Monday, January 11, 2010

Sejarah Islam

1.1.2010.Tarikh yang pasti tidak akan kulupakan, kusingkap kembali sejarah silam . Walaupun cerita ini mungkin sudah luput ditelan waktu, namun masih segar dalam ingatanku…(chewah ,ala-ala jiwang la plak ek..huhu..)

Alhamdulillah…Pada hari pertama tahun 2010, saya menyertai satu program yang dinamakan ISK (Ini Sejarah Kita)Apa yang dibincangkan ialah mengenai sejarah Islam semenjak nabi Adam , zaman Rasulullah, S.A.W., Khulafa’ Ar-Rasyidin, zaman pemerintahan khalifah-zaman bani Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniah.

Memang banyak perkara yang saya pelajari selama program 2 hari ini.Juga terdapat beberapa konsep yang saya tidak fahami, telah diterangkan semasa muqaddimahnya (yang amatlah panjang, namun saya tidak dapat menafikan pentingnya). Semuanya itu membuatkan saya berfikir, berfikir dengan hati…

Antaranya ialah:

1)Berfikir dengan hati vs berfikir dengan akal.

Jika saya ingin menerangkan tentang ini, saya rasa sangatlah panjang..Cukuplah saya ‘precise’kan penerangannya beserta ayat Allah dari surah Al-A’raf ayat 179 yang bermaksud;

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”.

Sebagai contoh, Bagaimana orang yang membaca novel atau menonton movie boleh menangis atau ketawa terbahak-bahak? Adakah mereka memahaminya dengan hati atau akal?

Akal hanyalah sebagai satu alat untuk menerima dan berfikir berdasarkan ilmu-ilmu kita yang terdahulu (prior knowledge) dan pengalaman.Manakala, hati kita yang menentukan kefahaman, yang menentukan dan menggerakkan diri kita samada akan melakukan sesuatu atau tidak.

Contoh lagi: Allah menceritakan tentang rahsia alam dari sudut sains dalam Al-Quran.Jika kita hanya memahami dengan akal, jika cuma dapat mengetahui tentang fakta.Tetapi, jika kita memahami dengan hati, kita akan dapat merasai kebesaran Allah di sebalik ciptaan dan aturan Allah itu, lantas menjadikan kita orang yang lebih bertambah imannya….

Hati-“Its power is beyond the power of mind!”

* Sedang khusyuk mendengar dengan telinga, melihat dengan mata dan memahami dengan hati, InsyaAllah..

2)Sains sosial vs sains tulen

Seorang jiran bertanya,“Anak awak ambil course apa?” jawab si emak (dengan sedikit rasa bangga), “ Anak saya ambil medic” .. “Wah..hebatnya anak awak,jadi doktor la nanti ye”..

Gini la kan lebih kurang dialognya..Apa yang saya nak

sampaikan ialah, betapa orang merasa 'impress' terhadap orang-orang yang ambil bidang medic ni, bidang yang paling tip top

la kiranya..Ya, saya tidak nafikan kepentingan mereka..

Namun, soalannya,adakah kita mengenepikan kepentingan bidang sains sosial? Yang seringkali dianggap sebagai bidang untuk mereka yang kurang berjaya dan tidak layak untuk mengambil sains tulen?

Cuba kita fikir-fikirkan..Sememangnya kita melihat sebuah negara itu sebagai negara yang maju dengan perkembangan sains dan teknologinya..Namun, bagaimana dengan akhlaknya?Allah telah menetapkan Sains sosial itu sebagai matlamat dan sains tulen itu hanyalah sebagai alat untuk mencapai matlamat.Sains sosial itulah sebenarnya yang membentuk manusia,membina jiwa manusia..

Allah memberi keizinan kepada manusia untuk menggunakan akal untuk sains tulen (cara untuk capai matlamat) tetapi tidak untuk sains sosial (matlamat).Sebagai contoh,undang-undang ciptaan manusia tidak dapat menyelesaikan masalah dan jenayah, kerana Allah sebagai pencipta manusia telah menetapkan undang-undang yang sesuai sebagai penyelesaian terhadap permasalahan manusia tersebut.

3) Belajar vs dakwah


Kita seringkali sibuk dengan belajar/ bekerja..Bagaimana pula dengan dakwah? Ada yang berkata , belajar itu yang utama, namun dakwah bukan no.2..

