantungan yang sebenarnya hanya pada Allah. Sahabat itu hanya pinjaman agar lebih menguatkan kita..Andai Allah jauhkan dari kita, mungkin dia ingin menjadikan kita lebih kuat...betul kan pembaca sekalian?

Siapakah yang akan menguatkanku selepas ini? Yang boleh aku berkongsi rasa dengannya...Yang boleh memberikan aku nasihat yang berguna pada saat aku sangat memerlukannya....Dan juga yang boleh aku selalu kacau-kacau dia di biliknya;p. Ermm,Layyin, jangan sedih ye, InsyaAllah, nanti Allah gantikan..

Akhir kata...

Layyin tidak tahu macam ingin meringkaskan cerita di atas yang cukup panjang dan banyak pula kronologinya, cerita di atas sekadar ringkasan yang cukup ringkas sahaja.Silalah berkunjung ke blog naqibah saya, sofwah yang mengulas tentang insiden yang sama dan perkara yang berlaku semasa usrah kami dan juga ke blog sahabat saya, Haifa untuk mendengar apa katanya.


Buat sahabat-sahabatku,
Bersabarlah, Allah pasti bersama kamu..
Bersabarlah, sesungguhnya perjuangan itu pahit, kerna syurga itu manis...
Ku akan sentiasa mendoakan kalian.

Buat diri Layyin dan pembaca yang disayangi Allah sekalian, suka Layyin ingatkan kita dengan satu hadith Rasulullah yang berbunyi “Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”Riwayat at-Tarmizi.

For us to ponder.....

"Tidak kan miskin jika membela Islam.. Tidak hina meriba kebenaran yang mulia.. Usah gentar jika kau beriman.."

Thursday, March 11, 2010

Gerai Biro Ekonomi Balai Islam (Sempena IZS,6-7 Mac)

Assalamualaikum...

Pembaca apa khabar? harapnya pembaca sentiasa sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah hendaknya.Sebagaimana dalam post lepas, Layyin cakap nak cerita pasal gerai kitorang kan..So, kali ni Layyin share apa yang Layyin buat k..Stay tuned;p

Menu istimewa kami kali ni, nasi tomato untuk hari Sabtu dan nasi kerabu untuk hari Ahad.Banyak juga yang kami masak ni, nasi kerabu bajet tuk 70 orang dan nasi kerabu untuk 140 orang, sebab kami bukan sahaja buat promosi di kolej kami, tapi juga di kolej kediaman ke 3 & 4 (kolej diorang depan kolej kami je). Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat Layyin rakamkan:

Iklan kami.Puas hati melihat iklan yang Layyin buat sendiri menggunakan gambar yang Layyin masak dan hias sendiri. Juga Layyin gunakan fcaebook sebagai medium iklan.



Gembira dan lega bila dah nampak dalca tu jadi merah, baru nampak cantik.N thanx juga kepada cik Ani yang bagi pinjam apron, katanya supaya tudung tak kotor. Jadilah Layyin mak cik dewan muda, hehe...


Big Boss kami ( pengerusi Balai Islam) yang turut turun padang, tolong kacau-kacau..
Thanx boss!


Cik Ani yang banyak tolong.Terima kasih cik Ani=).Cik Ani segan kami nak amik gambar, tu siap tutup muka ngan periuk lagi..Haha, kelakar la cik Ani ni kan..

Kesihatan pelanggan jadi keutamaan: Kami tak guna polisterin.Polisterin boleh jadi penyebab kanser etc..

Set Lengkap Nasi Tomato kami=)
Amacam, terasa lapar tak bila tengok gambar nih? ;p


Layyin cakap kat adik-adik, kita mesti amik gambar nasi yang menarik bewarna biru nih, hehe..


Mak Cik sham yang tengah buat kuih gulung..Tergelak mak cik sham bila kami kata nak amik gambar..Ermm, mudah kan nampak mak cik guna alat tu, kalu kat umah, kita terpaksa la
kukus kan..Mak cik Sham selalu masak nasi tomato, Layyin tanya tips-tips dengan mak cik Sham ni.



Dekat tempat jualan..Sibuk menyiapkan tempahan pelanggan, tapi berehat sebentar sambil bergambar ;p



Ros, sibuk nampaknya ye, membungkus nasi tuk pelanggan, hehe..Thanx ye Ros,
n thanx juga sebab teman akak beli barang tuk nasi kerabu..



Nasi kerabu wif ayam goreng berempah yang Layyin beli.Nyummy-nyummy!Jemput makan;p




Bersama-sama adik-adik balai Islam =)

Ok, da abes gambar. Ada something yang Layyin nak share ni...Ermmm, apabila sebut tentang jualan makanan, maka bagi Layyin ia agak 'berat' sebenarnya..Berat dari segi makanan tersebut akan jadi darah daging pelanggan kita.Maka, kita sebagai penjual inilah yang perlu menitik beratkan beberapa aspek, supaya apabila Allah tanya kita tentang makanan yang kita jual tu, kita terlepas dari terkena apa-apa 'tuduhan'.

Bagi Layyin, ini antara aspek-aspek yang Layyin titikberatkan:

1) Halal

Layyin cuba pastikan apa-apa barang yang kami gunakan adalah halal.Contohnya ayam.Alhamdulillah, kami minta tolong Pak Cik Ramli (p.cik ada kedai kat kolej dan seorang caterer gak). Untuk gerai sebelum ni, Layyin tanya p.cik, kat mana nak dapat ayam yang lebih diyakini halalnya.Then, p.cik yang tolong kami belikan ayam, kat tempat yang dia hari-hari beli tuk catering p.cik..Layyin rasa lebih yakin dengan ayam yang pak cik belikan tu.

