Saturday, March 27, 2010

Tentang Sukaneka

Bismillah...Assalamualaikum..

Sebenarnya tengah buat assignments yang berlambak ni...Esok ada sukaneka, under Balai Islam..Dalam hati, Layyin rasa, best juga kalau tak payah pergi, huhu, macam tak baik je kan..Usaha persatuan kita nak eratkan ukhuwah, takkan tak nak sokong..Bukan apa, tapi sebenarnya ada 2 sebab saya cakap camtu:

1) Saya segan nak main sebab campur muslimin dan muslimat, ikut biro.

2) Assignment banyak sangat. Ada 6 assignments nak kena hantar next week..Lepas 31 Mac, InsyaAllah hati akan rasa lega dah...Maybe balik sukaneka tu rasa penat plak kan...Camne nak wat assignments...tapi, InsyaAllah, moga Allah permudahkan...(sapa la suruh tak siapkan awal2...procrastinate lagi Layyin ek..huh..)

Ikutkan saya, saya kurang setuju kalau kata nak buat sukaneka campur muslimin dan muslimat..Bukan apa, tapi mesti gak ada lari-lari sket2 kan , dan dari pergaulan pula, bimbang juga saya-bimbang akan diri saya sndiri dan adik2 ni...Tak nak la ada gelak ketawa yang berlebihan, i mean antara muslimin dan muslimat..Tapi, adik2 ni dah rancang, takkan kita sorang nak bangkang pulak kan...Juz cuba improve, dan Layyin suggest buat sket satu sesi pengisian rohani before start sukaneka..Alhamdulillah, InsyaAllah esok akan ada sedikit pengisian..At least, bagi Layyin, biar ada something yang kita boley wat balik dan ada ilmu yang boley diamalkan..

So, sekarang ni saya nak tanya pendapat pembaca ni:

1) Apa pandangan pembaca kalau sukaneka dicampur muslimin dan muslimat? ok or not ok?

2) Apa alternatif laen (selain sukaneka) untuk eratkan ukhuwah antara muslimin dan muslimat?Maksudnya, tak de la macam sekarang ni, dalam persatuan saya ni sampai kami ramai lagi tak kenal sesama ahli ---> saya kira kes berat nih...

Semua pendapat pembaca saya dahului dengan ucapan terima kasih, jazakallah (^_^)

Mari Mengukur Tahap Solat


Setiap hari kita solat. Tanda kehambaan pada Allah PEMILIK kita. 5 waktu sehari...dari takbiratul ihram hingga salam. Agak-agak solat kita dah bagus ke belum.?Cuba tanya diri anda sendiri. Solat ni ada peringkat-peringkatnya. Mari kita baca dan check kat mana solat kita:

Peringkat 1: SOLAT IKUT-IKUTAN

Individu yang peringkat solatnya "ikut-ikutan" ini, solat secara zahir sahaja, bacaan masih tak betul, tapi tak belajar solat dengan betul sama ada secara formal atau tidak formal. Pendek kata orang yang begini tak ada ilmu berkenaan solat.

Peringkat 2: SOLAT IKUT MOOD

Orang yang solat, tahu ilmu solat, tapi tak boleh melawan nafsu akan tarikan dunia. Kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Kalau mood baik = solat. Kalau sibuk, penat = tak solat lah.

Peringkat 3: SOLAT YANG LALAI

Orang yang solat, fasih bacaanya tapi tidak khusyuk, sebab tak faham apa yang dia baca dalam solat. Kenapa jadi tak faham tu, sebab dia main hafal je. Fikiran dia banyak menerewang pada perkara lain.

Peringkat 4: SOLAT AWAM

Golongan ke 4 ni, solat cukup 5 waktu, tepat ilmunya, dia faham apa yang dia baca dalam solat, tapi dia tak hayati apa yang dia faham tu. Fikiran masih duk ingat perkara duniawi sebab tak menghayati apa yang difahami.

Peringkat 5: SOLAT ORANG LALAI

Golongan ini suka main "tarik tali" masa solat. sekejap khusyuk sekejap tak. Bila teringat sesuatu dalam solatnya maka dia terbawa-bawa dengan hal tersebut. Tapi bila teringat pada Allah semula maka dia sedar semula dan cuba bawa hati dan fikirannya untuk menghayati kalimat dan bacaan dalam solat.

Peringkat 6: SOLAT ORANG SOLEH

Individu pada peringkat ini tepat ilmunya, faham setiap bacaan dalam solat. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling, pekerjaannya atau hartanya. Walaupun ada masalah hatinya masih dapat memuja Allah dalam solatnya.