Dakwah itu sebenarnya misi utama kita.Tidak kira apapun yang kita lakukan, jadikan ia sebagai “tool” dakwah..Dakwah sentiasa….Sentiasa dakwah..

*Kak Kimah yang sanggup mencurah ilmu kepada kami, sambil mendukung sikecilnya…Thanx a lot Kak Kimah!

4)Mencipta sejarah vs menjadi sejarah.

Inginkah kita ditanya oleh cucu-cicit kita, “ Nek, betul ke masa tahun 2010 dulu, waktu tu Islam sedang jatuh, akhlak sangatlah runtuh?”

Choose either; create history, or become history…

*Tunjang untuk mencipta sejarah gemilang

*We choose to create history, InsyaAllah

5) Kenapa sejarah menjadi subjek yang boring? Dan adakah mereka berjuang kerana agama atau bangsa?

Pernahkah pembaca-pembaca merasakan boring sewaktu belajar sejarah?Ermm...Mungkin ramai akan mengatakan Ya..Bacalah di sini atau di sini, mungkin ini jawapannya…

Mungkin membaca sesuatu yang membicarakan tentang sejarah yang boring, akan memboringkan anda, but I tell you what, its really worth reading!

Sejarah yang diajar kepada kita lebih kepada fakta semata, bukan apa yang mereka rasa, apa yang mereka buat atau macam

mana mereka lalui dan menyelesaikan masalah tersebut..

Masih ingat lagi tentang sejarah yang kita belajar sewaktu lower secondary school?Tentang perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong etc..Apa yang selalu diterangkan dalam buku teks ialah mereka berjuang demi bangsa Melayu..Tapi, faktanya ialah mereka berjuang tidak lain tidak bukan adalah semata-mata kerana Allah, Jihad di jalannya..Allahuakbar..

Sungguhlah kita selalu dikelirukan dengan fakta-fakta sejarah yang dimanipulasikan….

p/s: saya suka sejarah, tapi tidak suka cikgu yang mengajar dengan cara yang sangat boring dan menyimpang entah ke mana..huhu…

6) Kota A Famosa dibina dari runtuhan masjid dan bangunan yang lain..


Maka…rasanya tidak perlulah kita bergambar sambil tersenyum girang di hadapan A Famosa ,yang menjadi lambang penjajahan Portugis ke atas Tanah Melayu,yang antara tujuan utamanya adalah untuk agama mereka.

Boleh membaca dengan lebih lanjut di sini

p/s: Saya hampir-hampir terlupa fakta ini..

7) Tokoh-tokoh Islam yang unggul: Sultan Muhammad Al-Fateh, Khalifah Umar Ibnu Aziz, Khalifah Harun Ar Rasyid,Salahuddin Al-Ayyub etc..

p/s: sewaktu cuti hari tu, adik saya baru je bercerita tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh..Alhamdulillah,boleh saya kaitkan sedikit sebanyak..Thanx bro..

8)Kata-kata Ibnu Khaldun ,bahawa sejarah adalah sesuatu yang berulang-ulang.

Islam menjadi maju dan berkembang selama 600 tahun,iaitu bermula dari Mekah sehingga mencapai kemuncak kegemilangan Islam pada zaman Abbasiyah awal..Dan mulai runtuh pada zaman Abbasiyah akhir (pada 1255) sehingga tamatnya sistem khilafah di tangan Kamal Attartuk (1924), juga dalam masa 600 tahun.

Maka, di zaman manakah kita sekarang?Adakah di zaman kegemilangan Islam, atau ketika Islam mulai berkembang seperti di mekah atau Islam yang sedang jatuh?Di manakah kita di dalam timeline tersebut…Fikir-fikirkan..

Rasanya, cukuplah setakat ini..Terima kasih buat Sofwah yang mengajak akak ke program ni, I luv it..Terima kasih juga kepada anda yang sedang membaca ini..Semoga mendapat sesuatu dari entri saya ..Sekiranya terdapat sebarang teguran membina, atau ingin menambah apa-apa yang telah saya perkatakan, seperti biasa saya sangatlah mengalu-alukan..

Sekian..