Contoh laennya lagi ialah sosej.Semasa bukak gerai kat maktab dulu lagi ( dulu Layyin belajar di IPGM Ilmu Khas), Layyin make sure sosej tu memang dapat sijil halal.Layyin selalu beli keluaran 'Ayam Pertiwi" sebab bila Layyin sms barkod, memang dia dapat sijil halal.Harganya pun murah je, biasa layyin beli RM 1.99.Jika menggunakan telur pula, basuhlah telur tu bersih-bersih, supaya bebas dari najis ayam yang boleh menyebabkan makanan tu jatuh haram.


2) Bersih.

Jika kita tengok cara penyediaan restoran, gerai or kedai, sometimes kita akan dapati cara mereka sediakan makanan tu sangat ala kadar dari segi penjagaan kebersihannya. Basuh bahan-bahan makanan lebih kurang je, tangan yang tak dibasuh dengan bersih, peralatan makanan dan tempat penyediaan makanan tak bersih.

Apabila tak bersih, maka mudahlah bakteria/ mikroorganism berbahaya membiak.Banyak keracunan makanan yang berlaku disebabkan oleh faktor kebersihan yang diabaikan.Antara mikroorganisme yang menyebabkan pencemaran makanan ialah bakteria seperti 'Salmonella', 'E.Coli' (terutamanya EO157:H7 yang menyebabkan pendarahan usus), 'Vibrio cholerae', 'Listeria monocytogens' (menyebabkan listeriosis - pendarahan usus) dan kumpulan bakteria 'Campylobacter'(http://www.bernama.com.my/bernama/v3/printable.php?id=359148)

Maka, sebagai penyedia makanan, kita memang perlu make sure bersih makanan, diri kita (pakaian etc), peralatan dan tempat.Sebagai contoh, untuk nasi kerabu kami ada gunakan kubis.Mungkin pembaca belum tahu, dalam kubis tu kadang-kadang kita akan terjumpa cacing.Jika di rumah, Layyin memang akan ceraikan kelopak demi kelopak untuk make sure sayur tu bila dah masak takde perisa tambahan.Tapi, bila nak buka gerai ni, susah sket nak potong jika kita ceraikan satu-persatu.Alternatifnya,selepas dipotong, kami rendam dengan air garam supaya dapat bunuh bakteria, singkirkan racun-racun dan menghilangkan kotoran-kotoran (bendasing akan terapung).Sememangnye untuk apa-apa sayur-sayuran, lebih baik kita rendamkan dalam air garam, terutamanyayang dimakan mentah seperti kubis (jika dibuat coleslaw), salad, tomato, timun etc)

Untuk minuman yang kami jual, Layyin pastikan air tersebut direbus terlebih dahulu.Bukan apa, tapi kalau juz ambil air dari water cooler, memang gerenti penuh kuman.Meh Layyin cerita sket pasal air water cooler nih..Teringat masa duk maktab dulu, ramai yang tak sihat sebab minum air water cooler, nak bawa heater, tu barang 'haram' (Tapi Layyin bawak je, tapi kena pandai2 cover la,huhu..) Maka, ramai la yang pergi hospital sebab demam, sakit tekak dan sebagainya, then doktor cakap sebab air tercemar. Semasa buat foundation di maktab, Layyin minum air water cooler juga. Mula2 ok, then mulalah demam n etc..So, Layyin memang dah tak minum air water cooler, minum je dalam 2 minggu, terus demam..Therefore, jauhi air dari water cooler ye!

Untuk makanan seperti daging dan ayam pula, bahan seperti ini perlu dimasak dengan sempurna untuk memastikan kuman semua dah mati. Jika tidak, ia akan mudah dicemari.Owh ye, satu lagi Layyin nak pesan, jangan suka makan telur separuh masak or telur mentah sebab dari pembacaan Layyin telur cam gini berkemungkinan besar mengandungi pelbagai kuman, bakteria mahupun virus.

Selain itu, kebersihan diri penyedia makanan juga amatlah penting.Make sure pakaian kita bersih dan kuku bersih.Apabila keluar daripada tandas, gunakan sabun antibakteria untuk menyingkirkan kuman.Banyak kes keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria dari najis ( kalo tak silap bakteria e.coli kut), gara-gara tangan tidak dibersih dengan betul sebelum menyediakan makanan.kotor dan bahaya kan?!

3) Berkat.

Mulakan dengan bismillah, iringi dengan zikir/ bacaan quran dan akhiri dengan alhamdulillah.Ini yang selalu Layyin amalkan kat rumah.If masak banyak2 macam ni, kita pun tengah rush, tak ingat bab2 zikir tu...Tapi sekadar ucap bismillah dan selawat tu, InsyaAllah Layyin tak lupa..Then, bismillah tu Layyin baca kuat sket, supaya adik2 laen yang tolong masak tu dengar, so if diorang terlupa nak baca, hopefully boley ingatkan...

Satu lagi adalah doa...Bila buka gerai or buat kenduri, jangan kita lupa untuk mendoakan keberkatan makanan yang akan dimakan oleh ramai orang tu..Dari makanan itulah yang akan bertukar menjadi darah dan seterusnya tumbuh menjadi daging..Apa salahnya kan, kita doakan pelanggan-pelanggan kita...

4) Gunakan bahan-bahan yang segar, minimumkan bahan pewarna, perasa dan pengawet.