Peringkat 7: SOLAT GOLONGAN MUQARRABIN
Pada peringkat ini bukan sahaja faham, tapi dia turut menghayati setiap bacaan dan pergerakannya dalam solatnya. Hatinya langsung tidak teringat pada dunia. Pemujaan terhadap Allah dirasai sepanjang dia solat.

Peringkat 8: SOLAT GOLONGAN SIDDIQIN

Peringkat ini adalah peringkat solat yang paling tinggi. Ibadah solat bukan sahaja mempengaruhinya dalam solat malah diluar solat. Kalau ada masalah, dia langsung solat, sebab dia yakin solat adalah penyelesai kepada segala masalah. Mereka ini adalah golongan yang merasai kelazatan bersolat. Makin solat makin lazat. Mereka melepaskan rindu pada Allah dengan solat. Hati mereka hanya pada Allah.

Ok, sekarang kita dah baca peringkat-peringkat solat. Maka, bagaimana dengan solat kita?Pada peringkat mana agaknya. Mari kita sama-sama check....

SUMBER :
Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni: Rahsia & Keajaiban Cinta Allah S.W.T

Wednesday, March 24, 2010

Hari Keusahawan (APK)-Part 2

Bismillah....
Assalamualaikum=)

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, semalam selesai satu lagi assignment/projek untuk sem ni, iaitu Hari Keusahawanan (APK). Banyak perkara yang dipelajari sepanjang gerai selama 2 hari ini. Antaranya:

1) Tarbiyah

Belajar bahawa segalanya adalah tarbiyah. Segala suka duka, pahit manis, semuanya adalah didikan buat diri ini.

2) Mengeratkan ukhuwah.

Alhamdulilah, rasa sangat seronok semalam. Layyin dapat jumpa ramai kawan-kawan dan adik-adik yang dah lama tak jupe,walaupun sebenarnya semuanya dalam UM je pun. Jumpe kawan-kawan dari sekolah menengah (yang dah lama tak berselisih bahu, walaupun sebenarnya tinggal di kolej depan kolej Layyin je).Selain itu, Layyin jumpa beberapa orang yang Layyin berkenalan sewaktu menghadiri program, ingat lagi tak yang Layyin cerita pasal pertandingan deco cake tu? Haa, Layyin jupe balik 2 orang adik ni yang kitorang bertaaruf semasa join pertandingan tu. Jupa juga adik yang masuk pertandingan tilawah sama-sama hari tu. Even, ada adik-adik yang di dalam kolej Layyin sendiri yang Layyin baru dapat tau nama mereka, selama ni selalu nampak muka je. Dan ada la sorang adik ni kan, dah lama nak tau siapa la empunya tuan yang namanya selalu disebut-sebut kerana hebatnya dalam perjuangan menegakkan kebenaran, alhamdulillah, dah dapat kenal sebab dia datang singgah kat gerai.

Alhamdulilah, seronok menghubungkan silaturrahim dan memulakan perkenalan.Sebelum lupa nama mereka, ingat balik: Na, Dayah, Amzar, Iza dan yang laen dah terlupa [cepat sungguh lupanya, ish...] Dan bila jumpa semula di kolej, ada antara mereka yang menegur Layyin, tanya macam mana bisnes. Layyin kira ini sesuatu yang sangat baik.

Sememangnya melalui urusan jual beli, kita dapat eratkan ukhuwah. Apa pentingnya ukhuwah? Pentingnya ukhuwah untuk dakwah iaitu kembali kepada matlamat asal kita dan penting untuk membuatkan kita rasa seronok dalam hidup ni...kan kan..

3) Mengetahui penat dan lelah berniaga.

Sebenarnya, layyin daripada sekolah rendah start berniaga, berniaga kecil-kecilan. Menjaja sayur mak ke sekeliling kampung, mengutip kulat sisir untuk dijual, mengutip buah perah (pembaca kenal tak?Susah nak dapat sekarang..), menjual lukisan, menjual jeruk jambu....ni semua cerita masa sekolah rendah, mungkin ada masa Layyin cerita panjang-panjang lagi tuk share pengalaman berniaga masa kecik-kecik, tambah duit poket, huhu, xde ganti sweet experience tu.. Masa sekolah menengah, tak berniaga sebab memang tak dibenarkan. Bila masuk maktab dan Univesiti, Layyin pernah berniaga habbatussauda, kain dan makanan. Selain itu, diamanahkan juga untuk menjadi biro ekonomi persatuan. Jadi, memang dah acap kali buka gerai dan untuk jualan yang ongoing tu memang ada la. Maka, bagi Layyin, berniaga tu memang penat, jika kita berniaga kecil-kecilan begini, bukan berniaga secara professional. Namun, bagi kawan-kawan Layyin, jika dilihat dari apa yang mereka luahkan di Facebook, menunjukkan bahawa mereka merasakan mereka dapat kenal penat dan lelah peniaga daripada APK ini.