Thursday, January 7, 2010

Soalnya Siapa Kamu

(Dipetik dari: ABU SAIF @ www.saifulislam.com, January 7th, 2010)


“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana” kata seorang kenalan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata” komen seorang kenalan lagi.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal” aju seorang lagi kawan.

“Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu perempuan dia lawa-lawa ustaz. Lembut pula tu, tak macam Arab” usik seorang lagi kawan yang terlupa dirinya sedang bercakap dengan ‘ustaz’.

Subjeknya sama, iaitu Turki.

Tetapi ulasan semua berbeza-beza. Dan pasti sahaja apabila setiap mereka tiba di Istanbul, tempat yang dituju adalah mengikut ulasan-ulasan itu tadi. Seorang ke Eyup menziarahi makam Abu Ayyub al-Ansari. Seorang lagi ke Eminonu mencari feri untuk meneroka Selat Bosphorus. Seorang lagi, akan ke Grand Bazar melihat barangan terkini dan harga semasa untuk dihitung dengan kalkulator di tangannya.

Lelaki yang keempat saya tidak pasti dia akan ke mana. Mungkin ke Taksim atau lorong-lorong gelap di Galata, khabarnya.

SIFIR HIDUP

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

Ada yang pergi Turki dapat dosa, ada yang pergi Turki dapat pahala.

Pergi tempat yang sama, akibat tidak sama. Bukan salah Turki, tapi soal siapa kamu yang pergi itu tadi.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

Layyinulharir: We choose what we want to be...The choice is in your hand..







Wednesday, January 6, 2010

Belum sempat lagi...

Assalamualaikum..
Bismillah...
Segala puja dan puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas rasul junjungan, Allahummasolli ala saidina Muhammad..

Ya Allah, rasa mengantuknya hari ni...sekarang ni, baru je habis kelas dan sementara waktu free ni saya ke library dulu dan bertekad nak jugak post something di blogku ini..Kenapa sy mengantuk? sebab semalam rasa penat sket, mmg tak tido sket pun waktu siang tu...and malam pun full dengan aktiviti...Tapi, nak kata tidur lambat pun tak juga, sebab saya tidur pun dalam kul 1 and bangun dalam kul 6 camtu, ok la kan..ermm, entah la...

Pastu kan, campur plak dengan lecturerku yang menyebabkan diriku merasa cam belajar bahasa Inggeris campur Tamil..Seriously, susahnye nak tangkap apa yang dia ajar..I wonder, kenapa UM ambil lecturer dari luar, yang mempunyai accent yang pekat, ajar students dalam bahasa Inggeris..Bukan apa, tapi ini juga menyusahkan students..Tak nak dengar, rasa nak dengar and nak cuba faham juga apa yang dia ajar...Bila dengar and cuba nak faham plak....ermm..Tengahari ni pula, ada lagi lecture dalam bahasa yang sukar difahami..huhu..sabar je la..."education" disebut "educasion", "first" disebut " fast" , macam-macam la bahasa baru yang we need to bear with...I just hope I got lecturers with a good command of English..tak la pening kepalaku..or menyebabkan jadi lagi mengantuk..huhu..

Teringat pula waktu first time join dis course...Terasa susah sket nak faham apa yang lecturer ajar, al maklumlah lecturer tu kebanyakannya belajar dr oversea, with a good English prounciation..Tapi, after few weeks , saya dah boley catch up apa yang lecturer cakap.Alhamdulillah..

Sebenarnya kan, banyak sangat benda yang saya rasa nak post kat blogku ini...Tapi, disebabkan time constrain, saya belum sempat lagi...Bila ada masa plak, bila buka FB, terlekat plak kt situ..Bukan apa, tapi sebab membaca status-status yang best, yang membuka mindaku yang tertutup dari tahu perkembangan-perkembangan nih...Saya cerita sikit ye...Salah satu yang menarik ialah sekarang ni ,
tentera Israel melatih anjing untuk menyerang sesiapa yg menyebut 'Allahu Akbar'..Anjing itu berharga lebih kurang 20 ribu seekor..Obama ada beli 1, nama Miki, bangka Jerman..Anjing Israel dilengkapi kamera, telefon, etc (Techno savvy dog la katakan)...Tapi hanya ikut arahan dalam bahasa Hebrew..Sekarang banyak digunakan di Iraq dan Afghanistan..Puak Anti Hadith di Nigeria pula mengisytiharkan perang kepada sesiapa yg menentang mereka..Nama kumpulan ini Kalakatu.Bley baca kt sini, www.Islamonline.com...Tapi saya tak boleh nak baca, dalam bahasa Arab,k..