Layyin sangat tidak suka jika beli makanan di luar, kemudian lepas habis makan, bahan perasa (eg ajinomoto) masih kuat terasa di lidah..Nampak sangat la penjual seronok letak banyak2 bahan perasa.Jika di rumah, Layyin tak letak ajino kecuali dalam sup or asam pedas (yang kuah based on air)..Tapi, kalu mak Layyin ada terpaksa la letak juga sket (even dalam sayur goreng) sebab bagi mak kurang sedap kalau tak letak.Jika nak letak, boleh nak letak tapi jangan letak banyak sangat, berbahaya.Memang kita nak makanan tu rasa sedap dan pelanggan suka makan makanan kita, tapi jangan lupa kita juga bertanggungjawab kepada pelanggan kita.Boley je kita masak sedap, tapi minimisekan penggunaan bahan perasa.Mungkin bley ganti dengan sedikit gula..

Bila guna bahan yang segar,ini akan memberi sedikit jaminan untuk memastikan makanan tidak tercemar, dan sedap.Dari segi bahan pengawet pula, contohnya ialah menggunakan cili kering instead of using cili boh yang dah siap tu.Sebabnya, cili boh yang dah siap tu, memang mengandungi banyak bahan pengawet yang sangat berbahaya (eg: asid borik), yang menyebabkan dia boleh tahan sehingga 6 bulan lamanya.Jika kita dedahkan cili kering yang dah dikisar kepada suhu bilik, gerenti 3 hari dah berkulat.

Cara nak guna cili kering mudah je: gunting/ potong cili kering kecil2.Ramas dalam air supaya biji dan kotoran hilang.Rebus/ rendam dalam air panas sehingga lembut, then blendkan (jangan blend terlalu halus, nanti kurang best.Jika di rumah, memang Layyin tak guna cili boh.
Lagipun, sememangnya jika kita guna cili kering, rasa masakan jadi lagi sedap tau ^^

Untuk nasi kerabu, Layyin letak juga pewarna sebab nasi kerabu standardnya warnanya biru. Jika di rumah, Layyin memang guna nasi putih je, tak bahaya. Atau alternatifnya, jika ada bunga telang, masukkan je bunga tu yang akan bagi warna biru semulajadi.Tapi kat kampung Layyin pun takde bunga ni...

5) Kepuasan pelanggan.

Pernah tak pembaca rasa kecewa bila beli makanan gara-gara rasa makanan tersebut tak seperti yang diexpect?Huhu, rasa cam sakit hati gak kan bila kita rasa teringin sangat nak makan makanan tu, last2 rasanya sekadar bley bagi gred C je..Jadi, aplikasinya, bila kita menjual makanan, pastikan apa yang kita masak tu memang sedap, dan apabila pelanggan makan, insyaAllah dia akan rasa puas hati.Layyin akan rasa puas hati apabila pelanggan Layyin puas hati.

Tentang harga pula, letakkan harga yang reasonable yang mampu dibeli oleh pelanggan, bersesuaian dengan kualiti. Jangan pula terlalu mahal (kesian kat pelanggan), jangan pula terlalu murah sebab kita perlu ambil kira harga semua aspek , termasuk kos bahan-bahan, kos pengangkutan, masa persiapan yang kita perlukan, tenaga kerja dan sebagainya.

Andai ada adik2 balai Islam yang membaca post ni, harap adik-adik faham bagaimana cara akak tetapkan harga, bukan meletakkan harga mahal, tapi harga yang bersesuain dan mendapat keuntungan yang memadai dengan usaha dan modal yang kita keluarkan. Dan kita kena ikut juga harga pasaran di tempat yang kita jual tu, bukan harga dekat kampung kita ek ;p.Kalo ikut harga adik-adik nak letak tu, akak rasa kita akan rugi, huhu. So, harap faham cara akak berniaga ye (",).

Di samping tu, greet pelanggan kita dengan senyuman. Bukankah senyum tu satu sedekah?Bila kita senyum, kita sebenarnya dah menggembirakan hati orang laen. Bila kita menggembirakan hati orang laen, kita sebenarnya dah menggembirakan hati kita sendiri.Satu lagi yang Layyin nak pesan, ringankanlah memberi ucapan terima kasih kepada pelanggan selepas diorang membeli, atau if diorang datang jenguk je pun. Ini juga antara petua nak tarik hati pelanggan ;p

Alhamdulillah daripada feedback daripada pelanggan, semuanya berpuas hati dengan rasa nasi tomato dan nasi kerabu tu..Kat sini, Layyin cuma nak 'mengabadikan' antara komen2 dari pelanggan kami:

  • Macam mana akak buat nasi kerabu tu? sedap sangat..Sampai en.Azlan pun puji..
  • Akak, nasi kerabu sedap, nasi tomato laaagi sedap..--> Layyin tak kenal pun adik ni, tiba-tiba dia tegur Layyin dengan excitednya, alhamdulillah, drp jual beli, kita boleh eratkan ukhuwah sebenarnya.
  • Akak, tolong simpankan untuk kami 2 bungkus nasi kerabu..Masa jual hari tu kami tak sempat nak beli, sedih sangat..Ramai sangat orang yang cakap sedap---> Ni antara adik2 yang tempah dengan Layyin..Dengan adik2 balai yang Layyin, banyak dapat tempahan, diorang takut tak sempat macam hari tu,huhu..
  • Pandai akak masak, dalca tu sedap sangat. Biasanya kalau saya makan nasi sikit pun tak berapa nak habis, yang ni licin saya makan.
  • Akak, saya berebut dengan adik saya makan...Sedaaaap sangat.Bila nak bukak gerai lagi? nak makan lagi ^^
  • Nasi tomato sedap, saya makan sampai nak vomit---> haha, siapa yang bagi komen camni ek..kalu ye pun sedap sangat, janganlah makan sampi nak vomit dik oii, hehe..
  • Akak, nak resepi..sedap la akak..
Ni Layyin kira sebagai sedikit motivasi bagi Layyin, nauzubillah dari sbarang rasa riya' dan sebagainya..Baru je tadi, still ada adik-adik yang tanya bila lagi nak buka gerai..Hoho, ada masa, ada kesempatan, insyaAllah ye dik..