Alhamdulillah...kadang-kadang, kita ni sesuka hati je kan nak dapatkan harga yang murah-murah. Kita kena tau penat dan lelah peniaga tu, dan memasak banyak-banyak semestinya sangat memenatkan. Kadang-kadang orang tak faham, maksud layyin contohnya bila biro ekonomi buka gerai. Bila ianya suatu yang memenatkan, ia memerlukan tenaga kerja yang banyak, agar dapat ringankan kerja. Jika kita berada di situasi biro ekonomi tersebut, apa perasaan kita jika orang2 yang ditugaskan untuk turun membantu, tidak hulurkan bantuan yang sepatutnya. InsyaAllah, harapnya selama ini semuanya diniatkan keranaNya, namun alangkah baiknya jika semua dapat memahami dan sama-sama hulurkan bantuan...

Untuk diri Layyin, InsyaAllah dah merasai sedikit sebanyak penat lelah berniaga, mungkin bagi kawan-kawan yang belum biasa, ini antara pengajaran penting buat mereka saya kira.

Ini antara 3 point penting Layyin kira. Settle k...

Semalam adalah hari yang seronok, sebab niat telah diperbetulkan hanya kerana Allah dan saya sememangnya setkan dalam hati saya, Layyin nak jadikan hari ini hari yang seronok tanpa perlunya disaluti pelbagai perasaan negatif dan mazmumah. Jika itu yang kita niatkan, maka itulah yang kita dapat.Enjoy the day!

Juz to share wif u a few pictures of the sweet moment:




Banyak sungguh gerai-gerainya..Customer? Hehe, macam lagi ramai penjual je..Pastu, sebab penat menjual, penjual plak la yang jadi customer...




Sekitar gerai kami...Menu special hari pertama, nasi lemak ayam goreng berempah + roti jala. Hari kedua, kami jual nasi kukus ayam goreng berempah + roti jala + roti sosej stim..Yang laennya, ada juga jual One Drop Perfume, Tupperware, shawl, ABM n etc...

Roti jala sedap (^_^) Nak kena berguru ngan Farah n Ekin nih...Belajar menjala, hehe...


During our second day..Luv dis picture ^^

(",)
Senyum orang tu ek dapat makan nasi kerabu, hehe...



Jadi Promoter...Menahan bahang mentari yang sangat la panas...
Memang sah, hari ni muka Layyin jadi lebih fair n lovely daripada biasa, huhu...nak cucumber!

Huhu, ni baru panas dunia Cik Layyin oi..


Krew Gerai Sedap 1 Malaysia
Thumbs Up!!
(^_^)


Last but not least, terima kasih dan congrat buat semua kawan-kawan sebab kita sama-sama telah menjayakan projek kita ni. Terima kasih buat adik-adik yang sudi menjenguk gerai, semata-mata ingin memberi sokongan, walaupun tidak membeli apa-apa.Terima kasih buat semua customer, especially yang datang membeli untuk support akak, akak terharu sebenarnya...Thanx!Thanx everyone!

Ok, Layyin terpaksa berundur dulu, banyak benda yang perlu disettlekan nih..Ada satu cerita tertunggak, tentang Jaulah (jalan-jalan) ke Kelantan pada weekend baru2 ni..InsyaAllah, ada masa nak juga Layyin cerita dan buat sedikit refleksi. Ok la ye, bye, bye...Assalamualaikum....

~~Oh my assigments, I'm coming darling !!

Tuesday, March 23, 2010

Tarbiyah hari ini

Hari ni adalah hari yang tak best. Entah la... banyak la benda-benda yang tak disukai berlaku..Hari ni kami buka gerai, antara requirement untuk subjek kami, Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) . So, banyak la benda2-benda yang tak menyedapkan hati..Antaranya ialah pada awal pagi tu saya dah menyusahkan Pak Cik Ramli ( Layyin dah penah citer pasal p.cik sebelum ni), kemudian, ada sorang kawan ni sesuka hati je marah saya (masalahnya dia selalu buat macam tu bukan saja kat saya tapi kat orang laen juga, tanpa sebab yang munasabah, dan buat saya rasa malu ngan orang laen yang dengar), kurang suka dengan gerai sebab ramai sangat ahli group (27 orang kot) dan terdapatlah bermacam-macam ragam manusia yang perlu dihadapi dengan pelbagai pendapat dan kata-kata dan saya tak suka banyak sangat kepala macam tu..Dan tidak memahami kenapa perlu perpecahan dalam cohort kami, sedangkan kita kan dah lama berkawan..bukankah kita sayang antara satu sama lain?Atas sebab yang sangat kecil saya kira, dan tidak wajar walaupun untuk bermasam muka..