Berbalik kepada tajuk saya...Ada satu entri yang saya tak sempat nak post lagi..Tentang program yang saya pergi last weekend, Ini Sejarah kita, tentang sejarah Islam..InsyaAllah, ada masa saya cuba post hari ni..Cuma sekarang ni sibuk sket, persiapan untuk kem penghayatan Islam anjuran Balai Islam untuk next week yang akan diadakan bengkel pegurusan jenazah dan penyembelihan, motivasi dan sukaneka.Event ni terbuka, so sesiapa saja dialu-alukan untuk datang...Namun, saya lebih suka sibuk sket macam ni, with all those meetings and etc, sebab at least terisi la sket masa saya dengn perkara yang berfaedah...and at least...ada la sumbangan untuk agama Allah ni...walaupun hanya sebesar hama...ye, mmg kecik sangat..Tapi, saya berharap yang kecil itu akan dihitung oleh Allah dan diterima sebagai satu ibadah, satu dakwah...Masih berusaha untuk menjadikan yang sebesar hama itu, untuk menjadi sebesar kacang, InsyaAllah..Aja aja Fighting!

Selain itu, saya sekarang ini sedang berusaha untuk membaca 3 buah buku yang saya pinjam dari library..Buku-buku yang sangat menarik iaitu, Psikologi untuk Para Pendakwah, How To Win Friends and Influence People (kalu tak silap ni buku yang popular) dan Pengurusan Diri..InsyaAllah, jika berkesempatan, apabila saya telah khatam buku-buku ini, saya akan ulas sket tentang isi kandungannya...Some sort of reflection, gitu la lebih kurang..

Dah panjang pun entri ni..So, saya berhenti kat sini dulu la ek..Yang belum sempat, saya akan cuba untuk sempatkan..

Lastly,Bye bye, have a nice day...


Saturday, January 2, 2010

Bingkai Kehidupan

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan
Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Seguris luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah Ghoyatuna
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fi Sabillah
Asma' Amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi






Wednesday, December 30, 2009

Sweet memory, Fifth Semester at UM

Bismillah..
I juz want to share with you all what I have gone through last semester...Here it goes:



Blog, windows live, Adobe Photoshop, photostory , FX Foto, Audacity-Just to name some of the technology that I involved with..See my first video (for my assignment) at this link.

That is my first video I do it on my own, k,of course lots of weaknesses..I has made some improvement for the real product, based on the comments made by my friends and lecturer...


Digital story telling workshop where we were introduced to Photostory and Audacity, 2 great applications for photo editing and audio editing. I become the facilitator..Photostory now is become my best friends for photo editing since it really user friendly.. If you want, juz download it from the internet,k..

Video kit. My friends and I experience the first time to do the video kit, juz like the one that we want to sell, complete with the way how we want to advertise it.1st also for me to do CD cover, juz deal with photo editing. Nice experience!

Reunion ex SMKATJ batch SPM 2004…Da first time reunion..I’m not meet them for almost 5 years, miss them a lot!

Lots of eating...1T3F, Jamuan Hari Raya with PERMATA, Jamuan Hari Raya Balai Islam etc...Enjoy!

I miss my IPGM Ilmu Khas so much…Miss those people that I close with there...I went there for 2 days ,before I sit for the last 2 papers ..Accidently, lots of events happen during those days; ‘Muktamar Agung PGPI’, ‘Solat Dhuha and ceramah’,’gotong royong to clean the surau ‘and also ‘jamuan akhir tahun asrama’…What a sweet memory to remember….It really release my tension,YEss, a lot..

Learn how to make cup cakes and tarts from my dear sis..Mission accomplishes!

Can you see my cupcakes,with lots of horn? huhu..still in learning process,k..

These are some of the things that I have gone through last semester...My third year degree, first semester at UM...I will never forget the bustling, tedious, tears and also all the fun and happiness to learn all the new things, especially regarding the technology….

Enjoy!!!