Thursday, April 29, 2010

Cuti yang hampir tiba


Seriously, dah lama tak jumpa adik-adik...Last day jumpa, semasa cuti bulan 11 dan bulan 12 tahun lepas.. Oh my God! tak perasan pun, rupanya dah dalam 4 bulan dah tak jumpa diorang..Balik hari tu ada program, yang saya sebenarnya terlupa cuti sekolah berbeza tarikh dengan cuti Universiti. Akibatnya, bila saya balik rumah, sume adik-adik dah takde..

"K.ngah bila nak balik?Lambatnya..."-tak tau la dah berapa kali k.chik ulang..

"K.ngah cepat la balik..Rindu nak makan masakan k.ngah ni!"-K.ngah tau ni ayat cover, sebenarnya adik-adik k.ngah rindukan k.ngah kan?..


"K.ngah, cepat la balik...Adik rindu ke k.ngah ni..."-sayu je nada adik..


"Adik nak pesan k.ngah beli pape tak bila k.ngah balik?" "Takd
e, adik cuma nak k.ngah balik dengan selamat je..."

Aduhai, adik-adikku ni..Makin la sedihnya saya..

Semalam, semasa kol adik-adik, alhamdulillah, sempat juga memberikan sedikit sebanyak kata-kata nasihat..Cuma, rasa teringin juga nak share dengan sahabat-sahabat pembacaku sekalian..Waktu tu, adik saya yang form 3 (kami juz panggil adik je) cerita tentang kawan-kawan yang tengah couple.. Dan biasa la kan ragam orang bercinta ni, mula la nak bermsg, kol, jumpa, pegang-pegang, berindu-rinduan, erm macam-macam la..

Kata saya kepada adik..

"
Adik, kita jangan terpengaruh dengan orang ye..Bukan k.ngah kata cinta tu salah, tapi bila kita bercinta ni, nanti akan membawa kita kepada banyak benda-benda yang tak elok. Ni bukan masa adik untuk bercinta, bila besar nanti, dan bila memang dah sampai masanya, boleh la nak bercinta, tapi tu pun ada caranya..Bukan dengan keluar dating , msg2 dan sebagainya"

Dan tiba-tiba terkeluar pula kata-kata ini dari saya,

" Dik, takpe kita takde kekasih macam orang lain pun..Kita kan ada Allah, Allah tu la kekasih kita yang sentiasa ada bersama kita..Bercintalah dengan Allah..Baca Al-Quran, itu surat cinta Allah kepada kita..mintalah apa-apa sahaja dari kekasih kita tu, Dia pasti akan tunaikan..Dan selalulah berjumpa Kekasih kita tu dalam solat"..

Setelah bercakap dengan adik, dengan pelbagai kata-kata nasihat yang saya cuba selitkan, saya sendiri merasakan sedang mentazkirahkan diri sendiri..Ya, betul tu...Apabila kita menasihati orang, sebenarnya kita juga sedang memperingati diri sendiri..Moga adikku beroleh manfaat, dan begitu juga dengan diriku..Moga terkesan dihati dan terkesan pula pada amalan..Amiin, ya Allah..

Cuti yang hampir ti
ba

Cuti dah hampir tiba..Dalam kepala, banyak benda yang nak dicover bila cuti nanti. Hopefully, cuti ni saya dapat manfaatkan sepenuhnya. InsyaAllah, saya nak buat satu jadual , yang lebih baik dari sebelum2 ni, dan akan cuba sebaik mungkin untuk patuhinya [Sebelum ni buat jadual je, tapi tak ikut pun, huhu..] InsyaAllah, nak banyakkan solat berjemaah bersama adik-adik, bagi tazkirah sambil bercerita dan sebagainya, banyakkan berdiskusi tentang masalah mereka and so on..Dan pastinya kena betulkan bacaan Al-Quran adik-adik sambil refresh balik tajwid-tajwid dalam Al-Quran tu. Saya harap saya dapat bertadarus dengan adik-adik setiap hari dan istiqamah. [Banyak ni yang saya kena improve dari cuti yang sebelum2 ni..]


(Image from: http://3.bp.blogspot.com/_EELWlS_z3Ys/Sshtk5AZmwI/AAAAAAAADr0/xpox3R09swo/s400/We_love_Islam_by_Marwa_Kishk.jpg)

Alhamdulillah, k.chik pula tengah bersemangat nak belajar memasak..Nanti boleh la saya ajar pape resepi yang k.chik nak belajar..Saya suka nak mengajar orang memasak, aish tapi adik-adik ni time rasa bersemangat je nak belajarnya..

Saya pula nak belajar menjahit dengan k.chik sebab k.chik pandai menjahit..Dah lama sangat ni niat nak belajar, cuma belum ada kesempatan lagi. Suka tengok jahitan k.chik, memang kemas..

Hopefully, banyak perkara yang akan kami belajar masa cuti nanti, moga bertambahlah ilmu dan kemahiran serta amalan.

Masa berkualiti bersama adik-adik

(Image from: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhdsqEtXFZ1sieXJmYMtIcZ0URyZTv2ebHwiTFKVAy8PyuezDpamVjTlVCfXSsWAewG9902T7OGDvMtyOI0-wKpVbKP8SEfR_4q3FoA2AOqSGW4V0Py_ivgAF40IrngUPEvoesCLxUqI8/s1600-r/sibling+header.jpg)

Kita bukan selalu berjumpa dengan adik-adik..Maka, bagi saya masa yang berkualiti bersama mereka itu sangat penting. Kita cuba lakukan yang terbaik dalam ruang waktu yang ada. Waktu itulah yang patut kita manfaatkan untuk mendengar luahan hati mereka, apa-apa masalah yang mereka ada dan juga memberi motivasi buat mereka. Harapnya dengan itu, dapat rapatkan lagi hubungan kita yang selalu terpisah. Dan ingatlah, bahawa dakwah yang paling utama itu adalah kepada keluarga kita. So, cubalah kita tunaikan tanggungjawab kita tu sebaik mungkin apabila bersama dengan keluarga. Dan antara perkara terpenting dalam dakwah itu bagi saya adalah dengan membina hubungan yang baik dengan orang yang ingin didakwah (Mad'u kita).

Last but not least,
saya memang nak jadikan cuti ni sebagai cuti yang terbaik. Mulakan dengan planning yang baik, kemudian buat apa yang dah di plan tu. InsyaAllah, I know u can do it.. Gud luck Layyin, all da best!


Buat adik-adik k.ngah,
InsyaAllah, panjang umur kita jumpa..Sabar ye sayang..



(Image from: http://s4.hubimg.com/u/1202899_f248.jpg)

K.ngah pun riiiinduuu adik-adik k.ngah; rindu k.Chik, rindu Napi dan rindu adik....