Ok, ada lagi ni perkara yang tak suka pasal hari nih..nasi kerabu yang Layyin beli takde budu, jadi Layyin memang simpan dulu nasi tu nak bawak balik kolej sebab dalam bilik ada budu.Dan beli la juga ayam goreng berempah..Tup2, terlupa la plak nak bawak balik, bila kol kawan-kawan yang still ada kat gerai, diorang cakap tak jupe pun nasi tu...Huhu, siapa la yang buang nasi tu ye, maybe tersilap ingat sampah kut sebab dalam plastik..Sangat frustrated sebab teringin nak makan nasi kerabu, perut pun dah lapar sangat , penat, cafe tak buka waktu tu dan dah tak larat nak pegi kolej laen untuk beli makanan, dan membazirlah duit RM5 beli nasi kerabu tu..So, tido la tuk hilangkan semua rasa dan perasaan tu.Then, terbangun plak kul 7 lebih. Terlewat pula ke usrah, kul 8 sebab nak makan dan bersihkan diri lagi. Pastu, macam mana la Layyin boley terlupa hari ni ada kelas kokurikulum, kelas web mastering? Kelas untuk hari ini dan esok dapat pengecualian kuliah, except tuk kelas kokurikulum la kan..Kepala pula mulalah berdenyut-denyut sebab tido lepas asar...

WOooOW!

Banyaknye ye benda yang tak suka telah dilistkan. Macam yang Layyin cakap td, hari ni ada usrah, untuk ganti yang minggu lepas. Oh ye, sebelum Layyin teruskan cerita, mungkin ada antara pembaca yang baru dengar perkataan usrah. Usrah ni bermaksud keluarga dari perkataan arab. Boleh juga kalau nak bagi nama study circle or smart circle. Actually usrah bukan tertumpu kepada halaqoh (duduk berkumpulan) untuk membincangkan hal2 keagamaan sahaja malahan lebih dari itu. Kita boleh pergi main bersama, study bersama gi picnic bersama dan masalah-masalah yang ada pun boleh dikongsi bersama.


Ok, we go back to the story k..So, Layyin mengadu kepada naqibah (ketua di dalam usrah), tentang hari ini yang tidak disukai, which it suppose to be a fun day..Tentang rasa tak puas hati, rasa sakit hati, rasa frustrated, sume tu...Nak tau apa kata naqibah Layyin?

Sambil tersenyum, dia bertanya, apa niat Layyin pagi ni sebelum ke gerai? Ada tak apa-apa yang tak kena pada mula awal pagi? Katanya lagi, dulu sahabatnya yang merujuk kepada Hari APK ni (sewaktu diorang ambil subjek ni dulu) , berkata, "Inilah Tarbiyah hari ini".




Rupa-rupanya....

Allahu rabbi...Lemahnya aku ni..

Rupa-rupanyanya...inilah yang dinamakan tarbiyah. Segala apa yang kita lalui mesti ada sesuatu yang Allah ingin ajar kita...Cumanya..Kitalah yang perlu berfikir apakah tarbiyah yang kita pelajari dari incident tersebut.

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu situasi yang menyebabkan kita rasa tak puas hati, sakit hati, frustrated dan sebagainya, saat itulah sebenarnya kita diuji, diuji samada kita dapat mempraktikkan ilmu yang kita pelajari selama ini, diuji samada kita mampu bersabar dan bersyukur atau tidak, di situlah penanda arasnya....Setiap perkara yang kita lalui itu, adalah tarbiyah (didikan) buat diri kita agar kita menjadi orang yang lebih beriman dan bertaqwa kepadanya. Alangkah indahnya jika kita menganggap segalanya adalah tarbiyah, kerana dengan itu sahaja kita akan melaluinya dengan perasaan sabar, redha, syukur , berlapang dada dan segala rasa positif yang lain....Tidak berguna andai kita pergi usrah setiap minggu, selalu menghadiri pelbagai program dan tamrin, namun bila berada dalam medan sebenar kehidupan, kita tak mampu nak aplikasikan semua tu..Mungkin ini yang boleh kita kategorikan sebagai "wasteless" ---> ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon yang tidak berbuah....

Semuanya terjawab di sini....

Alhamdulillah....Rasanya semua perkara yang berserabut dalam hati ni, terungkai semasa usrah tadi. Kita perlu sentiasa perbetulkan niat kita, mempraktikkan ilmu yang kita ada, mengangkap segala yang berlaku sebagai satu tarbiyah dari Allah, menerima kenyataan bahawa setiap manusia adalah berbeza pendapat dan perangainya, banyakkan bersabar, banyakkan berlapang dada, baiki hubungan dengan Allah, baiki hubungan dengan manusia dan tingkatkan kualiti serta kuantiti ibadah...