Owh, dah banyak ye yang Layyin dah tulis. Jika sebelum ni, Layyin ni cuma memperingat 5 perkara yang Layyin nyatakan tadi kepada diri Layyin, dan praktikkannya, tapi sekarang Layyin dah terjemahkannya pula ke dalam perkataan.. Alhamdulillah, moga Layyin lebih ingat dan tak lupa tuk amalkan, dan semoga pembaca juga dapat sesuatu daripada apa yang Layyin kongsikan pada kali ini.

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih akak ucapakan buat MT program dan semua ahli balai Islam yang membantu biro ekonomi menjayakan gerai kali ini.Tak lupa juga kepada Pak Cik Ramli yang tolong belikan ayam dan memberi sokongan buat kami.Terima kasih kepada mak cik-mak cik dewan makan yang sedikit sebanyak memberikan tunjuk ajar dan tips untuk memasak dalam kuantiti yang banyak ni.Terima kasih kepada pembuat banner.Terima kasih kepada mak ayah yang sentiasa berikan sokongan jika Layyin buat sesuatu untuk kerja Islam, terima kasih untuk mak yang doakan supaya Allah mudahkn urusan Layyin...Dan terima kasih buat buat pelanggan2 yang memberikan sokongan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan jualan kali ini, jazakallah~

Sekarang, Layyin rasa lebih yakin untuk masak dalam kuantiti yang banyak macam ni. Jika dulu, Layyin hanya masak untuk keluarga dan kawan-kawan, tapi kali ni, Layyin dah boleh gunakan sedikit sebanyak kelebihan yang Layyin ada untuk Islam ( yang dah lama Layyin terfikir macam mana Layyin nak gunakannya). Rasa macam tak percaya boleh masak sebanyak ni, dengan bantuan adik-adik balai yang lain. Kata kak Long Layyin , Kak Ngah (Layyin) dah boley jadi caterer ni, hehe..Thanx long for your endless support!Luv u;p

Ok, cukuplah ni, kita jupe lagi untuk post yang seterusnya..Jaga diri bebaik ye (",).

Assalamualaikum dan bye-bye..




Sunday, March 7, 2010

Alhamdulillah, all praise be to Allah=)

Fuhhh, lega, Alhamdulillah..cuma agak penat..my feet dah rasa sakit, mesti kena letak minyak panas sebelum tidur..Rasa macam nak demam masa hari Sabtu malam Ahad, gara-gara skip lunch campur dengan sedikit kepenatan..Hehe, bukan sedikit, agak banyak jugak kut..My lips becomes very dry with little bleeding..Little headache too..

Hey, be strong Layyin, take care about your health..Ada dalam muwassoffat tarbiyah ni tau~~

Andai tidak mahu merasakan kepenatan, usahlah berbicara tentang perjuangan..

Lebih baik, kita tarik selimut, tidur je..Or, duduk dan makan sahaja..Or, baring depan televisyen dan layan je TV tu...Or,keluar dari bilik, keluar shopping and lepak ngan kawan2..Or, goyang je kaki sambil menyanyi-nyanyi lagu favrot...Click Me~Sume ni nampak macam lagi best kan?


Kita jangan jadi orang yang manja dan tidak tahan diuji...

Namun, tadi tu bukanlah Layyin mengeluh ye, rasanya cuma sekadar bercerita kepada pembaca yang Layyin kurang sihat sebenarnya sekarang. ni.Then, saje Layyin nak kaitkan tentang perjuangan yang pasti menuntut pengorbanan kita..Dalam pada itu, kesihatan juga perlulah dijaga..

Setiap orang pasti akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang termampu baginya..Sekadar ini yang Layyin mampu, setakat ini tanggungjawab yang Allah bagi..Sebenarnya begini maksud Layyin..Apa yang Layyin buat ini, hanyalah perkara yang kecil jika dibandingkan dengan apa yang orang laen buat..

Hehe..sebenarnya kan, Layyin taknak pembaca cakap,"Alah, sket je tu, tu pun nak tulis dalam blog"..Tapi pembaca tak cakap macam tu kan, pembaca yang tengah baca blog Layyin baik2 je semua.;p..Huhu, segan sebenarnya andai ada (andai ada la kan) orang yang gigih berjuang membaca tulisan pejuang yang masih tidak layak digelar pejuang ini, ni yang Layyin maksudkan sebenarnya...


Owh, melalut dah..k, we move to next point...


Behind the scene..

Semasa setiausaha Balai Islam minta kebenaran menggunakan dewan makan, untuk memasak untuk gerai kami, dengan orang yang in-charge pasal dewan makan, boley plak dia cakap camni, "Ok, satu tong gas y besar tu ( y setinggi Layyin), harganya rm100..so, 2 hari in-charge rm200", lebih kurang la kut dia cakap camtu..rasa macam nak tergelak pun ada, rasa kagum pun ada..hehe, bukan apa..kita guna kat rumah, tong gas 14 kg tu pun, bley tahan berminggu-minggu, inikan pula tong gas setinggi manusia ni (manusia y rendah cam Layyin;p)..Nasib baik S/U pandai deal, thanx ye Su!

Pengajarannya, bila kita memegang jawatan (even if tak pegang pape jawatan pun) , kita mesti kena pandai deal with people..Bukan apa, ini akan memudahkan kerja kita..Bukanlah kita seumpama berpura-pura pula, bukankah kita kena berbuat baik dengan semua orang?..Jika ada apa-apa yang perlukan kelulusan orang atasan or sesuatu yang perlu pertolongan orang laen, ini pasti akan memudahkan kerja kita...