Ingat Allah selalu ye (^_^)

*****************************************
p/s: Erm, rasa best la menulis tentang perasaan di blog ni..Rasa terluah apa yang ada di hati dan juga rasa lagi jelas matlamat yang ingin dicapai, InsyaAllah=)


Facebook, kain dakwah yang tercorak luas


Artikel ini ditulis oleh Saudara Majdi Nadwan, http://ilasyahid.blogspot.com/.

Lepasan Darul Quran JAKIM dan kini menuntut di UIAM.

Kata orang,

Facebook itu satu keperluan.

Keperluan asas hidup ke-4, malah, selepas makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Saya tersenyum. Dalam kata, ada makna. Dalam bicara, ada benarnya. Memang, facebook memang seakan satu keperluan. Jika orang tak kata pun, keadaan sekarang yang menggambarkan begitu.

Lakaran kehidupan yang kita dapat lihat setiap hari.
Di rumah, di pejabat, di mahalah, ataupun ketika sedang belajar subjek computer di makmal.

Facebook, kain dakwah yang tercorak luas.

“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya” -Hadis Riwayat At-Tirmidzi, no 2687

Walau yahudi yang membuatnya, kita mukmin yang akan mengambil hikmahnya.

Facebook mempunyai sistem yang amat luas dan menarik. Dari sistem tagging, terus kepada group yang senantiasa bercambah dari saat ke tahun. Ataupun terus message yang boleh terus dibalas, dalam hanya sekilas tangan.

Ianya semakin mudah.

Dan dalam semua ini. Ia mencampakkan kita ke lembah komunikasi yang amat luas. Dan bila ada komunikasi, maka ada perhubungan. Dan bila ada hubungan, maka di situ ada, dakwah.


Sistem tagging yang menyentuh bahu.


(Image from: http://1.bp.blogspot.com/_5CTML0SeHwA/R-I-GsJy8BI/AAAAAAAAAAo/WD_ZnuhjgK4/S660/cat-smile.jpg)


Saya cuit bahu kamu. Tersenyum, dan berkata,

"Jom, kita berjalan bersama menuju Allah"
Dengan muka yang manis mesra.

Dan itulah sistem tagging. Bila kita mentag seseorang, pasti keluar notification padanya dan memberitahu.

"Anda telah di tag"
Kan itu menyentuh bahu? Apabila kamu tag seseorang melalui nota islamik, atau yang kamu lukis pada picture yang mengandungi mesej-mesej islami, mahupun ketika kamu invite seseorang ke dalam group perbincangan agama dan pemikiran.

Mereka akan rasa terpanggil untuk membaca. Malah, bila ditag, mereka merasakan bahawa mereka benar-benar special. Istimewa. Memang khusus untuk mereka, kerana itu mereka di tag.

Bukankah kamu sudah menyentuh bahu mereka?

Untuk kita juga, kerana kita juga adalah mad'u.


Sentuhlah hati mereka dengan nota kamu. Semoga hati kamu juga tersentuh.

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.

Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk" -125 surah al-Nahl.
Seandainya malu menyampaikan melalui lisan, sampaikanlah melalui tulisan.

Kamu tulis nota, kamu sampaikanlah. Kamu ada gambar cantik-cantik, kamu sebarkanlah. Agar semua dapat baca.

Tak ramai yang minat untuk membaca blog. Tak ramai yang tertarik untuk melayari laman yang mempunyai tulisan dan karangan yang panjang-panjang, yang seakan seperti karya ketika SPM dulu.

Dan kadang, mereka merasa malu dan segan untuk hadir ke situ. Mungkin mereka malu, maka kamu yang hadir kepada mereka. Tersenyum, dan sampaikanlah. :)

Semoga hati kita juga tersentuh.

"Saya tak pandai menulis"

Tak mengapa, kamu jadilah orang tengah. Ramai orang yang bekerja sebagai orang tengah sekarang, menjadi perantara yang selalunya untung membukit.

Saya juga nak untung membukit.

Bukit pahala. Walaupun kadang kita tak tulis, tapi kita menyampaikan. Kita orang tengah. Tak ramai yang baca blog, maka kita bawa blog kepada mereka.

Kita copy, kita paste.

Blog Ustaz Hasrizal, blog Hilal Aysraf, blog Ustaz Pahrol, blog Majdi Nadwan, dan semua blog yang ada. Kita letak link blog mereka.

Kita copy, kita paste, dan kita tag mereka pada tazkirah itu.
Gambar? Ya, samalah. Begitu juga caranya.

Mesej, status, pimpinlah ia dengan iman

"Dari lisan kepada islam. Pimpinlah ia terus ke Iman menuju Ihsan"
Bila kita tukar status, mesti terpampang di home facebook kan? Dan orang akan baca. Meskipun tidak di tag. Sekurang-kurangnya mereka akan membaca sepintas lalu. Mengerling sepintas mata.

Tak salah nak berkongsi status peribadi kita. Kan kita berukhuwwah?

Kita sharing. Sharing is caring. And caring is loving.
Cuma, selitkan selalu kata-kata hikmah. Madah pujian berindah akhlak. Peringatan berhias pengajaran.

Jika tak baca, mereka menjeling. Jika mereka komen, kan boleh sama-sama kongsi idea?

Saya gembira, moga ini saham saya.

"Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh.”-hadis Riwayat Muslim

Hidup kat dunia, kejap sangat. Macam tengok filem. Habis aksi, habislah filem. Atau macam lagu. Habis intonasi, habislah lagu. Yang seakan mimpi. Bila terjaga, habislah semua.

Pastikan setiap saat kita dalam dakwah. Mestikan setiap nafas kita dalam tabiyyah. Apa yang kita buat, kita nak semua dalam pahala.

Kita bermain, kita nak pahala. Kita berblog, kita nak pahala. Kita bertwitter, juga nak pahala. Apatah lagi facebook kan? Di situ, pasti, kita juga mahu pahala.
Saya gembira, saya suka. Saya rasa banyak yang saya dapat buat dalam facebook. Amat luas, amat besar.

Macam multi-level kan? Macam MLM. Bila seorang baca, dan yang lain sampaikan. Huh, boleh naik pangkat saya.

Moga ini saham akhirat saya.

Usaha, usaha!

Image from: http://mppusim0809.files.wordpress.com/2009/06/kartun.jpg

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya.

Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.

Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 2:148
Banyak sangat yang kamu boleh buat dalam facebook ni.

Tagging, status, event, forum, group, discussion. Ah! Terlalu banyak.
Dan InsyaAllah. Setiap kali orang baca, selagi mana kerana Allah. Setiap kali itulah kamu dapat pahala.
Jom, kita berlumba!