Jika ada kawan yang marah kita, ingatlah bagaimana cara Rasulullah menghadapi orang yang bukan setakat menghina , mengejek dan memfitnah baginda, malahan menyakiti baginda dengan batu, tali dan sebagainya..Jika kita berada dalam kumpulan yang besar, banyakkan bersabar kena sememangnya manusia memang tidak sama. Jika kita berkawan, banyakkan tolak ansur, maafkanlah kesalahan kawan kita atas dasar kasih sayang kita kepadanya kerana Allah. Jika kita kehilangan sesuatu, bersabarlah, mungkin itu memang bukan rezeki untuk kita....

Sesi usrah hari ini yang lebih kepada muhasabah benar-benar telah membuatkan Layyin lebih banyak bermuhasabah....Usrah kembali menenangkan hati Layyin. Hari ni bukan lagi hari yang tak best, tapi hari ni adalah hari yang best kerana banyak yang telah dipelajari dan diperingati buat diriku yang selalu lupa dan lalai ini...

Allahu Rabbi....Thank you Allah, Alhamdulillah...Thanx naqibahku dan ahli usrah yang lain..


Inilah tarbiyah hari ini, dan akan ku kenang hari ini dalam tarbiyah hidupku.....

Astaghfirullah....Ya Allah...Pimpinlah daku ke jalanMu......





Tuesday, March 16, 2010

Perintah menutup aurat = Tanda kasih sayang Allah.

Belgium court says Muslim teacher can wear headscarf in class

A Muslim mathematics teacher in a municipal school in Belgium won her legal battle to wear a veil in class.
Tuesday, 16 March 2010 21:24

A Muslim mathematics teacher in a municipal school in Belgium won her legal battle to wear a veil in class on Thursday.

The teacher more than two years came to class with his head covered, but in September last year, school authorities suddenly decided to deny her this.

But following a court decision to allow a teacher to teach while wearing a headscarf, Francophone parties are pushing for a general ban on religious symbols in schools.

The first attempt to repeal the discriminatory decision of the teacher was not a success – a court in Charleroi took the side of the school, recalling a decree on the “neutrality” of the state school system.

France, whose five million Muslims make up Europe's largest Islamic minority, banned Muslim headscarves in state schools in 2004 and a recent proposal for a burqa ban has sparked outcry in the Muslim world.

Agencies
From : world bulletin

************************************************************
Alhamdulillah..Mahkamah Belgium, pada 16 Mac telah membenarkan guru wanita Islam pakai tudung dalam kelas. Guru matematik itu telah menang dalam kesnya. Allahuakbar!

Bandingkan pula situasi kita di Malaysia...Kita bebas untuk memakai tudung dan menutup aurat, tapi lihatlah di sekeliling kita, berapa ramai yang menghargai kebebasan itu?Di Belgium, muslimah sanggup ke mahkamah untuk pakai tudung, pertahan kehormatannya.....

Adakah kita rasa sangat terbeban dengan suruhan menutup aurat itu?Allah tidak akan rugi apa-apa pun jika kita tidak menutup aurat. Menutup aurat itu bukanlah hanya kerana kita kena tutup tetapi sebenarnya kita memang perlu tutup....Kena dan perlu, berbeza.

Kereta canggih

Ada seorang lelaki, En.Abdullah namanya. En.Abdullah telah berjaya mencipta sebuah kereta yang tercanggih, yang bukan sahaja boleh bergerak di atas darat, malah boleh berfungsi untuk terbang dan bergerak di atas air. Pemilik kereta boleh mengubah warna kereta pada bila-bila masa mengikut citarasa masing-masing, tekan sahaja butang yang ada di dalam kereta itu. Kereta ini tak perlu driver, automatic drive.Then, yang bestnyer lagi, dalam tu ada robot yang boleh memasak makanan untuk kita. Pembaca nak makan apa? Kue teow kungfu, tom yam, ayam BBQ, nasi goreng USA, chicken chop, dan banyak lagi list menu yang boleh di masak oleh robot tersebut menggunakan mesin memasak makanan yang canggih. Itu antara keistimewaan kereta ini, beserta banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain.

Sememangnya kereta ini mendapat sambutan yang hangat sekarang. Penjagaan dan cara pemanduan kereta ini berbeza dengan penjagaan dan pemanduan kereta lain, kerana fungsinya dan jenisnya berbeza. Agaknya la kan, apa akan jadi ,kalau ada seorang pembeli membeli kereta ini, dan tanpa melihat manual cara untuk memandu dan menjaga kereta tersebut, menggunakan kereta itu?

KeBOOooOmM!!! Accident might happen dan mungkin meragut nyawa si pembeli itu tadi...