Skills in communication is very important..Treat people nicely is another important things that we need to bear in our mind=)

Cerita yang Layyin nak cerita sebenarnya...

Sebenarnya nak cerita tentang gerai Biro Ekonomi,Balai Islam..Alhamdulillah, kami berjaya membuka gerai semalam dan hari ni..Kami masak sendiri tau, hehe..Masak ape? Biarlah rahsia dulu ek..Layyin dah tak larat dah nak cite malam ni..Nanti ye, Layyin sambung, insyaAllah..
Ni kira cam intro la ni ek,Click Me~ hehe..


K, bye..c u for d next entry=) Assalamualaikum..

Friday, March 5, 2010

Rehlah bersama Biro Ekonomi

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas, Biro Ekonomi Balai Islam dapat mengadakan satu rehlah..

Pada awalnya, Layyin merancang untuk mengadakan rehlah di Taman Jaya (kat situ ada tasik), namun disebabkan hal2 y tidak dapat dielakkan, maka kami cuma berehlah di belakang kolej sahaja..Asalnya, yang bersetuju pergi semua sekali 7 orang daripada 11 orang muslimat..Pada pagi Ahad tu juga, 3 orang lagi cakap tak dapat datang..Jika ingin dikatakan kecewa itu, pada mulanya agaklah kecewa...Kerana kami berempat terpaksa tunggu lebih kurang sejam, lepas puas dicall dan dimsg..Rehlah ini telah lama Layyin rancang nak buat, namun, tidak dapat dilaksanakan..Walaupun telah masuk sem ke dua, namun bagi Layyin, better late than never..Tapi takpe la, pasti ada hikmahnya, kan....

Antara programnya ialah sedikit pengisian, taa'ruf dan games..Layyin terpaksa mengubah apa yang telah Layyin plan, memandangkan yang dapat datang cuma 3 orang..Layyin lebihkan kepada pengisian dan perbincangan..Daripada pengisian yang berkenaan dengan sejarah Islam, Layyin kaitkan dengan peranan kita sebagai khalifah dan hambanya yang perlu beribadah kepadaNya, kemudian dikaitkan pula dengan kepentingan berada dalam balai Islam dan biro ekonomi..

Alhamdulillah, rasa lega sikit dihati kerana 2 perkara:

1) Dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu dari apa yang Layyin dapat semasa ISK dan IPK. Sebahagian daripada input, telah bertukar menjadi output..

2) Dapat menganjurkan rehlah dan merupakan satu usaha Layyin supaya adik2 biro lebih jelas tujuan mereka berada dalam Balai Islam.Walaupun Layyin bukanlah ketua biro atau pun penolong biro, cuma ahli biasa y tak punya apa-apa kuasa, namun, Layyin merasakan tanggungjawab itu sebahagian dari tanggungjawab Layyin juga (especially sbg. orang y paling banyak umurnya dalam biro;p)

Kesimpulan daripada rehlah ini, Layyin dapat melihat 3 perkara utama..Yang pertama, dari segi kefahaman dalam agama, adik2 ni masih kurang..yang keduanya, kami sememangnya masih kurang mengenali antara satu sama laen (walaupun adik bertiga ni satu level je sebenarnya), Last but very important, adik2 ni sebenarnya masih tidak jelas kenapa mereka join Balai Islam dan apa pentingnya biro ekonomi, jika dikaitkan dengan dakwah dan ibadah..Mereka lebih nampak bahawa Balai Islam ini lebih kepada untuk menambah ilmu untuk diri sendiri sahaja..Harap dengan rehlah ni, mereka dapat sesuatu yang bermanfaat..

Layyin merujuk kepada seorang mantan balai ni...Tidak tau lagi apa yang perlu dibuat, rehlah ini pun tidak berjaya saya kira...Antara nasihatnya ialah, kita perlu menghargai adik-adik yang join balai Islam ni..Sebab, bayangkanlah daripada banyak2 organisasi kolej yang laen, tapi hati mereka tergerak untuk join Balai Islam..Cuma, kitalah y perlu guide mereka..Selain tu, sahabat saya ni berpesan supaya kita jangan expect bahawa adik2 yang selalu datang meeting dan yang memberi kerjasama itu faham tujuan/ matlamat sebenar y seharusnya mereka ada bilamana berada dalam balai Islam..Terima kasih di atas nasihat yang sangat berguna tu, akak sangat menghargainya...

Ohh, Ya Allah...Pernah terdetik di hati, kenapa mereka tak faham?Its just a simple things, very basic....Rupa-rupanya, sememangnya kita tidak boleh expect untuk adik2 ni faham sepertimana y aku faham...Mereka dari latar belakang y berbeza, ilmu yang berbeza dan membawa pula kefahaman yang berbeza...Semua orang berbeza, tidak sama...Andai sama, pasti pula tidak serupa...

Astaghfirullah..maafkan akak dik...

Dengan masa yang singkat ini, Layyin sedang cuba sedaya upaya untuk tolong improve certain things..Semester depan, Layyin belum tentu Allah pilih tuk sertai Balai Islam ni..Mungkin tidak banyak yang Layyin boley lakukan sebagai ahli biasa, tapi apa yang Layyin tahu, i need to do my very best...Allah tidak melihat kepada hasil tapi sesungguhnya Dia melihat kepada usaha..

Yang jauh, kita dekat-dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan, yang rapat kita tautkan...InsyaAllah, andai hati telah bertaut, segala gerak kerja Islam akan jadi lebih mudah...

Allah...Berilah kekuatan..

(p/s: InsyaAllah, gambar akan diupload bila da siap diedit..)