Kamu berusahalah. Jika kamu yang menang, saya tetap gembira :)
(Tapi saya tak akan mengaku kalah ~)



Wednesday, April 28, 2010

Tidur satu nikmat

Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Badan rasa sangat penat. Namun, mata masih tidak menun jukkan tanda-tanda ingin tidur. Jika saya tertidur dalam pukul 4 lebih, saya bimbang akan terlajak pula waktu subuh... So, decision, better bangun, and do something...

Ternyata, tidur juga satu nikmat..Satu nikmat yang mana kita kadang-kadang terlupa. Namun yang pasti, ada orang yang tak dapat tidur, penyakit insomnia contohnya. Atau, macam saya ni, dah 2 malam tak dapat tidur (baru 2 malam). Mungkin kerana Allah nak suruh saya bersyukur barangkali, sebab itu dia buat saya tak dapat tidur. Sebagaimana jika kita sakit, baru kita sedar nikmat sihat. Jika kita sibuk, baru sedar nikmat lapang...Begitulah manusia...Bila hilang rasa nikmat, baru timbul rasa nak hargai, rasa nak bersyukur dengan apa nikmat yang ada selama ni..


(Image from: http://funnybabyanimalphotos.blogspot.com/2008/08/sleeping-baby-pictures.html)


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk beristirehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) untuk mencari penghidupan (masa untuk mencari rezeki.)
- (An-Naba’: 9 – 11).

Terima kasih ya Allah kerana selama ini memberi aku kesempatan untuk tidur dengan lena..
Dan terima kasih juga ya Allah kerana tidak melenakan tidur aku dalam 2 hari ini, semoga aku lebih bersyukur dengan nikmat tidurku selama ini...Alhamdulillah~


Tuesday, April 27, 2010

Rindu usrah dan program..


Di saat aku rindu pada usrah, Allah bagi peluang untuk aku berusrah,

Di saat aku rindu kepada program-program, Allah bagi peluang untuk aku berprogram,
Baiknya Allah..

Bila tiba musim exam..

Semua persatuan2 dan organisasi2 menghentikan program. no more usrah, no more programme. Dan yang pasti, di surau kolej saya ni, memang jarang ada ceramahnya.. Gap yang lama, 2 minggu sebelum paper yang seterusnya (my last paper), sangat la membosankan saya..

Semalam...

Hanya kerana menegur seorang adik, membawaku ke usrah mereka. Sempat makan bersama, solat berjemaah dan berusrah..Alhmadulillah..

Esok..

Dalam perancangan, ingat nak menjenguk ke maktab kesayanganku, IPGM Ilmu Khas. Ada pertandingan Tilawah Al-Quran dan hafazan.

Lusa..

InsyaAllah, akan join adik2 PGPI (Persatuan Guru Pelatih Islam) di maktab untuk ke Program Pemantapan Nuqaba'. Berterima kasih sangat kepada adik2 yang sudi mengajak..

Tulat dan seterusnya..

Study!!

Kenapa tak balik kampung?

Bila gap lama ni, biasanya ramai kawan-kawan yang balik kampung. Selalu juga orang tanya, kenapa tak balik?Ermm...Saya bukan tak balik sebab saya tak sayang mak ayah.. Sebab sayang lah saya tak balik. Saya cuba berjimat, jika balik kampung, tambang saja dah RM100. Tak pe la, saya stay je kat kolej ni, makan pun ada disedia. Niat dihati memang tak nak susahkan mak ayah, cukup la duit elaun yang ada, tak nak lagi meminta-minta dari mereka yang dah banyak sangat memberi. Kawan, bukan sebab saya tak sayang family...Cuma, cara kita menunjukkan kasih sayang itu berbeza mengikut situasi...Menahan rasa rindu dihati, itu juga kukira satu pengorbanan, semuanya kerana sayang...


Monday, April 26, 2010

Selamat Hari Lahir, Aishah


[Entri khas buat sahabatku, Siti Aishah binti Alias]

Assalamualaikum, Aishah..

Ermm...tak tau nak guna ayat camne...Tapi kali ni nak guna ayat yang kita tak biasa guna bila kita bercakap bersama, hehe..So beware ye, sila jangan gelak, ok Shah!

Shah,
Rasa banyak benda yang aku nak cakap..Tapi, tak pasti apa yang ingin dicoret di sini..Dah lama kan kita bersahabat Shah...Dari umur kita 6 tahun, sampai la umur kita dah mencecah 23 tahun ni..Macam-macam benda yang kita harungi bersama..Harung sungai, harung pasir, harung semak-samun, sume benda la, hehe.. Ermm..Teringat-ingat lagi sume saat-saat tu, suka, duka, pahit, manis, sume ada....Banyak kan kita berkongsi rasa..Banyak sangat masa yang kita spend bersama kan Aishah..

Shah,
Di kesempatan ini, aku ingin memohon ribuan kemaafan...Andai selama persahabatan kita ni, aku banyak membuat kesilapan dan sebagainya..Cuma, andai boleh diputar waktu, kalau boleh aku ingin kembali ke waktu dulu, untuk menjadi sahabat yang lebih baik, lebih baik daripada aku di hari-hari semalam, yang aku rasa sangat banyak kekurangan dan kelemahan.Terima kasih Shah, kerana menerima aku seadanya...


Rasulullah pernah bersabda, jika kita sayangkan seseorang, kita perlu lafazkannya..Esok belum pasti ada untuk aku....Shah, I wanna say I luv you..Aku sayangkanmu kerana Allah..
[Nak tulis gak kat sini, sebab kalau nak cakap depan2 ngan Aishah memang takkan cakap, huhu..Sebab Aishah akan gelak dulu...kan?]


Dan terima kasih sangat sahabatku, kerana sentiasa bersamaku pada waktu senang dan susah. Menjadi pendengar setia untuk ceritaku yang tidak pernah ada titik noktahnya..


Shah,
Semoga dirimu sentiasa berada dalam redhaNya..Dan semoga kita sentiasa berada dalam perjuangan, perjuangan demi menegakkan agamanya, InsyaAllah..
Perjuangan kita masih terlalu panjang, moga diberikan kekuatan dan moga kita istiqamah..

Shah...
kita jadi sahabat sampai bila-bila ye, sampai kita kahwin dan ada anak sekali pun, sampai bila-bila...Jangan lupakan aku di sini...Dan harapanku, semoga kita bertemu di syurga...Aku ingin bertemu dengan sahabat sejatiku di syurga...Shah..kita sama-sama doa ye..

Last but not least, Selamat Hari Lahir sahabatku=)




( Original image from: http://www.allabouthappylife.com/wallpapers/valentines_day/1600/1600-love-wallpaper-dsc02850.j)

Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain ada 6 perkara:

1) Apabila engkau bertemu dengannnya ucapkanlah salam.
2) Apabila engkau mengundangmu, maka tunaikanlah
3) Apabila ia minta nasihat daripadamu, hendaklah kamu menasihatinya
4) Apabila ia bersin, lalu mengucapkan "Alhamdulillah" maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah"
5)Apabila ia sakit, hendaklah kamu ziarahinya
6) Apabila ia mati, hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke kubur.

Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim.


assalamualaikum Pictures, Images and Photos
(Image from: http://media.photobucket.com/image/Assalamualaikum/sirloin_skipper/assalamualaikum12.gif)


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ;
"Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu"
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a)


Dari Abu Yusuf Abdullah bin Salam r.a., katanya; aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:, "Wahai sekalian manusia, tebarkanlah salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat sunat Tahajud), nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera".
(Riwayat Al- Tarmizi)

Dipetik Dari: Majalah solusi, edisi ulang cetak.

P/S: Layyin pun sebenarnya baru sahaja cuba untuk membudayakan salam bila bertemu sahabat-sahabat. Sedang cuba untuk istiqamahkan, InsyaAllah~

Jom kawan-kawan, kita sama-sama sebarkan salam (^_^)

Anak-anak Muridku.


"CIKGU, CIKGU SIHAT" Begitulah bunyinya sms yang saya terima.(Semuanya huruf besar, k)

"Assalamualaikum..Alhamdulillah, cikgu sihat je. Ni sapa ni?"
"SAYA NASRUL"


Dalam hati saya berkata, ingat lagi upenya anak murid saya ni..Nasrullah ni saya penah mengajar semasa SEP (School Experience Programne) dulu. Actually, bukan mengajar sangat la, juz banyak ganti kelas je semasa SEP tu.Dah hampir setahun saya tak jumpa anak-anak murid saya ni, tapi alhamdulillah, ada lagi yang ingat. Terharu sebenarnya, huhu..

Dulu, ada la beberapa anak murid yang kol dan msg. Ada sorang anak murid saya tu cakap dengan comelnya, "Cikgu, kawan-kawan yang lain tu sebenarnya diorang nak kol cikgu, tapi diorang cakap diorang malu". Waktu tu sebenarnya tengah bimbang saya nak stay kat mana bila masuk UM ni, tak tau dapat kolej or tak. Tapi, bila dengar suara anak murid, rasa lega sikit hati...Begitulah, letaknya anak-anak muridku dihatiku..Menceriakan hari, menghilangkan gusar dihati~Chewah, kata-kata yang ala-ala jiwang drpku yg tak jiwang ini,hee~

Saya saya rindu untuk mendengar panggilan itu. Cikgu, teacher, ustazah, semua ada anak murid panggil. Ustazah?Oh, teacher bukan ajar Pendidikan Islam, tapi ajar Bahasa Inggeris ye=)

Ok lah..Sekarang, jom kita tengok wajah anak-anak murid saya ni semasa SOP (School orientation Programme) yang mana kitorang kena observe kanak-kanak pra-sekolah dan semasa SEP di SK Taman Midah 1. Banyak gambar2 semasa SEP Layyin terdelete.. Uwaaa...Siyes rasa cam nak nanges je..Akibatnya, takdelah gambar2 yang happening dan abes sume gambar2 saya ngan diorang..Ermm, xpelah, nak wat camne, sendiri careless..Meh tgk apa gambar2 yang ada:


Ni masa SOP kat SK Taman Midah 2, Cheras.

Tengah sibuk mewarna ye..

Main-main..Ni kat belakang pra-sekolah tu.

Cuba tengok 3 orang dekat belakang tu..OooO, tunjuk hero ek~

Mereka berdua yang sangat comel!

Gambar amik masa last day.
Anak-anak yang masih suci dari sebarang dosa...Erm..

Kat bawah ni, gambar2 masa SEP plak..


Nasrullah yang tengah angkat tangan tu. Tahun ni dah darjah 5.

Kat kelas 4E.. Baru lepas exam pertengahan tahun.
Kelas yang rasa students paling rapat dengan Layyin.
Seronok sangat diorang masa story-telling session.

Budak-budak memang suka bergambar^^
(Padahal cikgunya pun sama je, hihi)

Say Cheese (^_^)


Si comel~Sekarang dah darjah 3..Suka sembang dengan budak-budak ni, sementara sesi persekolahan petang belum bermula.

Tengah ajar reading skills.

Waduh, nakal2 nih...

Kolam tempat murid-murid suka bagi makan ikan-ikan bila tiba masa rehat or sementara tunggu kelas sesi petang. Sampai kekenyangan ikan tuh, huhu..Kat bahagian depan sket daripada kolam ni ada pondok, kat situ la saya suka sembang2 denagan students..Kita akan tergelak bila dengar citer budak-budak nih..Aish, macam2..


Masa last day, hari ke 14 SEP, ada 2 orang anak murid ni bagi hadiah dekat saya. Hadiah satu frame, yang saya tau diorang beli dari koperasi. Walaupun cuma satu hadiah yang kecil harganya, tapi besar nilainya kat cikgu, hadiah pertama dari anak murid. Bukan cikgu mengharapkan hadiah, tapi hadiah tu kira cam bermakna la kan.. Tak dapat nak snap picture, sebab charger kamera tak tau saya letak ke mana..

Mungkin ada di kalangan sahabat yang masih belum tahu, Layyin ni amik course apa sebenarnya kan. Saya amik course TESl untuk sekolah rendah, spesifiknya TEYL (Teaching English for young Learners). Minor pula, amik Science. Jadi, InsyaAllah, lepas grad pertengahan tahun depan Layyin akan mengajar budak-budak yang comel2 kat sekolah rendah tu, hopefully..


I'm Future Teacher, InsyaAllah (^_^)




Sup bagus untuk kesihatan

Assalamualaikum..

Click Me~ Hi! Pembaca apa khabar? sihat ke? Saya alhamdulillah, sihat2 je [Padahal orang tak tanya pun ek, hehe..] Cerita tentang kesihatan ni, musim2 exam camgini, jaga la ye kesihatan..Bukan apa, rumet saya hari tu, kena gastrik, 3 hari..Balik rumet saya yang sorang lagi, dia pulak batuk, demam..Hari ni pun still batuk2..Kesian rumet2ku ni..Terbaca plak blog orang lain, dia cerita tengok orang yang berdarah, baru lepas accident, datang amik exam..Huu, takut dengar...So, take care ye semua =)
Memandangkan entri sebelum2 ni macam siyes je, saya nak cite yang tak bape siyes pulak ye..Cerita dari sorang kawan (kita namakan S), masa tengah makan tengahari..

Camni ceritanya..

Satu hari mak dia buat sup ayam. Kemudian mak S suruh la S pegi kat dapur, masukkan rempah sup bunjut dalam sup tu. Cari punye cari, tak jumpa la plak kan rempahnya..