Nak ikut saranan orang yang mencipta kereta tersebut, atau ikut kata hati pembeli kereta itu sendiri untuk membawa dan menjaga kereta tersebut? Siapa yang lebih tau tentang segala komponen, fungsi dan cara penjagaan kereta itu?Pembeli kereta atau pencipta kereta??

Pasti, Pencipta itu lebih Mengetahui.......

Ya....Begitulah juga kisahnya dengan kita...Mungkin kadang-kadang ada antara kita yang terfikir begini tatkala mendengar perintah dan larangan Allah,

"Kenapa la aku kena buat semua ni?", "Eh, menyusahkan je la, rimas la pakai tudung ni, panasnya..." , " Kenapa tak suruh buat macam ni? Kalau buat macam ni, bukan ke lebih baik?".

Sedangkan pada masa yang sama kita lupa...Lupa siapa pencipta kita...Adakah kita yang mencipta diri kita sendiri? Sudah tentu jawapannya tidak..Allahlah yang menciptakan kita....

Maka, adakah kita yang lebih mengetahui yang mana yang terbaik untuk kita, atau Allah sebagai pencipta yang lebih tahu yang mana terbaik untuk kita sebagai ciptaannya?

Sahabat-sahabat pembaca sekalian...

Menutup aurat adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan, yang bukanlah untuk menyusahkan kita, tetapi ketahuilah bahawa Allah menyuruh kita menutup aurat kerana Allah sayangkan kita, Allah telah memberi manual terbaik bagaimana cara kita kena dan perlu berpakaian. Terlalu banyak hikmah menutup aurat jika kita kaji dalam manual rujukan utama kita, Al-Quran dan As-Sunnah....Cuma, kitalah sebenarnya yang menentukan samada kita inginkan yang terbaik untuk kita, sebagaimana yang disarankan oleh pencipta kita, atau..... kita ingin mengikut cara kita sendiri yang kita anggap itulah sebagai cara yang terbaik....


.
Fikir-fikirkan....dan selamat beramal (",)

Mango : I luv u sooo much!

Inilah buah favourite Layyin...Eiiiii sedapnye....Juicy, sweet and refreshing...Tambah pula kalau letak dalam fridge, makan sejuk-sejuk...Urmpph..Sekarang kan musim mempelam.Hari tu masa balik, sempat juga beli mempelam. Dan semalam Layyin pergi la dekat bilik sorang adik ni, then dia bagi makan mempelam.Huhu, tak cukup, nak lagiiiiii....Bila ye Layyin nak beli...

InsyaAllah, weekend ni Layyin akan ada jaulah (jalan-jalan) ke negeri Kelantan bersama kumpulan-kumpulan usrah yang lain. Antaranya, kami akan singgah di Pasar Siti Khadijah. Layyin dah plan nak beli buah mempelam ni, kat KL ni mahal sket, hehe, nyummy nyummy...

Click Me


Haaaa...ni pun satu lagi yang Layyin suka..mempelam masam..Kecur liur kalau tengok mempelam ni...Teringat kenangan-kenangan masa sekolah menengah dulu..Layyin dengan best friend Layyin, sanggup kait mempelam yang dekat dengan kantin tu...Lepas tu kan, yang lawaknya, bila nampak je muslimin, cepat-cepat kami masuk balik aspuri (kantin tu dekat je dengan aspuri).Ye la, malu la kan, dengan tudung labuhnye, main kait-kait la plak..haha..tapi kami tak kira, nak gak mempelam tu, dah la rasa dia sedap, tak masam sangat macam mempelam dalam gambar nih...

Alih-alih, rupanya kan, muslimin tadi tu kait mempelam jugak..heh, nak jugak dia ek..Naseb baek ada gak tinggalkan untuk kami, hehe..Pastu, mempelam tu, kami cicah je dengan garam dan picit cili padi dalamnya.Maka, agak terpegun la orang dalam dorm Layyin tu, tengok kawan mereka yang berdua ni nampak makan dengan penuh semangatnya, ye la mempelam tu kan masam....Beware ye dengan orang macam kami;p

Aishah, ingat lagi kenangan ni? Layyin rasa nak gelak pun ada bila teringat...Hehe..


Ni kalu makan kat rumah. Layyin cuma campurkan dengan kicap, gula, garam, cuka dan cili padi. Lagi satu, kalau mempelam masam ni, Layyin suka request dekat mak, buat sambal mempelam, campurkan mempelam dengan ikan kering bakar, kelapa parut, bawang , cili padi dan garam, tumbuk-tumbuk sket bahan-bahan ni semua...Ermmm, sedapnya! Kalau campur dalam belacan pun, sedap jugak kan, kita cincang-cincang mempelam ni....mesti sambal belacan tu kaw-kaw punyer;p

Wah....panjangnya cerita pasal mempelam ek...