Tuesday, March 2, 2010

Matlamat Hidup Manusia

Apabila ditanya kepada pelajar,"Apa priority kamu sekarang?", maka ramailah yang akan menjawab, "Belajar!"...Itulah jawapan kebanyakan dari kita..

Jawapan itu tidak salah, namun bagi Layyin ianya kurang tepat...Eh, kenapa ek??Haaa, kalu pembaca nak tau kenapa, jom baca entri ni sampai habis, k..

Alhamdulillah, pada 26 dan 27 Februari lalu, Layyin join satu Daurah yang bertajuk
"Ini Peranan Kita".

Bersama teman-teman dari UM yang mengikuti daurah ini.

Daurah ini merupakan sambungan dari daurah yang Layyin sertai pada 1 Januari lalu yang bertajuk "Ini Sejarah kita". Sekiranya Layyin ingin ceritakan satu persatu apa yang Layyin dapat semasa program ni, rasanya mestilah panjang berjela-jela...maka, cukuplah jika Layyin pick up beberapa point penting,k...Antaranya :

1) 2 matlamat penciptaan manusia :

1-Beribadah kepada Allah.Dalam surah Az-Zariyat ayat 30, Allah berfirman yang bermaksud,"Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu"

2- Sebagai khalifah iaitu untuk menjalankan dakwah..Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud, " ....Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi..."yang merujuk kepada penciptaan nabi Adam a.s yan.g ingin diangkat oleh Allah sebagai khalifah..

Maka, saya kira kita telah mendapat jawapan untuk soalan apa priority kita sekarang...Belajar hanyalah salah satu dari cabang ibadah (jika diniatkan kerana Allah dan dengan cara yang betul menurut syarak), maka bagaimana pula dengan ibadah2 yang laen dan juga dakwah?

Jika kita kata belajar adalah priority, Layyin bagi satu contoh...Andai kita belajar di luar negara, yang masa lecturenya kadang2 melanggar waktu solat, let say dari pukul 12 p.m-5 p.m..Andai kita kata, belajar no.1, maka tak perlulah kita berhenti untuk solat sebab solat bukan priority utama..Ermm, nampak kan apa yg Layyin cuba sampaikan?

2) Kita perlu faham matlamat penciptaan kita..

Supaya, kita tidak menjadi seperti bola yang ditendang ke situ ke sini kerana tiada golnya.Begitulah kita dalam hidup ini.Mesti ada arah tujuan yang pasti supaya kita tau apa yang perlu kita buat.Faham sahaja tidak cukup, tapi perlu tahu cara untuk mencapai matlamat tersebut dan berusaha sedaya-upaya untuk mencapai matlamat tersebut.

3) Apabila kita mengatakan bahawa matlamat hidup kita adalah untuk beribadah dan untuk dakwah, maka segala-gala apa yang kita lakukan mestilah menuju kepada matlamat itu.Sebagai contoh, bila kita makan.Kita makan untuk mendapatkan tenaga, tenaga untuk bantu kita beribadah, maka sampai la tujuan kita kan...

makan--> tenaga --> ibadah

Kemudian, KD (nama panggilan kpd penceramah hr tu) pun buat contoh laen...Dia tulis camni:

Tengok citer Korea--> .......................-->..................... Kemudian dia tanya, pernah tak korang terfikir setiap apa yang korang buat ni, sampai tak kat akhirat? Huhu...Camne nak jawab gamaknye... Adushhh, terkena weh, huhu..
. Click Me~
k, n
ampak cam dah insaf sket tuh, hehe, kita proceed ke point seterusnya plak ek..

4) Dakwah no.1, tapi belajar juga akan jadi no.1 bilamana kita menjadikan belajar itu sebagai satu ibadah dan as a tool for dakwah.

Dunia hari ini memandang orang yang memiliki pangkat, harta dan kelulusan.Maka, di sinilah belajar tadi berperanan sebagai alat untuk dakwah..Dengan adanya kelulusan, orang akan memandang tinggi kepada kita..Bukanlah orang pandang tinggi itu menjadi penting, tetapi apabila orang memandang kita, orang akan mudah mendengar apa-apa yang dikatakan oleh kita, lantas mempermudah usaha dakwah kita, insyaAllah..Ini cuma salah satu contoh bagaimana belajar menjadi alat kepada dakwah.

5) Individu Muslim--> Baitul Muslim -->Masyarakat Muslim-->Daulah Islam --> Kerajaan Islam --> Empayar Islam --> Ustaziyatul Alam.


Ermm...Apa ye kita panggil ni?lupa...Tapi insyaAllah, Layyin harap Layyin faham (Jika salah mohon diperbetulkan)..Daripada individu muslim itu akan membentuk Baitul muslim, baitul-baitul muslim akan membentuk masyarakat muslim dan seterusnya...Maka, untuk pembinaan sesebuah masyarakat yang unggul itu (kita lihat pada skop yang lebih kecil iaitu masyarakat), kita terlebih dahulu perlu mempunyai individu2 yang hebat, dan individu2 yg hebat ini akan membentuk Baitul Muslim yang hebat seterusnya membina masyarakat yang unggul.. Maka, begitulah aplikasinya dengan dakwah..Kita betulkan diri kita, kemudian kita betulkan keluarga kita, insyaAllah akan terbentuklah masyarakat muslim.


Namun, seringkali kita dengar ungkapan bahawa "Aku masih banyak kekurangan..Tak cukup ilmu...Saya tak layak" dan sebagainya, selalu kan...