"Mak oh mak..mana sup bunjutnya? Tak jumpe pon..""Ada, kat dapur tu.. Carilah..Pastu, masukkan aje kat dalam sup tu"
"Aishh, mana lah ni...", kata S sambil meneruskan pencarian.
"Ha'ah, yang ni kot"Kata S setelah bertemu dengan apa yang dicari So, dia pun terus memasukkannya ke dalam sup tu tadi.

Tiba time merasa...


"Kenapa tak rasa macam sup pon" Kata S kehairanan. Maka, ditambah lagi dan lagi rempah tadi.

Emak S pun jenguklah ke dapur..Terkejut mak S.

"Kenapa kuah sup ni jadi warna kuning?! Letak apa ni S?"

Korang rasa S letak ape?Hee~Click Me~

Haha, rupernye S letak serbuk kunyit. Patut la bila rasa, memang takde langsung rasa supnyer...Malang sungguh nasib sup ayam tu, takde sape pon nak makan, sebab takut tengok sup ayam yang berwarna kuning tu, huhu..

Moral of the story:

Belajar2 la ye masak kat dapur. Biar boley kenal mana jenis2 rempah, mana serbuk kunyit, mana rempah sup bunjut..Jangan jadi macam kes ni. Kesian sup ayam tu jadi mangsa, kui3..Kalau kat umah sendiri boleh tahan lagi, tapi kalau korang wat camni kat umah calon mak mertua, huhu, naya la korang , abes direjectnye..
Hehe, takde la , saje je tuh, takot-takotkan korang..
Tapi selalu gak dengar orang kata kan, nak ikat hasben, kena ikat perutnya dulu..Kena masak shedap2 kat hasben..Betul ek camgitu?
Huhu, cop Layyin tak tau~

Erm, tapi saya memang tergelak dengar citer dia tadi..Adeih, kawan aku ni, macam-macam..

Apa kaitan dengan tajuk?


(Gambar dari: http://www.flickr.com/photos/25472651@N06/2481827575/ )

Macam takde kaitan je ek, hehe..Tapi, yang saya tahu, sup memang bagus untuk kesihatan, let say masa demam or kurang berselera ke...Tak kira la, sup sayur ke, sup ayam ke, sup kentang ke, or mihun sup ke....Tapi jangan makan sup ayam yang letak kunyit, nanti dalam perut kita jadi bertukar warna kuning, kih3..Sila jangan tertipu dengan myth budak2 kecik nih ^^

Ok, bye-bye~

p/s: Layyin suka makan sup=) Nampak cam shedap je kan sup kat atas tu, hehe..

Adakah ini tandanya sayang atau...


Apabila lama tidak bertemu,
hatiku mula merasakan tidak senang...
dia terbayang-bayang di ruang mataku..


Apabila tidak bertemu, hatiku mula merasakan sesuatu...
Adakah ini namanya sayang...atau rindu..atau....
Ah, aku makin tidak pasti dengan perasaan ini..


Sungguh..
Aku tidak rela dengan perpisahan ini, walaupun hanya untuk seketika..
Tapi aku terpaksa, maafkan aku sayang,
Aku tidak berniat meninggalkanmu keseorangan..


Tapi sebenarnya ini gara-gara internet!
Blog, Rindu kamuuu!!Click Me
akhirnya jupe jugak kita hari ni, dah dekat 3 hari connection ada problem.
So, hari ni dah gembira dah, boley jupe balik ngan blog kesayanganku ni, YEayy!
(^_^)




Thursday, April 22, 2010

Yang Menggembirakan dan Menyedihkan (Part 2)

[Sambungan cerita 3 hari lalu]

Yang Menggembirakan.

Kakak call, katanya kereta ayah dah sampai..Alhamdulillah, ayah dah ada kereta..Mak cakap best naek kereta tu compared dengan Wira or Proton Saga, maybe sebab dia lebih tinggi kot...Dan yang paling pentingnya, warna Silver okeh!

Yang Menyedihkan.

Saya tak tau nak cakap macam mana...Tapi yang pasti... saya rasa sedih bila kak long citer camtu..Dan lagi rasa sedih bila dengar suara mak yang penuh kegembiraan..Waktu tu mak tengah bersiap nak pegi masjid dengan ayah, tak dapat nak sembang lama..

Apa yang gembiranya jika sekadar kereta Viva? Bukan saya citer pasal Marchedes atau Ferrary atau Fair Lady. Andai ada orang yang belum pernah menaiki kapal terbang, apa agaknya perasaan bila pertama kali menaiki kapal terbang? Atau jika ada orang yang pertama kali menjamah nasi berlaukkan ayam? Mesti excited kan?

Begitulah juga dengan keluargaku. Motosikal buruk ayah berusia lebih tua dari saya. Sebelum ini, ada ayah membeli kereta, tapi itu pun kereta second hand, dikongsi pula bersama Ayah Su saya. Tapi, alhamdulillah, kiranya penah juga ada kereta kan..Dengan motosikal ayah itulah ayah membawaku ke sekolah, jika tidak dapat menumpang kenderaan sesiapa. Perjalanan dari rumah ke sekolah menengahku mengambil masa satu jam., lebih kurang. Dan pastinya, 3-4 hari kaki saya akan sakit, sedikit kekejangan sebab lama masa perjalanan tersebut..Itulah motosikal ayah yang sangat banyak berjasa.. Tidak berganti-ganti walaupun dah berusia..Kata ayah dulu, sebab ingat kat anak-anak..Kalau beli motor baru, nak duit lagi..Kiranya inilah first time ayah ada kereta sendiri, yang baru..Alhamdulillah, ada rezeki...

Mak, ayah, besarnya pengorbananmu....

Ayah dulu penah bekerja sebagai buruh kasar di Singapura. Kemudian, bekerja sebagai tukang rumah, kadang-kadang menoreh getah jika tiada siapa yang menawarkan untuk membuat rumah.Mak pula membantu ayah, menoreh getah. Bukan kebun sendiri, tapi kebun getah yang kepunyaan jiran, bila dijual hasil torehan getah, duit dibahagi 2....

Banyak benda yang saya teringat sebenarnya.....

Teringat wajah mak dan ayah yang bermandi peluh, sarat dengan kepenatan, setelah balik dari "pejabat" mereka..Mak gelarkan kebun getah sebagai pejabat.
Pejabat yang hakikatnya penuh dengan ulat, pacat , nyamuk dan belukar...


Teringat pacat-pacat yang kekenyangan, jatuh dari pakaian yang dipakai mak ke kebun getah...Bila dikerat-kerat, keluarlah darah...Banyak mana ye darah mak, ayah yang pernah dihisap oleh pacat-pacat di kebun getah tu?
Banyak mana ye darah mak, ayah yang pernah dihisap oleh nyamuk-nyamuk di kebun getah tu? Hanya Allah yang lebih tahu...