Kekuasaan Allah yang menciptakan

Ini sebenarnya kekuasaan Allah yang menciptakan pelbagai jenis buah dengan pelbagai jenis, pelbagai rasa, bermacam-macam saiz dengan 1001 khasiat yang terkandung di dalamnya. Jika kita tengok buah mempelam pun sebagai contoh, terdapat macam-macam jenis mempelam ; ada yang kecil, ada yang besar, ada yang manis, ada yang masam, ada yang warna hijau., ada yang warna oren dan ada yang warna kuning, macam-macam variasi ...Hebatnya Allah kan??Kita tidak akan mampu untuk mencipta walaupun sebiji buah mempelam menyamai buah mempelam yang Allah ciptakan ini....

Subhanallah....Alhamdulillah....Allahuakbar.....

Mari kita sama-sama hayati Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka."
(Ali Imran: 190&191)


Terima kasih ya Allah, kerana menciptakan buah mempelam, dan membolehkan pula aku untuk menikmati dan merasai kesedapan rasanya...Alhamdulillah...

p/s: Mango : I luv u sooo much!

Values from the perspective of religions.

Assalamualaikum, peace be upon u.

With the name of God most gracious most merciful, Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Today, I have passed up one of my assignment for subject ethics in teaching profession.And another thing that makes me happy today is because I got no class for web mastering (my curriculum subject), Hooray!! hehe..


Click Me~

For my assignment, I required to choose two values from three religion and elaborate on it for question A and for question B is about the role of teacher in order to teach the students on how to respect others religion. I think I would like to share with you all what I have wrote for question A, but before that I'm really sorry because my English is soooo bad, k..And another thing is, any point that I discuss here is based on the perpective of their followers, not me.Because some of the point, maybe you may have doubt on it. For eg: in Christianity, their main value is love and forgiveness, but yet it make me quite confused since they got what they called as 'original sin' (every baby is born sinful) whereas in Islam, we believed that every child is born with 'fitrah' which means clean (free from any sin). Maybe next time we will discuss about this futher=) Therefore, just take this as a knowledge and for you to read more on your own, okeh!

Let's start:

Religion is importance source of ethical values. In each religion, there are lots of values that have been teaching to its followers and that value becomes the practice among the followers. Religion becomes the source of ethical values because when someone practices a certain religion, he/she might follow the values that have been taught in that religion.

In this discussion, I would like to explain about two values from the perspective of Islamic religion, Christianity and Buddha.

From the perspective of Islam, I would like to choose the values of respect parents and honesty. According to Islamic teachings, to be obedient, to show respect and to show kindness to parents has been stated in the Holy Quran and also hadith such as to obey parents, treat them respectfully and to show kindness to them. The Holy Quran says, "Your Lord has decreed that you worship none but Him, and that you be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honor." - Surah Al Isra (17:23). Secondly, is value of honesty. Honesty in Islam is emphasizing in every aspect of live .Honesty in Islam implies telling truth, fulfill the promise, doing work sincerely and perfectly, fulfilling one's word, objective judgments, and objective decisions .In a hadith, the Prophet Muhammad (pbuh) said: “Honesty leads to righteousness and righteousness leads to Paradise . A man remains honest and concerned about honesty until he is recorded as an honest man with Allah. Lying leads to sinfulness and sinfulness leads to the Fire. A man keeps lying and remains partial to lies until he until he is recorded as a liar with Allah.” (Sahih al-Bukhari and Muslim).This hadith has shown us on how Islam is really concern about honesty in human live.

In Christian, there are two main values which are love and forgiveness. Christianity is emphasizing the value of love. For example as we can see in what Jesus Christ has ordered, “A new commandment I give to you, that you love one another; even as I have loved you, that you also love one another. By this all men will know that you are my disciples, if you have love for one another.” (Jn 13:34-35). Love is Christian is wide including love towards God, parents, family, neighbour, friend, animal, plants and everything that created by God in this world. Forgiveness is another main value in Christian. In Gospel of Luke (6:37), it mention that,Do not judge, and you will not be judged. Do not condemn, and you will not be condemned. Forgive, and you will be forgiven. Therefore, Christian people are ordered to be forgiven, in order to be forgiven by their God. Forgiveness in Christian means to forgive someone who has done something wrong to you, or even to your enemy and not to have revenge onto them. Therefore, a Christian who is obey to what God had command them, they will have these two values in them, which is love and forgiveness.