Beginilah ye...Kalau kita ingin tunggu kita sempurna, percayalah, bahawa kita tidak akan sempurna, kita memang ada kekurangan masing2.. Jika kita nak tunggu cukup ilmu, baru nak buat dakwah, cuba kita specifiedkan waktu bilakah ilmu kita akan cukup; 10 tahun lagi, 30 tahun lagi, 50 tahun lagi or 100 tahun lagi?? Sabda Rasulullah, "sampaikan dariku walau 1 ayat" dan Layyin pasti mestilah lebih dari 1 ayat y kita tahu tentang Islam, bukan?..Sampaikan apa yang kita tau, dan apa yang telah kita sendiri amalkan..

Kata bro.Shah Kirit, ibaratnya begini:
"Kita ingin menjadi pemain bola sepak antarabangsa.Kita pun sibuk membaca pelbagai buku teori macam mana nak main bola sepak.Tapi tak penah turun padang.Bila agaknya kita akan pandai? Turun padang dulu, berlatih, insyaAllah lama2 kita akan pandai.."

If you want to do dakwah ( which compulsory for us to do), juz do it..Regular practice will make perfect..Don't wait juz because u want to be perfect first..Never..k..

6) Kata-kata bahawa "seimbangkan dunia akhirat" adalah tidak tepat sebenarnya..Kenapa ek? Click Me~


"Jika kita perhatikan dan fahamkan kata-k
ata tersebut, ia seolah-olah mengkategorikan apa-apa yang kita buat ini dalam kategori dunia dan akhirat..Rujuk semula point no.3.Jika segala apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah dan telah automaticallynya menjadi ibadah,dan segala yang kita buat atas nama usaha dakwah, maka tidak akan timbul lagi urusan dunia, bukankah begitu?Bagi orang yang beriman, apa-apa yang mereka buat adalah untuk akhirat semata...

7) Dalam dunia ledakan teknologi ini, cukup banyak tool dan resources yang kita boleh gunakan untuk misi dakwah kita..Sebagai contoh, Facebook, blog, twitter, frenster, myspace, tagged dan sebagainya..Gunakan semua peluang yang ada ini untuk mencapai matlamat utama kita; ibadah dan khalifah..

Oh ya, Layyin baru sahaja terbaca blog sahabat Layyin yang membicarakan serba sedikit tentang point ini, yang agak bagus Layyin kira.. Jom kita baca=)

8) Ciri-ciri da'ei : Iman yang mendalam, kefahaman dan bergantung kepada Allah..

Kerja dakwah ini bukanlah kerja yang mudah...Andai ia kerja yang mudah, Rasulullah tidak akan sesekali dituduh sebagai orang gila, dilempar dengan najis , dilontar dengan batu sehingga patah gigi baginda....Astaghfirullah...sungguh jauhlah pengorbanan Rasulullah dan para sahabat andai ingin dibandingkan dengan diri kita ini...

Namun...terkadang, ada juga keluhan yang keluar dari bibir kita, insan yang lemah ini, dek kerana usaha dakwah yang kelihatan seperti sia-sia..Sama-samalah kita muhasabah..Adakah kita sudah berdoa untuk mad'u (orang yang didakwah) kita itu? Janganlah kita mengharapkan perubahan drastik..Kerana mungkin hari ini, hatinya belum terbuka untuk berubah.. bagaimana untuk 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, who knows...Mungkin kata-kata kita juga yang akan dikutip sebagai titik menuju perubahan..

Kesimpulan:
Alhamdulillah...Thank u Allah sebab memberi aku ingat kenapa sebenarnya Engkau mencipta diriku ini...

Cukuplah rasanya sedikit perkongsian ilmu buat kali ini...Harap-harap beroleh sedikit sebanyak manfaat dan dikira sebagai satu ibadah buat Layyin dan buat pembaca sekalian, InsyaAllah..


Sunday, February 28, 2010

Camping di kaki Gunung Tebu

Alhamdulillah..
Segala Puja dan Puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam ke atas rasul tercinta, Nabi Muhammad S.A.W.


Tengah bersemangat nak update blog n wat assigment, masa tu jgk la connection low, then trus xdapat tenet..Huishh..Kebelakangan ni memang connection sangat menguji kesabaran..Ada satu lagi citer lama yang tak sempat lagi nak diciter..Yang ni tentang cuti hari tu, 12-15 Februari...Ermmm...Rasa cam nak tulis dlm omputih la plak, Layyin switch ek...

On 12 until 15 February, I have attended a camping under PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia).The theme of PERKIM is "Dakwah didahulukan saudara muslim Diutamakan"(which I thought as theme for this programme).This programme was actually intended for Kelab Perkim UKM and UUM (In UM we still doesn't hv this Club). But, I knew dis program from my fren, Mas, who have attended an interfaith dialogue at UKM, and during the talk they hv inform about this prgram..Alhamdulillah..
Click Me~

This camping was held (is dis correct word?huhu) at Lata Belatan, Besut, or also we can say as pusat Latihan Ranjer at Gunung Tebu..Oh, I don't even know bf dat Gunung Tebu is at Besut, Terengganu, my own hometown, huhu...

Sleep in camp..ada comfortable toto dalam tu (which I thought will be in chalet..I brought a big luggage bag...haha, can u imagine?) They were not inform us where actually we will sleep..As they mention some of the activities will be a few seminar, thus i thought in chalet...hehe, chalet la sgt kan..
My group members joining with other group during the explorace

Some of the activities includes few talks such as about dakwah, what is PERKIM, 1 Malaysia, group discussion (LDK), mount climbing, 'pengurusan jenazah' and etc..

With some of the frens from UKM

During LDK

Pengurusan jenazah

Konsep 1 Malaysia..Ermmm...

What I have got from dis program?

as a consolidation, as a new knowledge or info..

1) Spread dakwah, get involved actively with dakwah ..dats our responsibility.