Teringat mak..yang masih tetap menoreh getah..Sekalipun pernah terdengar sayup-sayup gauman harimau di kebun getah..Teringin sangat saya untuk berkata, "Mak, berhentilah menoreh getah.... bahaya mak!"Saya teringat cerita2 dalam majalah mastika, penoreh getah mati dibaham harimau dan ada yang cedera parah.. Ya Allah, lindungilah emak...Tapi apakan daya...Demi mencari rezeki buat anak-anak, emak mengagahkan diri juga...Dan aku tidak berupaya untuk berkata apa-apa...

Teringat mak yang seakan-akan menggigil , seolah-olah ingin pengsan katanya, bila balik rumah selepas terkena tahi ulat di kebun getah.. Habis berbintik-bintik badan mak, merah-merah...Begitu juga dengan ayah..Pernah terkena tahi ulat, beberapa kali juga..Gatalnya, hanya mereka je yang tahu..Saya tak dapat nak tolong pape melainkan mencari minyak panas untuk disapu..K.ngah mintak maaf...tak dapat nak kongsi rasa sakit dan gatal tu..

Teringat ibu jari ayah yang penah terpotong ketika bekerja, bertukang membuat rumah.
3 bulan ayah tak dapat bekerja.. Kesian ayah..Sakitnya saya tidak pernah tahu..Nasib baik tak banyak jari yang terpotong. Sekarang kuku ayah dah tumbuh semula, namun dalam keadaan yang tidak sempurna sepertimana asalnya...


Teringat ayah..Suatu ketika ayah berkata yang ayah ada buasir,
dan ingin ke klinik.." Ayah ada buasir?! K.Ngah tak tau pun.." Owh, rupanya ayah memang tak cerita kat kami yang dia ada penyakit tu, kak long pun tak tau...Dan penyakit tu berulang lagi..Dulu, doktor pernah menasihatkan, supaya tidak bekerja keras. Kata ayah pula, "Macam mana ayah tak bekerja keras, memang itu dah keje ayah"..Mesti sakit kan ayah?Mintak maaf..... K.ngah tak tau...


Teringat lagi pasal ayah..Kebelakangan ni, ayah macam selalu tak sedap badan..
Kadang-kadang demam, sakit kepala.
Tak tau la betapa banyak habuk-habuk kayu yang dah masuk dalam badan ayah...


Teringat ayah...Bila balik, mesti suruh k.ngah urutkan. Mak pula walaupun tak disuruh, k.ngah kadang-kadang akan urut juga mak...Biar lega sikit urat mak dan ayah yang dah penat kerja seharian."Rasa lega sikit bila k.ngah urut. Kalu k.ngah takde, mak tolong urutkan. kalu mak lenguh pulak, ayah tolong urutkan..Kalau dua-dua penat, takde sape dah la nak urutkan..Nasib baik ada k.ngah.."Ya Allah, rasa nak menangis saya mendengarnya...Sehingga mereka bergantian mengurut, jika tiada siapa yang mengurut. Mintak maaf ayah..k.ngah tak dapat nak urut ayah hari-hari. Tapi kalu k.ngah ada kat umah, ayah suruhlah k.ngah urut bila-bila pun, k.ngah boley tolong urutkan, mak pun sama....

Teringat senyuman emak. Kata mak, "Lega mak bila k.ngah ada kat umah..Mak balik menoreh getah tak payah pikir apa-apa dah, nak pikir basuh baju ke, kemas umah ke, memasak ke. Mak cuma tunggu k.ngah panggil makan je. Makan pun ada orang hidang"..Oh mak..Kesian mak...Mesti penat sangat kan...Menoreh getah, balik nak memasak lagi..Mintak maaf mak.... K.ngah tak selalu ada kat umah..

Itulah mak dan ayahku...Sememangnya emak dan ayah berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kami anak-anaknya. Dan yang penting, rezeki yang halal. Pernah suatu ketika, ayah menyuarakan kepada kami, "Setakat ini ayah rasa berpuas hati, sebab ayah rasa ayah dah cari rezeki yang halal untuk anak-anak ayah. Ayah tak harapkan dari orang lain" Memang, ayah tak pernah harapkan dari orang lain..Tapi, mak dan ayah berusaha keras mencari rezeki buat kami. Aku kira itu kata-kata yang cukup tulus dari ayah....Terima kasih mak, terima kasih ayah....

Alhamdulillah, semua anak-anak ayah mendapat pendidikan yang sempurna, tiada yang keciciran sebagaimana ada anak orang lain yang mak ayah mereka tak mampu menyekolahkan mereka. Usah disebut sekolah, malahan ada juga sebilangan kecil yang tiada duit walaupun untuk membeli beras, atau membeli susu anak, inilah hakikat kehidupan di kampung...Alhamdulillah, makan pakai kami cukup, keperluan semua cukup. Cuma, tidaklah bermewah-mewah seperti orang lain.

Masih teringat waktu Foundation dahulu. KFC itu saya anggap makanan mewah.. Bila menyuap ke mulut, teringat wajah ayah bonda, apa agaknya yang mereka makan hari ni..Sedangkan aku bermewah-mewah, makan KFC di KL ni, yang harganya mahal, satu set dalam RM10.00..Boleh beli lauk, masak untuk makan sekeluarga..

Tapi alhamdulillah..Dengan duit elaun yang dapat sekarang, dapatlah sekurang-kurangnya hulur Rm100-200 bila pulang ke rumah. Bila tiba hari raya, dapat juga membeli pakaian raya buat semua ahli keluarga..Dengan duit elaun itu, saya seolah-olah dapat menguruskan diri sendiri, semua pakaian , makanan, semuanya diuruskan sendiri..Alhamdulillah..Terima kasih sangat Ya Allah, syukur sangat Ya Allah, sekurang-kurangnya aku tidak lagi membebankan mereka dan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban mereka dengan sedikit duit yang aku hulurkan, selain dari duit kak long yang dihulurkan setiap bulan...

Deep from my heart...



Terima kasih yang tidak terhingga buatmu emak dan ayah atas segala jasa dan pengorbananmu... Takkan mampu kubalas walau kuhabiskan seluruh usiaku untuk berbakti kepadamu..Wahai Allah yang maha pemurah, lagi maha Penyayang...Kau ampunilah dosa kedua ibu-bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa aku kecil. Kau tempatkanlah mereka di kalangan hamba-hamba yang beriman kepada Mu..Ya Allah...Kau jadikanlah setiap titis keringat mereka dalam mencari rezeki sebagai satu pahala di sisiMu dan mendapat ganjaran yang terbaik...Ya Allah...Kau gantikanlah setiap penat lelah mereka dengan balasan yang jauh lebih baik di sana...Ya Allah...Ya Rahim..Makbulkanlah doa hambamu yang hina ini Ya Allah....Amiin....