From the perspective of Buddha, I choose the value of moderation and sustainability. The Buddha is also known as the Middle Path, where one neither lives too extravagantly nor too frugality. Moderation in Buddha is including moderation in our understanding, thought, action, speech, livelihood, effort, mindfulness and concentration. Another important value in Buddha is sustainability. In today’s world, we can see lots of destruction especially towards the environment has been done. Buddha taught it followers to appreciate the nature and not to destroy them. In Buddha, they also have a term call sustainability dharma, where it is about finding ways to live peacefully and sustainably on a global, community and, most importantly, personal level.

As a conclusion, religion is really an important source of ethical values whereby each individual will practice the value that have been taught by their own religion. Therefore, religion will influence the values that being practices by a person in his/her life.

Words


Be careful of words,
even the miraculous ones.
For the miraculous we do our best,
sometimes they swarm like insects, and leave not a sting but a kiss.
They can be as good as fingers.
They can be as trusty as the rock you stick your bottom on.
But they can be both daisies and bruises.

Yet I am in love with words.
They are doves falling out of the ceiling.
They are six holy oranges sitting in my lap.
They are the trees, the legs of summer,
and the sun, its passionate face.

Yet often they fail me.
I have so much I want to say,
so many stories, images, proverbs, etc.
But the words aren't good enough,
the wrong ones kiss me.
Sometimes I fly like an eagle
but with the wings of a wren.

But I try to take care and be gentle to them.
Words and eggs must be handled with care.
Once broken they are impossible things to repair.


By: Anne Sexton

Monday, March 15, 2010

1 Malaysia 1 halal

Satu-satunya logo JAKIM yang diterima pakai buat masa sekarang ini. Jadi, jika ingin membeli apa-apa barang makanan atau makan di restoran/ hotel mana-mana, pastikan hanya logo ini, the one and the only logo halal yang ditampal.



Untuk mendapatkan sebarang maklumat tambahan mengenai syarikat/ hotel/ restoran yang mendapat sijil halal serta pelbagai maklumat lagi, jom kita sama-sama berkunjung ke laman web ini.



atau ke laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mendapatkan info-info yang berkaitan. Dah ada link kat situ, pembaca juz klik je, k=)

Sekarang ini, JAKIM sedang mempromosikan kempen 1 Malaysia, 1 halal. Saya kira ini cukup bagus supaya masyarakat kita khususnya umat Islam bersikap lebih prihatin terhadap apa-apa makanan yang kita makan dan hanya memilih makanan yang halalan Toyyiban sahaja.

Di sini, suka juga Layyin untuk berkongsi ilmu tentang bagaimana sesuatu makanan yang halal itu boleh menjadi syubhah/ haram secara ringkasnya. Dalam Islam, kita bukan sahaja mengambil kira bahan-bahan yang kita gunakan, tetapi telitinya Islam ini dalam menjaga kesucian makanan sehingga aspek lain juga diambil kira.Terdapat 4 kriteria yang digariskan:


1) Sumber:

-Pembiayaan
-Produk asasi (eg: daripada binatang dll)

-Ramuan-ramuan (eg: bahan campuran)


2) Cara Pemprosesan:

-Peralatan yang ada di tempat pemprosesan.
-Infrastruktur (eg: Jika ada bahan yang haram di tempat pemprosan bagaimana pengasingan di lakukan, sumber air yang digunakan dari sumber mana etc)

-bahan memproses (eg: pemangkin, pengawet, stabalizer-Bahan2 ini akan selalu mendatangkan keraguan kerana ada diantaranya berasal dari khinzir)


3) Logistik

-Pengangkutan (eg: container, lori, macam mana pengasingan bahan dibuat semasa barang diangkut etc)
-Penggudangan (eg: penyimpanan.Kebanyakan gudang disewa dari pihak ketiga,maka di dalam gudang tersebut perlulah diteliti terhadap jenis barang-barang yang disimpan di dalamnya supaya tidak bercampur dengan barang haram.
-Peruncitan (eg: kedai, supermarket)


4) Persembahan produk

-Di Lokasi
-Dibungkus dengan betul (eg: plastik pembalut tiada campuran dengan bahan yang tidak halal.

(Info daripada perbentangan kertas kerja,"Syubhah dalam Produk Pengguna"yang Layyin hadiri semasa program Ekspo Halal'10 oleh Encik Zulkefli Mohammad, S/U penerangan PPIM)


Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanya perkara-perkara yang masih diragukan, yang kebanyakan orang ramai tiada mengetahui. Orang-orang yang memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhat itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara-perkara yang syubhat itu akan tergelincir pula ke dalam perkara yang haram, laksana seorang pengembala yang sedang menggembala di sekitar tempat larangan, akhirnya ia lalai memasuki tempat larangan itu,” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Click Me~
Something for us to ponder:

Just only a few percent of Muslim involved in food industry. Therefore, the question is, do WE as a muslim should showing the way of how halal food should be prepared to non muslim , or WE as a muslim should leading the way??