2) When I was ask what I will do or who I am in next 5 years, I started to to realise that I not really have a proper plan to achieved what I want..What I want to achieved?Its quite a lot, n I think I prefer to juz keep it to myself right now, huhu..

3)Make sure from where you get the information..Don't juz simply believe it as it might not come out to be true..It is worse when you spread the information or news that that you yourself not sure about it..We need evidence..

4) I juz know that PERKIM is under government n now it is under Tun Dr.Mahathir..It is not an NGO.Therefore......Don't feel wierd if there's will be some kind of 'brainwash' in their programme, juz ready for it, or else...hehe..

5) Quarrel juz will bring chaos...

6) To climb a hill is not easy..But really for a long time I wish I can have dat kind experience...Alhamdulillah, I got it here, we climb Gunung Tebu at night..But juz about for about 2 n a half hour, not even reach half of the way to the top of Gunung Tebu..I nearly fall to d ground, with the slippery root..Still one more thing dat haven't fullfill yet; to explore cave..

7) Its really nice to make new friends...We can feel the sweet of ukhuwah..Got lots of frens from UUM n UKM..I can say that my new hobby is making frens=)

8) Many people have the question whether it is ok or not if our tears fell on the corpse that we have taken bath for him.The answer is, yes, it is ok.Even before this, I have atteded another bengkel pengurusan jenazah, that ustazah also giv d same answer.

9) Untuk urus jenazah, kita buat sekadar apa yang termampu..Dats means, if we got bones only, then we taken bath the bones only, if we just found the pieces of human meat, juz taken bath taht pieces only..Islam is easy...

10) I want to kick away all d bad habits dat we have listed during LDK...A good da'ie must have dis three qualities: Stong believe, good understanding and depends on Allah..(iman y mendalam, kefahaman y baik dan bergantung kepada Allah)

Everyone~
Hari tu msuk dalam paper Utusan, gambar ramai2 cam ginih, glamer2 =p..Tapi, taunye ms tgh malam..kat mana nak beli paper, huhu..

As overall, dis is a good programme..It juz dat I expect something more from dis...For example, I thought it will touch on method of dakwah, how to become an excellent da'ie, tribulation in dakwah etc..Although things is not as what I imagine, still I got something out of it...Alhamdulillah..

Lastly, siap gak entry pasal program nih...Ada 2 entry lagi y mesti Layyin post dalam week ni:
1) Daurah : Ini Peranan Kita
2) Rehlah Biro Ekonomi.

Kebelakangan ni agak sibuk...Layyin diamanahkan tuk jadi pengarah Gerai Balai Islam tuk hr Sabtu n Ahad ni..
Huhu...tp ni alasan je...sebab utama : x pandai bahagi masa, suka procrastinate things....Click Me~ Ok, I must improve myself!

(mintak maaf ler, atas entry rojak ni...My grammar n bahasa mmg teruk ,but then kalu x practice menulis sdikit sbyk ikut omputih ni, sampi bila pun x pandai, nak jd rojak pun rojaklah ek...p/s: tp rojak sedap kan?hehe :p)





Wednesday, February 24, 2010

Gerai Balai Islam (Sempena Citrawarna Za'ba)

Assalamualaikum w.b.t..


Bismillah..
Segala puja dan puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam…

Walaupun cite dah outdated, tapi tetap gak nak cite..Pada 3-7 Februari lalu, Alhamdulillah biro ekonomi Balai Islam berjaya membuat jualan gerai sempena Citrawarna Za’ba, dengan bantuan dari ahli-ahli Balai Islam yang lain..



Gerai kami, Kiosk Al-Irsyad…Erm, macam-macam ada jual..Jagung, kek coklat moist, roti sosej, limau mandari, muffin, cupcakes.....


Sanggup bergambar di tengah panas.


Roti sosej sedap!


Pada hari Ahad plak, kami buat nasi kerabu..Alhamdulillah,Berjaya!Bayangkan….kami masak tuk 90 orang, 70 untuk dijual n 20 lagi tuk kami makan, bukan senang nak masak byk2 kan, cam nak masak tuk kenduri la..Resepi yang Layyin dah tulis semasa cuti bulan 12 hari tu memudahkan keje Layyin..So, juz gandakan bahan-bahan yang digunakan...



Ramai yang puji sedap tau!..Semalam pun ada lagi yang puji..hehe…Wah, Layyin sangat gembira..Before nasi kerabu siap, da banyak dapat tempahan..Kitorang start jual kul 4.30, then kul 7 sume dah licin..Tu pun, ramai lagi yang tanya malam tu..Ada juga yang tunjukkan muka sedih n kecewa sebab tak sempat nak beli, katanya tertidur petang tu..Inilah penangan nasi kerabu kami,hehe…laen kali ye dik, insyaAllah=)


Actually, banyak resepi laen yang Layyin tulis, dan gambar makanan pun da banyak Layyin snap, tujuannya sebab nak buat blog sendiri, bley share ngan orang laen n at the same time memudahkan diri sendiri bila nak masak dengan measurement y dah dicatat dengan betul..




Tapi…hehe….Blognye dah wujud, tapi satu post pun xde lagi..errmmmm…Bila ye nak start post kat blog resepi tu?...Maybe sket masa lg.. kawan-kawan jangan lupa jenguk tau ^^


Lastly, A million thanx akak ucapkan kepada semua AJK Balai Islam yang membantu biro kami..Moga Allah mencatat kan segala usaha dan tenaga kita untuk menjayakan gerai ini sebagai satu ibadah kepadanya…Kita ikhlaskan segalanya kerana Allah...


Looking forward for the next gerai, 5-7Mac…Doakan kami agar dipermudahkan….