Buat Mak dan Ayah,

K.ngah mohon ribuan ampun dan maaf andai selama ini k.ngah masih belum layak bergelar anak solehah..Namun, k.ngah akan berusaha dan terus berusaha untuk menjadi anak yang sentiasa menyejukkan hati mak dan ayah..K.ngah mohon maaf atas segala silap dan salah, mohon halalkan segala rezeki, mak ayah..

Ya Allah, Kau bantulah aku untuk menjadi anak yang Solehah.......



Akhir kata, semoga dengan adanya kereta ini, memudahkan segala urusan persekolahan adik-adik dan segala urusan ayah yang lain..Dengan adanya kereta ini, moga menyenangkan kita ke majlis-majlis ilmu, yang k.ngah tau, ayah nak sangat kan, kalu boleh nak angkut sume ahli keluarga dengar ceramah agama...InsyaAllah, harapnya dengan adanya kereta ini, menjadikan keluarga kita lebih bersyukur kepada Allah atas kurniaan rezekinya..

*****Cukuplah entri ini mengingatkan diriku betapa besarnya pengorbanan mereka..I luv u, sooo much, mak, ayah....Thanx for everything...Rindu mak, rindu ayah...

Tulisan bertemankan titisan air mata...
23 April 2010
1.05 a.m.
Kolej Kediaman Za'ba.


Di mana ye silapnya??

Remaja mangsa rogol menderita

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.

Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.

Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.

Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.

"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.


Bacaan selanjutnya di Utusan Malaysia.

************************************************************

Allahurabbi..Mereka ini baru berusia 14 tahun...Masih jauh perjalanan hidup yang mungkin bakal ditempuh. Bagaimana masa depan mereka nanti? Dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar lain yang melakukan perbuatan terkutuk itu? Di mana letaknya akhlak mereka? Di mana letaknya Allah di hati mereka?

Terlalu banyak masalah sosial yang kita hadapi dalam dunia sekarang ini, kita kecilkan skop di Malaysia. Di mana ye silapnya??Di mana silapnya sehingga rogol itu mula menjadi kebiasaan jika dikaitkan dengan remaja, walaupun masih di bangku sekolah? Di mana silapnya andai pembuangan bayi itu seolah-olah bertukar menjadi satu budaya masyarakat? Di mana silapnya sehingga pergaulan antara lelaki dan perempuan seolah-olah tiada batasan?

Indah terangkum falsafah pendidikan negara;

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Namun persoalannya, adakah tercapai semua matlamat itu?

Tercapaikah jika sekolah tempat mereka menuntut ilmu itu menjadi tempat mereka melakukan maksiat dan memuaskan nafsu? Saya kira, falsafah pendidikan negara masih belum tercapai, melainkan melahirkan lebih ramai manusia yang bersampah..Tinggi inteleknya, tapi makin rendah rohaninya...

Lihat sahaja gambar-gambar di bawah...Apalah salah mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa...Hilangnya rasa belas kasihan dek hati yang kelam dari nur iman....


Sedih kan tengok gambar-gambar ni..Tapi inilah realiti yang kita hadapi saban hari..

Mungkin ada orang yang akan menuding jari kepada ibu-bapa. Memang ibu-bapa memainkan peranan besar dalam mencorak akhlak anak-anak. Namun, kita juga harus ingat, ibu-bapa itu juga pernah memasuki era persekolahan, menghabiskan banyak masa untuk belajar di sekolah rendah , menengah dan peringkat IPT. Mereka juga pernah diasuh oleh guru-guru di sekolah dan sekolah itu sendiri seolah-olah menjadi rumah kedua mereka. Jesteru, Institusi pendidikan itu sangat penting dalam pembentukan akhlak masyarakat. Peranan guru itu saya kira cukup besar dalam mendidik anak-anak bangsa, mendidik mereka mengenal Allah dan rasulnya.


Maka, di mana ye silapnya sistem pendidikan kita? Atau... di mana silapnya guru-guru kita?

Apabila terbaca berita ni tadi, satu perkara utama yang saya terfikir adalah bagaimana aku sebagai seorang bakal guru perlu mendidik anak-anak ini, supaya mereka akan menjauhi perkara-perkara yang Allah benci, dan taat kepada suruhanNya..

Allahurabbi...Bersediakah aku untuk itu? Bagaimana aku perlu memainkan peranan sebagai pendidik nanti??

Mungkin pembaca boleh membantu saya merungkai persoalan ini....Syukran andai ada sebarang perkongsian dari pembaca sekalian...


Tuesday, April 20, 2010

Soo sweet!

Sweet n nice kan gambar ni...Layyin ditag kat gambar ni tadi...



Tak nak cakap banyak, cuma pesan Layyin, jangan tiru aksi ni ye,

jika belum sah kawen lagi, hehe...
Bahaya tau kawan-kawan!Nanti Allah marah~~
Kalo dah kawen, ye silakan,InsyaAllah dapat pahala (^_^)

Monday, April 19, 2010

How Backbiting and Gossip Look like?

Yang Menggembirakan dan Menyedihkan (Part 1)


Cerita pasal hari ni....


Yang Menggembirakan...

Selesai satu paper, Hubungan Etnik, Alhamdulillah..

Yang Menyedihkan...

Uwaaaa...Click Me~Sedih2...

Awat soklan susah sangat! Apa yang aku hafal tak kuar..Apa yang aku tak hafal pulak kuar..Huhu, ada ke patot tanya pasal tarikh, mana dihafal oleh aku ni..Sebelum2 ni, Layyin tanya la adik2 yang dah amik paper ni, memang sume diorang cakap tak kuar tarikh2 tu, so Layyin pun tak emphasize la sangat...Sekali....Fuh...Ada 5 soklan dari 40 soklan yang dia tanya pasal tarikh.

Click Me~

Bila Perjanjian London, bila Rancangan Malaysia 1, bila Parti Perikatan menang n etc. Cam soklan Sejarah je. Satu lagi kan, untuk adik2 1st year y amik soklan, kira satu advantage la diorang baru je lepas SPM, mest ingat lagi subjek Sejarah dulu. Kami yang under twinning program ni, dah 5 tahun tinggal SPM, dah berkarat sejarah dlm kepala nih, adeih,
tak aci 2x...huhu...

Tapi takpe la, sebab aku rasa dah usaha, so tawakkal je la.. Nak wat camne, apa yang kita betul2 hafal tu tak kuar..K, looking forward for the next exam=)
Click Me~

Yang Menggembirakan....

Layyin dapat duk kolej lagi sem depan, result permohonan dah kuar, alhamdulillah...
Akan merealisasikan beberapa misi dan visi yang masih belum sempat saya laksanakan kat kolej ni. Aku mesti melakukan sesuatu perubahan di sini.....Ini Tekad!

Yang Menyedihkan....

Ramai adik2 Balai Islam yang tak dapat kolej (Balai Islam ni cam persatuan la ye). Ramai adik2 yang bagus esp. under biro penerbitan yg tak dapat kolej. So, sekarang S/U Balai sedang berusaha untuk membuat surat rayuan, melalui Puan Nik (penasihat Balai Islam). Harap sangat dapat...Mohon doa sahabat-sahabat sekalian ye...

Yang Menggembirakan....

Hari saya gi pasar malam..Hehe..best sebab ni 1st time saya pegi kat Pasar dekat ngan UM ni..Ekceli dah penah pegi sblum ni, but then just beli barang2 tuk wat bubur Asyura, yang Layyin penah citer dulu tu.

Layyin beli baanyak, sekali-sekala katakan, huhu..beli makanan favrot; putu bambu, buah mempelam, kuih bederam, tau fu fa, air durian belanda n keropok.

Tiba-tiba terjumpa dengan sorang kakak J-Qaf ni. Dulu dia penah duduk sebilik ngan Layyin, masa kursus 2 minggu.Tak sangka dapat jumpa dia. Rupanya duk kat Vista dekat LRT Universiti tu je..Lama tak jumpe...

Alhamdulillah~Click Me~


Yang Menyedihkan.


Sebenarnya aim utama nak gi pasar sebab nak beli ni:



Puding Karamel!!

Sebelum pegi tu, Layyin terbayang-bayang je kesedapan puding karamel tu...Lembut, manis, berkrim...(Padahal tengah pose, haishh) Tapi takde la pulak kan, huhu...

Takpe la, takde rezeki la tu..Gambar kat atas tu dikidnap drp blog kak long Layyin... Kadang-kadang kak long ni zalim juga tau.. Manakan tidak, tengah2 malam dia tepek gambar makanan2 kat FB, of cos la Layyin nih meleleh air liur tengok, makanan2 febret tuh.. Maka, ini bermakna kak long telah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya = zalim.. Hehe, ngah gurau je la Kak Long ye, tak lah, Kak Long baek je..Tapi bila ngah pegi umah nanti, faham2 je la ye apa y nak dimasak, kui3..


Satu lagi kesedihan dan kekesalan yang berlaku: Layyin terlupa nama akak JQAF tu. Tanya ex-rumet la, Ili, kut dia ingat.Ili, apa ek nama akak tu Ili, Kak Yati ek? Macam segan la pulak nak tanya dia sediri, dia ingat lagi nama Layyin, huhu..

Pembaca tau tak apa yang akak tu cakap??Mesti la tak tau kan, kalu layyin tak gitau...
Huuuuuuuuuuu............Click  Me~

Dia cakap Layyin makin berisi..
Rasa cam skang gak nak gi jogging!!
Tapi tak dapat dinafikan la, siyes berat bertambah2.. Sampai ada baju yang takleh pakai dah, tak lepas SIRIM. Memang plan nak exercise ni n nak kurangkan makan. (Plan je dari dulu, buatnye tak, keje duk makan je, heee~)


Sekian saja ceritaku kali ini, terima kasih la ye sebab sudi melayan citer2 Layyin ni..

Bersambung........






Saturday, April 17, 2010

Perlembagaan Malaysia

Haishh, banyak yang nak kena hafal nih..Esok saya ada paper Hubungan Etnik, salah satu subjek wajib Universiti. Baca buku tu rasa cam study buku sejarah masa sekolah menengah dulu plak, penuh dengan fakta-fakta, bermula dari zaman penjajahan sehingga kepada Malaysia pada hari ini. Nasib baik Layyin ni suka Sejarah, kalu tidak, nyenyak dah kut tadi. Ok, juz nak share tentang konsep perlembagaan dan tentang perlembagaan kat Malaysia ni. Penting ye tuk kita semua ingat, i mean not juz for exam purpose, tapi sebab apa2 yang berlaku kat negara kita ni, Perlembagaan Persekutuan akan dirujuk (Note: Bukan Quran dan Hadith ye..) So, pasal perlembagaan ni, kita kena amik cakna gak la ye.InsyaAllah, kalu baca niat kerana Allah, InsyaAllah dapat pahala (^_^). Okes, Jom kita baca:


Konsep Perlembagaan

-Takrif Perlembagaan

--->Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

-Perlembagaan Persekutuan

---> Merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.Tiada institusi yang mengatasi Keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

-Perlembagaan memberi kuasa kepada

---> Parlimen (badan perundangan), badan eksekutif (temasuk kabinet dan semua jentera kerajaan yang lain) dan badan kehakiman.

-Kandungan Perlembagaan Malaysia

--->Mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.


Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

Unsur-unsur tradisi amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan.Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal perlembagaan. Menurut Mohd Salleh Abbas (1985), unsur-unsur tradisi ini meliputi:

i) Bahasa Kebangsaan
ii)Agama Persekutuan
iii) Kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
iv)Pemerintahan Beraja.

Kepentingan Unsur-unsur Tradisi:

Unsur-unsur ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada 1957. Unsur tradisi berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporannyang dibuat oleh Suruhanjaya Reid juga menekankan betapa pentingnya mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1957 (Abdul Aziz Bari, 2001).Unsur-unsur tradisi juga merupakan prasyarat san pemuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya unsur2 tradisi i ni sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dijadikan isu perbincangan awam.

Beberapa perkara yang disentuh dalam Perlembagaan Malaysia (yang berkaitan dengan hubungan Etnik) :

1) Perkara 3 (1) : Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan dan setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

[Sebab inilah kerajaan ada kebebasan, kuasa dan keistimewaan tuk tubuh, selenggara, bantu penubuhan institusi Islam dan laksanakan ajaran Islam serta kuarkan belanja tuk tujuan itu. So, orang tak leh pertikai kenapa kerajaan banyak bantu tuk tubuhkan masjid dan sebagainya, tapi sangat sikit peruntukan tuk bina tempat ibadat agama laen]

2) Perkara 8 : Persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan Istimewa Melayu dan seumpamanya.

3) Perkara 10 (4) : Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam, Orang Melayu, kewargenegaraan dan seumpamanya.

4) Perkara 150 (6a) : iaitu kedudukan agama Islam, adat Istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak, kewargenegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

5) Perkara 152 : Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.

6) Perkara 153 : Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

[Peruntukan lain: Perkara 86, Perkara 90 dan Perkara 8(5)]

7) Perkara 60 : Takrif orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak. Melayu ditakrifkan sebagai :

1) Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu
2) Menganuti Agama Islam.
3) Mengamalkan adat istiadat Melayu.


Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi hak kepada kaum bukan Bumiputera.


{Dipetik (dengan sedikit pengubahsuaian penyusunan ayat) dari Modul Hubungan Etnik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

**********Saya rasa akan ada je soklan dari bab 6 nih. Hafal Layyin, jangan tak hafal!
Ok lah, bubbye, saya kena sambung study nih, tapi before tu kita lunch dulu yer, tambah energy kata orang...

Doakan saya ye=)